CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: loveanis02

Futsal -

[Copy link]
Post time 20-6-2008 09:19 AM | Show all posts

Reply #716 akughi's post

apa ko buat kat bod tenis tuuu?

meh duk sini

tenis x sesuai utk org bantut

futsal lagi best  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2008 09:20 AM | Show all posts

Reply #720 dexa's post

ah ye ke?

dkt je sport planet ampang tuh

leh join x?
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2008 08:02 PM | Show all posts
a'kum..

kat sini dah ada ke belum group futsal perempuan area ampang/keramat/melawati/setapak dan kawasan yang sewaktunya yang minat main futsal?Kalau boleh di Sports Planet , Ampang.

Saje je tanya..coz dari tahun beminat nak main tapi takda geng.thx
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2008 01:29 PM | Show all posts
salam..

attn to girls...

sesape nk frenly ngan team sy bolehla pm sy...juz have fun je...boleh gak tambah2 kenalan...ye tak?
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2008 05:47 PM | Show all posts

Reply #724 chips07's post

i try pm u takleh lak.

u kat area mane?dah ade team futsal sendiri ke?deba ni tak reti main..baru ingat nak berjinak2 la..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2008 11:45 AM | Show all posts
Originally posted by deba at 24-6-2008 05:47 PM
i try pm u takleh lak.

u kat area mane?dah ade team futsal sendiri ke?deba ni tak reti main..baru ingat nak berjinak2 la..



ha ah la deba..i dh ader team sendiri..actually ngah cr team lain yg nk frenly ngan kitorang...sesaje sronok2..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-6-2008 11:57 AM | Show all posts

Reply #725 deba's post

haiii deba

ada laaa org pompuan nyer team

sape ek leader dia...boodarkbaiks kut kalau x silap

yg laen leh tanya dex

dia tu otai tuh
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2008 11:58 AM | Show all posts

Reply #726 chips07's post

chips duk area mana yer?

kalao dekat leh kita sekodeng
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2008 09:07 AM | Show all posts
Originally posted by ReuK at 25-6-2008 11:58 AM
chips duk area mana yer?

kalao dekat leh kita sekodeng



skodeng?  jgnla begitu wahai en.Reuk..malu..  
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2008 12:27 PM | Show all posts

Reply #728 ReuK's post

woiiiii tak de keje lain ke ko ni...

nak skodeng anak org..

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2008 12:27 PM | Show all posts

Reply #729 chips07's post

abg nak skodeng boleh tak....

ala tgk sikit je...

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2008 12:58 PM | Show all posts

Reply #729 chips07's post

jgn malu- malu

bukak laaa

bukak laaa tingkap tu

caner nak skodeng kalau tutup tingkap
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2008 12:59 PM | Show all posts

Reply #732 ReuK's post

woiiiiii gatal.....

pakai la teropong... baru tak kantoi
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2008 01:00 PM | Show all posts

Reply #730 akughi's post

tepi tepi tepi

gergasi sudah kembali

aku nak gi main futsal ngn chip nih...kat ampang sports planet
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2008 01:08 PM | Show all posts

Reply #734 ReuK's post

woiiiii ponteng keje ke...

org main futsal malam..

ko main time keje.... siot je  
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2008 09:00 AM | Show all posts
wah....bukan main kalian kan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2008 08:00 AM | Show all posts
Bahang saingan semakin dirasai

Oleh YASMIN RAMAN


IZWAN turut membantu urus setia kejohanan membuat
persiapan terakhir menjelang aksi pembukaan Kejohanan
Kosmo! Varsiti Futsal di UPM hari ini.



PESERTA bagi saingan zon tengah kini sedang menunggu masa untuk mempamerkan aksi hebat pada Kejohanan Kosmo! Varsiti Futsal 2008 yang membuka tirainya di Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini.

UPM yang memainkan peranan sebagai tuan rumah kejohanan tersebut telah giat membuat persiapan sejak dua bulan lalu bagi mendapatkan aura serta memastikan kejohanan tersebut berjalan dengan lancar.

Menurut penyelaras acara, Mohamad Izwan Hayat, pihaknya kini sudah membuat penelitian terhadap gelanggang yang bakal digunakan sejak semalam lagi untuk memastikan tiada sebarang kemalangan yang berlaku.

"Sejak Isnin lalu, kami telah memasang banting, poster dan membuat sedikit promosi di UPM itu sendiri. Saya tidak nafikan kehangatannya sudah mula dirasai.

