CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HangPC2

Pakaian/Aksesori/Senjata/Pengangkutan/Gaya Hidup Masyarakat Melayu Zaman Silam

  [Copy link]
Post time 19-6-2006 12:12 PM | Show all posts

14th Century

German
Knightly Dress (2nd Half of Century) Gunther von Schwarzburg King of Germany (1349)


Court of Orlamunde Mid-Century) Court of Katzenellenbogen (1315) Heinrich of Seinsjeim
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-11-2006 09:44 PM | Show all posts
Sejarah Pakaian dan Tekstil Melayu



Pada milenia pertama masihi, kerajaan Melayu mempunyai pelbagai hubungan dengan kerajaan-kerajaan di Asia Tenggara, kerajaan China dan negara-negara yang lebih jauh. Dari tahun 700 sehingga 1000 masihi, kerajaan Srivijaya Palembang merupakan kuasa anterpot yang sangat kuat yang memperoleh keuntungan dari perdagangan antarabangsa. Ia mentadbir pertukaran bahan logam yang berharga dan hasil-hasil hutan dengan kain kapas dari India, sutera, teh dan porselin dari China. Hubungan orang Melayu Semenanjung dengan India, China, tamadun-tamadun tanah besar Asia Tenggara dan kaum-kaum di gugusan kepulauan Indonesia memainkan peranan penting dalam perkembangan tradisi tekstil dan pakaian orang Melayu.

Milenia kedua masihi menampakkan pengaruh-pengaruh baru terhadap Semenanjung, terutama sekali pertukaran pusat pemerintahan kerajaan di Pulau Jawa, hubungan diplomatik dengan kerajaan China Islam dan bangsa-bangsa Eropah. Suatu ketika dalam pemerintahan kerajaan Majapahit, Islam mula tersebar ke Sumatera sedikit demi sedikit. Justeru pedagang-pedagang yang paling gigih waktu itu terdiri daripada bangsa Arab dan India Muslim. Islam telah bertapak dengan kuat di entrepot-entrepot di Sumatera.

Pedagang-pedagang Muslim di pantai utama Pulau Jawa mengalakkan pengeluaran gaya-gaya tertentu untuk pengguna yang beragama Islam terutama di Sumatera. Mereka bukan sahaja meluaskan pasaran tekstil juga turut menpengaruhi rupabentuk pada kaligrafi Arab. Pada sudut sejarah, kain sarung merupakan bentuk pakaian orang Melayu. Lelaki dan perempuan tidak terkecuali memakai kain yang ringkas ini, asalnya diperbuat dari kain tenunan tempatan, pelekat India atau bagi majlis istimewa, kain songket dan limas digunakan.



Menjelang kurun ke 20 Masihi, wanita Melayu memakai kemban dari kain sarung. Pada hujung tahun 1900 Masihi, Sultan Johor menyifatkan pakaian ini tidak sesuai mengikut hukum agama Islam jesteru itu baju kurung telah mengambil tempat.

Dalam kebanyakkan masyarakat Asia Tenggara keturunan dan suku kaum dikenali melalui jenis kain motif dan pakaian yang dipakai. Jenis kain tertentu dikhaskan untuk kegunaan majlis adat. Warna-warna tertentu juga turut dikhaskan pada darjat tertentu misalnya kuning bagi raja-raja Melayu.

Kebangkitan Islam sebagai ad-din yang telah dilihat sejak beberapa dekad lalu tentunya membawa perspektif baru terhadap busana Muslim. Hasil produk budaya dan bangsa ternyata memenuhi keperluan masyarakat yg secara tidak langsung meluahkan keprihatinan dan falsafah hidup sesuatu era.


Aksesori

Pakaian tradisional biasanya dilengkapi dengan pelbagai aksesori samada bagi tujuan tertentu mahupun untuk kecantikan diri. Perhiasan-perhiasan ini semuanya adalah hasil seni pertukangan yang halus sebagai sebahagian dari warisan kebudayaan Melayu. Ia melambangkan kepekaan pemikiran, perasaan dan kreativiti yang merangkumi jiwa dan nurani bangsa itu.

Baju Melayu lelaki dan baju kurung wanita yang mempunyai leher bulat dengan belah di bahagian hadapan (baju kurung Teluk Belanga) di semat dengan butang kecil emas berbentuk bulat atau segi empat. Baju kurung cekak musang berkolar tinggi mempunyai dua butang pada bahagian leher dan tiga atau lima butang pada bahagian dada.

