CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Lana

Tempat

[Copy link]
Post time 22-3-2005 06:30 PM | Show all posts
Weiii kengkawan...

korang tahu yang ABAK BERYANI DAM tu kan...




Dia dah ada location baru ah, kedai belum bukak tapi dia dah pasang signboard.
Dia ada ada kedai shophouse sendiri kat between Guthrie Building ngan bus stop Geylang Serai...

dia satu row ngan Pattaya Thai Muslim tu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2005 08:24 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2005 01:15 PM | Show all posts
Last Friday gi candlelight dinner kat Sofra Turkish Restaurant situated kat Shaw Tower.

Nice place.. cozy dan harga pun berpatutan.. waiter dia pun hensem2  hehehee *sempat lagi tu aku reccee*

2 org makan...
2 main dish
1 appetiser
2 drinks

total tak silap S$32++ .. aku sempat jeling jer.. hehehehee

nak more info.. visit la website dia.

http://sofra.com.sg/oldindex.htm
Reply

Use magic Report

matz_rockz This user has been deleted
Post time 11-4-2005 09:45 AM | Show all posts
Originally posted by cranko21 at 5-4-2005 01:15 PM:
Last Friday gi candlelight dinner kat Sofra Turkish Restaurant situated kat Shaw Tower.

Nice place.. cozy dan harga pun berpatutan.. waiter dia pun hensem2  hehehee *sempat lagi tu aku reccee* : ...



i testing makan kat sini...alamak the serving was so little.

i ordered the salad...kat menu,gambar  nampak banyak, pinggan pun besar...sekali datang dia kasi pinggan kecik,the serving was so small....pakai sudu besar...2 suap sua abis.

my friend took the sultan......kat gambar nampak power...sekali datang kat meja....tak power abis...the meat portion was so little.

i took the $13 meal..it was so so.

p/s this is just my opinion.

i prefer the one at cuppage...the serving was awesome.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2005 08:44 PM | Show all posts
Originally posted by cranko21 at 11-4-2005 09:59 AM:
ehhh.. a few weeks back dlm BH ada tepek citer pasal 100% halal Vegetarian outlet.. siapa tahu kat mana eh???



oopppsss ada ada...


aku carik kat alexa aku jumpa ni....  ko try telepon...

Ground Court is located at 321 Orchard Road Orchard Shopping Centre (somewhere near Specialist Shopping Centre) #05-01, telephone numbers are 235 2102.
Grand Court only offers buffet lunch. It is at $12 per head (weekdays only). They charged at a different rate on weekends. They have quite a variety for their buffet lunch. Rice, noodles, curry, all sorts of dishes and even kway. Lastly not forgetting the deserts. Chinese tea is a compliment with the buffet lunch. If you would like other drinks, there will be a surcharge. However, you may also take the cold drink available on the buffet table.
One additional advantage it has is that it is the 1st vegetarian restaurant that has a Halal certificate. So Malays who wants to try Chinese food are always welcomed to this restaurant



full artikel kat sini http://www.makantime.com/indexvegetarian.html
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2005 08:11 AM | Show all posts
Originally posted by matz_rockz at 11-4-2005 10:25:
thank you my friend....nanti kalo senang balik kerja i carik....



OK abg mat... for you....
V, dilah & myself dah gi tempat tu semalam
Stall nama :
Pyramid Al Tazza
B1-20 Golden Mile Food Center, Beach Road

Harga from S$2 - S$6 jer heheheheheheee
Yg jual laks hensem.. cam selera jer makan :malu:


Originally posted by deaf4ever at 11-4-2005 20:40:
best ke?? aku tak penah order, lalu je nengok2....

nanti aku try.


Tulah ko.. sombong tak mo join semalam.. hehehhe

makanan dia ok ...
semalam Dillah took Lamb Kebab, I took Mixed Kebab S$4.50 eac
then we tried the Mushroom soup S$2.50
for those yg tak suka parmesan cheese... make sure u tell the hensem guy to hold the cheese... cam V dia kata rasa masam hehehehe.. aku ok jer.. tak cerewet...

ingat nak ambik gambo .... tapi sempat ambik gambo mushroom soup jer.. coz by the time kebab datang ... aku ngan dilah dah lapo.. sooo terus ngap ngap ngap.... :kant:

ni gambo mushroom soup with a generous serving of the parmesan cheese





dan ni gambo Mee goreng basah V... dan satay yg kita order gak.. satay dia sedappppp sokmo... hehehehee



