CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1055|Reply: 1

Mampu cipta kejutan - Wooi Yik

[Copy link]
Post time 14-9-2021 07:21 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Jaguh beregu lelaki nombor satu negara, Soh Wooi Yik mengambil tanggungjawab sebagai pemain senior untuk membawa skuad muda negara melakarkan kejutan di saingan Piala Thomas dan Piala Sudirman.

Sedar tugas berat menanti mereka untuk mara sekurang-kurangnya ke suku akhir, bagi Wooi Yik dia hanya mahu memberikan yang terbaik buat negara kerana kejutan mampu berlaku sekiranya semua pemain terus fokus kepada tanggungjawab masing-masing.

Katanya, dia akan bersama-sama Aaron Chia dan Lee Zia Jia membawa skuad muda berjuang.

''Kita ada potensi untuk memberi kejutan. Kami semua berharap dapat berikan yang terbaik tanpa membawa tekanan apabila turun beraksi. Apa yang penting adalah terus saja berlawan. Main dengan tenang dan berani. Jika kami boleh buat kejutan di Olimpik mungkin di kejohanan kali ini (Thomas dan Sudirman) juga kejutan boleh berlaku," katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Wooi Yik menerima ganjaran bernilai RM50,000 daripada Wilayah Persekutuan yang mengiktiraf kejayaannya meraih gangsa di temasya Olimpik Tokyo dengan sumbangan itu disampaikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim. - HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-9-2021 07:21 AM | Show all posts

WOOI Yik bersama replika cek bernilai RM50,000. FOTO Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 07:59 PM GMT+8 , Processed in 0.064106 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list