"Selain itu, pihak kami dan pihak UPM juga telah memeriksa keadaan gelanggang bagi memastikan tiada kemalangan yang berlaku ekoran keadaan gelanggang yang tidak sempurna atau sebagainya," kata Izwan ketika ditemui Kosmo! semalam.

Izwan berkata, sebanyak 120 pasukan yang telah mengesahkan penyertaan mereka dan kesemua mereka dilihat mampu memberikan persembahan terbaik bagi memburu gelaran juara.

"Memang pada permulaan penyertaan dibuka ia dilihat agak hambar namun sejak Isnin lalu, ada beberapa pelajar pusat pengajian tinggi yang masih mahu menyertai kejohanan ini. Ia memang sesuatu yang tidak dijangkakan.

"Begitupun, kami menerimanya dengan tangan terbuka kerana penyertaan masih dibuka semalam," ujar Izwan.

Kata Izwan, bagi kejohanan hari ini setiap pasukan telah dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan tertentu mengikut jadual yang ditetapkan dan dua pasukan terbaik akan melangkah ke pusingan seterusnya.

"Seperti sedia maklum, kejohanan ini akan berlangsung selama dua hari dan di tiga lokasi berbeza. Jadi kami telah memecahkan mereka (pasukan) ini ke beberapa kumpulan untuk memudahkan penyelarasan pertandingan.

"Begitupun, hanya pasukan terbaik layak meneruskan saingan untuk pusingan seterusnya," tambah Izwan.

Selepas saingan pada zon tengah, saingan seterusnya akan bergerak ke utara yang akan berlangsung di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang pada 2 hingga 3 Ogos.

Bagi zon timur, ia akan diadakan di Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, Kelantan pada 25 hingga 26 Julai.

Manakala zon selatan pula akan berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor pada 8 hingga 9 Ogos.

Acara kemuncak akan berlangsung di satu lokasi yang masih belum ditetapkan di sekitar Lembah Kelang pada 16 hingga 17 Ogos.

Juara bagi setiap zon bagi kategori Lelaki Bawah 23 akan membawa pulang RM3,000 manakala kategori Lelaki Terbuka (RM1,500), Wanita Terbuka (RM1,500) dan Lelaki Bawah 19 (RM1,500).
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2008 08:03 AM | Show all posts
Pasukan terhebat pada Futsal Felda-FAM

BUAT pertama kalinya peminat sukan futsal tanah air berpeluang menyaksikan pasukan-pasukan handalan futsal tempatan beradu kekuatan dalam tiga format pertandingan yang akan diadakan pada November 2008 sehingga Februari 2009.

Kejohanan anjuran bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Felda itu akan menyajikan tiga pertandingan serentak iaitu Liga Futsal Kebangsaan, pertandingan kalah mati dan juga Piala Perdana Felda-FAM.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Futsal Malaysia, Hamidin Mohd. Amin, (gambar) liga yang ditaja oleh Felda itu juga bakal menyaksikan penyertaan 24 pasukan lelaki dan wanita yang mendaftar di bawah naungan FAM.

"Selain mengadakan pertandingan berdasarkan format liga, FAM juga akan menganjurkan dua lagi format pertandingan iaitu secara kalah mati dan juga Piala Perdana Felda-FAM.

"Jadi kejohanan futsal ini secara keseluruhannya diadakan dalam tiga format iaitu liga, piala kalah mati dan juga piala perdana," kata Hamidin selepas Mesyuarat Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai kedua di Wisma FAM semalam.



Begitupun, butiran terperinci mengenai format, gelanggang dan jadual tiga pertandingan futsal tersebut akan diumumkan selepas mendapat pengesahan daripada mesyuarat jawatankuasa teknikal FAM 2 Ogos depan.

Sementara itu, Hamidin turut mengumumkan bahawa skuad futsal kebangsaan bimbingan P. Balakrishnan akan menyertai Kejohanan Piala Persekutuan Futsal Asia (AFF) yang berlangsung di Bangkok pada 25 hingga 31 Ogos depan.

"Kejohanan Piala AFF ini juga merupakan kejohanan kelayakan kepada Kejohanan Piala Asia 2009 dan tiga pasukan terbaik akan layak secara automatik ke kejohanan tersebut tahun depan.

