View: 1105|Reply: 1
|
SIC atur perlumbaan sebelum akhir tahun
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Meskipun kalendar untuk menganjurkan kesemua perlumbaan domestik pada tahun ini semakin singkat, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) percaya ia dapat dilangsungkan sebelum berakhir tahun ini.
Beberapa perlumbaan utama seperti Kejuaraan Cub Prix masih tidak dapat dilangsungkan berikutan kes Covid-19 yang tidak menurun sekali gus mencetuskan resah kepada penganjur.
Namun Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif berkata, pihaknya juga sedang berusaha berbincang dengan beberapa pihak termasuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk memastikan SIC terutamanya dapat dibuka semula kepada perlumbaan domestik.
"Insya Allah masih ada masa lagi empat bulan untuk tahun ini. Harap dengan SOP (prosedur operasi standard) yang lebih longgar, perlumbaan dibenarkan berlangsung semula.
"Kami juga sedang berbincang dengan KBS bagaimana untuk membuka semula SIC bagi membolehkan kejohanan berstatus nasional dapat dimulakan semula," katanya.
Azhan berkata, beliau sedar ramai yang menanti-nantikan penganjuran semula kejohanan tempatan namun ketika ini masih belum mendapat lampu hijau untuk meneruskannya.
"Saya tahu ramai yang menantikan perlumbaan seperti Cub Prix, MCS (Siri Kejuaraan Malaysia) dan MSBK (Kejohanan Superbike Malaysia).
"Kami juga berharap apabila SIC boleh dibuka semula, kesemua perlumbaan domestik dapat dianjurkan semula," katanya.
HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif |
|
|
|
|
|
|
| |
|