[ Last edited by cranko21 on 12-4-2005 at 08:15 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2005 09:51 AM | Show all posts

ni gambo makanan last month.. tapi blom basi...

last month kita pi makan kat changi village.. v, tig, faiza, dep n kenk



satay.. kuah sedap.. satay pon sedap...



ni tak taulah.. yang makan si kenko... erm.. jamah gak.. cam tak berapa sedap :bgrin:



ah..... ni sedap... roti john salut cheese :cak:


:kant: koras
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2005 11:28 AM | Show all posts
dalam suratkhabr semalam ke kelmarin ehhhh ada satu cafe baru kat bussuroh street
"Dahlia Cafe."

semalam masa jumpa SC kat geylang, dia kata dia tengok tempat dia ok for S'pore board  next gathering.. sooo.. siapa yg rajin tu gi la jenguk2 tempat tu... sekian. harap maklum :bgrin:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2005 07:56 PM | Show all posts
Originally posted by cranko21 at 17-4-2005 11:28 AM:
dalam suratkhabr semalam ke kelmarin ehhhh ada satu cafe baru kat bussuroh street
"Dahlia Cafe."

semalam masa jumpa SC kat geylang, dia kata dia tengok tempat dia ok for S'pore board  ...




ooo Dahlia Cafe...  bussorah street eh....
makin banyak sey kedai kat sana...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2005 08:58 AM | Show all posts
abg matz.. I nak makan sushi halal selalu beli yg kat chai chee tu...
sedappppp
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2005 10:40 AM | Show all posts
Originally posted by cranko21 at 19-4-2005 08:58 AM:
abg matz.. I nak makan sushi halal selalu beli yg kat chai chee tu...
sedappppp



chai chee mana ah???

dia cam endo sushi nye kedai ke apa????
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2005 10:48 AM | Show all posts
newton hawker centre.


Aku dah bertahun2 sey tak turun Newton pasal
- dia out of the way
- masakan dia semua mahal dan tak sedap
- banyak sangat touting and pestering
- tempat duduk cam kena kontrol
- banyak budak2 buat kecoh lepas minum or just pasal dorang nak tunjuk samseng je.


so malam tadi kul 1 kawan aku cakap turun Newton makan la...
so aku cam alrite la, just cek out this place again la...

wah!!! dah berubah sey Newton...
- dah takde touting, dorang cakap baik2, lepas tu jalan.
- then no more cam conquer seats, nak duk mana2 boleh...
- then semua orang cam civilised gitu ah....

ooo skali kawan aku cakap baru aku tahu, Newton pun skarang dah kena pasang Police nye CCTV la hehehehehe patut la the atmosphere is much better skarang...


So smalam makan satay, makan roti john...
alrite ah...
so aku rasa dah boleh return to Newton ah skarang....:ah::ah:
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2005 11:09 AM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 19-4-2005 10:40:



chai chee mana ah???

dia cam endo sushi nye kedai ke apa????



kat block 42 belakang masjid tu la deaf..
dia jual sushi jer tak silap

pernah kuar citer dia kat tv & BH .. bini mamat ni jepung..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2005 12:57 PM | Show all posts
so ni masuk sokkabar hari ni...
so baca lah ...


Forum : 27 April 2005   
  Mudah cetak  | E-mel
OTAK-OTAK TAK DIHANTAR MUNGKIN surat ini agak terlewat, tetapi masalahnya masih belum selesai.

Pada awal Januari, saya membuat tempahan daripada Queen's Satay. Ini bukan kali pertama saya membuat tempahan. Salah satu makanan yang saya tempah ialah otak-otak.

Semasa tempahan dihantar ke rumah, pembantu saya menerima dan membayarnya.

Apabila saya sampai di rumah, saya memeriksanya dan mendapati tempahan otak-otak saya yang berharga $12 tidak dihantar.

Esoknya, saya menghubungi Queen's Satay. Mereka berkata si penghantar akan menghubungi saya.

Apabila penghantar itu menghubungi saya, beliau berkata beliau akan memeriksa aduan saya dan memberitahu pengurusnya.

Apabila tiada berita, saya menghubungi syarikat itu lagi esoknya. Kali ini seorang pekerja wanita menjawab panggilan saya.

Beliau meminta nombor telefon dan nama saya dan berkata akan memberitahu pengurusnya. Tetapi hingga kini tiada berita.


