View: 1056|Reply: 1
|
[Sarawak]
[ Edisi prihatin ] Program kuyut Sekampung
[Copy link]
|
|
Asajaya, Kpg Moyan Laut – Jawatankuasa Tanah Perkuburan dan Wakaf Kampung Moyan Laut telah mengambil inisiatif untuk menyalurkan Bantuan Makanan Segar dan bahan kudapan berkhasiat untuk keluarga yang dikuarantin di Kampung Moyan Laut.
Memandangkan kumpulan keluarga yang terlibat sukar untuk bergerak keluar untuk mendapatkan bekalan makanan segar, Jawatankuasa Tanah Perkuburan dan Wakaf telah menyediakan ayam segar, sayur-sayuran, buah-buahan dan pelbagai bahan kudapan lain untuk mereka.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa tersebut, cikgu Sariee Suot bahawa bahan-bahan tersebut merupakan pakej tambahan kepada Bakul Makanan yang disediakan oleh pihak Pejabat Daerah. Beliau menambah, usaha murni tersebut adalah sebahagian daripada aktiviti Program Kuyut Sekampung anjuran Jawatankuasa Tanah Perkuburan dan Wakaf dibiayai penuh oleh penyumbang daripada anak-anak jati Kampung Moyan Laut. Cikgu Sariee menambah bahawa Program Kuyut Sekampung akan diteruskan sepanjang pandermik dan menyeru orang ramai terutamanya penduduk Kampung Moyan Laut untuk terus menyumbang tunai atau barangan keperluan keluarga yang dikuarantin.
Manakala Penyelaras Projek, Encik Buseri Busman berkata, mereka akan meneruskan usaha untuk menambah baik program tersebut seperti menambah item lain termasuk susu bayi, lampin dan ubatan ringan. Pengerusi juga ingin memanjangkan terima kasih kepada AJK pelaksana program yang lain termasuk Arbi Leh, Abdul Rahman Abdullah, Musa Selet, Kameri Leh serta para penyumbang tunai dan barangan untuk program murni tersebut terutamanya Tuan Haji Pawi Samat daripada Kampung Sebandi Matang

|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah ... program camni la kita nak ...
selain dari makanan kering yang biasa d agih2 kan ...
dengan usaha dan program camni ... dapat d agih2 kan juga makanan segar untuk yang kena kuarantin ... kurang2 ada makanan sihat ... semoga cepat sembuh ...
dan untuk yang menderma ... semoga di limpahi Rahmat NYA ... aamiin
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|