CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dreamliner

HOBIN ☺☺ JANG ☺☺HOBIN

[Copy link]
Post time 20-12-2006 06:45 PM | Show all posts
Muzanda, Kit Kong teraju NS

Mohd Amin Jalil


Gandingan dua pemain itu digunakan untuk menembusi gawang Kedah

JURULATIH Negeri Sembilan, Hatem Soussi tetap menyandarkan harapan kepada gandingan serangan, Eric Muzanda dan Liew Kit Kong untuk menerajui kemenangan pertama skuad itu dalam saingan Liga Super, apabila menerima kehadiran Kedah, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini.

Bagi jurulatih dari Tunisia itu, dia yakin dengan kemampuan dua pemain itu untuk melaksanakan tugas menembusi gawang lawan.

"Biarpun mereka baru saja digandingkan tetapi kedua-dua pemain itu menunjukkan satu persembahan yang amat memberangsangkan ketika perlawanan dengan Johor FC tempoh hari.

"Saya yakin akan kemampuan mereka untuk menjayakan misi pasukan mencari kemenangan pertama apabila berdepan Kedah,? katanya.

Bagi Hatem, dia sedar semua pemain dalam skuad itu memerlukan masa untuk menyerlahkan kehebatan sebenar dan dia tidak bimbang mengenai situasi berkenaan kerana yakin akan kemampuan anak buahnya apa lagi saingan liga baru saja bermula.

Menurutnya, dia akur ada beberapa kelemahan dalam skuad itu yang perlu diperbaiki ketika pemain dalam proses membentuk persefahaman antara satu sama lain.

"Tambahan pula, kami memiliki beberapa pemain muda yang masih diuji keupayaan mereka seperti K Thanaraj dan Mohd Hafiz Syobri Omar, yang memerlukan masa untuk mencapai tahap prestasi terbaik," katanya.

Hatem yakin Negeri Sembilan ada kelebihan untuk mengenepikan cabaran Kedah malam ini dan dia mahu memastikan barisan yang diturunkannya mampu merealisasikan kemenangan yang diharapkan itu.

"Saya mengharapkan pemain yang bakal menggalas cabaran dapat beraksi dengan penuh komitmen untuk menjamin kejayaan kerana kami memerlukan kemenangan pertama bagi menaikkan semangat dan keyakinan pemain sebelum mereka mengharungi cabaran seterusnya nanti.

"Kelebihan beraksi di gelanggang sendiri nanti tidak wajar disia-siakan sebaliknya kutipan mata penuh perlu dicapai," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2006 12:44 AM | Show all posts
(3) 23.12.2006 Sabtu

13 Telekom Melaka mln Perlis
14 Melaka mln Pahang
15 Selangor mln DPMM FC
16 Pulau Pinang mln Negeri Sembilan
17 Kedah mln Sarawak
18 Johor FC mln Trengganu


(4) 27.12.2006 Rabu

19 DPMM FC mln Perlis
20 Telekom Melaka mln Pahang
21 Negeri Sembilan mln Selangor
22 Sarawak mln Pulau Pinang
23 Trengganu mln Kedah
24 Perak mln Johor FC


(5) 03.01.2006 Rabu

25 Perlis mln Negeri Sembilan
26 Pahang mln DPMM FC
27 Melaka mln Telekom Melaka
28 Selangor mln Sarawak
29 Pulau Pinang mln Trengganu
30 Kedah mln Perak


(6) 06.01.2007 Sabtu

31 Sarawak mln Perlis
32 Negeri Sembilan mln Pahang
33 DPMM FC mln Melaka
34 Trengganu mln Selangor
35 Perak mln Pulau Pinang
36 Johor FC mln Kedah


(7) 10.01.2007 Rabu

37 Perlis mln Trengganu
38 Pahang mln Sarawak
39 Melaka mln Negeri Sembilan
40 Telekom Melaka mln DPMM FC
41 Selangor mln Perak
42 Pulau Pinang mln Johor FC


(8 ) 20.01.2007 Sabtu

43 Perak mln Perlis
44 Trengganu mln Pahang
45 Sarawak mln Melaka
46 Negeri Sembilan mln Telekom Melaka
47 Johor FC mln Selangor
48 Kedah mln Pulau Pinang


(9) 14.02.2007 Rabu

49 Perlis mln Johor FC
50 Pahang mln Perak
51 Melaka mln Trengganu
52 Telekom Melaka mln Sarawak
53 DPMM FC mln Negeri Sembilan
54 Selangor mln Kedah