Baju kebaya labuh pula dikenakan dengan satu set iaitu tiga keronsang, ibu dan anak keronsang. Yang besar dan berbentuk hampir menyerupai hati ialah ibu dan yang kecil dan bulat ialah anak.



Samping lelaki pula dikemaskan dengan tali pinggang emas atau perak lengkap dengan pending. Keris iaitu senjata Melayu pula disisipkan dalam samping atau bengkong terletak disisi.

Kebanyakkan wanita Melayu berada, merapikan sanggul rambut mereka dengan memakai cucuk sangggul emas atau perak. Kebiasaaanya cuma satu atau dua cucuk sanggul digunakan, tetapi bagi menyambut sesuatu perayaan mereka menggunakan set dalam bilangan tiga,lima dan tujuh.
Gelang tangan dan gelang kaki lazimnya dipakai sepasang dan ditempa dari emas keping corak timbul.



Selainnya ialah bekas tembakau hidu dan minyak wangi diperbuat dari wayar emas yang berkerawang serta bekas tembakau (celapa) emas bertatahkan batu permata yang digantung ke pinggang dengan rantai.

Selain dari menghias diri, barang kemas turut dipakai untuk mempamerkan kekayaan pemakainya sesuai dengan keunggulan sesuatu busana itu.


http://www.museum.gov.my/melayu/perkahwinan.htm

[ Last edited by  HangPC2 at 2-11-2006 09:47 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2006 10:12 PM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 30-9-2009 13:48

Baju Kurung Melayu

Pendahuluan

Pakaian orang Melayu kini lahir daripada pertumbuhan dan perkembangan pakaian orang dahulukala melalui proses ubah ansur. Proses ini bukan sahaja berlaku akibat peradaban awal masyarakat ditempat itu sendiri, malahan yang lebih penting akibat daripada pengaruh daripada pedagang India, Cina, Arab dan Eropah. Unsur-unsur tamadun dari timur dan barat ini diolah dan digabungkan menjadi satu budaya yang beraneka rupa serta indah dan unik

Pakaian kaum lelaki yang masih popular hingga kini ialah Baju Melayu manakala pakaian wanita yang masih popular termasuklah Baju Kurung, Baju Kebaya Panjang, Baju Kebaya Pendek, Baju Kurung Kedah dan Baju Pahang. Selain itu terdapat juga pakaian yang dianggap klasik seperti pakaian Puteri Perak, Cik Siti Wan Kembang, Baju Menora dan Baju Minangkabau.


Baju Kurung



Apabila disebut saja baju kurung, tergambarlah kepada kita pakaian yang labuh, besar dan menyelubungi seluruh badan. Namun begitu, baju ini sentiasa menjadi pilihan wanita Melayu samada sebagai pakaian apabila ke majlis rasmi ataupun sebagai pakaian harian sahaja. Pakaian ini menampilkan ciri-ciri keayuan dan kesopanan kepada pemakainya selain menambahkan kelembutan kepada gerak-geri seorang gadis yang berpadanan pula dengan personaliti Melayu sejati.


Sejarah Baju Kurung

Suatu yang sukar untuk dibuktikan dengan tepat tentang siapa yang mula-mula memakai baju kurung. Ini berlaku kerana baju kurung dalam bentuk asalnya telah lama dipakai oleh berbagai penduduk di wilayah nusantara.

Menurut Judi Achjadi dalam buku Pakaian Daerah Wanita Indonesia, menyatakan bahawa baju kurung diperkenalkan di Indonesia oleh pedagang-pedagang Islam dan India Barat. Baju ini mempunyai pengaruh Timur Tengah seperti potongan leher berbentuk Tunik, iaitu bentuk leher yang mula-mula dipakai oleh orang Arab zaman silam

Zaman Kesultanan Melayu Melaka, penduduknya telah mempunyai pakaian mereka sendiri iaitu pakaian baju kurung Melayu asal. Baju kurung ini berkeadaan ketat dan singkat.Tun Hassan menjadi pelopor apabila beliau mengubahsuai bentuk baju kurung asal kepada bentuk baju melayu yang dipakai kini.

Menurut Dato Haji Muhammad Said Haji Sulaiman dalam buku Pakaian Patut Melayu, pakaian baju kurung sekarang berasal dari Johor semasa pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar pada tahun 1800 di Teluk Belanga, Singapura.

Mengikut Mattiebelle Gettinger, baju kurung telah dipakai oleh penari istana di Palembang dan pakaian ini telah menjadi popular di Sumatera pada abad ke-20.


