CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Tips/Petua Bod Hobbies & Living

[Copy link]
 Author| Post time 22-2-2008 09:50 AM | Show all posts
Pelbagai kemasan pelengkap seri dinding

Gaya dekorasi kertas dinding

Kertas dinding adalah cara paling lama dan biasa digunakan untuk menghiasi dinding. Kelebihan kertas dinding adalah pengguna mempunyai pelbagai pilihan corak dan warna yang boleh disesuaikan dengan konsep dan cita rasa.

Aspirasi jubin dan mozek

Seni jubin dan mozek adalah antara gaya terkini untuk dinding dekoratif moden. Corak geometri atau organik boleh dihasilkan daripada susunan jubin dan mozek.

Gunakan khidmat pakar ketika memasang seni mozek. Dengan teknologi terkini, seni jubin dan mozek dijadikan corak geometri, mural, ataupun berbentuk potret. Mozek gelas jernih dengan warna di bahagian dasarnya adalah yang popular kini.

Kesan jalinan kemasan plaster

Dinding yang diberikan kemasan plaster merangsang jari-jemari serta menghasilkan kehangatan yang menjadikan sesiapa saja yang melihatnya tertawan dengan keindahannya. Dengan kaedah plaster kita boleh mengeksploit dinding yang tidak rata dengan corak dan tekstur menarik, atau kita boleh menaik taraf permukaan dinding menjadi sehalus sutera ataupun dijalin di antaranya dengan tekstur kasar. Selain siling, dinding kediaman yang diberikan kemasan plaster juga kelihatan mewah dan elegan.

Pengcahayaan serlah keanggunan dinding

Pencahayaan antara aspek yang tidak harus dipandang ringan dalam soal menghias dinding. Dinding yang dihiasi dengan warna, ornamentasi seperti bingkai gambar, atau dinding yang diberikan kemasan tekstur kasar lebih menonjol dalam sesebuah ruang dengan batuan cahaya.

Selain menggunakan lampu tumpu untuk memfokuskan sesuatu hiasan pada dinding, kesan pencahayaan juga boleh dilakukan dengan meletakkan lampu di belakang ornamentasi di dinding untuk kesan pencahayaan yang mempesonakan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-2-2008 09:50 AM | Show all posts
INFO: Tip pamer bingkai dengan betul, menarik



Bingkai pemandangan - disusun serta digantung pada paras setara dengan pemandangan mata. Kesilapan besar yang sering dilakukan adalah meletakkan bingkai pada paras terlalu tinggi. Untuk ruang legar sesebuah bangunan seperti foyer, gantung bingkai pada paras mata ketika berdiri. Manakala, di ruang tamu atau di bilik menunggu, letakkan pada paras pandangan mata ketika duduk.


Jika meletak gambar pemandangan dengan tujuan menarik perhatian, menjadikan ruang lebih mesra atau mewujudkan suasana lebih peribadi, rapatkan perabot dan sofa dalam bentuk kumpulan mengarah kepada bingkai berkenaan.


Jika anda bercadang menjadikan bingkai yang besar sebagai titik fokal di sesebuah ruang, elak daripada meletakkan sebarang perabot di bawahnya atau apa-apa saja yang mengganggu pandangan pada imej yang dibingkaikan.


Jika bingkai digunakan di bilik bersiling rendah, gantung gambar lebih kurang 4 inci di bawah paras mata berdiri bagi menampakkan ruang lebih luas.


Susunan bingkai pada dinding dapat memberi kesan visual ruang anda. Sekiranya anda ingin menekankan ketinggian dinding, gunakan susunan bingkai secara vertikal linear untuk koleksi gambar anda atau sebaliknya sekiranya anda ingin menekankan kelebaran dinding, gunakan susunan secara horizontal linear.


Apabila mempamerkan beberapa bingkai pada satu permukaan dinding, gunakan gambar yang mempunyai elemen-elemen yang mempunyai persamaan untuk mewujudkan keserasian.


