CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11203|Reply: 78

[Jenayah] Pedofil kendalikan laman web lucah kanak-kanak dipenjara 27 tahun

  [Copy link]
Post time 19-9-2021 02:18 AM | Show all posts |Read mode


ANNAPOLIS, MARYLAND – Seorang lelaki pedofil yang mengendalikan sebuah laman web gelap atau ‘dark web’ yang memaparkan lebih 8.5 juta imej penderaan seksual kanak-kanak dijatuhi hukuman penjara 27 tahun, lapor akhbar Daily Star semalam.

Eric Eoin Marques, 36, yang memiliki kerakyatan Amerika Syarikat (AS) dan Ireland telah ditahan di Ireland pada 2013 dan diekstradisi ke AS enam tahun kemudian.

Menurut pendakwa raya, Marques menghasilkan dan mengendalikan pelayan komputer di laman web gelap selama lima tahun antara 2008 hingga 2013.

Sistem itu membolehkan pengguna mengakses jutaan imej rogol dan penderaan melibatkan kanak-kanak.

Jabatan Kehakiman AS menyatakan bahawa hampir dua juta imej dan video adalah ‘melibatkan mangsa yang tidak diketahui oleh penguatkuasaan undang-undang’.

“Sebilangan besar gambar ini melibatkan penderaan sadis terhadap bayi dan kanak-kanak seperti diikat, diliwat dan bersifat memalukan seperti membuang air kecil dan besar serta muntah,” jelas jabatan tersebut.

Menurut pengadilan mahkamah, pegawai penyiasat telah mengenal pasti tertuduh sebagai penyedia gambar penderaan kanak-kanak terbesar di seluruh dunia dan memperoleh bayaran berjumlah AS$3.6 juta (RM15.02 juta) daripada kegiatannya.

Marques bagaimanapun meminta hakim menjatuhkan hukuman penjara 21 tahun kerana dia telah menjalani hukuman selama lapan tahun sebelum itu, namun permohonan tersebut ditolak.

Peguam AS, Jonathan Lenzner menyatakan bahawa tertuduh telah menyebabkan ‘kerosakan yang tidak dapat diungkapkan’ kepada kanak-kanak.

Selain hukuman penjara, Marques turut diperintahkan untuk membayar sebanyak AS$87,000 (RM362,960) kepada mangsa-mangsa yang telah disebarkan gambar mereka. – AGENSI

Sumber : https://www.kosmo.com.my/2021/09 ... dipenjara-27-tahun/


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2021 04:38 AM From the mobile phone | Show all posts
dari angle tepi ada iras mr bean ank jagong tp dia ni versi muka autism

well he should rot in jail
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2021 06:29 AM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 19-9-2021 04:38 AM
dari angle tepi ada iras mr bean ank jagong tp dia ni versi muka autism

well he should ro ...

Omg betul lah uols
Dari tepi mcm anak acik azmee
Tu ke stended hensem bbnu adehhh
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2021 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Dahsyatnya darkweb
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2021 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana cukup 27 tahun!

Patut penjara seumur hidup.
Org gila mcm ni jgn bg hidup bebas!
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2021 08:19 AM | Show all posts
Ini sejenis mental disorder jg ni.. nti kt dlm tu mmg kna kaw2 la kt banduan2 yg ada..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2021 08:28 AM | Show all posts
akuchenta replied at 19-9-2021 08:10 AM
Mana cukup 27 tahun!

Patut penjara seumur hidup.

Manakala pedo UKM dapat PhD. Dah habis belum PhD heols.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2021 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
27thn tu xcukup. Patut bagi sumur hidup atau 100thn xyah parol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2021 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
pxlbb replied at 19-9-2021 08:28 AM
Manakala pedo UKM dapat PhD. Dah habis belum PhD heols.

Wonder jugak pasal budak pedo ni...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2021 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
akuchenta replied at 19-9-2021 08:10 AM
Mana cukup 27 tahun!

Patut penjara seumur hidup.

Kang kalau dia kena penjara 36 tahun pun ko x puas ati gak nnt....
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2021 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Psycho much... Sepatutnya hukum penjara seumur hidup. Org mcm ni takkan berubah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2021 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
setannya manusia2 begini
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2021 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
pxlbb replied at 19-9-2021 08:28 AM
Manakala pedo UKM dapat PhD. Dah habis belum PhD heols.

Ni yang imperial college tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2021 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut tambah lagi seumur hidup beserta rotan 100 kali baru ada ngam. Pastu polis kena siasat siapa yg supply gambar2 tu kat setan ni. Tangkap sekali masuk penjara seumur hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2021 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Ngeri la baca. budak lari jatuh nangis pun aku dah seriau.. takde hati perut..!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2021 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mana la nasib budak budak yg dipaparkan dalam dark web tu skg ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2021 10:46 AM | Show all posts
len kali meh dok sini, aman2 je leh sambung study bagai. sorga pedo
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2021 10:49 AM | Show all posts
pxlbb replied at 19-9-2021 08:28 AM
Manakala pedo UKM dapat PhD. Dah habis belum PhD heols.

pernah jadi isu twtter sebelum ni. rancak gak bergaduh. member2 dia kat ukm backup baik, okay. siap cakap dorang tak diapa-apakan pun. korang bulu dah tumbuh atas bawah, haruslah dia tak hingin. kalo berani cuba tinggal adik2 korang kat dia dua tiga jam tengok
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2021 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Aneh aneh betul perangai manusia ni. Tengok baby bogel pun naik nafsu syahwat siap muntah berak kat baby kanak-kanak bagai. Anehhhhh... Mati je lah bagus. Bahaya untuk manusia sejagat kekdahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2021 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
uori replied at 19-9-2021 10:49 AM
pernah jadi isu twtter sebelum ni. rancak gak bergaduh. member2 dia kat ukm backup baik, okay. sia ...

Apa punya bodoh la stmt macam tu...
Apa diorang ingat seksual Predator tu pantang nampak manusia ke?
Memanglah dia tak terkam..dia manusia bukan singa ke rimau ke terus terkam mangsa... Puikkk berhenti je lah belajar phd kalau fikir gitu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.143656 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list