Sephiroth posted on 5-8-2013 09:07 AM
Kalau dah sampai tahap orang dah ugut nak bunuh, adakah kamu masih nak berfikir lagi? ...
Semua benda ada hadnya..Kalau kita dah bagi duit dia suruh berbogel nak toron tak kan nak mengalah.. Kalau kena serang dengan ramai orang pun sekurang - kurang ada yang ikut kita ke hospital kalau tak ke tanah kubur..
tdpp2006 posted on 5-8-2013 06:29 PM
Semua benda ada hadnya..Kalau kita dah bagi duit dia suruh berbogel nak toron tak kan nak mengalah ...
Yeah, itulah apa yg saya nak dengar. Bahawa ada kemungkinan orang yg mengugut kita tak akan puas hati dgn apa yg kita berikan dan cuba2 memaksa kita utk melakukan sesuatu yg kita tak suka ataupun cuba mencederakan kita. Pada masa sedemikian, apakah tindakan kamu?
Tak akanlah kamu sbg seorang abang atau suami akan berdiri diam bila orang yg mengugut kamu nak merogol isteri ataupun adik perempuan kamu? Tak kan? Mesti melawan balik, betul?
Saya tak suruh orang lawan macam Bruce Lee pada setiap masa. Kalau boleh berdamai, berdamai je lah. Tetapi kalau perlu bertindak kasar bagi memastikan keselamatan diri dan yg tersayang, kamu tak ada pilihan lain selain dari berlawan.