CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2149|Reply: 17

[Tempatan] 11 Aktiviti Layak Untuk Penerima Dua Dos Vaksin Sahaja, Mesti Tunjuk Sijil Digit

[Copy link]
Post time 17-8-2021 02:35 PM | Show all posts |Read mode
11 Aktiviti Layak Untuk Penerima Dua Dos Vaksin Sahaja, Mesti Tunjuk Sijil Digital


SEKIAN lama terperuk di rumah, ada sesetengah terpaksa menutup perniagaan bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan.

Situasi pandemik yang berterusan menyebabkan ketidaktentuan emosi dan kemurungan.


Pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad merupakan berita baik buat penerima vaksin lengkap untuk melaksanakan kemahuan kendiri yang tertangguh sekian lama.

Bagi korang yang berada di negeri yang berada di negeri pada Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 iaitu melibatkan Kedah, Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Melaka dan Johor, 11 kedai dibenarkan dibuka untuk kemudahan.

Populasi dewasa di negeri-negeri ini difahamkan sudah mencapai sekurang-kurangnya 50 peratus kadar vaksinasi yang membolehkan rakyatnya yang sudah lengkap vaksinasi Covid-19 dos satu dan dua memanfaatkan kemudahan dalam sektor perdagangan dan pengedaran berikut:

1-Kedai cuci kereta
2-Kedai eletrik dan elektronik
3-Kedai barangan rumah dan peralatan dapur
4-Kedai perabot
5-Kedai peralatan sukan
6-Kedai aksesori kereta
7-Pusat pengedaran dan jualan kereta
8-Pasar pagi dan pasar tani
9-Kedai pakaian, fesyen dan aksesori
10-Kedai barang kemas
11-Kedai gunting rambut dan pusat/ salun kecantikan (perkhidmatan gunting rambut asas sahaja)


Bagi kedai pakaian, fesyen dan aksesori, kedai barang kemas dan kedai gunting rambut dan salun kecantikan yang menyediakan perkhidmatan gunting rambut asas, pemakaian sarung tangan adalah diwajibkan dengan had urusan masa serta larangan menggunakan fitting room. Ia dilakukan bagi memastikan keselamatan pekerja dan pelanggan.
Manakala negeri dalam PPN Fasa 2 iaitu Pulau Pinang, Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Sabah serta PPN Fasa 3 iaitu Perlis, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, rakyatnya yang sudah lengkap vaksinasi Covid-19 boleh menikmati semua kemudahan yang diberikan kepada negeri PPN Fasa 1 dan beberapa kemudahan lain lagi seperti berikut iaitu:

1-Kedai alat permainan
2-Kedai tembakau
3-Kedai kosmetik, penjagaan kulit dan minyak wangi
4-Kedai peralatan outdoor
5-Kedai barangan terpakai
6-Kedai bunga dan nurseri
7-Kedai barang dan khidmat fotografi
8-Kedai kraftangan dan cenderahati
9-Kedai kandungan kreatif dan alat industri kreatif
10-Kedai permaidani
11-Kedai antik



Namun, buat masa ini, hanya penduduk di negeri PPN Fasa 1 sahaja yang dibenarkan ke taman rekreasi awam. Hanya aktiviti riadah individu dibenarkan seperti jogging, berbasikal dan bersenam serta perlu mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan
Taman awam yang dibenarkan hanya di kawasan kejiranan dan tidak boleh melibatkan rentas negeri dan daerah untuk ke taman rekreasi lain.

Korang yang ingin memasuki premis yang disenaraikan perlulah menunjukkan sijil digital vaksinasi atau bukti bervaksin lengkap.

Vaksinasi lengkap bermaksud individu tersebut sudah 14 hari dos kedua bagi vaksin bagi vaksin jenis Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac.
Manakala bagi penerima vaksin satu dos iaitu Cansino dan Johnson and Johnson, mereka hanya dikatakan lengkap divaksin hanya 28 hari selepas tarikh suntikan.



Pengumuman tersebut disambut baik warganet yang rata-rata mengakui tertangguh untuk melakukan pelbagai perkara berkaitan pengurusan kendiri.

“Bagus. Kedai gunting rambut buka. Tiga bulan tak dapat potong rambut. Panas tak tahan.”

“Betul ke boleh pergi taman? Happy juga dengar kesian budak-budak lama dah terperap kat rumah.”

