CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: atokkl

Cerita Kelakar..Kah Kah Kah

[Copy link]
Post time 23-11-2006 11:06 AM | Show all posts
Bye Mak

Suatu petang di sebuah 'supermarket'....Seorang lelaki muda tengah berjalan di bahagian barang-barang dapur apabila dia terperasan seorang perempuan tua yang tengah memandangnya dengan mata yang tak berkelip-kelip. Lelaki muda itu pun terasa pelik..dia terus berjalan ke bahagian buah-buahan tapi dari ekor matanya dia perasan lagi yang perempuan tua tu masih juga memandang dan mengekorinya. Last-last lelaki tu pun buat dek jer, sebab dia ingat dia yang perasan. Lepas mengambil dua tin sardin dan lima biji epal, lelaki muda tu pun berjalan menuju ke kaunter untuk membayar barang-barangnya tetapi di pertengahan jalan perempuan tua tadi tuh cepat-cepat memintas dan berdiri di depannya. "maafkan makcik nak!!" kata perempuan itu. "Makcik minta maaf bebanyak kiranya anak tak selesa dengan pandangan makcik tadi. Makcik bukannya apa, cuma wajah anak ni serupa macam arwah anak makcik yang meninggal bulan lepas" Mendengarkan kata-kata perempuan tua itu barulah dia faham kenapa perempuan itu asyik aje memandangnya. Timbul rasa kesian di hati lelaki itu.
"Oh, begitu ke ceritanya makcik? maaflah saya tak tahu. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" tanya lelaki muda itu.
"Aaaa.... mak cik ada satu permintaan kecil kalau anak tak keberatan" kata perempuan itu. "... bila makcik dah nak jalan keluar boleh tak anak lambai dan cakap 'babai...mak!!'? Terubat betul rindu makcik jika anak dapat tolong sebab arwah anak makcik selalu buat macam tuh pada makcik".
"Oh boleh... takde masalah" kata lelaki muda tu.
Setelah cashier memasukkkan semua barang-barangnya ke dalam plastik, perempuan tua itu pun berjalan keluar dan melambai tangannya ke arah lelaki muda itu. Lelaki muda itu pun melambaikan tangannya kembali dan melaung "Babai, mak!!!!".
Setelah memerhatikan perempuan tua itu hilang dari pandangan dengan hati yang kesian, lelaki itu pun bergerak ke cashier untuk membayar barang-barangnya.
"Jumlah semuanya RM130.70 ye encik," kata cashier supermarket tuh.
Terkejut lelaki tu mendengar kata-kata cashier tuh.
"Eh, kenapa mahal sangat ni cik, saya beli barang sikit jer macamana pulak sampai seratus lebih ni?" tanya lelaki itu.
"Habis tuh mak awak kata awak nak bayarkan untuk dia sekali!" kata cashier tuh.
"Haah???????!!!!"....

Moral of the story : Jangan terlalu percaya kat orang yang hangpa tak kenai!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2006 11:09 AM | Show all posts
Tok Batin

Maka tersebut lah kisah seorang Tok Batin nie yang banyak membantu Kerajaan Mlaysia dalam mempromosikan barangan buatan tangan dikalangan masyarakat orang-orang asli di Mlaysia semasa promosi Tahun Melawat Malaysia pada Sukan Komamwel satu masa lalu. Maka Tok Batin nie dapat ler anugerah serta wang tunai RM500.Maka dipendekkan cerita, suatu hari Tok Batin nie yang tak pernah keluar dari kampung lamannya sejak kecil lagi ingin pergi ke pekan berjalan-jalan dengan berbelanja disebabkan dapat duit RM500 tu la .......

Maka pada suatu pagi bersiap-siap ler Tok Batin nie dengan kemasnya... lalu diambilnya selipar jepunnya yang disimpan dalam almari tu sejak dulu lagi. memang tak pernah pakai .... biasa berkaki ayam je......) Lalu berjalan ler Tok batin keluar dari hutan bila sampai je kat hentian bas ..... Tok Batin cuba kontrol macho .... lalu bertanya pada seorang pemuda yang sama-sama tunggu bas kat situ ..."Bas perghi pekan dah syampai .....?". Konon-konon macam dah biasa ler naik bas tu.... "Sekejap lagi sampai ler tu ....." sahut pemuda tu selamba.

