CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1160|Reply: 0

Mark Adam Tak Nak Gelojoh, Apa Yang Dapat Dulu Itulah Yang Akan 'Dimakan'

[Copy link]
Post time 3-9-2021 12:08 PM | Show all posts |Read mode
Penyanyi Mark Adam mengakui dirinya tidak serik andai ditawarkan posisi penyampai radio di mana-mana stesen radio selepas kontraknya bersama Hot FM ditamatkan pada Julai lalu.


Katanya yang berusia 41 tahun, jika tawaran yang datang disifatkan kena pada waktunya, Mark tidak melihat ia sebagai satu halangan untuk dirinya kembali bergelar penyampai radio.




Kredit foto: IG Mark




“Saya percaya dalam hidup ini, bila kita dapat sesuatu peluang, jangan terus berkata tidak. Kita kena cuba dahulu dan harus ada keinginan untuk belajar dari situ. Kalau ada tawaran lagi, tentu saya nak cuba lagi,” katanya.


Tambahnya, serik bukanlah satu pilihan buat dirinya memandangkan secara peribadi, dia banyak belajar memperbaiki pertuturan bahasa Melayu ketika berkhidmat sebagai penyampai radio Hot FM.


“Saya merancang untuk menjadikan bahasa Melayu saya lebih fasih dan itu dibuktikan semasa menggalas tugas ketika bersama stesen radio tersebut. Selama tempoh enam bulan menjadi penyampai radio, bahasa Melayu saya semakin baik.


“Tapi saya tak akan berhenti untuk belajar lagi walaupun sudah tidak bekerja di radio sekarang ini. Saya masih banyak membaca selain banyak tengok pengacara beraksi dan menuturkan bahasa Melayu.


“Kalau ada selama ini yang mengecam pun, saya terima dan jadikan ia sebagai satu kritikan membina. Tak kiralah sebagai penyanyi, pelawak, pelakon atau penyampai radiokah, saya tak akan mudah putus asa,” katanya.


Sementara itu, ditanya sama ada dia tidak kisah jika ramai terlupa dia merupakan seorang penyanyi lantaran cenderung dengan bidang komedi dan lakonan kini, Mark menganggap dia tidak mahu terlalu memberi tekanan kepada diri.


“Saya tak nak gelojoh dan tak mahu terlalu stres. Apa yang datang, itu yang akan saya terima. Kalau ada tawaran lakonan datang dulu berbanding kerja muzik, saya akan ambil dan buat itu dulu.


“Saya akan cari makan, tapi apa yang saya dapat dulu, itulah yang saya akan makan. Saya ada keluarga untuk disara. Kalau ada kerja apa pun datang dulu, saya akan buat dengan bakat yang Allah SWT kurniakan ini,” katanya.


Dalam pada itu, kata Mark dia juga merancang untuk melancarkan sebuah lagu baru tidak lama lagi yang didedikasikan sebagai lagu ulang tahun perkahwinannya yang ke-18 bersama isteri tercinta, Norazah Redzuan.




  



Menurut Mark, lagu tersebut menceritakan kisah suka dukanya sepanjang melayari bahtera perkahwinan dengan isteri dan ia diharapkan dapat diterima baik oleh semua pendengar dan peminat.


Jarang lagu Mark tak sedap, tak sabar nak dengar.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.254582 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list