Elakkan daripada meletak satu bingkai kecil pada dinding yang luas. Susunan tiga atau lebih bingkai amat sesuai untuk dinding yang luas. Bingkai gambar seeloknya disusun dalam bentuk tidak linear namun masih tersusun secara bijak untuk menggabungkan beberapa bingkai dengan menggunakan bingkai daripada jenis yang sama.

INFO: Panduan untuk menghias dinding


Kertas dinding dengan corak kecil dan halus tidak menyerlah dalam bilik luas dan besar.


Kertas dinding dengan corak besar pula sukar diserasikan dengan bilik yang banyak pintu, tingkap dan sebagainya. Ia juga menjadikan penampilan kurang bersatu.


Siling yang terlalu tinggi boleh kelihatan sedikit rendah dengan had pemasangan kertas dinding sekaki dari siling. Berikan kemasan dinding lebihan tadi seperti kemasan siling anda. Penggunaan paten berjalur horizontal juga boleh memberi kesan yang sama. Warna yang gelap pada siling dengan dinding yang cerah juga boleh merendahkan siling.


Warna yang menenangkan sesuai untuk bilik tidur, berehat, membaca dan berbual.

Untuk bilik yang aktif, seperti bilik keluarga, rekaan yang ketara dan warna yang terang sesuai digunakan.


Guna warna dan corak yang menyerlah seperti warna garang pada ruang makan bagi memberi kesan menaikkan selera makan.


Corak rekaan di dinding boleh mengubah suasana ruang. Contohnya, dinding dengan warna keemasan tampak elegan; jaluran jelas menampakkan suasana formal manakala corak yang pelbagai warna mungkin memperlihatkan suasana tidak formal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2008 09:35 AM | Show all posts
Pintu rumah penentu imej
Bersama Hamidon Abdulah (Ketua Jabatan Reka Bentuk dan Seni Bina Dalaman UiTM, Shah Alam)


PILIH reka bentuk pintu dan tingkap yang sesuai konsep seni bina kediaman.



Sangat ideal jika mempunyai lubang mengintai, supaya tidak perlu membuka pintu untuk mengetahui siapa yang datang

PINTU dan tingkap adalah binaan bukaan paling penting sebagai pelengkap sebuah kediaman. Pintu dan tingkap mempunyai binaan yang berbeza dan fungsi juga berbeza.

Pemilihan pintu penting dengan alasan yang praktikal. Pintu utama seolah-olah gambaran keseluruhan kediaman. Reka bentuk sesebuah binaan pintu berfungsi sebagai tumpuan utama sebelum melangkah ke dalam kediaman.



Selalunya reka bentuk dalaman pintu dihasilkan bersama bingkai yang serasi dengan jenis kayu yang digunakan. Bukaan pada pintu untuk laluan seharusnya cukup lebar supaya mudah untuk pengguna. Pintu juga mesti mudah dari segi operasinya dan boleh menyediakan laluan udara, cahaya dan pemandangan. Bagi pintu dalaman pula seharusnya menyediakan laluan, pemandangan persendirian dan kawalan bunyi antara ruang dalaman.

Saiz dan lokasi pintu hendaklah dirancang berhati-hati supaya bukaan dengan saiz yang betul dapat dibuat pada sistem dinding bangunan.

Binaan pintu sempurna

Beberapa faktor perlu diberi perhatian dalam memilih reka bentuk dan menentukan kedudukan sesebuah pintu.

1. Faktor keselamatan

Semakin kukuh binaan pintu semakin kurang risiko pemilik menghadapi ancaman luar.

2. Elemen pencahayaan semula jadi

Sebaiknya kedudukan pintu perlu berada pada arah yang menerima pencahayaan sepenuhnya berbanding binaan pada kedudukan yang kurang menerima atau terlindung daripada matahari.

3. Kuantiti cahaya pada ruang dalaman

Jumlah cahaya yang secukupnya dapat membantu kesihatan minda dan tubuh. Namun kilauan cahaya yang keterlaluan juga tidak baik untuk kesihatan dan turut mempengaruhi suasana kurang selesa dalam reka bentuk dalaman kediaman.

