CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 998|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Runner' JPJ didakwa terima rasuah RM9,500

  [Copy link]
Post time 18-8-2021 11:37 PM | Show all posts |Read mode
'Runner' JPJ didakwa terima rasuah RM9,500Ogos 18, 2021 @ 4:29pm





BUTTERWORTH: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tiga tuduhan menerima suapan berjumlah RM9,500 pada 2017.
Bagaimanapun, tertuduh, Mohammad Khairie Marzuki, 27, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Zahari Abdul Hamid.
Tertuduh didakwa menerima rasuah daripada tiga individu sebagai dorongan kononnya seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang dikenali tertuduh boleh mengeluarkan lesen memandu kepada ketiga-tiga individu itu tanpa perlu melalui ujian memandu.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Mohammad Khairie yang bekerja sendiri sebagai 'runner' JPJ, didakwa menerima wang tunai RM3,500 daripada Noor Amira Nordin dan Mohd Syazwan Shafihi, masing-masing sebagai dorongan bagi mengeluarkan Lesen Memandu Kelas B2 dan D, di kawasan parkir di hadapan dan belakang bangunan Kompleks Bukit Jambul, Bayan Lepas, pada 2017.
Bagi pertuduhan ketiga pula, Mohammad Khairie didakwa menerima wang tunai RM2,500 daripada Mohamad Zulhilmi Din Selamat sebagai dorongan bagi mengeluarkan Lesen Memandu Kelas D di sebuah pangsapuri di Jalan Rumbia, Bayan Lepas, pada tahun sama.
Dia didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun serta denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.

Ahmad Zahari membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melaporkan diri sebulan sekali di pejabat SPRM Pulau Pinang dan dokumen perjalanan tertuduh diserahkan kepada mahkamah.
Mahkamah menetapkan 29 September depan untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S Selvaranjini, Mohamad Azlan Basri dan Siti Mastura Zakaria, manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad Zaki Shah.
– BERNAMA


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.149891 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list