Namun ada juga netizen yang menyuarakan kebimbangan dalam situasi kes yang tinggi pada masa ini.

“Kes penurunannya di Lembah Klang saja, tapi negeri-negeri lain yg vaksinasinya lambat tetap makin meninggi.”

“Apa-apa pun jaga SOP semua jangan kata kerajaan tak bagi. Kerajaan tak bagi korang semua bising. Tak apa kali ini jaga SOP.”


Setakat 14 Ogos 2021, Sebanyak 31.9 peratus atau 10,425,300 populasi negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Diharapkan kelonggaran yang diumumkan ini dimanfaatkan sebaiknya.
Walaupun pelbagai kedai dibuka semula, pertimbangkan untuk keluar rumah untuk perkara yang perlu sahaja. Jangan lupa untuk memakai pelitup muka, menjaga penjarakan fizikal dan mengelakkan tempat sesak bagi mengelak risiko jangkitan.

Sumber: Majlis Keselamatan Negara

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2021 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kt kedai emas tu ramai je pekerja budak2 lg, ofkos x beksin pastu duduk himpit ramai2 dlm akuarium lg.....x make sense langsung, x pasal2 memacam kluster kuar balik
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2021 02:40 PM | Show all posts
makna kata siapa yg xvaksin xboleh buka kedai lah?????????


sampai hujung nyawa ke?

Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2021 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
cuci kereta jer nk g..last basuh keta bulan 1 kot..dh la jarang bawak..skill memandu pun ikut berkarat..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2021 02:42 PM | Show all posts
mak ayah dah lengkap 2 dose..anak bwh 12 thun...so anak tu x dikira lepas ke..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2021 02:46 PM | Show all posts
banyak2 dlm list tu nak pegi car wash je
yg lain2 tu takde la kebulor sgt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2021 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Still taboleh rentas daerah ke canne? Pekan iols ni ada apa jer. Gunting rambut gegirls tade, kena go pekan lain. Yang polis nieyh pun satu, dalam daerah sama ader sjr. Motip?
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2021 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
tak sabar nak ke saloon. tapi tunggu kes reda dulu la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2021 06:45 PM | Show all posts
edayildiz replied at 17-8-2021 02:40 PM
cuci kereta jer nk g..last basuh keta bulan 1 kot..dh la jarang bawak..skill memandu pun ikut berkar ...

cara faham tombol gear automatic

D - drive
R - race  mode
N - neutrella
P - Parking
C - suami friska jusa c minus
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2021 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 17-8-2021 02:40 PM
cuci kereta jer nk g..last basuh keta bulan 1 kot..dh la jarang bawak..skill memandu pun ikut berkar ...

Drive elok2 tau U. Jgn langgar lampu merah sudah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2021 07:58 PM | Show all posts
Apa salahnya klu x cucuk. Membawa kuman kah?
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2021 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 17-8-2021 06:45 PM
cara faham tombol gear automatic

D - drive

baik kaka..senang berholl nk faham
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2021 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
TomyamPuteh replied at 17-8-2021 06:47 PM
Drive elok2 tau U. Jgn langgar lampu merah sudah.

baik kak tom..tq taw ingtkn
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2021 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 17-8-2021 02:40 PM
cuci kereta jer nk g..last basuh keta bulan 1 kot..dh la jarang bawak..skill memandu pun ikut berkar ...


Mak oi, lamanye dari bulan 1. Iols last basuh kereta seminggu sblm raya puasa hari tu sblm kedai cuci kereta. Kereta dah berdebu pun. Benda pertama nak buat pun cuci kereta jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2021 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
delia3003 replied at 17-8-2021 08:45 PM
Mak oi, lamanye dari bulan 1. Iols last basuh kereta seminggu sblm raya puasa hari tu sblm kedai ...

tula kesian kt keta..kalau blh cakap dh maki kot
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2021 09:37 PM | Show all posts
first thing aku nak buat adalah gunting rambunt & cuci kereta!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2021 09:40 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2021 10:43 PM | Show all posts
yg taman rekriasi tu.. kalau dh buka mmg penuh dgn budk je yg mak bapak bawa...

mak bpak ni.. dorng dh settle 14 hari...mmg akan angkut sekali anak2 pg...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:42 PM GMT+8 , Processed in 0.131357 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list