View: 8880|Reply: 67
|
Guru / Ulama sanjungan anda (mahathirGX, always_typo, pipi)
[Copy link]
|
|
Dalam kehidupan kita mungkin kita pernah mengaji atau menuntut ilmu dari seseorang yang bergelar guru atau ulama. Mungkin orang-orang istimewa ini yang banyak berjasa kepada kita tidak pernah diketahui umum oleh masyarakat atas sikap mereka yang tawadhuk dan memberikan khidmat tanpa tujuan mendapat sanjungan.
Siapakah mereka ini?? Mungkin anda boleh menceritakan mereka-mereka ini sebagai menghargai jasa-jasa mereka kalau tidak pun kepada diri anda sendiri.
Pengalaman saya pernah belajar Al-Quran dari Allahyarham Ustaz Hashim A. Ghani yang mengajar secara harfiah. Beliau bukan hanya mengajar secara harfiah tapi turut membuka ruang untuk berfikir. Saya terhutang budi dan jasa kepada beliau ini.
Bagaimana anda??
[ Last edited by fleurzsa at 3-9-2006 10:55 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
salam,
Imam Al-Ghazali
Sejak sekolah memang suka baca buku2 beliau (terjemahan). |
|
|
|
|
|
|
|
buku2 imam alghazali amat popular skang nih...selalu jadik bahan rujukan kat ipt satu dunia... |
|
|
|
|
|
|
|
Saya suka baca perjuangan, dakwah dan kisah hidup Hassan Al Banna dan para pejuang ikhwan muslimin yg lain seperti Syed Qutb, ukhtie Zainab, Mohd Qutb dan lain-lain.
di samping itu, saya juga suka pada perjuangan Sheikh Abdullah Azam dari Palestin.
As Syahid Hassan Al Banna, as syahid Syed Qutb, as syahid Sheikh Abdullah Al Azzam adalah pejuang-pejuang yg mati syahid di dalam perjuangan menegakkan agama Allah SWT. Maha besar Allah yg memberi bukti akan kesyahidan Sheikh Abdullah Azam yg dibomkan dgn dinamit tetapi jasadnya sempurna tidak terjejas sedikitpun.
Di Cechnya, kita akan jumpa nama-nama seperti Syamel Basayev, Al Khattab (sudah meninggal) dan di Afghanistan nama-nama seperti Umar Mujahid, Osama dan lain-lain.
Mengenali perjuangan mereka ini memberikan kesegaran di hati kita bahawa akan wujud toifah-toifah yg sentiasa membawa kebenaran. Itu adalah janji Allah SWT.
Mereka adalah antara guru, ulamak dan pejuang kebenaran pada abad ini . Sekiranya kita berusaha mengenali matlamat dan hala tuju perjuangan mereka, kita akan mengenali siapakah pejuang kebenaran di antara ulamak-ulamak yg ada. Mungkin approach mereka ada kelainan di sebabkan situasi dan persekitaran mereka berada (dan sudah pasti ketentuan Allah SWT ke atas mereka) tetapi mereka adalah pejuang-pejuang kebenaran.
|
|
|
|
|
|
|
|
Menyentuh tentang Imam Al-Ghazali teringat kat Prof.Ghulam Nabi semasa di UIA yang menghurai falsafah Al-Ghazali begitu sistematik dan menarik sekali. Namun demikian terdapat seorang lagi Prof T.Arief Atari dari Jordan yang agak kritis terhadap pandangan Al-Ghazali ini. Berdasarkan pandangan dari kedua-dua Prof inilah dilihat pandangan Al-Ghazali masih ada ruang lagi untuk diperbahaskan.
