View: 3496|Reply: 3
|
Canon EOS R3 baru dilancar. Harga body anggaran RM24,970
[Copy link]
|
|
Canon EOS R3: Gabungkan roh 1DX dan R5 dalam satu badan
OLEH Hanif Azrai
2:37 pm
17/09/2021
Canon ingin bawakan badan seperti siri EOS-1DX mereka masuk ke dunia mirrorless menerus EOS R3 ini. Daripada sudut spesifikasi, saya lihatnya berada antara EOS R5 dan 1DX dengan beberapa manfaat diambil antara kedua model itu dan digabungkan dalam satu pakej.
Fizikaliti seperti 1DX bermakna ia ditujukan pada pengguna professional contohnya yang menjana pendapatan melalui kameranya. Badan besarnya turut bertindak seperti grip tambahan dan di dalam grip tersebut ada bateri berkapasiti besar untuk hayat guna yang lebih panjang.
Pada teras kamera ini tersemat sensor 24MP daripada jenis Stacked CMOS. Sensor ini dibangunkan sendiri Canon dan pertama kali muncul dalam produknya. Ia turut menyokong teknologi Dual Pixel Autofocus, fungsi mercu pada jenama Canon yang berikan keupayaan membidik fokus pada kelajuan tinggi dan jitu.
Ada satu fungsi menarik yang mungkin berguna kepada jurugambar subjek aksi. Melalui Eye Control, pengguna boleh menala titik fokus menggunakan penglihatan sahaja. Ia membebaskan kesemua jari pengguna untuk tujuan lain selain mencari fokus.
Memberi kestabilan sewaktu merakam gambar ataupun video, kamera ini dielngkapi penstabil imej dalam badan 5 paksi. 2 slot kad storan diberikan, satu yang menyokong format SD dan satu lagi CFexpress jenis B.
Semasa membidik, skrin LCD dan Viewfinder digital boleh digunakan. LCD jenis boleh kilas menempatkan skrin 4.15MP sebesar 3.2” dan EVF-nya penggunakan panel OLED berefresh rate 120Hz dengan reolusi hampir 8MP.
Canon EOS R3 diperkasa bateri yang sama digunakan pada EOS-1DX. Penarafan CIPA untuk bateri ini pada EOS R3 ialah sekitar 440 gambar, agak tinggi untuk kelasnya.
Di A.S, kamera ini dijual pada harga USD6,000 (~RM25,000) untuk badan sahaja.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|