CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: OD

WHIPPED/LIGHT/HEAVY/FRESH/DOUBLE CREAM

[Copy link]
Post time 27-7-2006 04:18 PM | Show all posts
Nak tanya lagi lah! Pening lagi lah pasal cream-cream ni.

Nak tahu

Fresh cream=single cream=whipping cream yg dlm tin yg kena goncang dan paipkan?

Heavy cream=double cream=whipping cream dlm kotak tu?

Saya gi BWY kat puchong dan dah beli double cream tapi kat kotak tu dia tulis pun heavy/double tapi dia tulis whipping cream (dlm kotak).

Kalau salah tolong betulkan. Tima kasih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2006 05:53 PM | Show all posts
Originally posted by balqisyia at 27-7-2006 04:18 PM
Saya gi BWY kat puchong dan dah beli double cream tapi kat kotak tu dia tulis pun heavy/double tapi dia tulis whipping cream (dlm kotak).


kalau heavy/double cream boleh aje guna utk whipping
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2006 09:14 PM | Show all posts
Originally posted by balqisyia at 27-7-2006 04:18 PM
Nak tanya lagi lah! Pening lagi lah pasal cream-cream ni.

Nak tahu

Fresh cream=single cream=whipping cream yg dlm tin yg kena goncang dan paipkan?

Heavy cream=double cream=whipping cream d ...


fresh cream ada je dalam kotak. tak semestinya dalam tin yang spray tu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2006 07:53 AM | Show all posts
huda pun sampai skarang masih pening lagi bab2 krim mengerim ni.

shida boleh summarize segala jenis krim2 ni dan skali ngan contoh brand yg ada dipasaran m'sia. lagi senang nak faham rasanya  

:tq::tq: in advance :love:
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2006 12:57 PM | Show all posts
Shida, dah lama maksuu beli whipping cream anchor tu, ingat nak buat tapi beli yang 1 liter so sayang pulak nak bukak pasal nak guna sikit je. Kejap maksuu letak kat atas kejap kat bawah dalam peti tu. Boleh tahan lagi ke kalau kejap atas kejap bawah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2006 07:12 PM | Show all posts
ooooOOoooo...
kat sini rupanya....
dah terjawab segala kemusykilan ku!
err...sapa2 volunter bleh arr tepek gambor..
kasik lagik teghangg!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2006 07:15 PM | Show all posts
Originally posted by maksuu at 29-7-2006 12:57 PM
Shida, dah lama maksuu beli whipping cream anchor tu, ingat nak buat tapi beli yang 1 liter so sayang pulak nak bukak pasal nak guna sikit je. Kejap maksuu letak kat atas kejap kat bawah dalam peti ...

maksuu..
kalau tak bukak lagik tak perlu nk letak dlm freezer..
memadai letak kat bawah..
saya beli pun letak kat bawah..kalau dah bukak baru transfer kat atas..
tapi saya beli hok kotak kecik konet jer [200ml]
so sekali harung je gunanya..takde simpan2 dah..
hehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2006 08:42 PM | Show all posts
INFO :- [SOAL JAWAB MENGENAI KRIM PUTAR]

Krim putar dijual di dalam kotak atau karton [seperti susu UHT/segar] dan ia dikenali sebagai 'whipping cream' atau 'double cream'.Krim jenis Nestle yang dijual di dalam tin kecil tidak boleh diputar hingga kental kerana ia jenis single cream atau reduced cream.Anda mesti menggunakan pemutar dan mangkuk yang bersih dan seeloknya disejukkan sebentar di dalam peti sejuk.Semasa memutar,hanya gunakan kelajuan minimum kerana jika terlebih pukul,krim tidak akan menjadi keras tetapi sebaliknya menjadi cair seperti dadih.Jika ini berlaku,tidak boleh menggunakannya lagi untuk menghias kek.

Saya sering mendapati krim yang dibekalkan oleh pekedai di kedai menjual peralatan bakeri adalah yang terbaik.Mereka sering menggunakan 'non dairy whipping cream' yang lebih putih daripada krim jenama biasa yang dibeli di pasar raya.Secara peribadi,saya sangat jarang menggunakan krim [whipping/double] yang dibeli di pasar raya kerana kedua-dua jenis krim ini memang agak 'bermasalah'.

Mungkin krim tersebut sudah lama dibiarkan di dalam peti pembeku [walaupun tarikh luput masih lambat].Lazimnya,krim yang dijual di dalam karton di pasar raya perlu dicampur sedikit gula aising supaya manis.Jika hendak memutar krim supaya kembang elok,pastikan mangkuk,pemutar dan lain2 tidak mengandungi sebarang minyak dan hendaklah disejukkan terlebih dahulu.Pastikan juga persekitaran dapur tidak terlalu panas.

Krim putar ada di jual di kedai yang membekalkan bahan dan peralatan kek.Daripada pengalaman saya,sesetengah krim putar di kedai akan lebih elok kerasnya [dan mudah dipukul] daripada krim yang yang dibeli di pasar raya besar.Ada jenis krim putar tidak berasal daripada hasil tenusu dan dikenali sebagai 'non-dairy whipping cream' yang boleh dgunakan juga.

