View: 4014|Reply: 39
|
[Tempatan]
Lembaga Pembangunan Langkawi cadang sektor pelancongan dibuka 2 minggu lagi!
[Copy link]
|
|
Langkawi: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) mencadangkan supaya sektor pelancongan di Langkawi dibuka semula dua minggu lagi.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nasaruddin Abdul Muttalib berkata, tarikh itu dipilih susulan perbincangan bersama beberapa agensi kerajaan.
"LADA mengadakan perbincangan secara dalam talian bersama Majlis Keselamatan Negera (MKN), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah, wakil Pejabat Daerah Langkawi dan Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi.
"Setelah mengambil kira pandangan JKN Kedah berhubung status risiko kes semasa Covid-19, disyorkan kepada MOTAC dan MKN agar pembukaan gelembung pelancongan Langkawi bermula 16 September ini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Nasaruddin berkata, JKN Kedah berpandangan kes harian di Langkawi masih tinggi dan boleh menular kepada pelancong yang datang kerana penularan Covid-19 ketika ini adalah secara sporadik.
"Menurut JKN Kedah, langkah proaktif segera sedang diambil bagi mengurangkan kes harian di Langkawi, termasuk meningkatkan ujian melalui air liur.
"Pada masa sama pihak terbabit turut memastikan penggunaan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) secara optimum dan penggunaan vaksin Cansino," katanya.
Beliau berkata, JKN Kedah turut berpandangan pembukaan awal pelancongan kepada penduduk Langkawi dan Kedah boleh merencatkan usaha penurunkan bilangan kes harian.
"Pemilihan tarikh itu juga memberi masa yang lebih baik kepada pemain industri untuk bersedia bagi menerima kedatangan pelancong dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan amalan normal baharu," katanya.
Disiarkan pada: August 31, 2021 @ 12 |
|
|
|
|
|
|
|
Nak tanya, masjid2 surau2 dah boleh dibuka ke utk org musafir ni..
Nak jalan2 tp tandas, tmpt solat takda @ susah nak cari.. cemana.. |
|
|
|
|
|
|
|
caca_eric replied at 31-8-2021 03:05 PM
Nak tanya, masjid2 surau2 dah boleh dibuka ke utk org musafir ni..
Nak jalan2 tp tandas, tmpt sol ...
Islam itewww membebankheunz penganutnya kewww?
Solat musti dalam masjid dan surau?
[youtube]-UTzliI5u6E[/youtube] |
|
|
|
|
|
|
|
caca_eric replied at 31-8-2021 03:05 PM
Nak tanya, masjid2 surau2 dah boleh dibuka ke utk org musafir ni..
Nak jalan2 tp tandas, tmpt sol ...
Solat mana2 pun boleh asal tempat bersih. Tandas ada di stesyen minyak. |
|
|
|
|
|
|
|
Baca perenggan pertama sahaja. Terus skip.
So Aku nak tembak je.
1. Kau kalut sbb nak perabis duit bajet Kan?
2. Kau kalut nak justify gaji Dan benefits Kan?
3. Kau kalut sbb nak capai KPI Kan? Separa Ka, ejas make to belief Ka, watever.
Tell me I'm wrong. |
|
|
|
|
|
|
|
stingerlympics replied at 31-8-2021 03:10 PM
Islam itewww membebankheunz penganutnya kewww?
Solat musti dalam masjid dan surau?
Nanti org kata menunjuk2
Hahahhaa |
|
|
|
|
|
|
|
zamzam replied at 31-8-2021 03:14 PM
Solat mana2 pun boleh asal tempat bersih. Tandas ada di stesyen minyak.
Yg seram ni bila menjelang waktu magrib
@ malam.. lewat sikit petrol station tutup.. |
|
|
|
|
|
|
|
caca_eric replied at 31-8-2021 03:19 PM
Nanti org kata menunjuk2
Hahahhaa
Antara bentuk ujian dan rintangan yg kita hadapi dalam membentuk salasiah nilai ikhlas keranaNYA dlm diri....kata kata luaran yg kita tiada daya utk kawal.... |
|
|
|
|
|
|
|
caca_eric replied at 31-8-2021 03:05 PM
Nak tanya, masjid2 surau2 dah boleh dibuka ke utk org musafir ni..
Nak jalan2 tp tandas, tmpt sol ...
Musafir NO.
Musafir sudah cucuk YES.
Tunggu dan tengok. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukak je lah, sekarang ni pkp ke apa ke jumlah masih sama xturun2 lgi. Smpai bila nak kurung, asalkan dah lengkap 2 vaksin. Yg x vaksin tu tak tertekan takpe lah.  |
|
|
|
|
|
|
|
stingerlympics replied at 31-8-2021 03:06 PM
ST REGIS...here I come
Hotel oyo, here I come!  |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam kereta sentiasa ada sehelai sejadah kan. Beli jer sebotol air, 500ml pun cukup.
boleh jer solat kat mana mana.
Kalau dapat masuk masjid atau surau pun, lebih baik guna sejadah sendiri.
|
|
|
|
|
|
|
|
dodolgemok replied at 31-8-2021 06:00 PM
Hotel oyo, here I come!
Haha Oyo Penang..
Nak joinnnn |
|
|
|
|
|
|
|
kelana36 replied at 31-8-2021 07:45 PM
Dalam kereta sentiasa ada sehelai sejadah kan. Beli jer sebotol air, 500ml pun cukup.
boleh jer ...
Kalau ibu2 ni.. kadang2 dia slow sikit
Kena bawa kerusi lipat gitu..
Nak cari toilet selalu.. |
|
|
|
|
|
|
|
manzilla replied at 31-8-2021 05:24 PM
Musafir NO.
Musafir sudah cucuk YES.
Okeyyyy... |
|
|
|
|
|
|
|
stingerlympics replied at 31-8-2021 03:47 PM
Antara bentuk ujian dan rintangan yg kita hadapi dalam membentuk salasiah nilai ikhlas keranaNYA ...
Jgn dibuat mcm tahun bila yg solat tepi highway pantai timur tu.. sbb jem masa tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kes beribu kt kedah pun nk buka ke..hebat gomen |
|
|
|
|
|
|
|
kalau mid sept tu bkn berlaku perubahan monsoon kew kt langkawi? |
|
|
|
|
|
|
|
stingerlympics replied at 31-8-2021 03:10 PM
Islam itewww membebankheunz penganutnya kewww?
Solat musti dalam masjid dan surau?
mcm susah nk kusyuk jer risau jatuh dlm laut |
|
|
|
|
|
|
| |
|