4. Penghubung persekitaran luar.

Binaan pintu sebaiknya memerlukan perancangan untuk mendapatkan pandangan luar yang menarik. Ini kerana pemandangan mempengaruhi ruang kediaman dan tampilkan kesinambungan dalaman dan luaran sesebuah kediaman.

5. Bukaan dan laluan penghubung ruang

Kedudukan, bukaan dan jumlah kuantiti pintu boleh mempengaruhi tahap kemampuan pemilik berhubung antara sesuatu ruang. Kedudukan dan binaan pintu pada bukaan yang luas membenarkan dan memudahkan transisi antara ruang berbanding binaan dan bukaan pintu yang kecil mungkin menyukarkan pergerakan tetapi memberi kesan privasi kerana mudah untuk ditutup atau dibuka.

Kukuh dan menyakinkan

Pintu hadapan perlu kuat dan keras. Sangat ideal jika ia mempunyai peephole atau lubang untuk mengintai, supaya anda tidak perlu membuka pintu untuk mengetahui siapa yang datang ke rumah. Untuk pintu ruang dalaman, gunakan kualiti pintu yang dapat menahan daripada api selama sekurang-kurangnya satu jam.

Selamat dan futurustik

Tidak dinafikan aspek keselamatan tidak boleh dipandang ringan setiap kali dekorasi atau rekaan pada pintu dilakukan, termasuk dari aspek penggunaan tombol pintu.

Selain daun pintu berfungsi sebagai elemen penutup bukaan pintu, tombol pintu pula berfungsi sebagai pengunci. Sebagai tambahan gril keselamatan digunakan bagi mengukuhkan tahap keselamatan pintu.

Terkini, tombol pintu digital, walaupun masih baru di pasaran, namun keupayaan meningkatkan keselamatan rumah boleh diharapkan. Selain boleh berfungsi tanpa kunci, ia juga memberi gaya futuristik kepada kediaman anda. Malah, ia juga mula dijadikan daya tarikan kepada penjualan kediaman pintar atau 'smart home'.

Dekoratif dan berfungsi

Loceng atau pengetuk pintu sememangnya objek dekoratif untuk pintu terutama pintu hadapan rumah. Perkara penting mengenai loceng adalah ia perlu cukup kuat untuk didengari di semua bahagian di rumah, termasuklah jika anda berada di taman sekalipun.

Tutup pintu yang tidak diingini

Sesetengah kediaman mempunyai kedudukan tandas yang kurang strategik, mungkin terus menghadap ruang makan ataupun boleh dilihat secara mudah dari ruang tamu. Jika anda mengalami masalah seperti ini, bina sebuah struktur sempadan yang boleh memisahkan atau mengelakkan pintu tandas dilihat secara terus oleh tetamu.

Mengundang kunjungan

Ekspresikan kegembiraan anda menyambut kehadiran tetamu dengan pintu masuk utama yang mewah dan berbeza daripada pintu lain di kediaman anda. Jika berkemampuan, pintu berukir daripada kayu berkualiti seperti cengal dan meranti sememangnya merangsang keghairahan tetamu.

Ornamentasi seindan imaginasi

Pintu yang terlalu ringkas, tanpa corak atau ukiran, mungkin tidak menarik pada pandangan sesetengah individu. Jika anda mempunyai pendapat yang sama tambahkan hasil seni pada permukaan pintu supaya lebih mempesonakan. Juga, gunakan ornamen gantung yang mengandungi kata-kata alu-aluan, lukisan pemandangan yang indah, atau kalungan bunga kering sebagai pilihan lain. Jika anda kreatif, gunakan beberapa kulit siput dan kerang, ikat dengan tali dan jadikan tirai kecil di pintu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2008 09:35 AM | Show all posts
Info pintu: Pintu kayu terbahagi dua, pintu panel dan pintu rata


Pintu berpenal

Selalunya direka seperti pintu tradisional. Binaannya mementingkan ciri keselamatan kerana dihasilkan daripada kayu padu. Sesuai untuk kegunaan pintu luaran selain untuk kegunaan pintu dalaman yang mementingkan keselamatan kekal.