"Sasaran kita kali ini ialah mara ke final selepas melihat kepada pencapaian melangkah ke separuh akhir sebelum ini. Bagaimanapun, laluan kita mungkin agak sukar kerana berdasarkan ranking, skuad kebangsaan menduduki tangga kesepuluh Asia berbanding Iran (1), Thailand (2) dan Australia (5)," katanya lagi.

Pada mesyuarat itu juga Hamidin memberitahu FAM akan menghantar skuad bola sepak pantai ke Karnival Sukan Pantai di Bali pada 18 hingga 26 Oktober depan.

Menurutnya, 12 pemain telah dipilih oleh jawatankuasa teknikal FAM pada pertandingan bola sepak pantai peringkat tempatan baru-baru ini dan skuad ini akan diberi pendedahan awal dengan menyertai Kejohanan Undangan Terbuka AFF di Desaru pada 25 hingga 31 Ogos ini.

"Kami melihat sukan bola sepak pantai semakin mendapat perhatian di negara ini dan FAM rasa ia satu perkara yang baik bagi sukan bola sepak Malaysia.

"Jadi, skuad bola sepak pantai negara akan menyertai beberapa kejohanan di dalam negara sebagai persediaan sebelum ke kejohanan undangan di Bali, Indonesia nanti.

"Malah kami juga bercadang untuk mengadakan satu pesta bola sepak pantai kebangsaan pada 16 hingga 19 Oktober depan di Teluk Cempedak bagi menyemarakkan lagi sukan ini di Malaysia," kata Hamidin lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2008 08:25 AM | Show all posts
Kosmo! Varsiti Futsal acara tahunan

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH



MOHD. NASIR menyampaikan ucapannya pada majlis
pelancaran Kejohanan Kosmo! Varsiti Futsal 2008 di
Kompleks Sukan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) semalam.


MERIAH dan penuh mendebarkan.

Pencarian jaguh futsal di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi sudah bermula apabila Kejohanan Kosmo! Varsiti Futsal 2008 membuka tirainya di Universiti Putra Malaysia (UPM) semalam.

Sebanyak 120 pasukan berhimpun di Pusat Sukan UPM selama dua hari untuk beradu kekuatan mencari siapa yang terhandal bagi peringkat zon tengah sekali gus melangkah ke pusingan grand final yang menawarkan hadiah keseluruhan RM200,000.

Pelancarannya telah disempurnakan oleh Setiausaha Sulit kepada Menteri Pengajian Tinggi, Rohazam Shah Ahmad semalam.

Menurut Rohazam, Kejohanan Kosmo! Varsiti Futsal mampu menjadi satu kejohanan yang popular di kalangan penuntut IPT berdasarkan kepada sambutan hebat yang diterima bagi edisi keempat ini.

Malah katanya, selain mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan ini, kejohanan ini juga mampu menjadi medan kepada penuntut mempamerkan bakat dan kemahiran mereka dalam bidang sukan.

"Saya percaya ramai penuntut IPT memiliki bakat besar dalam sukan futsal dan melalui kejohanan seperti ini, mereka boleh mengasah bakat mereka yang terpendam," kata Rohazam semalam.

Sambil memuji langkah akhbar Kosmo! menganjurkan kejohanan ini yang kini sudah memasuki tahun keempat, Rohazam juga berharap agar kejohanan ini menjadi acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh pelajar universiti tempatan.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Mohd. Nasir Ali, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Profesor Dr. Azali Mohamed.



Penyertaan kejohanan ini menyaksikan penglibatan daripada penuntut IPT awam dan swasta termasuk Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti, Kolej Universiti, Institut Perguruan dan pelajar-pelajar sekolah menengah.

Perlawanan peringkat saringan diadakan mengikut zon iaitu Zon Tengah (UPM), Zon Timur (Universiti Sains Malaysia, Kelantan), Zon Utara (Politeknik Seberang Perai) dan Zon Selatan (Universiti Teknologi Malaysia).

Lapan pasukan terbaik bagi kategori Lelaki Bawah 23 dari setiap zon akan mara ke peringkat grand final manakala kategori Terbuka Lelaki, Terbuka wanita dan Bawah 19, hanya empat pasukan terbaik setiap zon layak.

Dua belas pasukan lagi bagi kategori Staf Lelaki Terbuka dan Staf Wanita Terbuka akan layak secara automatik di peringkat grand final.