Krim putar memang mudah rosak.Setelah membuka kartonnya,isikan ke dalam bekas tertutup dan boleh disimpan selama 4-5 hari.Namun begitu,jika anda memukulnya dahulu,kemudian mengisinya ke dalam bungkusan plastik dan diletak di dalam bekas tertutup serta disimpan di dalam peti sejuk [bahagian bawah],ia akan tahan lebih lama.Sebaiknya beli karton kecil [200ml] dan gunakan terus,jangan disimpan.Jika anda meletakkan krim putar di dalam freezer,ia akan tahan lama [3-4 bulan atau lebih] tetapi mesti dikeluarkan dan biarkan pada suhu bilik sehingga cair semula sebelum digunakan.Jangan sesekali disimpan di dalam freezer semula setelah membiarkannya cair. - Pn.Norzailina Noordin

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2006 11:31 PM | Show all posts

Reply #27 Kacip_Fatimah's post

Yalah Kacip Fatimah, ari tu tercari2 jugak yang kecik tapi takde. Tu yang maksuu ambik size tu, suka sangat2 jumpa benda tu pasal ada one day buat topping coklat cake tu maksuu letak double cream nestle, langsung tak keras2. Saya mak  budak baru belajar. Thanks Kacip 4 yr info.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2006 11:45 AM | Show all posts
no problem maksuu..
saya pun still merangkak2 lagik nie..
sama-samalah kita menimba ilmu yang ada..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2006 05:23 PM | Show all posts
Originally posted by Kacip_Fatimah at 29-7-2006 08:42 PM
INFO :-

Krim putar dijual di dalam kotak atau karton  dan ia dikenali sebagai 'whipping cream' atau 'double cream'.Krim jenis Nestle yang dijual di dalam tin kecil tidak boleh diputar hingga ke ...



Thanks kacip, baru lah paham!
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2006 06:00 PM | Show all posts
Originally posted by nhuda at 28-7-2006 07:53 AM
huda pun sampai skarang masih pening lagi bab2 krim mengerim ni.

shida boleh summarize segala jenis krim2 ni dan skali ngan contoh brand yg ada dipasaran m'sia. lagi senang nak faham rasanya  
...


insya-allah nanti shida cuba dapatkan maklumat. tapi tak berani nak janji tau sebab ada banyak jenis. mungkin shida jumpa beberapa jenis je.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2006 06:01 PM | Show all posts
Originally posted by Kacip_Fatimah at 29-7-2006 07:15 PM

maksuu..
kalau tak bukak lagik tak perlu nk letak dlm freezer..
memadai letak kat bawah..
saya beli pun letak kat bawah..kalau dah bukak baru transfer kat atas..
tapi saya beli hok kotak keci ...


ada brand yang kena letak atas. kasi beku. brand hanan's
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2006 08:43 AM | Show all posts
Originally posted by shidaaziz at 1-8-2006 06:00 PM


insya-allah nanti shida cuba dapatkan maklumat. tapi tak berani nak janji tau sebab ada banyak jenis. mungkin shida jumpa beberapa jenis je.


larling..:tq: in advance
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2006 10:59 AM | Show all posts

Reply #33 shidaaziz's post

Shida, thanks for de info, ari tu pegi Bagus Melawati, ternampak gak brand ni tapi tak beli pasal yang ada tu pun tak pakai2 lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2006 03:48 PM | Show all posts
nie laa gambar whipping cream/fresh cream..[salah satu brand]



[ Last edited by  Kacip_Fatimah at 11-8-2006 10:43 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2007 04:48 PM | Show all posts
nak tanya whipping, fresh cream brand mana yg bagus? aritu sy ada beli whipping krim brand emborg tp blum guna lg....pastu ada bg posting sapa n kat mana ntah kata brand emborg ni x manis....eh betulker?:stp:....klau betul nyesal beli.....lepas ni sblum beli krim2 ni nak tahu dulu yg mana bagus n tidak....1 lg klau whipping krim ni boleh terus sapu atas kek ker?kena tambah apa2 dulu x?
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2007 05:08 PM | Show all posts

Reply #37 pinKy180's post

whipping cream brand President
kalau yang manis brand Redman

chemp jarang pakai yang manis kalau untuk topping atau gaul dengan kek...
Reply

Use magic Report

kaka4 This user has been deleted
Post time 21-1-2007 09:56 PM | Show all posts
kaka nk share skit info ni.. jumpe kat website ni --> http://papadutch.home.comcast.net/recipe-substitutions.htm

Ni utk substitutions lar.. kalo xde jumpe double cream ke, half & half ker

1) Kalo xde cream, heavy (1 cup)
     (not for whipping)                                 leh guner --> 2/3 cup whole milk + 1/3 cup melted unsalted butter

2)  kalo xde cream, half and half (1 cup)         leh guner --> 7/8 cup whole milk + 2 Tbs. melted unsalted butter

3) kalo xde creme fresh                                leh guner --> 1 cup sour cream OR
                                                                                         1 cup whipping cream + 1 Tbs. buttermilk or yogurt OR
                                                                                         1/2 cup whipping cream + 1/2 cup sour cream OR
                                                                                         1 cup mascarpone cheese


Ade byk lagik kat website tuh.. Slalunyer kaka kalo jumpe recipe yg ade cream2 yg susah nk jumpe kat kedai tuh, kaka malas nk try.. tp baru jer discover pasal substitution nie.. so nnt leh ler try.. kaka x try lagik... anyway, just want to share the info.. yelar, kat m'sia nie susah nk jumpe barang2 ni.. huhu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2007 10:19 PM | Show all posts

Reply #38 chempaka_ku's post

klau fresh cream lak brand apa ye?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:55 PM GMT+8 , Processed in 0.087836 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list