CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: peret

Japanese Zero

[Copy link]
Post time 14-7-2006 12:42 PM | Show all posts
Originally posted by alphawolf at 14-7-2006 11:44 AM
Oit dah lari topik dah oiiii!


nak kembang citer sikit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2006 03:32 PM | Show all posts
Lari sikit je tuh... hehehe.

Okey, korang ingat tak teknik kamikaze yang Jepun guna untuk letupkan kapal2 dan lain2 tu. Rekabentuk pesawat nie sesuai le untuk menjunam dan langgar mana2 objek yang dihadapannya. Tapi aku tak sanggup le kalo duduk dalam pesawat tu kalo dah pegi perang dan niat nak langgar kapal.... Tu jugak lah sebab masa zaman tu Jepun kehilangan banyak pilot yang expert. Semua dah mati masa kamikaze...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2006 06:45 PM | Show all posts
Originally posted by LanoG at 6-7-2006 05:09 PM
Sekarang Jepun tak produce pesawat perang ke? Macam mana nak lawan F16-Tomcat. Aku rasa diorang punya aim dah bertukar, baik pakai MS Gundam je kalo nak perang nanti pun.... hehe.


Lanog, Tomcat bukan F-16, tetapi F-14.

anyway berkait dengan isu kamikaze, sebenarnya Jepun mengamalkan serangan sedemikian adalah kerana mereka dah terdesak disebabkan kerana kurang bahan mentah seperti minyak, tenaga kerja serta juruterbang yang mahir. kebanyakan juruterbang yang menyertai pasukan kamikaze ini adalah juruterbang muda malah pesawat yang digunakan juga tidak terhad kepada Zero sahaja. kira selagi ada kapal terbang yang boleh guna macam pesawat latihan yang perlahan dan tidak lincah juga akan digunakan asalkan matlamat kamimaze ini tercapai.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2006 07:23 PM | Show all posts
Originally posted by carrim7 at 23-6-2006 08:08 AM


yang ni baru aku perasan. ni bukan Mitshubishi Zero. ni adalah pesawat Douglas TBD-1 Devastator US navy. lagipun sepanjang pengetahuan aku, Zero rasanya tak pernah dilengkapkan dengan torpedo. kalau bom atau roket tu ada.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2006 10:02 PM | Show all posts
Originally posted by CharlieDale at 17-7-2006 06:45 PM


Lanog, Tomcat bukan F-16, tetapi F-14.

anyway berkait dengan isu kamikaze, sebenarnya Jepun mengamalkan serangan sedemikian adalah kerana mereka dah terdesak disebabkan kerana kurang bahan  ...


dan kebanyakan Pilot kerahan dari Korea , Formosa dan manchuria

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2006 12:21 AM | Show all posts

Variasi Mitshubishi Zero

A-6M1 Type 0 Prototaip
Prototaip pertama siap pada Mac 1939.
Penerbangan pertama : 1 April 1939
Enjin:  radial 780hp (580kW)  Mitshubishi Zuisei (auspicious star).
nota:
memenuhi kehendak Tentera Laut Jepun dari segi jarak, kuasa tembakan dan kelincahan kecuali halaju maksimum.


A6M1

A6M2, Type 0 Model 11
penerbangan pertama : 18 Januari 1940
enjin:- radial 940 hp (700 kW) Nakajima Sakae (kemakmuran) 12
senjata: 2xmeriam ringan 20mm dan 2x7.7mm machine gun.
nota:-
sebanyak 15 buah A6M2 dihantar ke Manchuria,China untuk ujinilai pada 21 Julai 1940. Terlibat dalam pertempuran yang pertama dalam bulan Ogos di Chungking.Ia menunjukkan prestasi yang cemerlang malah dalam satu pertempuran sebanyak 13 buah Zero telah menembak jatuh sehingga 27 buah I-15 dan I-16 dalam masa 3 minit tanpa sebarang kekalahan.Maka berdasarkan rekod ini, pihak Tentera Laut Jepun telah memesan model ini dan dikenali secara rasmi sebagai Type 0 Carrier Fighter, Model 11.


A6M2

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2006 04:34 PM | Show all posts
Originally posted by LanoG at 14-7-2006 15:32
Lari sikit je tuh... hehehe.

Okey, korang ingat tak teknik kamikaze yang Jepun guna untuk letupkan kapal2 dan lain2 tu. Rekabentuk pesawat nie sesuai le untuk menjunam dan langgar mana2 objek ya ...


Mcam CD cakap..Jepun dah kehilangan juruterbang yang mahir selepas pertempuran Midway, sekitar Solomons dan kepulauan lain di Pasifik. Dan angkatan udara tentera laut Jepun musnah sama-sekali ketika pertempuran Laut Filipina pada Jun 1944. Majoriti juruterbang yang tinggal hanyalah juruterbang muda...ada yang belum menghabiskan silibus latihan mereka.