Ciri-ciri Baju Kurung Tradisional



Baju kurung tradisional berkeadaan longgar, bertangan panjang dan berpesak serta kembang dibahagian bawah.



Baju Melayu yang digunakan untuk kaum lelaki menggunakan ciri-ciri baju kurung yang sama tetapi dipakai dengan seluar dan samping



Bagi kaum wanita, baju kurung dipakai dengan kain sarung ikatan Ombak mengalun.


Jenis Kain

Pakaian basahan dirumah selalunya diperbuat daripada kain kapas ataupun kain yang tidak terlalu mahal.

Pakaian rasmi menggunakan kain yang lebih berharga seperti kain sutera, kain broked, kain baldu dan sebagainya.

Perbezaan Baju Kurung Lelaki dan Perempuan

Perbezaan antara baju kurung lelaki dan baju kurung perempuan menurut buku Pakaian Patut Melayu.

Lelaki

Labuh: Bawah punggung

Alas Leher: Lebar

Poket: Dua

Perempuan

Labuh: Bawah lutut

Alas Leher: Halus

Poket: Tiada


Jenis Baju Kurung

* Baju Kurung Teluk Belanga

* Baju Kurung Cekak Musang


Baju Kurung Teluk Belanga



Baju kurung Teluk Belanga mempunyai leher berbentuk bulat dan belahan di hadapan sepanjang lima inci.

Pada keliling tebukan leher baju, dilapik dengan kain lain dan dijahit Lembat halus, manakala pada bahagian pinggir bulatan itu dijahitkan Tulang belut halus. Pada bahagian pangkal belahan dibuat tempat pengancing baju iaitu Rumah kancing dengan menggunakan jahitan benang yang dinamakan jahitan Insang pari.





Potongan lengan baju ialah panjang dan longgar serta berkekek sapu tangan atau berkekek gantung.
Potongan bahagian badan pula lurus dan kembang di bawah.
Baju ini biasanya dipakai dengan lehernya dikancing dengan satu butang. Biasanya butang yang digunakan berwarna emas atau perak atau berbatu berlian atau batu lain yang bernilai.
Jika kancing yang digunakan diikat dengan sebiji batu dipanggil sebagai kancing Garam sebuku dan jika diikat dengan beberapa batu dipanggil kancing Kunang-kunang sekebun.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2006 12:26 AM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 30-9-2009 13:49





Baju Kurung Teluk Belanga bagi lelaki



Baju Kurung Teluk Belanga bagi perempuan


Baju Kurung Cekak Musang

Menurut buku Pakaian Patut Melayu, baju kurung ini telah diperkenalkan pada tahun 1930-an oleh Tuan Haji Osman (juga dikenali sebagai Tuan Busu) yang tinggal di Teluk Belanga.

Baju ini dipengaruhi oleh baju gamis atau kamis (jubah jemaah haji). Tuan Busu telah memendekkan jubah hingga ke paras punggung dan diubahsuai mengikut bentuk baju kurung Teluk Belanga.

Baju kurung ini berbentuk seperti baju kurung Teluk Belanga, kecuali bahagian lehernya tegak dan bahagian belah baju dihadapannya tertutup. Bahagian leher baju ini dikancing dengan tiga, lima, tujuh atau sembilan butir butang.

Pada masa sekarang baju kurung versi lelaki lebih dikenali dengan nama baju Melayu. Baju ini juga pernah dicatatkan dalam buku Life and Customs oleh R.O. Winstedt yang dipetik daripada Logan, J. I. A. cetakan tahun 1909 mengenai baju yang dinamakan Baju kurung Chikah Munsang.



Baju Kurung Cekak Musang bagi lelaki



Baju Kurung Cekak Musang bagi perempuan


Kain Sarung

Baju kurung Melayu menggunakan kain sarung Ikatan ombak mengalun iaitu lipatan kain yang berombak-ombak yang dilipat di bahagian tepi kiri atau kanan badan.

Kain sarung digunakan sebagai kain tudung yang juga disebut sebagai Kain dagang. Kain dagang digunakan untuk berlindung daripada cahaya matahari apabila berada diluar rumah dan berada di dalam rumah ianya diikat pada pinggang sahaja.



Kiri

Pakaian kain dagang semasa berjalan-jalan

Kanan

Pakaian kain dagang semasa berada di rumah


Seluar

Orang lelaki pada kebiasaannya memakai baju kurung dengan seluar panjang yang dipakai bersama kain sarung yang diikat dipinggang hingga paras lutut.