Apabila bas sampai Tok Batin menyuruh semua orang naik dulu,sebab dia kelam kabut sikit... maklum ler first time naik bas. Last sekal idia naik terus duduk depan kat sebelah konduktor. "Tok Batin nak gi maner....?" .mat konduktor sure kenal tu mesti org asli dari cara dia berpakaian.... " Aaaa..... nak perghi pekan ler.... nak tenghok cite Hindustan....." jawabTok selamba.... lepas membayar tambang Tok Batin tak bergerak-gerak lagi disebabkan rasa ngeri naik bas dah ler first time, laju pulak tu. Apabila sampai dipekan... konduktor memberi tahu penumpang..."OK dah sampai turun pelan- pelan.....!" Maka Tok Batin yang dari tadi dah terbeliak matanya naik bas laju... terus bangun.. dan tetiba je kat tangga bas tu dia tak jadi turun mukanya cemas...

Bila konduktor tu nampak Tok Batin tak turun-turun lalu dia bertanya....

"Hah. Tok.... apasal pulak tu........?"

Dengan nada marah Tok Batin tu jawab "Mana shelipar aku..... tadi aku naik aku taruk kat bawah tangga nie....... sapha kebassshh sheliparr aku.........!!.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2006 02:14 PM | Show all posts
Kenapa Tak Ketawa

Dalam sebuah pertunjukkan lawak, sekumpulan pelawak terkenal membuatkan seluruh dewan gamat dengan gelak ketawa. Penonton tidak henti-henti ketawa sebaik anggota kumpulan itu muncul hinggalah selesai persembahan.

Bagaimanapun, dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita yang hanya mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang menggelikan hatinya. Bahkan sikap berdiam diri wanita ini membuatkan penonton lain kehairanan.

Oleh kerana merasa tidak puashati.. seorang gadis segera bertanya kepada wanita tersebut sebaik saja persembahan pelawak2 itu selesai.

" Apakah persembahan mereka tidak kelakar ? " tanya seorang gadis kepada wanita itu.

"Sungguh kelakar,"jawab wanita itu singkat.

"Tetapi kenapa kakak tidak ketawa? Apakah kakak sakit gigi? "tanya gadis itu lagi.

"Tidak..", jawab wanita itu.

"Kalau begitu, apakah alasannya yang buat kakak tak mahu ketawa", gadis itu masih tak berpuashati

"Habis, kau ingat elok sangat ke mentertawakan suami sendiri di khalayak ramai? " getusnya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2006 02:18 PM | Show all posts
Cerita Seram!

Keheningan pagi membuat Kamal sentiasa terkenangkan sesuatu.Pengalaman manis dan pahit masih kukuh di ingatan.

Dan seperti biasa Kamal akan melayani lamunannya sebaik saja terjaga dari tidur.


Mak Senah ibu Kamal menjalankan rutinnya menyuruh Kamal segera bersiap
untuk membantunya di kebun. Kamal menarik nafas dalam-dalam kerana satu jadual yang terpaksa di ikut setiap hari.

Selesai saja bersarapan mereka memulakanlah rutin kehidupan seperti biasa.

Kadang-kala terasa bosan juga di hati Kamal, tetapi apakan daya itu saja yang dapat dilakukan. Namun begitu,jauh di sudut hati Kamal dia sentiasa berdoa dan berharap agar hidupnya akan berubah satu hari nanti.


Kebun mereka tidak berapa jauh dari rumah,lebih kurang 15 minit berjalan kaki.

Sedang mereka berjalan kaki di sebatang denai, tiba-tiba satu cahaya muncul di hadapan mereka. Hati mereka menjadi kaget kerana tidak pasti dari manakah datangnya cahaya itu. Dan tak semena-mena badan Kamal mula melayang-layang di udara dan Mak Senah pengsan waktu itu juga.

Kamal ingin menjerit tetapi halkumnya bagaikan disekat.Dia cuba meronta untuk melepaskan diri tetapi sia-sia. Tiba-tiba badannya mula bercahaya secara beransur-ansur dan akhirnya sama dengan cahaya tersebut.

Seketika selepas itu badan Kamal mula merekah-rekah.Darah segar memancut-mancut dari liang-liang tubuhnya. Kesakitan yang amat mula terasa di seluruh anggota.Urat-urat kaki dan tangan membengkak dan pecah.

