CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5328|Reply: 30

[Tempatan] 9 dari 10 remaja perempuan ketagih seks lepas pertama kali terjerumus dlm seks b

[Copy link]
Post time 26-9-2021 01:09 PM | Show all posts |Read mode
Fakta menakutkan
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Pendedahan menakutkan dan pastinya menggerunkan golongan ibu bapa yang memiliki anak perempuan.

Ia hasil kajian sedang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di mana sembilan daripada 10 remaja perempuan bermasalah yang ditemu bual mengaku ketagih seks walaupun menyedari perkara itu melanggar moral dan berdosa di sisi agama.

Mendedahkan perkara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, Pegawai Psikologi D11 sedang menyiapkan kajian berkaitan isu itu membabitkan ribuan golongan remaja wanita yang terbabit dalam kes rogol atau disiasat mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Menurutnya, pihaknya mendapati golongan remaja yang pertama kali terjerumus melakukan hubungan seks bebas sudah mula ketagih untuk mengulanginya lagi.

"Lebih membimbangkan apabila mereka ini membabitkan remaja berusia belasan tahun. Ramai antaranya berusia 16 tahun ke bawah.

"Kajian mendapati kebanyakan mereka ini mempunyai tahap keinginan seks yang tinggi.

"Pada awal tahun ini sahaja, pasukan D11 sudah menerima dua kes membabitkan remaja perempuan yang menawar khidmat seks. Mereka ini melakukan hubungan seks bagi tujuan kepuasan dan keseronokan sendiri.

"Ada satu kes itu, remaja terbabit sudah menawarkan khidmat itu kepada enam pelanggannya, malah ketika ditemu bual mereka memberitahu sudah mula ketagih untuk melakukannya.

"Lebih memburukkan keadaan apabila ahli keluarga tidak mengetahui kegiatan luar dilakukan anak mereka ini. Mereka mempercayai bulat-bulat anak mereka," katanya eksklusif kepada Harian Metro.

Siti Kamsiah berkata, ketika ditemu bual, remaja perempuan terbabit mengakui dan menyedari perbuatan itu salah di sisi agama serta merosakkan masa depan.

"Bagaimanapun perbuatan ini sukar dibendung berikutan ibu bapa tidak memantau pergerakan anak perempuan masing-masing menyebabkan mereka berani melakukannya.

"Mereka tidak diajar panduan menjalani kehidupan sebagai anak dan remaja hingga akhirnya terjebak dengan kegiatan itu.

"Mereka ini tiada ejen sebaliknya menggunakan media sosial untuk mencari pelanggan. Mereka sanggup menawarkan diri serendah RM50 untuk melakukan hubungan terlarang itu.

"Namun hasil temu bual dilakukan, wang bukanlah perkara utama namun kepuasan dapat melakukan hubungan seks lebih menjadi keutamaan," katanya.

Beliau berkata, kegiatan ini harus dibendung supaya tidak menular dalam komuniti masyarakat.

"Lebih menggusarkan jika ada individu mengambil kesempatan ke atas mereka. Golongan remaja ini tidak dididik secara sempurna manakala ibu bapa pula tidak mempunyai ilmu dan memberikan kefahaman agama mencukupi.

"Biasanya ibu bapa remaja 'terbabas' ini tidak dapat menjangkakan risiko dan ancaman di sekeliling anak-anak selain terlalu memberi kepercayaan. Ini akhirnya menyebabkan berlakunya kes rogol di mana ada dalam kalangan remaja melakukan perbuatan itu dengan kenalan media sosial baru dikenali. Di sini bermulanya masalah apabila mereka akhirnya menjadi ketagih terhadap perbuatan maksiat itu," katanya.

Disiarkan pada: September 26, 2021 @ 12:01pm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2021 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap PDRM buat juga kajian ke atas remaja lelaki.
Kedua2 ni ada kaitan yang sangat kuat.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 01:31 PM | Show all posts
Edited by Meiizu at 26-9-2021 01:34 PM

Kalau dah suka sama suka...use protection please.
Safe sex.
I takmo ada anak dilahirkan..born out of wedlock  takde tempat di dalam adat mahupun agama.semua hak tak ada, tak memasal dia carry malu seumur hidup.yang alim2 pun nak jaga keturunan..anak nak kawin habis terbongkar smua
Serius i kesian...makpak sedap anak menanggung.
Korang enjoy lah sex tu tapi tolong jgn beranak!


Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
nauzubillah.. moga Allah jauhkan dr anak2ku dan keturunan ku.. aamiinn ya Allah.. takut baca
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Meiizu replied at 26-9-2021 01:31 PM
Kalau dah suka sama suka...use protection please.
Safe sex.
I takmo ada anak dilahirkan..born out ...

I setuju dgn ini....bkn nk menggalakkn...tp tu lh klu ada anak yg dilahirkn lg pnjang episod cerita nya...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Pil Yasmin tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2021 02:42 PM | Show all posts
Edited by Meiizu at 26-9-2021 02:43 PM
aechae replied at 26-9-2021 02:14 PM
I setuju dgn ini....bkn nk menggalakkn...tp tu lh klu ada anak yg dilahirkn lg pnjang episod cerit ...

Dulu masa zmn aids NGO duk bagi condomn kan setad setazah marah condom ehh condemn konon menggalakkan...walhal kita paham je  ada kategori.
Yg mana hidup dlm lingkungan agama memang sesuai ditakutkan dgn dosa api neraka
Tapi
Ada golongan yg sex tu untuk kepuasan ;org kategori ni memang kena guna method ajar safe sex utk kesihatan diri & elak pregnant
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 02:58 PM | Show all posts
sekali tengok video ostad sayyam sayyam

berkali2 ketagih

hahahahah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2021 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg jantan ketagih melancap ko tak nak kaji ka?
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Meiizu replied at 26-9-2021 02:42 PM
Dulu masa zmn aids NGO duk bagi condomn kan setad setazah marah condom ehh condemn konon menggalak ...

Tu lh pentingnya sex education...tp tulah dengar je perkataan sex tu trus imagine org berjimak n tersekat kt ctu je lah bayangan tu...pastu marah2
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Remaja/dewasa yg nak bunuh diri, cuba mengesek dulu. Bila dah rasa nikmat dunia mengesek, mesti x jadi nak bunuh diri. Bila dah bosan mengesek, baru fikir balik bunuh diri.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua salah HP, ibu bapa tak pantau
Senang nak tengok porn
Dan contact boyfriend
Zaman dulu terbatas semua ni
Sekarang sangat bebas dan berleluasa
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 05:44 PM | Show all posts
itu penting nya pempuan kena pakai gelang atau rantai emas, emas ni dapat reduce keinginan nak mengeseks tu

laki ni dia kurang skit dibandingkan dgn pempuan, tu yg tak perlu pakai barang kemas
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Hidup biar sedap!
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
la yeke pakai gelang emas tu blh meng reduce kan..patut lah acik2 kt moskow pakai gelang emas
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Didikan pd agama dan igtkan pasal maruah dan kehormatan mungkin blh nengurangkan nafsu seks ni....but bdk2 skrg ni mmg agak lain mcm...mmg ngeri fikir takut salah didik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2021 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Janji sedap dek, agittew.

Tapi confirm la acik2 1950an dah menopos akan kata zaman makcik 50an dulu tak macamtu pun. Ujung2 rupanya dia pun kahwin umo 15 lepastu ada anak 9 ekor.

Lepastu kita di zaman ni pula di tahun 2050 akan kata kepada generasi baru, zaman makcik dulu makcik hanya reti berforum dan taste2 dekat retis siap tengok video retis dan ustaz menumbuk sambal je dik, takde pun buat itu ini.

Last2 rupanya dia pun
Janda 5 kali, anak 15 orang (di tahun 2050)
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 26-9-2021 06:44 PM
Janji sedap dek, agittew.

Tapi confirm la acik2 1950an dah menopos akan kata zaman makcik 50an du ...

Haha... tp org dulu2 pon sama, berendek kat bendang.. wakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 08:38 PM | Show all posts
--banyak cerita mangsa rogol masa kecik, dia akan membersar jadi ketagih..
--betul ke tak//tak pasti..
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
dulu aktiviti2 sex ni dikaitkan dgn golongan liberal, free hair, xsembahyang dan berpakaian sexy..kini kebanyakan aktiviti sex mbabitkan golongan yg bgelar ustat, pu, bertudung yg mnutup aurat, yg nmpk warak, yg berserban lg berjanggut. Iols ingat malaysia makin lame makin islamik rupenye makin teruk dlm gejala sosial sex, pertuturan di dlm socmed walau di luar nmpk warak baik..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:06 AM GMT+8 , Processed in 0.108473 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list