Jenis seluar yang biasa digunakan:

* Seluar panjang    :  labuhnya sehingga atas buku lali
* Seluar Acheh   :  labuhnya sehingga atas betis
* Seluar katuk      :  labuhnya sehingga atas lutut
* Seluar sampit     :  labuhnya sehingga atas peha

Bagi yang memakai kain sarung tanpa seluar dipanggil sebagai pakaian Ketumbing. Kain sarung ini dipakai labuh hingga ke buku lali. Biasanya dipakai ketika dirumah atau semasa ke masjid atau surau.



Seluar Panjang



Seluar Acheh


Samping

Samping ialah nama baru yang membawa maksud kain sampingan bagi mengiringi baju dan seluar pakaian melayu. Kain ini berasal daripada kain sarung atau kain lepas orang zaman dahulu.

Terdapat beberapa gaya ikatan samping:

*Ikatan pancung
*Ikatan kembung
*Ikatan lingkup



Samping ~ Ikatan Pancung

Ikatan pancung iaitu ikatan samping yang menggunakan kain lepas dililitkan dipinggang dan sebelum sampai ke penghujung kain, kain ini dipancung iaitu kain disemat sambil membiarkan hujung atau punca kain terkulai ke bawah.



Samping ~ Ikatan Kembung

Ikatan kembung diperkenalkan setelah orang mula menjahit dikedua-dua hujung kain untuk dijadikan sarung. Ikatan kembung berbentuk seperti pemakaian samping pengantin yang digunakan pada hari ini. Perkataan kembung diambil daripada keadaan kain yang kelihatan kembung apabila kain sarung ditarik berboson-boson ke bahagian tengah atau tepi badan untuk dipintal dan diikat berbagai-bagai cara ke pinggang.



Samping ~ Ikatan Lingkup

Ikatan lingkup merupakan ikatan bagi pakaian biasa seperti yang biasa digunakan pada masa kini. Ikatan ini hanya digulungkan saja bahagian atas samping samada dengan cara ikat lingkup ke hadapan atau ikat lingkup ke tepi. Keadaan ini tidak meninggalkan kesan kembung.
Reply

Use magic Report

terang This user has been deleted
Post time 3-11-2006 12:51 AM | Show all posts
orang2 melayu dahulu kala ada pakaian dalam agaknya atau samping sebagai alternatif dan lagi satu kalau perempuan yang datang bulan macam mana dia nak atasi masalah tersebut kerana zaman tu mana ada tuala wanita'.
maaflah soalan merapu tapi itu menjadi tanda tanya dalam diriku.

[ Last edited by  terang at 3-11-2006 12:52 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2006 08:38 AM | Show all posts
Originally posted by terang at 3-11-2006 12:51 AM
orang2 melayu dahulu kala ada pakaian dalam agaknya atau samping sebagai alternatif dan lagi satu kalau perempuan yang datang bulan macam mana dia nak atasi masalah tersebut kerana zaman tu mana ad ...


aku tak pasti pakaian dalam perempuan melayu dulu... kene  cari maklumat..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2006 05:19 PM | Show all posts

PAKAIAN TRADISI KELANTAN

Siapa ada info dan gambar mengenai pakaian tradisi Kelantan ni.. saya teringin sangat lah nak tengok dan tahu...

:tq:
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2006 12:28 PM | Show all posts
tak silap, tajuk nie pernah ada, aku pon ada simpan 1 gambau pakaian traditional org kelantan,dari forum nie gak ler
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2006 01:01 PM | Show all posts
Pakaian/Aksesori/Senjata/Pengangkutan/Gaya Hidup Masyarakat Melayu Zaman Silam

http://forum.cari.com.my/viewthr ... page%3D3&page=1


Warisan Budaya Malaysia

http://malaysiana.pnm.my/02/0201mel_pengenalan.htm

[ Last edited by  action_kamen at 16-11-2006 01:05 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2006 01:22 PM | Show all posts
Originally posted by tuah_r at 16-11-2006 12:28 PM
tak silap, tajuk nie pernah ada, aku pon ada simpan 1 gambau pakaian traditional org kelantan,dari forum nie gak ler



oh yer ker? al maklum, saya ni kan new comer kat thread ni, so tak begitu tahulah..hehe.. kalau ada masih gamabr tu, boleh lah paste semula kat sini.. boleh tak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2006 10:21 PM | Show all posts