(10) 21.02.2007 Rabu

55 Kedah mln Perlis
56 Johor FC mln Pahang
57 Perak mln Melaka
58 Trengganu mln Telekom Melaka
69 Sarawak mln DPMM FC
60 Pulau Pinang mln Selangor


(11) 28.02.2007 Rabu

61 Perlis mln Pulau Pinang
62 Pahang mln Kedah
63 Melaka mln Johor FC
64 Telekom Melaka mln Perak
65 DPMM FC mln Trengganu
66 Negeri Sembilan mln Sarawak


(12) 10.03.2007 Sabtu

67 Selangor mln Perlis
68 Pulau Pinang mln Pahang
69 Kedah mln Melaka
70 Johor FC mln Telekom Melaka
71 Perak mln DPMM FC
72 Trengganu mln Negeri Sembilan


(13)14.03.2007 Rabu

73 Pahang mln Selangor
74 Melaka mln Pulau Pinang
75 Telekom Melaka mln Kedah
76 DPMM FC mln Johor FC
77 Negeri Sembilan mln Perak
78 Sarawak mln Trengganu


PUSINGAN 2


(14) 24.03.2007 Sabtu

79 Selangor mln Pahang
80 Pulau Pinang mln Melaka
81 Kedah mln Telekom Melaka
82 Johor FC mln DPMM FC
83 Perak mln Negeri Sembilan
84 Terengganu mln Sarawak


(15) 31.03.2007 Sabtu

85 Perlis mln Selangor
86 Pahang mln Pulau Pinang
87 Melaka mln Kedah
88 Telekom Melaka mln Johor FC
89 DPMM FC mln Perak
90 Negeri Sembilan mln Trengganu


(16) 04.04.2007 Rabu

91 Perlis mln Telekom Melaka
92 Pahang mln Melaka
93 DPMM FC mln Selangor
94 Negeri Sembilan mln Pulau Pinang
95 Sarawak mln Kedah
96 Trengganu mln Johor FC


(17) 07.04.2007 Sabtu

97 Perlis mln DPMM FC
98 Pahang mln Telekom Melaka
99 Selangor mln Negeri Sembilan
100 Pulau Pinang mln Sarawak
101 Kedah mln Trengganu
102 Johor FC mln Perak

(18 ) 18.04.2007 Rabu

103 Negeri Sembilan mln Perlis
104 DPMM FC mln Pahang
105 Telekom Melaka mln Melaka
106 Sarawak mln Selangor
107 Trengganu mln Pulau Pinang
108 Perak mln Kedah


(19) 02.05.2007 Rabu

109 Perlis mln Sarawak
110 Pahang mln Negeri Sembilan
111 Melaka mln DPMM FC
112 Selangor mln Trengganu
113 Pulau Pinang mln Perak
114 Kedah mln Johor FC


(20) 12.05.2007 Sabtu

115 Trengganu mln Perlis
116 Sarawak mln Pahang
117 Negeri Sembilan mln Melaka
118 DPMM FC mln Telekom Melaka
119 Perak mln Selangor
120 Johor FC mln Pulau Pinang


(21) 19.05.2007 Sabtu

121 Perlis mln Perak
122 Pahang mln Trengganu
123 Melaka mln Sarawak
124 Telekom Melaka mln Negeri Sembilan
125 Selangor mln Johor FC
126 Pulau Pinang mln Kedah


(22) 02.06.2007 Sabtu

127 Johor FC mln Perlis
128 Perak mln Pahang
139 Trengganu mln Melaka
130 Sarawak mln Telekom Melaka
131 Negeri Sembilan mln DPMM FC
132 Kedah mln Selangor


(23) 06.06.2007 Rabu

133 Perlis mln Kedah
134 Pahang mln Johor FC
135 Melaka mln Perak
136 Telekom Melaka mln Trengganu
137 DPMM FC mln Sarawak
138 Selangor mln Pulau Pinang


(24) 13.06.2007 Rabu

139 Pulau Pinang mln Perlis
140 Kedah mln Pahang
141 Johor FC mln Melaka
142 Perak mln Telekom Melaka
143 Trengganu mln DPMM FC
144 Sarawak mln Negeri Sembilan


(25) 01.08.2007 Rabu

145 Perlis mln Melaka
146 Selangor mln Telekom Melaka
147 Pulau Pinang mln DPMM FC
148 Kedah mln Negeri Sembilan
149 Johor FC mln Sarawak
150 Perak mln Trengganu


(26) 29.08.2007 Rabu

151 Pahang mln Perlis
152 Melaka mln Selangor
153 Telekom Melaka mln Pulau Pinang
154 DPMM FC mln Kedah
155 Negeri Sembilan mln Johor FC
156 Sarawak mln Perak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2006 12:35 PM | Show all posts
Liga Super: Peminat Negeri Sembilan rindu sentuhan Bekamenga

Oleh Hussain Said

SENTUHAN Christian Bekamenga Bekamengo harus kini dirindui juara Liga Super, Negeri Sembilan sebaik berakhir perlawanan kedua menentang Kedah di gelanggang sendiri, malam kelmarin berakhir.