Darah lebih banyak keluar dari tubuh badan Kamal. Otot-ototnya membesar dan terkoyak secara tiba-tiba. Kamal masih tidak mampu menjerit namun begitu matanya semakin segar menonton penyeksaaan pada dirinya. Tiba-tiba kulit badannya tersiat-siat. Setiap sel-sel kulitnya seperti dirobak-rabik dan kelihatan daging putih yang tidak berkulit lagi.

Darah mula terbit dicelah-celah daging badan Kamal. Pedih dan ngilu tidak dapat dibayangkan lagi.

Apakah ini pembalasan Tuhan? Kamal tidak terdaya lagi. Dia tidak mampu menahan apa-apa penyeksaan yang dilakukan kepada dirinya.

Dengan tidak semena-mena, larutan garam disimbah ke badannya yang tidak berkulit itu. Air garam itu mula menusuk ke dalam dagingnya menambah kepedihan yang sedia ada.

"Argh......Argh,....." Itu saja yang mampu dikeluarkan dari hati kecilnya.


Peristiwa sadis ini dengan tiba-tiba datang dan menyeksa dirinya.

Secara perlahan-lahan badan Kamal yang terapung diletakkan semula dengan tiba-tiba.

Duri-duri semalu sedang menunggu tubuh Kamal untuk dijamah.

Kamal tidak tahan dengan penyeksaan itu lagi dan dia pun pengsan.


Biarlah hilang ingatannya supaya segala kepahitan, kesakitan dan kesengsaraan dapat dilupai.

Malam itu gempar satu kampung apabila para penduduk terjumpa Mak Senah Pengsan bersama satu makhluk yang lain.

Kamal tidak dapat dicam lagi oleh para penduduk kerana rupa bentuk fizikalnya telah berubah. Tok Imam segera dipanggil untuk melihat apakah makhluk
itu. Tok Imam ternampak satu tanda di dada Kamal dan akhirnya Tok Imam dapat mengenali Kamal. Malam itu juga Tok Imam mengumumkan kepada penduduk kampung bahawa makhluk itu adalah ...





Kamal dan kini ia.......telah berubah. Hidup Kamal kini betul-betul telah berubah........

berubah........................................................menjadi...............................







Power -----> Rangers.




Kushuk dan tawadukkk nampak bila membaca............hehehehehehe.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2006 02:22 PM | Show all posts
Kisah Tiga Pontianak....

Pada satu malam 3 ekor pontinak sedang bertenggek di atas pokok sambil
bergaduh tentang kehebatan masing-masing.Ketiga-tiga mengaku diri
mereka
hebat.Untuk menentukan siapa paling hebat mereka pun cuba membuktikan
ke
hebatan masing-masing.

Pontianak A terbang dengan sepantas kilat.10 saat kemudian balik semula
ke
pokok tersebut.Kelihatan ada kesan-kesan darah di sekitar gigi
Pontianak A.

Pontianak A : Korang nampak rumah tu
Pontianak B : Nampak!
Pontianak C : Nampak!
Pontianak A : Satu rumah tu habis aku kerjakan.

Pontianak B pula terbang lebih pantas dari Pontianak A. 5 saat kemudian
balik semula ke pokok tersebeut.Kelihatan ada darah bukan setakat pada
gigi,malah pada keseluruhan mulut pontianak tersebut.

Pontianak B : Korang nampak kampung tu
Pontianak A : Nampak!
Pontianak C : Nampak!
Pontianak B : Habis satu kampung tu aku kerjakan.

Sejurus lepas itu Pontianak C pula terbang lebih pantas dari Pontianak
A dan
B .Dalam masa 2 saat je dia kembali ke pokok tersebut.Kelihatan darah
mengalir-ngalir bukan sahaja pada mulut,malah pada keseluruhan muka
pontianak tersebut.

Pontianak C : Korang nampak tembok kat hujung sana tu
Pontianak A : Nampak!
Pontianak B : Nampak!
Pontianak C : Err...tadi aku tak nampak...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2006 02:25 PM | Show all posts
Kisah Cinta Azura Dan Zack

Azura dan Zack bersahabat sejak dari kecil.. Azura dan Zack saling cinta mencintai..

Setelah Besar... Zack melanjutkan pelajaran ke US dan Azura hanyalah seorang pengaggur..