Norlizah Zainei,
Jurong West.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2005 12:53 PM | Show all posts
aku baca ni ketawa sey...
Taupik cam budak2 kat porum ni, tak makan taugeh ngan bawang...
feewiittt sehati sejiwa



Ekstra! : 10 Mei 2005   
  Mudah cetak  | E-mel
NAK TAHU DI MANA TAUFIK SUKA LEPAK? Oleh
Siti Nurashika Mohd Ali
Penulis Sambilan

KALAU nak hidangkan burger, memanglah beliau suka.

Kalau dapat asam pedas ikan pari, mmm... terbukalah seleranya.

Tapi usah sekali-kali menghidangkannya juadah mengandungi bawang atau tauge kerana itulah antara bahan makanan yang paling tidak disukainya.

Demikian dedah juara Singapore Idol, Taufik Batisah, yang bakal muncul dalam rancangan baru, Coffee Talk and Hawker Woks, mulai 8 malam ini di Channel 5.

Rancangan itu membawa penonton menjengah tempat-tempat kegemaran golongan selebriti yang diketengahkan setiap minggu termasuk Suhaimi Yusof dan malam ini, Taufik sekali gus menjadi 'pembuka' episod.

Ketika ditemui semasa penggambaran siri itu, Taufik, yang ditanya apakah makanan yang boleh membuatnya hilang selera, berfikir sejenak sebelum akhirnya ketawa dan berkata:

'Saya tak suka makanan yang mengandungi terlalu banyak tauge dan bawang. Kalau saya order mi goreng, saya mesti pesan mereka, Strictly no onions and no tauge! (Tak mahu bawang dan tauge!).'

Taufik, 24 tahun, yang masih menjalani Perkhidmatan Negara (NS), mengakui amat sukakan makanan-makanan siap segera tanpa mengira sama ada ia dari McDonald's, KFC, Burger King atau Long John Silver's.

'Saya gemar makan burger, gemar makan ayam dan suka asam pedas ikan pari ibu saya yang power!,' tambah anak muda ini.

Malam ini, Taufik, yang menajdi kegilaan ramai khususnya anak muda, akan membawa penonton berkunjung ke tempat-tempat makanan yang menjadi 'kegilaannya' pula.

Dalam rancangan yang dihoskan bintang Channel 8, Fiona Xie, Taufik bakal membawa penonton ke dua buah tempat di Bukit Batok yang kerap dikunjunginya.

Kopitiam di Blok 279, Bukit Batok East Avenue 4 - itulah tempat Taufik lepak bersama teman-temannya.

Maklumlah tempat itu berdekatan dengan rumahnya dan di sana juga ada makanan kegemarannya iaitu epok-epok dari gerai Hello Western Food & Fried Chicken.

'Dulu saya sering ke sini bersama kawan-kawan. Di sinilah kami akan berborak dan menghabiskan masa bersama sebelum saya menjalani NS.

'Cuma sekarang ini saya agak sibuk. Kalau saya nak ke sini, tak kiralah bila tapi selalunya saya akan turun pada waktu malam,' ujarnya.

Selain sukakan epok-epok di sana, Taufik juga mengakui sering berkunjung ke restoran Rasa Bestari di Blok 134, Bukit Batok West Avenue 3, yang turut menyediakan makanan laut.

Yang anehnya, Taufik mengakui tidak menggemari makanan laut.

'Saya tidak suka makan makanan laut. Tetapi yang hairannya, saya gemar memakan Nasi Goreng Seafood di restoran Rasa Bestari tempat kegemaran saya dan juga keluarga.

'Pertama, ia dekat dengan rumah saya (sambil ketawa).

'Kedua, memang keluarga saya gemar ke Rasa Bestari. Entahlah saya pun tak berapa tahu kenapa sebabnya. Tetapi jika ada di antara kami yang menyambut hari lahir, kami akan ke sini.

'Pokoknya sebarang kegiatanlah, kami pasti ke sini!,' cerita anak bongsu tiga beradik yang menetap bersama ibu tunggalnya di Bukit Batok itu.

Ketika ditanya sama ada beliau akan melayani peminat-peminat yang mengerumuni untuk meminta tandatangannya tatkala beliau sedang benar-benar lapar, Taufik menambah:

'Saya akan layan mereka. Pada saya, tanpa peminat, tiadalah saya di persada seni ini dan mungkin juga bukan seorang idola.

'Peminat telah memberi saya banyak sokongan. Jadi tak mungkin saya menghampakan sesiapa pun yang datang kepada saya.'

