CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrs~solis

All About Melaka

[Copy link]
melakaguy This user has been deleted
Post time 19-9-2006 10:40 PM | Show all posts

century mahkota

Originally posted by empat at 3-8-2006 11:07 AM
tq so much..
nak gie melaka sabtu nie..stay kat seri costa hotel..ok ker hotel tuh?


century mahkota is good with many facilities. 4 star.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


mamakcute This user has been deleted
Post time 20-9-2006 10:58 AM | Show all posts
OLD MALACCA PIC



Reply

Use magic Report

mamakcute This user has been deleted
Post time 20-9-2006 10:59 AM | Show all posts


Malacca - Capital cinema 1955

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

PUTRI_NUR_ZAHRA This user has been deleted
Post time 27-9-2006 11:38 AM | Show all posts
tumpang tanya... kalau dari mahkota prade... jalan kaki leh sampai tak kat tempat2 brsejarah...
and 1 more.. jauh tak dari air keroh
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2006 11:15 AM | Show all posts
tumpang tanya jugak, ada sesiapa pernah ke kg. morten? kat melaka ni boleh menyusuri sungai ke?
Reply

Use magic Report

melakaguy This user has been deleted
Post time 3-10-2006 06:04 AM | Show all posts
Originally posted by PUTRI_NUR_ZAHRA at 27-9-2006 11:38 AM
tumpang tanya... kalau dari mahkota prade... jalan kaki leh sampai tak kat tempat2 brsejarah...
and 1 more.. jauh tak dari air keroh


lebih kurang 10km dari tol Air Keroh, Mahkota Parade dekat dengan A Famosa, Red House, boleh sampai dalam masa 10-15 minit.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2006 08:56 AM | Show all posts
Originally posted by melakaguy at 3-10-2006 06:04 AM


lebih kurang 10km dari tol Air Keroh, Mahkota Parade dekat dengan A Famosa, Red House, boleh sampai dalam masa 10-15 minit.

betul tu, semuanya dalam walking distance aje. :hatdown:
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 05:20 PM | Show all posts
Seronok lawat Melaka


SEGALA-galanya ada di Melaka. Bukan setakat dikenali sebagai negeri bersejarah, malah Melaka menjanjikan pelbagai lokasi menarik untuk dilawati


Zoo Melaka

Terletak di Ayer Keroh dan zoo kedua terbesar di Malaysia selepas Zoo Negara. Ia memiliki lebih 1,200 spesies haiwan termasuk 200 spesies burung, mamalia, reptilia dan amfibia yang ada di antaranya adalah spesies terancam.

Ia juga terkenal sebagai pusat pembiakan harimau belang terbesar di dunia dan memiliki sejumlah 24 ekor haiwan berkenaan. Zoo Melaka juga menawarkan zoo malam yang dibuka pada setiap hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah.

Taman Buaya Melaka

Terletak berdekatan Zoo Melaka dan taman buaya terbesar di negara ini. Ia memiliki lebih 200 buaya dari enam jenis spesies ditempatkan di sini termasuk buaya Amerika.

Taman Air A扚amosa

Taman Air A扚amosa di Alor Gajah menawarkan keseronokan yang tidak terhingga. Ia dilengkapi koleksi permainan air menarik yang dibina berdasarkan spesifikasi antarabangsa dan pernah memenangi anugerah 慐xecutive Board

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2006 05:22 PM | Show all posts
Seronok menyusuri Sungai Melaka

Oleh Riadz Radzi
riadz@hmetro.com.my

heading:

SUNGAI Melaka yang mengalir di tengah-tengah bandar raya Melaka menyimpan seribu nostalgia. Muaranya di Bandar Hilir itu mengandungi cerita suka duka termasuk daripada zaman Kesultanan Melayu Melaka, penjajahan Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun.

Tatkala penulis dibawa menyusuri sungai berkenaan, terbayang peristiwa pertempuran di antara hulubalang Melaka dengan tentera Portugis pada 1511.

Begitu juga dengan kesibukan muara Sungai Melaka sebagai pelabuhan dan pusat perdagangan terpenting di dunia kira-kira 600 tahun lalu.