Tetapi mereka terus berhubung surat dan telefon..hinggalah 2 tahun kemudian...Zack tidak lagi menghantar sebarang berita...Azura bersedih dan selalu berdoa agar hati Zack tidak berubah...Setelah lebih 5 tahun...barulah Zack mengirimkankan satu surat dan minta agar Azura menjemputnya di Lapangan Terbang...Azura sangat gembira dan merasakan Zack masih menyintainya...

Semasa menunggu Zack di lapangan terbang... Tiba-tiba bahu Azura di tepuk seseorang.

Dan ternyata orang itu adalah seorang gadis yang putih, tinggi, seksi dan berbaju
biru ketat. "Kamu Azura kan?" tanya gadis Cun itu... lantas menyambung...
"Kenalkan aku Zakiah....Aku ingin memberitahu bahawa engkau tidak akan bertemu lagidengan Jack. Lupakanlah dia....." tegas gadis tersebut Azura pucat dan hendak menangis... "Pompuan tak guna.. dah kau rampas Zack dari aku.. kau sakitkan hati ku lagi..." marah Azura..

Tiba-tiba gadis itu tersenyum dan menepuk bahu Azura dan berkata.... "Bawa bertenang... ini akulah Zack! nama baruku Zakiah.. Auwwww"
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2006 04:20 PM | Show all posts
hehehe......
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2006 04:48 PM | Show all posts
Minglish Vs English

Sinopsisnya gini: Sorang pelanggan omputih kat satu hotel di sebuah negara Asia, god knows where, kononnya satu pagi orderler makanan untuk breakfast...Tapi orang putih ni jenis tak biasa dengor bahase Minglish (base Inggeris yang dah di etnik kan), Maka jadilah perbualan yang agak menggelikan hati seperti ni.....teman dah pesan tadi, kene ikut telo dia baru boley paham, tupun jenuh gak....happy reading...

This has been nominated for best email of 1999. The following is a telephone exchange between a hotel guest and room-service, at a hotel in Asia which was recorded and published in the Far Eastern Economic Review.....

> > Room Service (RS): "Morny. Ruin sorbees"
> > Guest (G): "Sorry, I thought I dialled room-service"

> > RS: "Rye..Ruin sorbees..morny! Djewish to odor sunteen??"
> > G: "Uh..yes..I'd like some bacon and eggs"

> > RS: "Ow July den?"
> > G: "What??"
> > RS: "Ow July den?...pry, boy, pooch?"
> > G : "Oh, the eggs! How do I like them? Sorry,scrambled please."

> > RS: "Ow July dee bay chem...crease?"
> > G: "Crisp will be fine."

> > RS : "Hokay. An San tos?"
> > G: "What?"
> > RS:"San tos. July San tos?"
> > G: "I don't think so"
> > RS: "No? Judo one toes??"
> > G: "I feel really bad about this, but I don't know what 'judo one toes' means."
> > RS: "Toes! toes!...why djew Don Juan toes?

> > Ow bow singlish mopping e bother?"
> > G: "English muffin!! I've got it! You were saying 'Toast.' Fine. Yes, an English
muffin will be fine."

> > RS: "We bother?"
> > G: "No..just put the bother on the side."
> > RS: "Wad?"
> > G: "I mean butter...just put it on the side."

> > RS: "Copy?"
> > G: "Sorry?"
> > RS: "Copy...tea...mill?"
> > G: "Yes. Coffee please, and that's all."

> > RS: "One Minnie. Ass ruin torino fee, strangle ache, crease baychem, tossy
singlish mopping we bother honey sigh, and copy....rye??"

> > G: "Whatever you say"
> > RS: "Tendjewberrymud"
> > G : "You're welcome"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2006 04:49 PM | Show all posts
Kisah Si Buyung

Di sebuah hospital sakit jiwa, ada seorang pesakit mental bernama Buyung yang terer menyanyi. Ada la sikit2 macam mawi kot suara dia. Seorang doktor dan jururawat sedang membuat rawatan di katil Buyung.
Si doktor naik hairan, kenapa si Buyung sambil menyanyi sekejap terlentang, sekejap meniarap. Lalu doktor tu pun bertanya kat si buyung.
Doktor :"Suara awak sedaplah buyung, tapi saya pelik. Kenapa sekejap awak meniarap, sekejap awak terlentang?"
Buyung :" Tadi SIDE A, la ni SIDE B pulak!!!"
Doktor : *&^$$%^&*()_+
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 12:20 PM | Show all posts
Lrt

Seorang gadis cantik menaikiLRT yang sangat penuh sesak.
Gadis itu berdiri betul betul didepan seorang pemuda.
Seketika kemudian pemuda itu bangun, namun belum sempat pemuda itu berkata apa apa, gadis cantik itu menolak pemuda itu dengan lembut ke tempat duduknya sambil berkata,

"Terima kasih, saya lebih suka berdiri".

