|
Diana nak beri feedback mengenai Zebra Cake yang telah dicuba. Hasilnya memang sedap, gebu dan ringan. Kek manisnya sederhana memang sesuai untuk hidangan minuman teh pada waktu petang.
Zebra Cake ini adalah sejenis sponge cake, cara membuatnya memang mudah tapi kena buat dengan teknik yang betul. Diana berikan gambar yang dapat memberi contoh untuk semua dapatkan hasil sponge kek yang ringan dan gebu. Lihat gambar dan perhatikan adunan kek yang telah Diana sediakan.
Diana ada membuat kesilapan bila membahagikann adunan kepada dua bahagian dan hasilnya warna coklat lebih dari warna plain. Lebihan warna coklat dibakar dalam loyang muffin. Sepatutnya hasil kek ini akan lebih tinggi dari apa yang Diana tunjukkan dalam gambar.
Adunan dipukul pada kelajuan tinggi selama 10 minit
Selepas masukkan mentega cair
Sesudah melapis
Kek Zebra
Resipi yang Diana gunakan adalah dari Jo's Deli Bakery dan Diana terjemahkan dalam BM. Ini resipinya.
ZEBRA CAKE
Sumber: Jo's Deli Bakery
Menghasilkan 1 loyang 8" bulat
Bahan-bahannya
6 biji telur yang kecil (Diana gunakan 4 biji telur Grade B)
110 gram gula kaster
150 gram tepung kek
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu besar ovalette
100 gram mentega, dicairkan
30 gram susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu teh serbuk koko
3 - 4 sudu besar air
1 sudu teh coklat emulco
Hirisan badam/ badam cincang
Cara-caranya
1. Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah C. Lenser dan salutkan tepung pada loyang bulat 8".
2. Ayak tepung dan baking powder. Ketepikan.
3. Pukul telur, tepung yang telah diayak, gula kaster dan ovalette dengan kelajuan tinggi selama 10 minit atau sehingga adunan tepung menjadi pekat dan kental.
4. Masukkan mentega cair, susu pekat manis dan esen vanilla dan putar menggunakan kelajuan perlahan sehingga sebati.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan warnakan coklat pada satu bahagian.
6. Menggunakan sudu besar, sendukkan 3 sudu besar adunan plain pada tengah loyang dan kemudian 3 sudu besar adunan coklat. Selepas setengah adunan sendukkan 2 sudu besar dan kemudian seterusnya 1 sudu besar pada akhir aduanan habis. Mulakan dengan adunan plain dan akhirkan juga dengan adunan plain.
7. Taburkan dengan hirisan badam/ badam cincang dan bakar pada suhu 170 darjah C selama 35 minit.
8. Biarkan kek sejuk selama 10 minit selepas dibakar dan kemudian boleh dikeluarkan dari loyang pembakar.
Nota:
1. Jangan gantikan susu pekat manis dengan susu segar/ UHT kerana ini akan membuat adunan tepung menjadi cair dan susah bila hendak melapis.
2. Air yang dicampurkan dengan serbuk koko dan coklat emulco boleh digantikan dengan susu segar.
3. Elakkan menggunakan tepung gandum/ tepung serbaguna, jika boleh. Bila memukul tepung pada kelajuan tinggi, gluten dalam tepung akan membina dan ini akan menyebabkan anda mendapat kek yang kenyal bila digigit.
4. Bila menggaul cecair coklat kedalam adunan, gaul satu arah pusingan dan jangan keterlaluan yang mungkin akan mengakibatkan adunan menjadi cair.
5. Sebaiknya mulakan dan akhir proses melapis dengan adunan plain.
[archived]
[ Last edited by Kacip_Fatimah at 26-11-2008 02:04 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nie tak sabar nak cuba nie.....macam sedap aje... |
|
|
|
|
|
|
magnolia This user has been deleted
|
tak faham la tang bab melapis neh...ermmm...
kena wat bulatan ke..atau tindih jer adunan koko n putih tuh..
diana leh explain dak? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by puansri at 2-12-2005 10:26 PM
nie tak sabar nak cuba nie.....macam sedap aje...
cubalah puansri texturenya memang halus |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by magnolia at 2-12-2005 10:43 PM
tak faham la tang bab melapis neh...ermmm...
kena wat bulatan ke..atau tindih jer adunan koko n putih tuh..
diana leh explain dak?