Ketika itu, Sungai Melaka fokus utama untuk menjalankan aktiviti perdagangan seperti menjual kain, tembikar, rempah ratus dan pelbagai barangan lain yang dijalankan secara tukar barang (sistem barter) selain sebagai laluan pintu masuk penyebaran Islam di rantau ini.

Bagaimanapun, selepas negara mencapai kemerdekaan dan sistem pengangkutan jalan raya serta udara semakin moden, era kegemilangan Sungai Melaka semakin suram.

Kini, sungai yang pernah dikritik berikutan kebersihannya tidak dijaga itu dibangunkan sebagai salah satu destinasi pelancongan menarik di Melaka. Dari Jeti Parameswara di Jalan Quayside, anda boleh menaiki bot persiaran menyusuri Sungai Melaka sepanjang enam kilometer sehingga ke Kampung Morten.

Banyak pemandangan menarik dapat dilihat sepanjang menyusuri sungai bersejarah itu. Antara yang paling menarik ialah Kampung Morten di persisiran sungai itu. Perkampungan Melayu di dalam bandar itu masih mengekalkan rumah tradisional Melayu selain landskap yang cukup menarik.

Selain deretan bangunan tradisional di persisiran sungai, monumen bersejarah seperti bangunan Stadhuys, Gereja Christ, Gereja St Paul dan Gereja St Francis Xavier yang tersergam indah turut dapat dilihat.

Pembangunan di pesisiran sungai berkenaan tidak begitu dimodenkan, sebaliknya lebih kepada pemuliharaan alam semula jadi termasuk menanam lebih banyak pokok bakau di sekitarnya.

Meskipun pada satu ketika Sungai Melaka dikritik berikutan dipenuhi sampah sarap, keadaannya sudah jauh berubah. Kerajaan negeri mewujudkan skuad memantau sampah di permukaan air menggunakan perahu selain perangkap sampah disediakan berhampiran Jambatan Hang Jebat.

Kualiti air juga bertambah baik apabila sistem pengepam melalui saluran pembetungan khas yang dibina sepanjang 4.5 kilometer berhampiran Sungai Melaka bagi mengasingkan air sisa kumbahan sudah pun beroperasi.

Kerajaan Melaka mengambil inisiatif membangun dan menaikkan taraf sungai berkenaan dengan kos bernilai RM230 juta, membabitkan empat fasa bermula dari empangan kawalan pasang surut di Bachang hingga ke muara sungai.

Dua bot disediakan untuk membawa pelancong dengan bayaran RM10 untuk dewasa, RM5 bagi kanak-kanak serta RM8 untuk pelajar.

Waktu perjalanan adalah di antara jam 3 petang hingga 6 petang setiap hari sewaktu air pasang.

Bagaimanapun, sebuah pintu air akan dibina di muara sungai itu bagi memastikan air sentiasa penuh walaupun ketika air surut, selain memastikan bot tidak terkandas apabila menyusuri sungai itu.

Pembangunan di Sungai Melaka adalah ilham Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, selepas beliau melawat Sungai San Antonio di Texas, Amerika Syarikat tidak lama dulu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 05:23 PM | Show all posts
Hotel Puri kekal warisan Peranakan

Oleh Riadz Radzi

BERSESUAIAN dengan lokasinya di tengah bandar raya Melaka Bersejarah, Hotel Puri tampil dengan seni bina dan dekorasi yang dipenuhi elemen sejarah terutama daripada warisan kebudayaan Peranakan.

Hotel Puri paling unik di Melaka. Pertama kali melihat hotel ini, penulis menyangka ia cuma hotel kecil berikutan bahagian depannya hanya terdiri dari satu lot rumah kedai saja.

Sebaliknya, hotel ini cukup luas. Walaupun kelihatan sempit dari luar, ia memanjang sehingga 100 meter ke belakang dan menjadikannya cukup luas. Ia juga diubah suai sehingga boleh menempatkan 48 bilik serta dua bilik suite.