Pemuda itu tercengang dengan penuh kehairanan.
Dia sedikit jengkil kerana ditolak oleh gadis itu walaupun secara lembut.

Pemuda itu pun berdiri semula tetapi sekali lagi gadis cantik itu menolaknya duduk semula dan berkata dengan sedikit kuat hingga didengari oleh lain lain penumpang,

"Tak apa, tak payah susah susah, saya lebih suka berdiri."

Tanpa putus asa pemuda itu berdiri lagi untuk kali yang ketiga sambil menjerit,

"Woii cik kak !! Saya nak turun laaaaa!!!

Saya dah terlepas perhentian saya tau !!? Apa punya perasan lah die ni?!!!"
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 12:20 PM | Show all posts
Kisah Pak Pandir

alkisahnya..
hebohlah satu kampung..
Pak Pandir mendapat tiket kapal terbang untuk menjadi tetamu Halim Othman dlm pagi di era.. ,
walaupun hanya kelas ekonomi..
tapi bagi pak pandir..
itu sudah cukup mengembirakanya..

dipendekkan cerita..
hari dijanji telah tiba..
pak pandir pun sudah menunggu seawal subuh di lapangan terbang..

kapal terbang sampai..
pak pandir pun naiklah..

masuk jer kapal terbang.. pak pandir terus ambik tempat.

sebelum kapal terbang berlepas..
pramugari pun memeriksa penumpang supaya semua duduk ditempat masing masing dan bersedia untuk berlepas..

sekali pramugari nampak pak pandir duduk kat kerusi bisnes klass.. setahu dia.. tak ada penumpang bisnes klass hari tu..

dengan budi bahasa pramugari tu tegur.
"Pak cik, pakcik tak boleh duduk kat sini.. boleh pak cik pindah duduk dibelakang.."
"eh.. bagus sungguh orang kapal terbang nii (pramugari).. takpalah nak.. pak cik selesa dah kat sini.."
*mana tak selesanya.. bisnes klass..
mati akal pramugari tu.. semua pramugari dan pramugara (kecuali yang terlampau) datang silih ganti..
sakit kepala..

pilot yang menunggu lama nak berlepas..
bengong kenapa masih belum ada isyarat kata ok dari ketua pramugari..

dia pun keluar tengok..
pramugari sorang tu cerita..

pilot tu pun pi lah kat pak pandir..
"pak cik.. boleh tengok tiket?"
pak pandir kasi tiket..

"oo.. pak cik nak pi KL yer pak cik?"
"yer nak..."
"taapi pak cik.. kerusi nii pi johor bahru pakcik.., kerusi belakang baru pi KL!"
"yerker nak.. nasib baiklah nak bagitau.."

Lesen P

Ini kisah yang diceritakan oleh kawan aku daripada Kedah, namanya Naspie. Dia kata cerita ini benar-benar berlaku. Kisahnya begini ... seorang pak cik tua yang baru saja lulus lesen menunggang motosikal. Jadi, mengikut undang-undang, stiker berhuruf "P" hendaklah digantung pada motosikal sekiranya seseorang baru dapat lesen motor. Pak cik tu tunggang motosikal. Adala police road block ...

Polis : "P" mana pakcik?
Pak Cik : P Aloq Staq (loghat Kedah).
Polis : Pak cik nak bergurau pulak. "P" mana pak cik?
Pak Cik : Aku nak p Aloq Staq. (Dah mula naik anging).
Polis : Amboi, main-main pulak pakcik (tersengih). Pak Cik, "P" mana?
Pak Cik : Aku habaq Aloq Staq hangpa tak percaya. Apa hang ingat aku tak tau ka jalan ni nak pi aloq staq. Hangpa jadi polis pun hangpa jangan nak perleceh aku tau (marah).
Polis : Pi pi pi pi lah ... nyusah aje
Pak Cik : kan mudah camtu ...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 12:21 PM | Show all posts
Dinding


Seorang doktor pakar sakit jiwa sedang memerhatikan tabiat aneh salah seorang pesakitnya. Setiap pagi, si pesakit akan melekapkan telinganya pada sebuah dinding seperti sedang mendengar sesuatu. Ini dilakukannya setiap hari dan diperhatikan oleh doktor berkenaan.