Pintu sekata



Ia diperbuat dengan dua cara iaitu teras kayu padu dan teras berongga. Pintu sekata daripada teras kayu padu amat kukuh kerana diperbuat daripada cantuman kayu yang digam antaranya. Pintu jenis ini sesuai digunakan pada pintu luaran selain untuk kegunaan pintu tahan api.

Pintu logam

Semakin diterima penggunaannya sebagai pilihan pada bahagian kediaman yang mementingkan ciri keselamatan. Pintu logam lebih subjektif kepada perubahan dan dimensi atau keadaan sesuatu ruang, iaitu lebih bergantung kepada cara penggunaannya. Boleh dihasilkan sama ada berciri tradisional atau moden.

Pintu kaca

Pintu kaca bersama bingkai logam atau kayu turut berfungsi dan sering digunakan bagi membenarkan pandangan terus ke luar dan ke dalam ruang. Penggunaan pintu berkaca ini mempunyai kelebihan kerana membenar kesan peluasan ruang kerana pintu tidak lagi menjadi penghalang dalam hubungan ruang. Selain daripada itu pintu kaca boleh dihias indah dengan kaca berwarna (stained glass) dengan corak alam semula jadi atau corak geometri yang bergaya.

Pintu plastik

Pintu bilik air banyak menggunakan pintu plastik kerana mudah diselenggara dan tahan lembap. Pintu gelungsur plastik juga selalu digunakan pada ruang dalaman antara alternatif lain bagi memvariasi binaan dan reka bentuk pintu pada rumah kediaman.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2008 02:09 PM | Show all posts
Tingkap melengkapi reka bentuk kediaman
Bersama Hamidon Abdullah (Ketua Reka Bentuk dan Seni Bina Dalaman UiTM Shah Alam)


KEDUDUKAN dan binaan tingkap pada kedudukan tinggi memberi privasi pada pemilik.



Selain fungsi asal untuk pengaliran udara dan cahaya rekaan, warna dan bingkai tingkap melambangkan karekter rumah

SAMA seperti dinding, tingkap perlu tahan rintangan cuaca termasuk panas dan hujan, basah dan kering, setiap tingkap perlu berfungsi mengekalkan keselesaan ruang kediaman, tidak kira seberapa teruk cuaca persekitaran luar kediaman berkenaan.

Oleh kerana tingkap mempunyai dua permukaan iaitu satu menghadap luaran dan satu lagi dalam, tidak dinafikan tingkap boleh menjadi salah satu fokus reka bentuk yang sangat menarik bagi sesebuah kediaman.



Selain fungsi tingkap untuk kemasukan cahaya, penahan air dan cuaca, bentuk dan rekaannya penting bagi melengkapi reka bentuk kediaman, keselesaan serta cita rasa pemilik kediaman.

Tingkap sebagai titik tumpu

Bagaimana anda ingin memastikan tingkap yang dipilih serasi dengan reka bentuk keseluruhan rumah? Rekaan dan warna tingkap akan menentukan sama ada ia akan menjadi sebahagian daripada reka bentuk dan seni bina keseluruhan rumah, serta boleh dijadikan titik tumpu yang menarik.

Sebagai contoh, tingkap dengan warna pekat dan gelap yang dipadankan dengan kemasan berwarna hijau pekat atau merah hati akan membuatkan suasana kontras dramatik dengan luaran kediaman berwarna putih atau kelabu.

Serlahkan karakter kediaman

Salah satu ciri menarik mengenai tingkap, ia boleh menyerlahkan ciri seni bina pada sesebuah kediaman. Tingkap yang baik mempunyai struktur dan bentuk menarik, mungkin berkaitan dengan sejarah kediaman, tarikh didirikan dan gaya reka bentuk kediaman itu. Tingkap juga mengukuhkan lagi karakter rumah. Jika kediaman mewah, gunakan tingkap yang mempunyai reka bentuk mewah. Manakala untuk gaya moden gunakan reka bentuk ringkas dan bergaya.

