Ulang, hafal dan hadam prosedur operasi standard (SOP) menjelang pembukaan sempadan negeri tidak lama lagi.
Pesanan itu dibuat Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berikutan hanya tinggal 0.9 peratus sahaja untuk mencecah sasaran 90 peratus populasi dewasa lengkap divaksin bagi membolehkan rentas negeri dibenarkan.
Beliau turut mengingatkan masyarakat supaya meningkatkan penilaian kendiri dengan melaksanakan Ujian, Lapor, Maklum, Kuarantin dan Dapatkan Rawatan (TRIIS) sebelum pulang ke kampung atau pergi melancong.
Sementara itu beberapa pengikutnya berkata, kit ujian kendiri masih lagi mahal dan bagi keluarga yang mempunyai anggota ramai akan menyebabkan kos yang tinggi.
Kredit foto: The Star
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan aktiviti merentas negeri akan dibenarkan sebaik tahap vaksinasi populasi dewasa negara mencapai 90 peratus.
Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, harga siling borong dan runcit baharu bagi kit ujian pantas antigen Covid-19 akan diumumkan bulan depan.
merentas negeri di ulang-ulang ni adalah godaan pentadbiran kerajaan kpd golongan yang tak nak vaksin.. tetapi kita semua kena ingat angka 90 peratus itu cuma angka, ianya boleh berubah dengan cara backing yang berlainan pulak. jangan mengharap sangat k..
Post time 8-10-2021 06:00 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ntahlaa rasanya better takyah kecoh2 sgt iols suka elemen kezutan yg tetiba berbanding hari2 duk ratip tau2 tak jadi kawen
Kan dah malu.. diam2 sudahlaa
Bila sudah sampai masa buatlaa pengumuman serentak.
Tapi jangan ada plot twist yg menyakitkan hati plak.
Nengok memasing dh pakat borong saliva test tu, yg dah siap kemas bag bagai.
Ummah hindu pasti tersenyum lebar kerna tahun ni raya tidak diperantauan lagi
Bagi jelah kitorang rentas.
Selama ni pkp abcdefgh sampai ajm pun kes naik jugak.vvip kesana kesini
Yg nak bkurung tu duklah diam2
fadeup lah double standard.
Ehh ter ot plak
Post time 9-10-2021 12:26 AMFrom the mobile phone|Show all posts
euuw x aci lah sbb org yg sambut deepavali taun ni blh beraya ngn family..krismas pun blh
.bila sampai turn raya melayu kes mencanak naik balikk.kalau thn dpn salam perantauan lg..mksdnya raya kali ketiga lah diperantauan