CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1271|Reply: 1

Farah tanggung kesakitan sebelum sertai kejohanan

[Copy link]
Post time 16-9-2021 08:56 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Ratu gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi mengakui penyertaannya di beberapa kejohanan antarabangsa termasuk Olimpik Tokyo adalah dalam keadaan menanggung kesakitan akibat kecederaan.

Farah berkata, tekad dan matlamatnya untuk mengharumkan nama negara termasuk membawa pulang pingat mengatasi segalanya sekali gus kesakitan yang ditanggung bukan lagi penghalang untuk mencipta kejayaan.

Katanya, sebagai seorang atlet, risiko kecederaan adalah perkara biasa yang harus dihadapi namun bersyukur mempunyai barisan kejurulatihan cukup membantu selain tenaga pakar daripada Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) Bersama memulihkan kembali masalah dihadapi itu.

"Kawalan minda adalah perkara paling penting kerana sebagai seorang atlet tidak boleh lari daripada kecederaan selain memerlukan usaha luar biasa untuk berjaya.

"Saya meletakkan sasaran untuk memperoleh pingat dan untuk itu juga saya akan 'push' untuk melakukan yang terbaik setiap kali mewakili negara.

"Namun, kita tidak boleh terlalu memaksa kerana kecederaan itu boleh menyebabkan lebih teruk sekali gus tidak boleh beraksi lagi pada masa akan datang," katanya.

Farah berkata demikian pada Forum Kebangsaan Bersama Atlet Olimpik Tokyo 2020; "Misi Emas: Antara Minda, Tekad dan Daya secara atas talian anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Forum yang dikendalikan Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Alumni dan Masyarakat) UKM Profesor Norazah Mohd Nordin turut disertai gimnas negara Farah Ann Abdul Hadi dan pemain badminton paralimpik Cheah Liek Hou.

Selain itu, pemenang tujuh pingat emas Sukan Sea itu berkata, dia pernah menghadapi situasi tekanan yang teruk dan keadaan gelisah terutama apabila tarikh kejohanan semakin hampir. - HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-9-2021 10:42 AM | Show all posts

Farah Ann Abdul Hadi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 02:40 AM GMT+8 , Processed in 0.046840 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list