Penghargaan ku kepada kedua-dua Prof ini termasuk seorang lagi yang agak sederhana pendiriannya namun hujjahnya begitu bernas iaitu Prof M.Hasoubbah. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau yg kat Malaysia...saya suka Prof. Harun Din...suka dengar ceramah
dier kat media or kaset...pernah pegi dengar ceramah dier.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 14-2-2005 05:27 PM:
Menyentuh tentang Imam Al-Ghazali teringat kat Prof.Ghulam Nabi semasa di UIA yang menghurai falsafah Al-Ghazali begitu sistematik dan menarik sekali. Namun demikian terdapat seoran ...
lagi satu kalau kita baca buku karangan HAMKA...
beliau pun ada jugak mengkritik/ mempertikaikan beberapa tulisan Imam Al-Ghazali ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
saya pulak kalau ustaz dari malaysia...
saya suka mendengar ceramah ustaz Shamsuri samada dari kaset atau live ceramahnya dulu...
sekarang saya hanya mendengar ceramah beliau dari internet saja.... |
|
|
|
|
|
|
|
org yg bertanggungjawab yg mengajar saya mengaji adalah arwah nenek saya dan ibu saya sendiri...ajar tajwid seme pun ibu saya..... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ustaz tuh semua ustaz saya yg ajar saya di sekolah...
sbb dr mereka lah saya dpt byk input....
yg lain ialah ustaz Badrul Amin....
suka dengar zikir munajat dia..... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku takde ulama atau guru sanjungan, sebab tok guru aku cakap dulu semasa aku tamat mengaji, lupakan dia, dan jika ada apa yang diajarnya bertentangan apa yang diajar oleh tok guru lain, dengan dalil dalil yang kukuh, ikutilah ia, dan tinggalkan apa yang telah diajarnya |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by alahai at 03.2.2005 11:24 PM:
saya pulak kalau ustaz dari malaysia...
saya suka mendengar ceramah ustaz Shamsuri samada dari kaset atau live ceramahnya dulu...
sekarang saya hanya mendengar ceramah beliau dari internet saja....
boleh bagitau alamat web yg ada ceramah tu....nak dengar jugak..:ah: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by matjan at 15-2-2005 08:51:
boleh bagitau alamat web yg ada ceramah tu....nak dengar jugak..:ah:
nak tau gak ... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Remy_3D at 14-2-2005 06:42 AM:
Aku takde ulama atau guru sanjungan, sebab tok guru aku cakap dulu semasa aku tamat mengaji, lupakan dia, dan jika ada apa yang diajarnya bertentangan apa yang diajar oleh tok guru lain, dengan dal ...
itulah sebaik2 guru :ah: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by seribulan at 14-2-2005 04:22 AM:
kalau yg kat Malaysia...saya suka Prof. Harun Din...suka dengar ceramah
dier kat media or kaset...pernah pegi dengar ceramah dier..
ustaz haron din mmg best ceramah dia...ade dengar masa pi bangi..kadang2 benda2 yg dia terpikir kita tak pernah terpikir pon.. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya minat Dr Mohd Asri Zainul Abidin, seorang tokoh ilmu hadis yg sedang meningkat naik. Beliau sering mengadakan kuliah di sekitar PJ dan Bandar Utama. Kaedah yg beliau bawa sangat menarik dimana beliau mengajak kita mempelajari ilmu Islam dari sumber utama iaitu al quran dan hadis. Disamping itu rujukan beliau terhadap kitab2 ulama muktabar sangat luas. Secara tidak langsung akan mendorong kita utk mempertingkatkan keilmuan kita sendiri tanpa hanya bergantung kpd input dari tok guru semata2.
[ Last edited by luluguagua on 15-2-2005 at 10:17 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by luluguagua at 14-2-2005 04:14 PM:
Saya minat Dr Mohd Asri Zainul Abidin, seorang tokoh ilmu hadis yg sedang meningkat naik. Beliau sering mengadakan kuliah di sekitar PJ dan Bandar Utama. Kaedah yg beliau bawa sangat menarik dimana ...
kalo tak silap aku ustaz nih pernah bagi kuliah maghrib kat masjid uia pj kan??? |
|
|
|
|
|
|
|
Ya dialah orangnya. Dia juga merupakan pensyarah di fakulti Islam, USM.
Sering diundang utk membentangkan k/kerja di IPT. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mrs_livingstone at 15-2-2005 12:28 AM:
org yg bertanggungjawab yg mengajar saya mengaji adalah arwah nenek saya dan ibu saya sendiri...ajar tajwid seme pun ibu saya.....
Syabas dan tahniah ! Tak ramai orang yang dapat menghargai sumbangan orang-orang yang berjasa kepada kita ini. Biarpun sedikit ilmu yang disampaikan mereka namun dari situlah tercetusnya amalan murni yang lebih besar lagi. |
|
|
|
|
|
|
| |
|