Mag, Diana mulakan dengan adunan putih ambil 3 sudu besar dan letak ditengah loyang dia setompok bulat kan... lepas itu 3 sudu besar adunan coklat tindih atas adunan putih tu dan ulang tindih selang seli warnanya. Makin kita tindih adunan akan merebak dan spread out. Setelah setengah adunan putih dan coklat digunakan, reduce kepada 2 sudu makan dan seterusnya selapas setengah adunan digunakan gunakan 1 sudu besar adunan putih dan coklat. Boleh faham tak apa yang Diana terangkan Mag |
|
|
|
|
|
|
magnolia This user has been deleted
|
ooo..paham dh..teknik tindih menindih le neh yer diana..esok nk wat sbb sume bhn yang tertera mmg dh ader..huhuhu..tak sabaqnyer..thanx diana.. |
|
|
|
|
|
|
|
kak liza pun terasa nak cuba jugak laa..
semua bahan ada kat umah ni....
insyaAllah jika dah buat nanti kak liza akan berikan feedbacknya...:cak: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by magnolia at 2-12-2005 10:59 PM
ooo..paham dh..teknik tindih menindih le neh yer diana..esok nk wat sbb sume bhn yang tertera mmg dh ader..huhuhu..tak sabaqnyer..thanx diana..
Haaa betul tu Mag dia tindih atas dia laaaa gitu... Selamat Mencuba... |
|
|
|
|
|
|
|
Just to share ... kek marble chanel yang kak hannah buat dulu guna teknik melapis ni... tapi kak hannah buat taklah sehalus lapisan diana. |
|
|
|
|
|
|
zmie78 This user has been deleted
|
adui.. b masih tak reti le mcm mana nk kasi belang2 tu.. ??
b masih gak tak jumpa mcm mana rupa coklat emulco tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
I think steps Diana camni......di simplify
1. adunan bahagi 2: 1 plain, 1 with chocolate
2. yang plain dan chocolate tu bahagi 2 lagi...tapi Diana tak la bagi dua...he he ini untuk kita yang tak faham saja...
3. ambil one portion of plain and chocolate, 1st layer 3 sudu plain, tompok & bulatkan, 2nd 3 sudu chocolate tengah-tengah, 3rd tompok lagi 3 sudu dengan putih, selang seli 3 sudu hingga habis...
4. sudah habis di atas, portion yang di ketepikan tadi bahagi lagi 2
5. ulang lagi lapisan, ambil satu portion, tapi kali ni 2 sudu besar saja, selang seling macam atas....
6. last portion, buat macam di atas kali ini 1 sudu besar saja..
betul ke cara macam di atas tu? |
|
|
|
|
|
|
zmie78 This user has been deleted
|
semakin berbelit kepala ku memikirkan nya..
takpa.. nanti kalu b buat.. paham ler agak nya.. tak cuba tak tahu kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by noor_hannah at 3-12-2005 11:01 AM
Just to share ... kek marble chanel yang kak hannah buat dulu guna teknik melapis ni... tapi kak hannah buat takl ...
Wah Kak Hannah lawa kek tu :bodek:, pada Diana membuat kek marble dan kek belang atau apa jenis kek yang berwarni ini ikut daya kreativity kita. Kalau tidak suka warna coklat boleh ubah kepada warna merah dan hijau. Akan lebih terserlah keayuan kek tersebut :cak: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by chempaka_ku at 3-12-2005 12:39 PM
I think steps Diana camni......di simplify
1. adunan bahagi 2: 1 plain, 1 with chocolate
2. yang plain dan chocolate tu bahagi 2 lagi...tapi Diana tak la bagi dua...he he ini untuk kita yang ...
betul cara yang chempaka terangkan tu :clap: :clap: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by DianaA at 3-12-2005 06:02 PM
Wah Kak Hannah lawa kek tu :bodek:, pada Diana membuat kek marble dan kek belang atau apa jenis kek yang berwarni ini ikut daya kreativity kita. Kalau tidak suka warna coklat boleh ubah kepad ...
betul tu Diana, tapi kak hannah belum pass lagi lah nak buat fine belang macam Diana buat tu. Tu yg rupa belang dia besar gedabak tu.
Jeles arr tengok belang Diana tu... perfect je...:clap: kena praktis lagi ni.. |
|
|
|
|
|
|
zmie78 This user has been deleted
|
mmm.. nanti ler cari.. kalau dah tgk rupa sng skit cari.. kalau masih dlm bayang2 parah jugak b cari..
thanks kak hannah.. |
|
|
|
|
|
|
|
sudah cuba.....tapi rupa macam zebra kacukan saja.....he he...
kalau buat sekali lagi, akan gunakan 3 dan/atau 2 sudu saja sepanjang process tu. Tadi I used 3 tbsps, 2 tbsps, 1 tbsp dan 1/2 tbsp dan masa awal-awal bulatannya bukan tengah-tengah....dan i used brown colour paste dan cocoa saja, airnya skip...
|
|
|
|
|
|
|
|
:pompom::pompom: wah chempaka......cepatnya awak. dah jadi le tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|