Statistik yang tertera menunjukkan Negeri Sembilan adalah antara tiga pasukan yang belum mampu menembusi gawang lawan selain Melaka serta Terengganu yang baru pertama kali beraksi, malam kelmarin.

Eric Muzanda dari Kenya yang diikat bagi menggantikan Bekamengo untuk mengetuai barisan depan bersama Liew Kit Kong jelas gagal menyerlah dan keupayaannya tampak jauh berbeza dengan pemain Cameroon itu.

Malah, daripada dua perlawanan setakat ini, Negeri Sembilan yang dibimbing Hatem Souissi hanya berupaya mengumpul satu mata hasil keputusan seri 0-0 ketika berkunjung menentang pasukan kelab, Johor FC, Sabtu lalu.

Situasi itu menghadirkan kebimbangan sejauh mana keupayaan pasukan yang lebih dikenali 慔oben Jang Hoben

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2006 02:42 PM | Show all posts
sudahkah anda menembak di sini?
>>>LIGASUPER predict the score<<<

selamat menembak
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2006 11:37 AM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 22-12-2006 12:35 PM
Liga Super: Peminat Negeri Sembilan rindu sentuhan Bekamenga

Oleh Hussain Said

SENTUHAN Christian Bekamenga Bekamengo harus kini dirindui juara Liga Super, Negeri Sembilan sebaik berakhir per ...

hmm..tuh ar..kita rindu sentuhan beka ngan deban...si hatim susi nih cam takley pakai jer nih..si kit kung pon cam x menjadi jer..
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2006 06:28 PM | Show all posts
kene gak beli AMRI YAHYAH ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-12-2006 05:27 PM | Show all posts
Ramai pemain skuad Rusa tidak senang cara Hatem

Oleh Mohd Amin Jalil


KEGAGALAN meraih sebarang kemenangan selepas mengharungi tiga perlawanan Liga Super, harus menjelaskan situasi sebenar dihadapi skuad Negeri Sembilan dalam menghadapi cabaran kali ini selepas pasukan berkenaan dikendalikan jurulatih, Hatem Soussi.Jelas ada yang tidak kena dengan pembentukan skuad itu kali ini apabila juara bertahan Liga Super itu terkial-kial untuk mencari kemenangan.

Hakikatnya, Negeri Sembilan kini sudah mengalami dua kekalahan iaitu di tangan Kedah di gelanggang sendiri dan kepada Pulau Pinang di tempat lawan, 23 Disember lalu. Mata tunggal diperolehi mereka adalah ketika seri 0-0 dengan Johor FC pada perlawanan pertama.

Sekalipun sebahagian besar pemain musim lalu yang membawa kepada kejayaan mereka muncul juara Liga Super dan naib juara Piala Malaysia dikekalkan untuk menggalas cabaran musim ini, namun jelas ada yang tidak kena berikutan prestasi persembahan pemain yang kurang memberangsangkan serta keputusan perlawanan yang mengecewakan.

Ia jelas berbeza ketika skuad itu dikendalikan anak tempatan, K N Devan di mana Negeri Sembilan bermula dengan aksi memberangsangkan sehingga meletakkan mereka pada tahap digeruni pasukan lain.

Malah, kini dikatakan berlaku keretakan dalam skuad itu yang jelas kurang baik dalam persiapan pasukan.

"Ramai pemain tidak senang dengan cara Hatem mengendalikan pasukan hingga kadangkala kami merasa tertekan. Bagaimana nak beraksi dengan baik jika fikiran terganggu.

"Selain itu pasukan juga tidak memiliki penyerang yang baik dan mampu memberi sumbangan berkesan seperti yang pernah dilaksanakan Christian Bekamenga," kata seorang pemain yang enggan namanya disiarkan.

Hakikatnya, peminat setia Negeri Sembilan pasti tidak sanggup untuk melihat persembahan dan prestasi pasukan kesayangan mereka terus merudum.