Akhirnya pada suatu hari, si-doktor terasa ingin mendengar apa yang didengari oleh si-pesakit pada dinding berkenaan. Dia pun melekapkan telinganya ke dinding... tetapi tidak dapat mendengar apa-apa.

Dia berpaling kepada si-pesakit dan berkata
"Tak dengar apa-apa pun".

"Memang, dah sebulan dah. Senyap aje..." kata si pesakit"
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2006 11:15 AM | Show all posts
Jemaah Haji

Seorang jemaah haji dari Indonesia teringin benar nak belajar tunggang unta ketika di tanah suci. Pak Arab yg jaga unta tu kata, mudah saja.Wak naik dibelakangnya, bila mau jalan, ucap saja "alhamdulillah..." Bila mau berhenti, ucaplah "aaamiiiiinnn". Wak pun setuju. Sebaik saja naik dibelakang unta, Wak pun ucapkan"alhamdulillahhhh..." Dan unta pun mula berjalan perlahan-lahan. Apabila sudah terasa seronoknya, Wak terus mengucapkan "alhamdulillah" berkali-kali dengan nadayang semakin riang dan pantas sehingga unta terus berlari deras. Tau-tau wak menyedari ada gaung yang dalam sudah dekat dihadapan. Dalamcemas, dia segera teringat pesan PakArab, lalu mengucapkan "Amin! Amin!Amin! "berulang kali seperti menekan emergency brake pada kereta dengan harapan unta itu berhenti sebelum tiba ke tebing.Akhirnya unta itu berhenti betul-betul di tebing gaung. Dengan nada yang sungguh lega dan dengan penuh kesyukuran, sambil mengurut dadanya, Wak segera mengucapkan "alhamdulillahhhhhhh......."
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2006 11:16 AM | Show all posts
Pak Pandir Orang Kaya Baru, kelaka!! kelaka!!!

Pak Pandir penternak itik yang berjaya. Hasil pendapatannya yang pertama Pak Pandir membeli sebuah motorsikal. Apabila Pak Pandir menunggang motorsikal tersebut dia hanya menggunakan gear satu. Perlahan dengan gear satu, laju dengan gear satu, naik bukit dengan gear satu. Akhirnya kerana hairan, seorang temannya Pak Kadok pun menegur,

"Oi... Pandir, gunalah gear dua, tiga atau empat."

Pak Pandir menjawab, "biar berjimat, habiskan dulu satu persatu."

Sampai di lampu merah semua kenderaan berhenti, termasuk Pak Pandir. Namun ketika lampu telah hijau dia masih terus berdiri. Dari hijau ke kuning, merah kemudian hijau lagi, dia masih belum menjalankan motornya.
Akhirnya datang polis,

"Hei... kenapa belum jalan?"

"Belum ada warna lampu yang saya sukai Encik," jawabnya.

Setelah setahun, usahanya makin maju. Kemudian Pak Pandir memutuskan untuk membeli kereta. Sampai di lampu merah Pak Pandir kembali berhenti, namun pintu dibuka dan kakinya diturunkan sebelah. Melihat tingkahnya polis terus menghampiri.

"Kenapa kaki awak diturunkan sebelah, Pak Pandir?" tanya polis.

"Aduh... lupa la Encik. Saya biasa naik motorsikal."
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2006 11:16 AM | Show all posts
Curang

Dalam satu kejiranan... bermulalah satu cerita dimana isteri jiran sebelah ni jatuh cinta dengan suami jiran sebelah.

Jadi.....korang faham-fahamlah apa yang dia orang buat kat rumah si isteri tuh. Tak disangka-sangka, suami si isteri ni pulang awal dari kerja hari tu. Maka, kelam-kabutlah si isteri dengan boyfriend dia tu bersurai.

