CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3757|Reply: 15

Alkisah ‘teh cutting’ dan Abang Rongkiang

[Copy link]
Post time 27-9-2021 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
pagi Ahad yang cerah dengan langit terang benderang dan jalan raya yang lengang, tiada yang lebih afdal melainkan melihat orang ramai berjoging, berbasikal, beriadah dan berkhemah di taman-taman awam.

Orang dah jadi separuh gila kerana untuk sekian lamanya terperap dan terpenjara berdindingkan ruang tamu di kediaman masing-masing.

Bagi mereka yang ketagihan teh tarik di bawah bangunan Malayan Mansion Masjid India, seperti mana penulis, pagi Ahad adalah pagi yang dinanti-nantikan.

Sudah hampir dua tahun tidak berkunjung ke situ gara-gara Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Semua orang berkumpul atas hajat yang sama. Cuma ada yang teringinkan roti canai banjir atau telor goyang separuh masak ditampalkan ke atas roti banjir.

Di tepi Sungai Bunus pun sama. Ramainya orang menyerbu apa saja kedai mamak yang wujud untuk pekena macam-macam. Di satu sudut, ada yang memilih untuk hanya menikmati ‘teh cutting’.

Abang Rongkiang (istilah orang Utara kepada yang cepat naik angin) - gelaran yang diberi kepadanya kerana kerap moody apabila pelanggan minta macam-macam sambil menukar fikiran ketika dia sedang menyeduk kuah ke dalam plastik - menjerit kepada pelanggan; “Nasi minyak siap lagi 20 minit...”

Jeritannya disambut dengan tepukan yang bergemuruh - membuktikan betapa para pelanggan tetapnya merindui nasi minyak spesial berlaukkan ayam kampung atau gulai ayam.

Masakannya masakan Melayu, bukan mamak.

Hari ini, bagi mereka yang nak menjaga kesihatan iaitu ketagihkan teh tarik tapi enggan minum gelas yang besar, ada restoran menyediakan khidmat teh cutting iaitu istilah untuk teh tarik separuh gelas atau gelas kecil.

Tidak apalah asalkan hajat badan dipenuhi. Cuma yang sedikit mengganggu fikiran ialah bagaimana di sebalik itu semua, ramai juga yang tidak menghiraukan penjarakan sosial.

Ada satu meja tu, duduk sehingga enam orang dan rapat-rapat. Kebanyakannya geng berbasikal. Duduk berborak boleh tahan lamanya. Selepas penat mengayuh, apa lagi, borak sambil menikmati teh cutting dan roti canai telur goyang.

Sekali pandang kelihatan seperti Covid-19 dan pandemik sudah tidak wujud lagi. Orang ramai dan Covid sudah sebati, mungkin.

* Rozaid Rahman ialah Ketua Pengarang Kumpulan dan Ketua Pegawai Pengisian Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2021 12:54 PM | Show all posts
Geng basikal ni memang degil.  bukan kat pit stop je, kadang2 tu kat bawah jambatan derang berkumpul tunggu geng2 lain.  Dah la merbahaya, esp highway Putrajaya-LDP, most exits ni ada jambatan.  Orang nak tengok merging cars lagi nak tengok geng2 ni lagi.  Bila tak kena, my body my choice.  Bila dah kena, hospital culik.  Eh, tiberrrrrrrrrrrrrrrr.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 01:07 PM | Show all posts
awat panggil 'Teh cutting'? aku faham macam lain.. teh manis meleceh sampai potong kaki..
aku order teh tarik separuh je kalau macam tu maksud dia teh cutting...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 03:02 PM | Show all posts
aku jogging smlm pepagi.. jln kampung kn.. mmg yg naik basikal nie suka sgt bersaing bdua2.. ank laki ngn bapak.. mak ngn ank pmpuan.. ada 1 group tu siap ada pula tukang naik moto rakam video dorg..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Haha rongkiang..

Romiang ado..


Dolu ayah iols.kalau weols.kecik2 masa tu..suka letak.bedak putih2 kat muka..pastu.ckp tompiang muka..hahhaha
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
babelina replied at 27-9-2021 03:02 PM
aku jogging smlm pepagi.. jln kampung kn.. mmg yg naik basikal nie suka sgt bersaing bdua2.. ank lak ...

Ingatkan tempat aku je macam tu.. Escort moto amik video tu ok lagi.. Ni ada yang drive kereta amik video sampai jem jalan!

Kalau takde undang-undang, dah lama aku rodok geng basikal ni dari belakang!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2021 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcmmane lah org yg boleh teguk teh tarik....I setahun sekali pun susah nak minum teh tarik ..manihhh.
Tp kalau coolblog boleh pulak..hihi....ambik sourplum iceblended...sedap. Jarang lah...sesekali je.


Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 09:04 PM | Show all posts
aku paling nyampah yg ikut cucuk bontot lori tu

ntah la bile nmpk accident beskal...dlm hati pdan kan muka je #hatihitam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2021 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Musim2 pandemik ni dah boleh biasakan diri minum teh ka kopi ka tanpa gula walaupun order kat luar ke apa.
Boleh kan mintak cuma tulaa kadang geram juga org kata no sugar ehh bila minum tetap gak rasa manis.
Sama mcm order kat foodpanda tulis nota jelas2 takmo pedas utk bebudak/org sakit.Sila asingkan cili.
Eh tak dia buh jugaaa ikut hati sakit nak je bagi rate rendah sambil review maki2.
Nak order air takmo gula pun risau dorang ni sumbat gak gula tu.

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 02:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak pak iol tiap hari pekena teh tarik
Tak muak ke
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 03:52 AM From the mobile phone | Show all posts
rongkiang la..teh cutting la..
xfaham la bahasa berbunga sgt
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 09:08 AM | Show all posts
imransulaiman replied at 27-9-2021 06:12 PM
Ingatkan tempat aku je macam tu.. Escort moto amik video tu ok lagi.. Ni ada yang drive kereta ami ...

knnnn.. dimana2 pn dorg cam nie ye.. bila org kecam marah.. tp tu la.. beringat2 la.. awk kayuh BASIKAL.. bkn bw kete..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 11:34 AM | Show all posts
Guccibamboo replied at 27-9-2021 08:10 PM
Mcmmane lah org yg boleh teguk teh tarik....I setahun sekali pun susah nak minum teh tarik ..manihhh ...

haha
aku hari hari minum teh
sehari tak minum teh tarik, tak boleh
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu mase aku keja, almost everyday minum teh tarik. Smpi je opis, pi foodcourt order teh tarik. Ptg tea break beli teh tarik kat cafe bawah opis. But weekend avoid minum teh tarik. Akibatnya berat aku naik tapi alhamdulillah, bacaan gula ok tapi cholesterol naik skit.
Nijam dah jd SAHM, terkawal teh tarik intake. Seminggu sekali dua minum teh tarik. Pokoknya, aku mmg hantu teh tarik.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 12:47 PM | Show all posts
aku klu teringin buat teh tarik dgn fresh milk
kurang la manis tu
nk sedap lagi boh la halia ke cinnamon ke
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2021 09:31 AM | Show all posts
aku pun kurang gemar teh tarik...
tapi sejak pregnen anak kedua ni, gemar pulak..
selalu bancuh dgn susu segar/susu tepung..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.585726 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list