Bagi golongan cik adik di luar sana yang mungkin terfikir-fikir bagaimana caranya untuk menambat hati teruna idaman ramai ini, Taufik sambil tersenyum sempat berseloroh dengan berkata:

'Gadis itu mestilah pandai memasak asam pedas ikan pari macam ibu saya. Jadi, si dia itu harus belajar dari ibu sayalah. Baru boleh pass tambat hati saya.'
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2005 09:02 AM | Show all posts
bambu kuning dah tutup.. then di take over oleh brother's corner.. yg ramli sarip ke siapa tah punya kedai....
tak silap now dah jadi mcdonald kan kedai tu..


Deaf.. yg steamboat ko sebut tu .. sebelah bambu kuning arrr...
Habib Korean BBQ tak silap
now kalau nak makan Korean BBQ.. boleh gi kat Marina yg sebelah canto pop punya club tu..
ehhh. aku baru gi dating kat situ... quite a good place to hang out...
next gathering korang leh buat kat situ..  heheheheee

[ Last edited by cranko21 on 11-5-2005 at 09:05 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2005 01:50 PM | Show all posts
sokkabar new paper smalam




Make $ense to go halal  By Celine Lim

May 13, 2005      


   
Old Chang Kee outlets are doing brisk business after getting halal certification.
OLD Chang Kee has broken new ground and is selling more of its famous curry puffs.

Since going halal in January, sales have increased by '5 to 7 per cent' said Mr William Lim, the company's managing director.

He expects sales to increase by 'up to 12 per cent' eventually.

Old Chang Kee's senior halal executive, Mr Sudyono Solehim, said there was definitely a demand for Old Chang Kee to go halal.

HALAL CURRY PUFFS

Before being halal-certified, he used to receive calls and e-mails from customers asking if Old Chang Kee's curry puffs were halal.

Old Chang Kee is just one of many local companies entering the fray for the halal dollar locally - a trend that is reflected globally too.

Three years ago, Polar Puffs & Cakes, another home-grown curry puff and snack seller, decided to go halal.

And business at their 24 outlets 'boomed' after that, according to Mr Hamza Ahmad, Polar's supplies manager and halal enforcement officer.

To be certified halal, a restaurant must ensure all its ingredients are from halal sources, meat and its derivatives are from animals slaughtered according to Islamic rites, and that there is no cross-contamination between halal and non-halal food.

This year alone, the Islamic Religious Council of Singapore (Muis) has received 78 applications for halal certification between January and end-March.

Mr Shahlan Hairalah, head of Muis' Halal Certification Strategic Unit said: 'The number of halal-certified premises increased by 20 per cent from 1,257 in 2003 to 1,512 last year.'

However, he said that there is no official figure for the exact size of the halal market in Singapore.

Miss Shahidal Salleh, 24, who works in the health industry, said: 'It's a good thing that more restaurant owners are aware that it's not so difficult to get a halal certificate.

'They just have to make some adjustments and it lets them get a bigger market share.

'And now I don't need to go all the way to Malaysia to eat different types of cuisines.'

Ms Rooziah Bohari, 42, a ticketing manager, said: 'There are more choices for eating out. Earlier, if I wanted to eat at Kentucky Fried Chicken, I'd have to go to Johor Bahru.'

However, she noted: 'Their halal certificate has to be right in my face so I can see that it is valid.'
Reply

Use magic Report

puteri81 This user has been deleted
Post time 13-5-2005 02:26 PM | Show all posts
Sapa pernah gi Sofra Turkish Cafe & Restaurant?

bagi komen sket...apa menu dia etc...
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2005 02:48 PM | Show all posts
Originally posted by puteri81 at 13-5-2005 02:26 PM:
Sapa pernah gi Sofra Turkish Cafe & Restaurant?

bagi komen sket...apa menu dia etc...


agaknyer ok jgk ah pasal my frens semua kasi good reviews..

u can try and check out:

Sofra
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2005 02:59 PM | Show all posts
Last Saturday, Chic pegi Singapore Post building yg pat Paya Lebar tu jalan2. Tak pernah pegi sana. Macam2 lah eh. Then nampak satu kedai roti ni called Blossom. Halal Certified. Ada gantung ayat in Chinese calligraphy and also cina punya poster merah tu. Berbual ngan Nyonya pat cashier dia kata owner of the shop is a Muslim convert. Kakak dia kawin Muslim, dia rapat ngan BIL dia, terus dia pun convert. Chic beli Turkey ham bun and chicken curry bun. Sedap. Kalau order cake pat sana, diorang hantar ke rumah percuma. Sesiapa jalan pat sana boleh try....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.071242 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list