Walaubagaimanapun, suami jiran sebelah tu dah tak sempat lagi keluar ikut pintu belakang.Si suami jiran ni pun bagi idea kat si isteri. Lalu si isteri berlari dengan pantas ke bilik untuk mengambil baby oil dengan bedak badan lalu disapunya baby oil pada badan boyfriendnya. Setelah tu, diletakkan pula bedak badan pada badan boyfriendnya sehingga keseluruhan badan boyfriendnya itu kelihatan putih melepak. Lalu boyfriendnya pun berdiri di salah satu sudut rumah dan meng'freze'kan dirinya supaya kelihatan seperti patung. Setelah melalui saat yang genting
itu, si isteri pun membuka pintu kepada suaminya yang sudah sekian lama mengetuk pintu. Si suami tercengat seketika apabila ternampak 'patung' itu lalu bertanya kepada isterinya,"aik??!!.....dari mana pulak datangnya patung nih??"

"oooo.....patung tuuu. Patung ni saya order dari katalog mak cik sebelah. Baru je sampai tadi." jawab si isteri selamba. "ooooooo.....begitu." balas si suami.

Tepat pukul 3 pagi, tanpa mengejutkan isterinya, si suami keluar dari bilik tidur lalu menuju ke dapur. Kelihatan 'patung' tu masih berada dalam keadaan asalnya tanpa sebarang perubahan. Setelah tiba di dapur, si suami membuat sandwich lalu meletakkannya di atas trey menghidang bersama segelas susu.

Setelah itu, si suami mengangkat makanan itu lalu berdiri betul-betul di hadapan 'patung' itu lalu berkata, "nah....makanlah.". Si 'patung' berasa amat terkejut dan takut kalau-kalau si suami mengetahui hal sebenarnya. Dengan selamba, si suami berkata," aik??!!! tak nak??? orang dah bagi makanan ambik la! Saya ni kira baik la..... Tak macam awak..........dulu, tiga hari tiga malam saya jadi patung kat rumah awak, jangankan makanan..........segelas air pun awak tak bagi!!!!!!"


[ Last edited by  Alizawati82 at 5-12-2006 11:19 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2006 01:29 PM | Show all posts
Originally posted by atokkl at 21-9-2005 22:41
Ni ada satu cerita lucu...klu korang pernah dgr abaikan saja...

Kisah Pak Pandir

Nak dijadikan cerita, suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye.  ...


;):cak::bgrin::clap:kelakar la beb
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2006 01:35 PM | Show all posts
Originally posted by atokkl at 21-9-2005 23:47
Jelingan ayah...

Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.
Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku
membuat sesuatu yang tidak disukainya ...


ADOI..PECAH PERUT AKU D BUAT NYER.... TAK PATUT....
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2006 01:46 PM | Show all posts
Originally posted by ChildrenOfBodom at 21-9-2005 23:54
ada sorang budak yang sangat bangang, dia tanya aku, aku pakai seluar jeans apa aku pun kata Guess lepas tu dia pun kata Levi's

ada sorang pompuan sangat gemuk dan hitam bila dia terjun kat dala ...


la.. ciannyer pompuan gemuk dan pompuan hodoh selalu jadi magsa keadaan.. huhhuhhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2006 01:55 PM | Show all posts
Originally posted by atokkl at 22-9-2005 20:54
Kancil dan Beruk

Pada Zaman Dulu La....

Cerita ini mengisahkan 3 ekor beruk yang bersahabat baik.
Ke mana saja pasti mereka bersama. Buat apa-apa pun sentiasa bertiga.
Andaikata tak cukup  ...


adoi.. tekene aku....waawawaw :
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2006 04:26 PM | Show all posts
Pelatih Baru, kelaka!! kelaka!!!

Rosman Diterima Bekerja Sebagai Pelatih Di Sebuah Syarikat Multimedia.
Selepas Melaporkan Diri Pada Hari Pertama Dia Masuk Ke Biliknya...
Terus Mendail...

"Tolong Buatkan Saya Kopi Cepat!" Katanya Menengking.

"Maaf, Awak Salah Sambungan. Awak Tahu Dengan Siapa Awak Bercakap Ni?"
Kata Suara Di Hujung Talian.

"Tidak" Jawab Rosman.

"Saya Pengarah Urusan Syarikat Ini, Awak Tahu?" Balas Suara Itu.

Rosman Terkejut. Barulah Dia Sedar Dia Tersalah Dail.
Hajatnya Mahu Menghubungi Kantin.

"Encik Tahu Dengan Siapa Encik Bercakap Ni?" Tanya Rosman.

"Tak, Awak Siapa?" Balas Pengarah Urusan Itu.

"Kalau Tak Tahu Bagus..." Kata Rosman Terus Meletakkan Gagang Telefon.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 08:56 PM GMT+8 , Processed in 0.075971 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list