View: 1226|Reply: 1
|
Quartararo impi tamat badi Silverstone
[Copy link]
|
|
London: Fabio Quartararo masih belum menaiki podium di Silverstone tetapi dia boleh mengukuhkan peluang untuk menjadi pelumba Perancis pertama muncul juara dunia MotoGP dengan memenangi Grand Prix British, Ahad ini.
Pelumba Yamaha berusia 22 tahun itu kini mendahului 47 mata di hadapan pencabar dari Itali, Francesco Bagnaia yang beraksi untuk Ducati dengan baki lapan perlumbaan lagi.
Bagaimanapun, Quartararo yang berusaha memecahkan penguasaan pelumba Sepanyol bimbang dengan keadaan cuaca pada Ahad ini.
Dia yang menduduki tempat ketujuh di Austria tekad mempamerkan tunggangan terbaik sama ada di litar kering atau basah.
"Objektif saya yang pertama berjuang untuk kemenangan kerana ia perlumbaan yang penting kepada pasukan saya," kata Quartararo.
"Saya percaya ia perlumbaan yang menarik jika keadaan cuaca baik tetapi jika hujan, kami perlu menilai situasi terlebih dahulu namun tetapi tetap memberikan yang terbaik.''"
Dia berharap sekurang-kurangnya dapat memperbaiki pencapaian di Silverstone selepas lima perlumbaan dalam semua kategori.
Perlumbaan MotoGP di Silverstone tahun lalu terpaksa dibatalkan susulan pandemik koronavirus.
Quartararo juga mempunyai rakan sepasukan baharu hujung minggu ini selepas Maverick Vinales digantikan pelumba Britain berusia 35 tahun, Cal Crutchlow.
HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
QUARTARARO pelumba harapan Yamaha. |
|
|
|
|
|
|
| |
|