Justeru, aksi berdepan juara Piala Malaysia 33 kali - Selangor - di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam ini, bakal menjadi penentu sejauh mana tahap prestasi sebenar skuad Negeri Sembilan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2006 10:19 AM | Show all posts
nasib monang.macam kes Alan pardew plak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2006 07:35 PM | Show all posts
hmmmmmm....ish.sib baik skali monang...pehnih lawan perlis...harap2 mennag ler....ish....risau tol aku nengok mender camnih...hatem tuh btol ker x tuh????..sih mohammad x der wat aper2 pon.....ish2
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2006 02:50 PM | Show all posts
lawan kek kangar tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2006 04:29 PM | Show all posts
ah buleh balun punyo perlis tuh..kit kung sumbek sebijik..eric sumbek sebijik..setel..hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2007 02:50 PM | Show all posts
ching sumbek sebijik,
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2007 11:36 PM | Show all posts
nih pe citer nih....kalah byk kali nih..ini yg aku nak bakar stadium nih...woi...pe citer woi.....aku bengang giler nih.....buat rugi beli tiket jerk...korang tau x aku nak bli tiket tuh menggunerkan duit gaji 3 bulan aku tuh.....woiiiiiiiiiiiii.....arghhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2007 10:32 AM | Show all posts
慉po kono eh Jang抂/b]

Oleh: TARMIZI ABDUL RAHIM

SEREMBAN

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2007 09:27 PM | Show all posts
Freddie Santos masuk abih la team lain.tengok la.ex Sporting Lisbon FC tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2007 11:49 PM | Show all posts
ns naza patut beli luis figo @ beckham..

tengok, la ni depa dah pi liga tak glamer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2007 10:18 AM | Show all posts
Hatem utamakan masa depan skuad pelapis NS

Oleh Mohd Amin Jalil


ORANG BARU: Antara aksi Negeri Sembilan (jersi merah)
yang membariskan bintang muda dalam saingan Liga
Super musim ini.


LANGKAH jurulatih Negeri Sembilan, Hatem Souissi, mengetengahkan ramai pemain muda untuk menggalas cabaran pasukan sejak Liga Super musim ini, adalah bagi memastikan kepentingan masa depan skuad itu.

Bagi jurulatih dari Tunisia itu, pemain muda perlu diberi pendedahan yang lebih luas untuk berdepan cabaran besar dalam saingan liga tempatan bagi membina keyakinan jitu sebelum berdepan cabaran lebih menggunung selepas ini.

Pada asasnya, Hatem berpendapat ia bukan saja memberi kebaikan kepada Negeri Sembilan, malah kepada bola sepak Malaysia kerana sebahagian pemain terbabit juga bakal membarisi skuad kebangsaan pada masa depan.

Sekalipun pendekatan Hatem itu menerbitkan rasa tidak senang segelintir pemain senior, namun dia mempunyai alasan tersendiri terhadap tindakannya itu demi kepentingan dan kemajuan bola sepak Negeri Sembilan.

Malah ianya bersesuaian dengan pelantikannya bukan saja selaku jurulatih Liga Super malah sebagai Pengarah Kejurulatihan PBNS, yang bertanggungjawab terhadap usaha mengetengahkan pemain muda.

"Saya datang ke sini dengan tangungjawab besar untuk membantu meningkatkan lagi prestasi bola sepak negeri ini dan bukan saja memberi fokus kepada saingan Liga Super dan Piala AFC, malah turut membabitkan usaha mencungkil bakat baru.

"Bagi saya, pemain muda perlu diberi ruang untuk menonjol kerana jika tidak mungkin prestasi mereka tidak akan meningkat, sedangkan cabaran masa depan lebih mencabar.

"Saya percaya mereka boleh menjadi antara pemain cemerlang jika kami terus memberikan kepercayaan, tambahan pula Negeri Sembilan bakal menggalas cabaran pada Piala AFC, yang menuntut kesungguhan dan komitmen tinggi pasukan," katanya.

Antara pemain muda yang diketengahkan Hatem ialah Mohd Syamsol Sabtu, Mohd Hafiz Syobri Omar, Sharizam Mohd, Tengku Qayyum Ubaidillah Tengku Ahmad, Nor Shahrul Idlan, K Thanaraj, Mohd Aidil Zafuan Abd Razak, Shahurain Abu Samah dan Mohamad Afandy Adimel.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2007 03:34 PM | Show all posts
musim masih panjang jang.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2007 02:04 PM | Show all posts
muzanda dah blah dah....dah ditaatkan contract sbb persembhn yg teramat kurang memberangasangkan......eloklah tuh.....pasnih amik becka balik...keh keh keh....x pon amik yg better te him.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2007 12:41 PM | Show all posts
aih ditamatkan?? kejapnye.abih sape ganti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.363354 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list