CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2109|Reply: 19

[Tempatan] Setuju 100%, Larang aktiviti sosial jika rentas negeri dibenarkan

  [Copy link]
Post time 26-9-2021 10:15 PM | Show all posts |Read mode
Larang aktiviti sosial jika rentas negeri dibenarkan


- Hiasan. FOTO NSTP

KUALA LUMPUR: Aktiviti sosial seperti keraian dan majlis kenduri yang berisiko menjadi punca penularan COVID-19 perlu dilarang sama sekali jika kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri dalam tempoh terdekat.

Timbalan Presiden Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik), Prof Dr Azizi Ayob, berkata aktiviti terbabit perlu disekat kerana boleh menyebabkan penularan wabak berlaku dengan cepat terutama membabitkan varian Delta.

"Kerajaan perlu melihat adakah aktiviti sosial perlu dibuka seluas-luasnya. Saya tidak bersetuju aktiviti sosial dibenarkan jika kerajaan membenarkan rentas negeri.

"Aktiviti sosial sebegini hanya akan menyebabkan berlakunya perkumpulan orang beramai-ramai dan secara tidak langsung boleh menjurus kepada penularan baharu COVID-19," katanya kepada BH, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang memaklumkan kerajaan menjangkakan kebenaran untuk rentas negeri akan dapat diberikan tiga minggu lagi.

Ia selepas beberapa langkah menyegerakan vaksinasi populasi dewasa diambil dalam masa terdekat.

Dr Azizi berkata, kerajaan perlu menetapkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat membabitkan aktiviti sosial termasuk riadah jika pergerakan rentas negeri dibenarkan.

Walaupun bersetuju supaya pergerakan rentas negeri dibenarkan, katanya, pematuhan terhadap SOP masih perlu dikuatkuasakan, dipantau serta dikawal dengan ketat.

"Antara faktor berlaku penurunan jumlah kes COVID-19 ketika ini adalah disebabkan tiada pergerakan rentas daerah sepanjang tiga bulan lalu dan apabila sempadan negeri dibuka semula kelak, ini akan menyebabkan risiko penularan.

"Membenarkan pembukaan sempadan dan aktiviti rentas negeri tanpa kawalan adalah sesuatu yang tidak dibenarkan," katanya.

Mengulas isu sama, Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar, berkata pergerakan rentas negeri bukan menjadi satu masalah sebaliknya penganjuran aktiviti sosial membabitkan orang ramai yang perlu disekat.

Jelasnya, penganjuran aktiviti yang membabitkan perhimpunan orang ramai seperti kenduri dan keraian perlu dilarang buat masa ini kerana berisiko menyebabkan berlaku penularan baharu.

"Bagi saya, tiada masalah kerajaan membenarkan rentas negeri kalau kita sudah mencapai kadar vaksinasi yang tinggi. Tak perlu tunggu tiga minggu, sekarang pun sudah boleh.

"Apa yang dirisaukan adalah apabila rentas negeri dibenarkan, orang ramai alpa, lupa kepada SOP, sehingga mengadakan majlis kenduri, bersesak di kawasan riadah dan sebagainya," katanya.

Sumber:https://www.bharian.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2021 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
kt bod sblh kata lagi 3 minggu kan blh rentas negeri..i tunggu dgn sabar..
xkisah pun xdpt bersosial.keraian ke apa.nak balik jumpa parents jah pun..lagi pun family i xramai ank cucu sbb mostly my sibling belum kawen..xbercampur ngn org pun..dah sthn 3 bulan kot..kalau 3 minggu lg xdpt balik jgk ada yg kena carut rasanya
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Iol takde halllll~~

So cite dia sekarang, can or not je.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 09:05 AM | Show all posts
Harapnya balik kampung masih lagi dilarang..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Cerita sebelum selalunya begitu lah...

Bila dah dapat rentas, prlbagai acara diraikan..
Inilah kelemahan rskyat ysng saparti peniaga restoran mamak. Dapat betis nak peha
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
time tak boleh rentas negeri pun ada yang berani buat kenduri.. kalau boleh rentas, mau buat kenduri 3 hari 2 malam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2021 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh mana boleh org malaysia suka kumpul reramai sambil makan2.
Walaupun dilarang dorang buat gak tau, gomen je tak perasan sbb xde sapa report.