Kejohanan Kosmo! Varsiti Futsal 2008 turut mendapat sokongan daripada beberapa rakan strategik iaitu Revive, Vico, Brylcreem, Mister Potato dan krim mandian anti-bakteria, Antabax selain Suria FM sebagai stesen radio rasmi yang akan melaporkan perkembangan perlawanan di setiap zon sepanjang kejohanan ini berlangsung.

Lebih menarik, anugerah Pasukan Paling Cun Bergaya Bryclreem-Kosmo! serta Pasukan Cergas Antabax-Kosmo! bagi para peserta turut menghangatkan lagi suasana dan kemeriahan kejohanan tersebut.

Pada pelancaran semalam juga, penonton telah dihiburkan dengan aksi hebat Dr. Freestyler menimbang bola dalam pelbagai aksi serta persembahan tarian moden oleh kumpulan hip hop, Floor Fever.

Semalam bermula peringkat kelayakan yang menyaksikan penampilan juara bertahan Universiti Multimedia Malaysia (MMU) tampil lebih hebat walaupun mendapat saingan daripada pasukan-pasukan baru.

Menariknya kejohanan kali ini ialah ia menampilkan pemain pelbagai bangsa termasuk pelajar luar negara yang menuntut di institusi pengajian tinggi tempatan.

Penyertaan pelajar wanita juga sangat menggalakkan walaupun pada peringkat awalnya hanya empat pasukan yang mendaftar.Mereka tampil pada saat-saat akhir untuk mendaftar bagi memenuhi kuota yang telah ditetapkan penganjur.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2008 08:06 AM | Show all posts
Jaguh timur ditemui


PEMAIN pasukan Kolej Shah Putra meraikan kejayaan
mereka selepas muncul juara kategori Bawah 23 Kejohanan
Kosmo! Varsiti Futsal Zon Timur di Kompleks Sukan USM Kubang Kerian semalam.




KEJOHANAN Kosmo! Varsiti Futsal 2008 Zon Timur yang bermula kelmarin melabuhkan tirai semalam dengan penuh bergaya dan meriah.


Gelanggang Kompleks Sukan Universiti Sains Malaysia (KKUSM) Kubang Kerian menyaksikan perebutan sengit di kalangan 76 pasukan yang bertanding pada pusingan kedua untuk bergelar juara Zon Timur.

Johan Kategori Lelaki Bawah 23 menjadi milik pasukan Shah Putra dari Kolej Shah Putra, Pahang setelah menewaskan IKBN Bachok A sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, pingat dan sijil penyertaan.

Walaupun kehadiran lebih 200 penyokong IKBN menggamatkan gelanggang, namun kelincahan serta konsistensi pemain Shahputra mengatur serangan membolehkan mereka menang bergaya 4-1.

Bagi kategori Lelaki Terbuka, seperti dijangka hadiah RM1,500 menjadi milik pasukan N10 FC dari Universiti Pendidikan Sultan Idris setelah menundukkan Sekut Liyut dari German Malaysian Institute.

Sementara itu, johan bagi kategori Lelaki Bawah 19 disambar pasukan The Caring School dari SMK Sultan Ismail, Kota Bharu untuk membawa pulang wang tunai RM1,500.

Mereka mengalahkan SMK Bandar Chiku dari Gua Musang pada perlawanan akhir.

Kategori yang pertama kali diperkenalkan pada kejohanan ini berjaya menarik penyertaan 17 pasukan dari sekolah menengah seluruh negeri ini serta pusat matrikulasi sekitar Pantai Timur.

Juara Kategori Wanita Terbuka pula digenggam pasukan UMT B dari Universiti Malaysia Terengganu setelah menumpaskan lawannya, Foxy FC dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Empat pemenang utama setiap kategori layak ke pertandingan grand final nanti yang akan berlangsung di Kuala Lumpur Ogos nanti.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengarah Kampus USM Kubang Kerian, Prof. Datuk Mafauzy Mohamad.

Sementara itu, empat pasukan lain dipilih sebagai pemenang bagi hadiah sampingan iaitu Pasukan Paling Cun Bergaya Bryclreem- Kosmo! yang disampaikan oleh Ketua Biro Utusan Melayu (Malaysia) Berhad Kelantan, Wan Zulkifli Wan Yaacob.

Selepas ini, Kosmo! Varsiti Futsal 2008 akan bergerak ke Zon Utara yang akan berlangsung di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang pada 2 hingga 3 Ogos nanti.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.073865 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list