View: 1344|Reply: 1
|
Ganna kekal raja ujian masa
[Copy link]
|
|
Bruges, Belgium: Pelumba Itali, Filippo Ganna mengekalkan kejuaraan ujian masa di Kejohanan Lumba Basikal Dunia di Bruges, awal pagi tadi.
Jaguh Ineos berusia 25 tahun itu mempertahankan gelarannya dengan menewaskan pelumba tuah rumah Wout van Aert (Jumbo) dengan lima saat, mengulangi kemenangan ke atas lawan sama tahun lalu.
Seorang lagi pelumba Belgium, Remco Evenepoel tempat ketiga, 43 saat di belakang pada perlumbaan landai sejauh 43.3km di ibu kota Belgium itu.
"Keadaan fizikal saya bertambah bagus sejak minggu lalu,'' kata Ganna yang menduduki tempat kedua di belakang pelumba Switzerland, Stefan Kueng di Kejohanan Eropah baru-baru ini.
"Saya berlatih di laluan mendaki bagi mempertahankan jersi ini dan saya harap mengulanginya lagi tahun depan.''
Van Aert pula sangat kecewa. ''Perak yang saya dapat sedangkan sasaran utama emas,'' katanya. "Sudah tentu saya puas hati dengan catatan masa dan prestasi tetapi kecewa terlepas gelaran dengan sedikit sahaja.''
Ganna tiba di Bruges selepas membantu pasukan Itali memenangi emas acara pecut berpasukan di Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan dia hampir menjuarai acara ujian masa.
Pelumba Itali berusia 25 tahun itu juga meraih gangsa di kejohanan dunia 2019 dan menang lima saingan peringkat di Giro d'Italia sejak dua musim lalu. - HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
GANNA meraikan kejayaan di Brugge. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|