Mengenai kesesuaian pula, sebenarnya Zero (dan lain-lain pesawat Jepun) tidak begitu sesuai untuk kamikaze. Ini kerana struktur badan pesawat yang ringan dan menyebabkan ianya berkecai bila melanggar kapal dan tidak menembusi dek. Tambahan pula Zero hanya membawa sebutir bom 250kg. Walaupun beberapa buah kapal kecil bersaiz destroyer tenggelam, tidak satupun fleet aircraft carrier US yang tenggelam akibat serangan kamikaze. (USS Princeton diserang secara 'normal' manakala USS St Lo merupakan escort carrier yang kecil)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2006 05:12 PM | Show all posts
aku dengar cerita jepun ada plan nak buat macam projek JSF

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2006 05:16 PM | Show all posts
Originally posted by atan at 18-7-2006 05:12 PM
aku dengar cerita jepun ada plan nak buat macam projek JSF


Project JSF tu apenda?
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2006 06:14 PM | Show all posts
Originally posted by LanoG at 18-7-2006 05:16 PM


Project JSF tu apenda?


off topik.
Joint Strike Fighter (US). Pesawat penyerang pelbagai fungsi generai baru. masih dalam peringkat ujian. Secara amnya Lockheed Martin X-35 merupakan prototaip bagi program ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2006 06:23 PM | Show all posts
Originally posted by CharlieDale at 18-7-2006 06:14 PM


off topik.
Joint Strike Fighter (US). Pesawat penyerang pelbagai fungsi generai baru. masih dalam peringkat ujian. Secara amnya Lockheed Martin X-35 merupakan prototaip bagi program ini.


dah release..

http://forum.cari.com.my/viewthr ... &extra=page%3D2

[ Last edited by  atan at 18-7-2006 06:24 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2006 07:08 PM | Show all posts

variasi Mitshubishi Zero

A6M2, Type 0 Model 21
nota:
sama seperti Model 11 namun terdapat sedikit perubahan dengan pengenalan kepada hujung sayap yang boleh dilipat secara manual bagi membolehkan pesawat Zero ditempatkan di atas kapal pengangkut pesawat.Ini menjadikan ia sebagai salah satu versi yang paling utama dikeluarkan pada peringkat awal perang. Dianggarkan sebanyak 740 buah di bina oleh Mitshubishi dan 800 buah oleh Nakajima.


A6M2 Type 0 Model 21

A6M2-N Rufe Seaplane / floatplane
nota::-
Merupakan sebuah floatplane yang dibina berasaskan model A6M2 type 0 Model 11 dengan beberapa perubahan. antaranya penambahan pelampung utama pada bahagian badan dan 2 pelampung penstabil pada sayap serta sedikit perubahan pada sayap ekor. secara amnya, prestasi A6M2-N tidak jauh berbeza dengan pesawat A6M2 yang lain.




A6M2-N Rufe

A6M2-K pesawat latihan
Nota:-
sebanyak 508 buah A6M2-K dibina oleh Hitachi dan  Sasebo Naval Air Arsenal. mempunyai 2 tempat duduk secara selari.


A6M2-K

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2006 07:25 PM | Show all posts
Originally posted by atan at 18-7-2006 06:23 PM


dah release..

http://forum.cari.com.my/viewthr ... &extra=page%3D2


betul dah finalize. sebab dulu dia ada persaingan dengan X-32 keluaran Boeing. tapi kira lani masih lagi dalam ujian peringkat akhir. sebab tu belum masuk dalam perkhidmatan lagi. tak tau la kalau lani dah masuk.

[ Last edited by  CharlieDale at 18-7-2006 07:27 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 08:14 PM | Show all posts

Variasi Mitshubishi Zero

A6M3 Type 0 Model 32 Hamp

enjin:- enjin radial 14 silinder sejukan udara  1.130hp (840kW) Nakajima Sakae 21 two speed supercharger
senjata : 2x 7.7mm mesin gun + 2x meriam ringan 20 mm pada sayap (100 butir)
kelajuan maks: 540 km/h (336 mph) -
tinggi operasi : 11,050 m (36,255 ft)

nota:-
diperkenalkan lewat 1941. enjin baru ini agak berat dan panjang sehingga menyebabkan pusat graviti pesawat ini tidak stabil dengan kerangka yang sedia ada. bagi menangani masalah ini, kerangka terpaksa diubahsuai dan meyebabkan saiz tangki utama berkurangan daripada 518 liter kepada 470 liter.

antara perubahan besar yang lain ialah mengeluarkan bahagian sayap yang boleh dilipat ( seperti pada A6M2 model 21) sayap baru ini mempunyai bentuk yang agak berbeza berbanding sebelumnya iaitu berbentuk segi empat pada hujungnya. perubahan sedemikian menyebabkan pihak Amerika telah mengaggap bahawa ia bukan model terbaru zero tetapi sebuah pesawat baru yang lain. Maka mereka menggelarnya sebagai Hamp.

hasil daripada ubahsuai, model ini mempunyai beberapa kelemahan antaranya kurang jarak operasi dan manuver. model ini mula beroperasi pada April 1942 namun tidak lama dalam perkhidmatan. sebanyak 343 buah sahaja yang telah di bina.