揚emilik asal bangunan ini adalah orang Belanda. Pemerintah Belanda dulu mengenakan cukai berdasarkan lebar rumah. Atas sebab itu bangunan ini dibina memanjang ke belakang dan tidak lebar untuk mengelak dari membayar cukai lebih,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 01:36 PM | Show all posts
WCR Resort dikelilingi air

Oleh KHALID YASIN

BERKUNJUNG dan bermalam di Water City Resort (WCR) di Bukit Katil, Melaka bersama keluarga memang menyeronokkan kerana selain dapat berehat, banyak kemudahan riadah yang disediakan mampu mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

Resort yang nampak eksklusif itu terletak kira-kira 15 kilometer dari bandar Melaka dan ia menawarkan pakej percutian menarik untuk seisi keluarga.

Pemangku Pengurus Resort dan Pengarah Pembangunan Perniagaannya, Natrah Mohd Karim, berkata resort itu nampak eksklusif, tetapi sebenarnya tidak mahal.

揝elain cantik dan menarik, ia sesuai untuk membawa keluarga bersantai kerana pelbagai kegiatan riadah boleh dilakukan pengunjung.

揑nilah konsep yang dibawa resort ini kerana pengunjung yang datang bersama keluarga boleh melakukan pelbagai aktiviti riadah yang disediakan.

揥CR dilengkapi pelbagai kemudahan riadah, sama ada untuk orang dewasa atau kanak-kanak, seperti aktiviti berkayak, memancing, kart, berenang, mendaki tembok tiruan, gelungsur air, bermain futsal, tenis dan bola tampar pantai,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 07:56 PM | Show all posts
Originally posted by PUTRI_NUR_ZAHRA at 27-9-2006 11:38 AM
tumpang tanya... kalau dari mahkota prade... jalan kaki leh sampai tak kat tempat2 brsejarah...
and 1 more.. jauh tak dari air keroh


putri, dari mahkota parade dekat sangat gi A Famosa, banda Hilir, Jonker Walk.. area situ2 ajer... dalam 1 km radius..
tapi kalau dari Mahkota parade nak gi air keroh, naik kereta mau 20-30 minit..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 09:08 PM | Show all posts
kat depan A Famosa ada mamak jual cendol dan rojak, sedap wooooo, lepas raya ni korang pergilah try .. kedai mamak tu kalo tak silap saya pernah masuk TV . ;)
Reply

Use magic Report

mamakcute This user has been deleted
Post time 10-10-2006 11:48 AM | Show all posts


Covered sidewalk

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2006 09:07 AM | Show all posts
Melaka wujud Muzium al-Quran pertama di Malaysia

MELAKA 11 Okt.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2006 09:47 AM | Show all posts
Floating

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2006 12:41 PM | Show all posts
ada plan nak gie melaka - wat group around 80-100 pax in early dec - kat mana sesuai nak duduk eh?  as usual budget tak le besar sgt rm150 below kot. it's gonna be families la most probably.  so sesapa yg biasa dgn hotel kat melaka ni, sila lah bagi cadangan ... teringat seri costa (easy access) tapi ada terbaca a few bad reviews on this hotel so cam takut ler gak, nanti participants complain panas telinga ..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2006 05:38 PM | Show all posts
sape2 familiar dgn melaka, boleh x bgtau katne tempat2 mkn best2..
kat sekitar bandar mlake? appreciate kalo ade gamba skali =) tq
Reply

Use magic Report

melakaguy This user has been deleted
Post time 17-10-2006 05:56 AM | Show all posts
Originally posted by adnil at 12-10-2006 12:41 PM
ada plan nak gie melaka - wat group around 80-100 pax in early dec - kat mana sesuai nak duduk eh?  as usual budget tak le besar sgt rm150 below kot. it's gonna be families la most probably.  so se ...


guest house dekat Mahkota Parade:


rooms

hall

pool,

RM30/person for group.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2006 10:14 AM | Show all posts
Ni aku bagi link kalu nak pi Melaka n lepak kat A Famosa Resort

http://www.afamosa.com/main.php?m=Content&op=page&id=1

pastu aku nak tanya..sesape dah pegi cowboy town n water world tu??besh tak??sebab aku ader plan nak pegi nanti...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.076430 second(s), 55 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list