CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2079|Reply: 6

Peguam Kantoi, Rancang Pembunuhan Diri Sendiri Supaya Anak Dapat Duit Insurans N

[Copy link]
Post time 17-9-2021 08:10 AM | Show all posts |Read mode
Washington: Seorang peguam terkenal Amerika Syarikat (AS) yang kematian isteri dan anak lelakinya akibat dibunuh Jun lalu, berkomplot untuk mengarahkan seorang lelaki supaya membunuhnya.


Tindakan itu dibuat bagi membolehkan seorang lagi anak lelakinya mendapat tuntutan insurans nyawa AS$10 juta (kira-kira RM41 juta), kata pihak berkuasa.


Alex Murdaugh bagaimanapun terselamat dalam insiden tembakan di kawasan pedalaman Hampton di Carolina Selatan pada 4 September.




Foto: Agensi




Pada Selasa, Curtis Edward Smith, 61, ditahan kerana mempunyai kaitan dengan kejadian itu, menurut Divisyen Penguatkuasaan Undang-Undang Carolina Selatan (SLED).


Dokumen didedahkan agensi berkenaan menjelaskan, Murdaugh terbabit dalam mengarahkan Smith untuk menembaknya.


Ini bagi membolehkan pampasan insuran nyawa diberi oleh syarikat insurans, lapor NBC.


Peguam itu didapati memberikan Smith pistol sebelum mengarahkan lelaki itu menembaknya.


Murdaugh belum didakwa atas apa-apa kesalahan jenayah dan peguamnya, Richard Harpootlian enggan mengulas lanjut.


Keluarga Murdaugh mempunyai sejarah panjang dalam bidang guaman dan menjadi antara pendakwa raya terkenal sejak berdekad lamanya.


Media tempatan melaporkan pada 2019 keluarga itu berjaya 'menyumbat' ribuan orang dalam penjara selain ramai lagi yang dijatuhi hukuman mati.


Tahun demi tahun, firma guaman keluarga itu berjaya memenangi jutaan dolar dalam kes saman sivil.


Namun pada 7 Jun lalu, Murdaugh menemukan isterinya Maggie dan anak lelakinya Paul dalam keadaan tidak bernyawa di ladang perburuan di Carolina Selatan.


Pada masa itu, keluarga itu berdepan tuntutan saman berhubung satu kes kematian.


Beberapa hari selepas insiden 4 September itu, Murdaugh berkata, dia meletak jawatan dalam firma guaman untuk mendapatkan rawatan kerana ketagihan dadah. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2021 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
money and drugs make ppl do some crazy things..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 12:59 PM | Show all posts
Pasti keluarga mereka yang beliau berjaya sumbatkan dalam penjara dan yang dijatuhi hukuman mati tersenyum mendengarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 17-9-2021 12:59 PM
Pasti keluarga mereka yang beliau berjaya sumbatkan dalam penjara dan yang dijatuhi hukuman mati ter ...

Inilah contoh napa org tua2 cakap tak payah jadi peguam sebelah kaki ke neraka… yg kuat iman je in shaa Allah akan melaksanakan amanah dgn telus.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
acik79 replied at 17-9-2021 01:30 PM
Inilah contoh napa org tua2 cakap tak payah jadi peguam sebelah kaki ke neraka… yg kuat iman je i ...

Orgtua bodoh mana yg cakap tu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2021 02:40 AM From the mobile phone | Show all posts
pulakkkkkk
money makes the world go round
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39920 Replies : 295
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 4039 Replies : 51
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24480 Replies : 72
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54828 Replies : 1064
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18292 Replies : 19
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277109 Replies : 1518
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28467 Replies : 128
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16291 Replies : 135
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 09:59 AM GMT+8 , Processed in 0.089290 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list