A6M3 Type 0 Model 32 Hamp

A6M3, Type 0 Model 22
enjin dan persenjataan sama seperti A6M3

Nota:-
model ini dihasilkan bagi memperbaiki kelemahan kepada model 32. antara perubahan ialah menggunakan kembali sayap yang boleh dilipat seperti model A6M2 type 0 model 21 disamping penambahan tangki pada sayap serta pemasangan 330 liter drop tank pada sayap. tangki minyak dalaman ditingkatkan kembali kepada saiz asal (570 liter). ini secara tidak langsung telah dapat meningkatkan kembali jarak operasi.

Pihak Mitsubishi menamakan model ini sebagai  A6M3a.mula dikeluarkan dalam bulan Disember 1942 dan sebanyak 560 buah telah dihasilkan. Mitsubishi juga telah menghasilkan beberapa prototaip yang dilengkapkan dengan meriam ringan 30mm type 5. model prototaip ini dikenali sebagai  A6M3b (model 22b).


A6M3 Type 0 Model 22
p/s: Pesawat A6M3 Type Model 22 yang dipandu oleh Hiroyoshi Nishizawa (Japan's #1 ace 87 kills)
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2006 07:33 PM | Show all posts

Variasi Mitsubishi Zero

A6M4
Enjin : Enjin radial Sakae turbosupercharged ( eksperimen)
persenjataan : tidak diketahui
nota:-
Dipercayai sebanyak 2 buah pesawat prototaip telah dibina dan dilengkapkan dengan enjin eksperimen bagi menghasilkan sebuah pesawat pejuang yang mampu terbang pada aras yang lebih tinggi. Program akhirnya dibatalkan kerana masalah teknikal. malah ada yang beranggapan bahawa projek ini ditamatkan atas kepercayaan bahawa nombor empat (4) di dalam bahasa Jepun membawa maksud mati.


A6M5 Type 0 Model 52
Enjin: Enjin radial sejukn udara 14 silinder Nakajima Sakae 21, 1,130hp
Senjata ( A6M5 model 52a) : 2x 7.7mm mesin gan + 2x meriam ringan20 mm  type 99 (halaju tinggi) (125 pusingan)
Nota: merupakan peni ngkatan dari versi A6M3 model 22 dengan hujung sayap kekal dan sayap yang lebih nipis yang secara tidak langsung telah meningkatkan keupayaan menjunam yang lebih baik. Selain itu ciri yang jelas pada model ini ialah pemasangan sistem ekzos (4 paip ekzos pada setiap sisi). A6M5 juga merupakan versi utama pesawat Zero yang dikeluarkan. Terdapat beberapa sub variasi bagi model ini antaranya:-
1. A6M5 Type 0 Model 52a (Kou)
dilengkapkan dengan meriam ringan 20mm Type 99 model II dengan suapan rantai (125 round/gun)berbanding suapan drum (100 rpg)

2. A6M5 Type 0 Mode 52b (Otsu)
Dilengkapkan dengan cermin kokpit berperisai, pemadam api automatik karbon dioksida untuk tangki minyak, serta 1xmesingan 7.7 mm Type 97 pada bahagian penutup enjin digantikan dengan 1xmesingan 13.2mm Type 3 Browning dengan 240 pusingan.  Sebanyak 470 buah pesawat model ini telah dibina oleh Mitsubishi.

3. A6M5 Type 9 Model 52c (Hei)
Dihasilkan ats permintaan pihak tentera laut Jepun sendiri.ia dilengkapkan dengan plat armor (5.5cm) pada bahagian kokpit.juga kuasa tembakan dipertingkatkan dengan penambahan  3x 13.2mm mesingan (1 di penutup enjin dan 2 unit di sayap serta mengekalkan 2x meriam ringan 20mm Type 99 model II.ia juga boleh dilengkapkan dengan roket tanpa panduan.

4. A6M5d-S
menjalani sedikit ubahsuai untuk operasi malam ( night fighter) dilengkapkan dengan 1xmeriam ringan 20mm type 99 pada belakang kokpit. namun konsep ini kurang popular terutama ia merupakan pesawat satu tempat duduk.

5. A6M5-K
merupakan pesawat latihan 2 tempat duduk.



A6M5
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2006 09:39 PM | Show all posts
CharlieDale  gambar pemasangan zero di kilang tak der ???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2006 11:19 PM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 20-7-2006 09:39 PM
CharlieDale  gambar pemasangan zero di kilang tak der ???


Puas juga cari gambar pemasangan Zero. cuma yang ni jer yang dapat



A6M1
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2006 09:17 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2009 10:06 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2009 10:31 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:49 AM GMT+8 , Processed in 0.103038 second(s), 56 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list