Reply

Use magic Report

holdfast This user has been deleted
Post time 20-11-2006 02:27 AM | Show all posts
hmmm...kt ader identiti sendiri..knp x pertahankan ek?
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2006 06:09 PM | Show all posts
Originally posted by mok_nik at 31-1-2006 09:04 PM
yang nie mok nik tak tahu apa.... tapi mok nik tetap simpan sebab senjata lama

http://images.snapfish.com/345%3B947%3B7fp338%3Enu%3D324%3A%3E8%3C%3B%3E%3B%3C9%3EWSNRCG%3D323349%3B%3A5%3A%3A65nu ...


tu namanya LAWI AYAM atau kerambit kecil.
cukup berbahaya dan berbisa.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2006 06:14 PM | Show all posts
Originally posted by my_3A at 30-1-2006 03:36 PM
aku ada dengar pasal PEDANG MELAYU...!

  MELAYU pun ADA PEDANG samalah mcm bangsa2 yg lain.

  Melayu BUKAN HANYA ada KERIS bahkan TURUT MEMPUNYAI PEDANG.

  aku pernah tengok dlm MAJALAH 3 ...


memang Melayu mempunyai pedangnya sendiri.malah menurut IBNU ATHIR iaitu seorang sejarawan ISLAM,Negeri Kedah satu ketika dulu merupakan pengeksport pedang ketanah ARAB.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2006 06:34 PM | Show all posts
Pedang Sendeng








[ Last edited by  HangPC2 at 27-3-2009 12:47 ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2006 01:23 PM | Show all posts
DALAM MAJALAH NI ADE ARTIKEL TENTANG HAJI ISMAIL IAITU PEWARIS ILMU SENI PERMAINAN PEDANG.INI MENJADI BUKTI JELAS MELAYU MEMPUNYAI PEDANGNYA SENDIRI.

SELAIN PEDANG YANG DIBERI NAMA PEDANG MELAYU,ORANG MELAYU JUGA MEMPUNYAI SEJENIS PEDANG PANJANG YANG DIBERI NAMA PEDANG JENAWI.SAYA PERNAH MELIHAT PEDANG MELAYU TETAPI BELUM PERNAH MELIHAT PEDANG JENAWI INI.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2006 01:30 PM | Show all posts
CONTOH PERMAINAN PEDANG MELAYU DAPAT DI LIHAT DALAM BABAK PERTARUNGAN ANTARA EMAN MANAN DENGAN ZULKIFLI ZAIN DALAM FILEM MATINYA SEORANG PATRIOT.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2006 01:35 PM | Show all posts
PERMAINAN SILAT YANG MENGGUNAKAN PEDANG KEBANYAKKANNYA MEMEGANG PEDANG DENGAN SATU TANGAN.BUKAN KEDUA-DUA BELAH TANGAN.BERBEZA DENGAN CARA DAN GAYA BANGSA LAIN.SATU TANGAN LAGI MEMEGANG SARUNG ATAU DI BIARKAN KOSONG .DIGUNAKAN UNTUK MENGUNCI LAWAN ATAU MEMBANTU MEMUKUL LAWAN.

[ Last edited by  sayapghaib at 29-11-2006 01:37 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2006 05:31 PM | Show all posts
Originally posted by sayapghaib at 29-11-2006 01:23 PM
DALAM MAJALAH NI ADE ARTIKEL TENTANG HAJI ISMAIL IAITU PEWARIS ILMU SENI PERMAINAN PEDANG.INI MENJADI BUKTI JELAS MELAYU MEMPUNYAI PEDANGNYA SENDIRI.

SELAIN PEDANG YANG DIBERI NAMA PEDANG MELAYU ...


Pedang Jenawi Berkemungkinan Berasal Dari Jepun (Asia Timur) , Pedang Jenawi mendapat Inspirasi Ketika Pihak Portugis dan Belanda Mengunakan  Mercenaries Jepun mempertahankan Melaka.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2006 05:45 PM | Show all posts
Originally posted by sayapghaib at 29-11-2006 01:30 PM
CONTOH PERMAINAN PEDANG MELAYU DAPAT DI LIHAT DALAM BABAK PERTARUNGAN ANTARA EMAN MANAN DENGAN ZULKIFLI ZAIN DALAM FILEM MATINYA SEORANG PATRIOT.






Pedang Jenawi  dijumpai di kepulauan Borneo









[ Last edited by  HangPC2 at 18-2-2008 01:11 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 01:59 PM GMT+8 , Processed in 0.075985 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list