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
org malaysia sikit2 buat makan2 borak2 berkumpul sedara mara.salah satu menyebabkan virus cepat tersebar dari thn lepas lg mostly dari singgah menyinggah kat rumah sedara mara ni la.ujung2 nak blk kg tgk makayah terus tak dapat.
gomen dah berkompang rentas negeri dah bebrp bulan jgn tup2 uturn plak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2021 11:02 AM | Show all posts
Tak rentas negeri pun dah buat gathering.  Neighbour depan rumah iols ni sabtu haritu siap thunder clapper lagi dia pasang berapa bijik kereta depan rumah.  Semalam baru balik anak2 cucu2 dia.  Nak panggil polis karang bermasam muka.  Degil yg amat.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ekselen at 27-9-2021 02:03 PM

Ahahaha jgn harapla...confirm ramai xsabar nk buat majlis...didahului ngan grup2 kayangan, artis dan xlupa rakyat marhaennn...jgn mimpi la xkan ada yg buat.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ekselen at 27-9-2021 02:09 PM
Samerosie replied at 27-9-2021 11:02 AM
Tak rentas negeri pun dah buat gathering.  Neighbour depan rumah iols ni sabtu haritu siap thunder c ...


Ada park yg open to public tu ada yg siap buat gathering kawan2 lg huhu....pastu upload kt medsos....iols mampu tgk je lahhh huhu
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
kan dah vaksin.. covid ni menteri ckp mcm demam Dan selsema je.. so??? apesal nk di sekat2.. hidup mcm biasa je la
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
dorang ni tak sedar ke merata2 je orang buat kenduri la party segala tak kira negeri tu fasa berapa pon, nnt dapat rentas negeri secara terbuka ko ghaseee??? "family terdekat jeee" "bagi chan laa dah lama tak balik" retis2 bodoh pon ramai je tayang buat majlis birthday, attend majlis tunang/nikah orang lain? takde pon aku nampak kena kompaun pelbagai?
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
budakshinchan replied at 27-9-2021 02:08 PM
kan dah vaksin.. covid ni menteri ckp mcm demam Dan selsema je.. so??? apesal nk di sekat2.. hidup m ...

Bkn semua yg nk divaksin... Dan kebykan bdk2 pun xvaksin lg... Yg berisiko tu yg kena pikir... Yg dh vaksin ni xpelah..kena pun nanti mcm demam2 gitu je. Kalo nk risikokan anak masing2 silakan lah buat...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 02:15 PM | Show all posts
Xpayah la nak halang lagi dah 2 tahun dihalang smpai bila lagi nak perap? Cukup dgan sediakan sop dan kuatkuasa betul2 bukan double standard. Rakyat dh muak kena kurung!
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 02:17 PM | Show all posts
Samerosie replied at 27-9-2021 11:02 AM
Tak rentas negeri pun dah buat gathering.  Neighbour depan rumah iols ni sabtu haritu siap thunder c ...

macam jiran belakang rumah iolss la baru ni. tapi masa weekdays. dorang berkumpul kat belakang rumah dorang. dah la belakang rumah tu betul2 bertentangan dgn bilik iolss. sembang kuat satu, pakej gelak mengilai lagi.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2021 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
ekselen replied at 27-9-2021 02:12 PM
Bkn semua yg nk divaksin... Dan kebykan bdk2 pun xvaksin lg... Yg berisiko tu yg kena pikir... Yg  ...

menteri bawak anak bini gi oversea rilex je x mati kena covid.. artis.. anak raja pegi becuti ok saje.. SOP kerajaan ibu bapa dah complete vaksin boleh bawak anak anak keluar dine in walaupon belum vaksin janji umo bawah 18 tahun.. so apa point nya??? Kasi bebas je la buat apa saja.. kalo sendiri x nk keluar.. x bagi anak bini keluar.. itu dia punya pasal..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 02:21 PM | Show all posts
persoalannya sampai bila??? mau tunggu apa??? ada ubat yg berkesan??? ada vaksin lagi mau tunggu???
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
budakshinchan replied at 27-9-2021 02:20 PM
menteri bawak anak bini gi oversea rilex je x mati kena covid.. artis.. anak raja pegi becuti ok s ...


Kalo nk kena dia xkira dah raja ke menteri ke artis ke...lgpun mereka berduit kalo nk dpt the best treatment pun xde hal... Mcm rakyat marhaen kalo rasa2 berduit pun ikutlah masing2..Mcm i ckp la kalo nk buat terpulang...xde sapa pun nk halang. Lgpun katil2 icu byk dah kosong... Masing2 ada otak boleh pikir apa yg terbaik utk diri sendiri dan keluarge...jgn esok2 meroyan plk salahkan org sana sini sudahlah...take the risk as yours.. Jgn ckp org x bgtau...think the best for yourself. Jgn dok tgk org lain org lain..nk jadik mcm org lain silakanlah...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 03:41 PM | Show all posts
sampai bila semua nak larang..kata kita kena hadam dan hidup bersama dengan covid ni...muak dah wei..dua tahun kena berkurung...yang takut sangat tu korang duduk je lah diam diam kat rumah....tak yah sibuk dengan orang lain
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.558854 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list