CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2773|Reply: 8

[Sarawak] Mayat pembantu tekong ditemui dan dikenalpasti keluarga

[Copy link]
Post time 7-10-2021 04:40 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FanTasyCreaTioN at 7-10-2021 04:43 AM
Thread berkaitan :
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1274766



KUCHING, 6 Oktober – Hari ke-5 Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) yang dikoordinasikan oleh Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Kuching, di bawah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bersama lain-lain agensi telah menemui mayat Awang Omar bin Awang Hamsawi, 59 tahun, mangsa terakhir tragedi bot karam.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman bin Md Yunus berkata, pada jam 4.22 petang tadi MRSC Kuching telah menerima panggilan dari salah sebuah bot pemancing yang melakukan pencarian memaklumkan menemui satu objek terapung di atas permukaan air dan disyaki mayat pada jarak 3.7 batu nautika utara dari bot tersebut karam.

Mayat tersebut seterusnya dibawa oleh pasukan penyelamat ke jeti dan diserahkan pada pihak Polis Diraja Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

Pengesahan mayat telah dilakukan oleh pasukan Forensik PDRM bersama waris di Hospital Umum Sarawak dan turut telah menemukan kad identiti pada mangsa.

Maritim Malaysia mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa dan semoga segala urusan dipermudahkan.

Maritim Malaysia merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua agensi sahabat yang terlibat dalam operasi CARILAMAT ini, petugas dari pelbagai jabatan/agensi serta komuniti maritim tempatan.

Maritim Malaysia menasihatkan komuniti maritim agar tidak turun ke laut buat masa sekarang  memandangkan keadaan cuaca di laut pada masa ini kurang baik terutamanya era peralihan Monsun Timur Laut bermula dari bulan Oktober 2021 hingga Mac 2022.

Maritim Malaysia  sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh Komuniti Maritim untuk melaporkan sebarang kecemasan di laut secara terus ke talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Negeri Sarawak ditalian 082-432544 yang beroperasi 24 jam.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-10-2021 04:42 AM | Show all posts
Alhamdulillah ... d jumpai .. walaupun ...

innalillahiwainnailaihirojiun ...


Salam Takziah ...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2021 04:45 AM | Show all posts
KUCHING, 6 Oktober: Mayat mangsa terakhir insiden bot karam di perairan Pulau Satang Besar ditemui sekitar jam 4.20 petang tadi.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata mayat Awang Omar Awang Hamsawi berusia 59 tahun ditemui terapung di atas permukaan air oleh salah sebuah bot pemancing yang turut serta dalam pencarian mangsa pada jarak 3.7 batu nautika utara dari lokasi bot tersebut karam.

Beliau dalam kenyataan hari ini berkata mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.

Pengesahan mayat telah dilakukan oleh pasukan Forensik PDRM bersama waris mangsa di Hospital Umum Sarawak (HUS) dan kad identiti juga ada pada mangsa.

Dalam kejadian Sabtu lalu, bot yang dinaiki mangsa bersama tekong bot dan lapan lagi pemancing dilaporkan karam di perairan Pulau Satang Besar.

Bagaimanapun, tekong dan lapan pemancing tersebut berjaya diselamatkan oleh para nelayan yang berada di lokasi kejadian.


credit


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2021 05:21 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2021 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un.
Laki kwn mak antara yg terselamat. 15jam tunggu bantuan terapung dlm air.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2021 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahi wainna ilaihiraji'un.. Salam takziah.. Alhamdulillah dapat jumpa..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-10-2021 04:34 PM | Show all posts
makneng replied at 7-10-2021 07:34 AM
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un.
Laki kwn mak antara yg terselamat. 15jam tunggu bantuan terapu ...
ramai berbunyi pasal ni ...
mengapa la tindakan baru d ambil...
sedangkan mereka dah col pun bgtau awal2 bit nak karam ...


Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2021 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 7-10-2021 04:34 PM
ramai berbunyi pasal ni ...
mengapa la tindakan baru d ambil...
sedangkan mereka dah col pun bgta ...

Betul tu...kesian tau...paling kesian tekong tu la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-10-2021 04:45 PM | Show all posts
makneng replied at 7-10-2021 04:43 PM
Betul tu...kesian tau...paling kesian tekong tu la..
kita sama2 tunggu ... penjelasan ...

sekarang tengah pointing game ...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 03:50 PM GMT+8 , Processed in 0.191071 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list