View: 2382|Reply: 15
|
[Tempatan]
Doktor terlebih mewah
[Copy link]
|
|
GAMBAR hiasan.
Kuala Lumpur: Polis menumpaskan sindiket dadah antarabangsa didalangi empat warga asing termasuk seorang doktor susulan rampasan dadah kokain bernilai hampir RM1.5 juta.
Sumber berkata, kegiatan itu dibongkar selepas sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menyerbu sebuah pangsapuri di Serdang, Selangor, Jumaat lalu.
Hasil serbuan pertama itu, polis memberkas seorang lelaki warga Pakistan berusia 40-an dan menemui dua bungkusan berisi kokain seberat lebih lima kilogram.
Katanya, polis menyerbu sebuah kediaman mewah disewa seorang lagi suspek warga Pakistan di Seri Kembangan, Selangor yang disyaki turut bersekongkol dengan suspek pertama.
"Suspek kedua ditahan itu mendakwa mempunyai kelulusan sebagai doktor bertauliah. Agak aneh apabila dia mampu menyewa rumah banglo mewah itu dengan sewa bulanan RM8,000.
"Suspek kedua turut membawa polis ke premis yang dijadikan lokasi memproses bahan kimia yang didakwa untuk penternakan. Bagaimanapun barangan dijumpai di premisnya di Seri Kembangan itu dihantar ke makmal kimia untuk pemeriksaan.
"Susulan itu, polis menyerbu beberapa lagi kediaman dan menahan dua lelaki warga Afrika dan seorang wanita warga Filipina yang menjadi kekasih seorang suspek.
"Polis mengesyaki lelaki warga Afrika ditahan itu berperanan sebagai penghantar kokain berkenaan. Bagaimanapun polis percaya kokain itu untuk pasaran luar negara berikutan ia tidak popular di negara ini berbanding syabu dan heroin.
"Ada kemungkinan Malaysia dijadikan transit sebelum kokain itu dihantar ke negara ketiga. Berdasarkan harga pasaran, kokain boleh mencapai harga lebih RM200,000 sekilogram. Namun pandemik Covid-19 mungkin menyebabkan harganya semakin tinggi," katanya.
Negara sebelum ini pernah dikejutkan apabila polis merampas 12 tan kokain bernilai RM2.4 bilion (AS$580 juta) di Pulau Pinang pada 10 September 2019.
Dadah itu yang dicampur arang batu dari negara Latin Amerika dibawa masuk melalui Pelabuhan Butterworth, Pulau Pinang.
Ia dicampur dengan arang dalam 60 guni dan diisi dalam tiga kontena bagi aktiviti penyeludupan itu dihidu pihak berkuasa.
Kokain adalah dadah simulasi yang kuat dan sering digunakan sebagai dadah rekreasi. Ia biasa diambil dengan menyedut serbuk, dihisap asap atau dicairkan dan dicucuk dengan jarum ke pembuluh darah. -HMetro |
|
|
|
|
|
|
|
geng paki dh advan meniaga kapet tak jalan meniaga kokain la plak |
|
|
|
|
|
|
|
Pastu pi cuci dekat kedai karpet. |
|
|
|
|
|
|
|
Semua foreigner... Kerlasszz.. Mana ngo pembela foreigner? |
|
|
|
|
|
|
|
ang_bess replied at 20-9-2021 07:18 AM
Pastu pi cuci dekat kedai karpet.
Ce selak bawah timbun karpet dlm kedai tu mau manyak duwet |
|
|
|
|
|
|
|
Yibit tu p cek ....gak melampau naa kaya |
|
|
|
|
|
|
|
Berdasarkan harga pasaran, kokain boleh mencapai harga lebih RM200,000 sekilogram. Namun pandemik Covid-19 mungkin menyebabkan harganya semakin tinggi,
200 segram
nk mcm harga emas
|
|
|
|
|
|
|
|
Bukan dijangka lagi, tapi macam memang kan.. selalu tengok news rampasan, Malaysia ni memang tempat transit untuk dadah mcm kokain dan eramin. Singgah sini pastu di bawa keluar lagi utk pasaran SEA.
|
|
|
|
|
|
|
|
gila ahhhhh.. paki negro pilipinos Malaysian.. bersatu be gabung.. |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia lubuk jenayah, sbb itu pati senang2 kaya, mas hilang, korea kena bunuh klia, semua depan hidung pun gagal kawal |
|
|
|
|
|
|
|
Bergabung meletopzzzz
Fadannnn muka gomen malaya
Foreigners pun tak hormat undang2 negara orang
|
|
|
|
|
|
|
|
Bukan berita baru pun ramai dah lama tahu mereka2 ni dah tukar profession sejak meniaga kain karpet dah tak berapa jalan kat sini |
|
|
|
|
|
|
|
tak pelik pun kan..yg kena tangkap tu bilis jer kot agaknya..titik..kokain nape? xberapa sedap ke?ke mahal?dlm 3 dadah tu yg mana paling sedap ye |
|
|
|
|
|
|
|
beriboo riboo taniaaa
ke tali gantung la kome2 oii |
|
|
|
|
|
|
|
so korang xyah la jeles kalau tgk org terlebih kaya tu.i mean okb le..
i ada tgk cite bapak ada kilang dadah..bila ank hisap dadah mrh pulak dia..dia jual kt org lain xpe pulak..ni cite turki le..
mak ayah semua berniaga dadah...tp disebalik tu coverina jual sosej.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|