Selamat dan futuristik

Aspek keselamatan tidak boleh dipandang ringan. Selain jeriji anda boleh gunakan peralatan sekuriti rumah yang lebih bijak. Penggunaan penggera akan meningkatkan keselamatan rumah.

Kukuh dan meyakinkan

Setiap tingkap perlu kuat dan keras. Bahan binaan seharusnya daripada bahan kukuh untuk kegunaan lama, tahan kesan cuaca dan udara. Kelengkapan mengikat tingkap juga harus kukuh dan tahan lasak bagi penggunaan kerap.

Dekoratif dan berfungsi

Elemen dekoratif adalah nilai tambah pada reka bentuk tingkap. Penggunaan tingkap kaca berwarna umpamanya adalah rekaan dekoratif yang menarik dan memberi kesan kepada reka bentuk tingkap. Kesan cahaya pada kaca berwarna memberi impak kepada keseluruhan ruang.

Mengundang pengudaraan semula jadi

Reka bentuk rumah tradisional Melayu banyak memanfaatkan kelebihan tingkap bagi mendapatkan sistem peredaran udara semula jadi yang optimum. Ukuran tingkapnya panjang dan menegak pada kebanyakan rumah tradisional seperti di serambi rumah Melaka.

Dalam usaha mencapai sistem pengudaraan yang baik dalam rumah, saiz memainkan peranan penting kerana bukaan dapat menentukan jumlah udara yang masuk. Pembukaan yang luas akan membenarkan lebih banyak angin memasuki ruang.

Reka bentuk tingkap

Tingkap yang terlalu ringkas, tanpa corak atau ukiran, mungkin tidak menarik pada sesetengah individu. Jika anda mempunyai pendapat sama, tambahkan hasil seni pada permukaan tingkap supaya tampak lebih mempesonakan.

Apabila sesuatu reka bentuk tingkap hendak dibuat, perkara utama perlu diambil kira adalah jumlah bukaan, bahan untuk kerangka dan jenis daun tingkap yang dipilih.

Reka bentuk tingkap hendaklah disepadukan dengan keseluruhan reka bentuk rumah dan konsep rekaan.

Tingkap gambaran kediaman

Reka bentuk sesebuah tingkap berfungsi sebagai tumpuan utama bagi pandangan hadapan rumah sebelum melangkah ke dalam. Selalunya reka bentuk dalaman tingkap dihasilkan bersama bingkai atau kerangka yang sesuai dengan jenis bahan digunakan.

Kayu adalah bahan biasa digunakan sebagai bingkai selain dari bahan lain seperti aluminium seperti bingkai casement. Manakala daun tingkap pula selain daripada kayu, logam atau gabungan kedua-duanya. Ia disesuaikan mengikut gaya dekorasi dihasilkan dan paling penting, dekorasi dihasilkan mestilah kukuh dan selamat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2008 02:10 PM | Show all posts
8 langkah ubah suasana rumah
Oleh Siti Nur Almizan Aripin
snur@nstp.com.my


MENCARI idea untuk mengubah gaya kediaman menjadi sesuatu yang agak rumit jika tiada rujukan khusus. Malah, sudah menjadi perkara biasa bagi kebanyakan pemilik kediaman menjadikan majalah hiasan dalaman sebagai pencetus idea ketika menzahirkan tata hias rumah idaman.

Bagi pereka hiasan dalaman terkenal, Eric Leong, mengubah gaya kediaman terhasil melalui lapan langkah berbeza. Malah, ketika ditemui dalam majlis hi-tea ekslusif bagi meraikan 18 pemenang bertuah peraduan Ambi Pur baru-baru ini Eric turut berkongsi tip berkenaan.

1. Menentukan gaya hiasan dalaman



Ramai yang peka dengan kepentingan memilih gaya hiasan dalaman tetapi tidak bijak mengadun gaya lalu terhasillah gaya 憆ojak
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-3-2008 02:55 PM | Show all posts
testing..

mendap ke idak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2008 02:57 PM | Show all posts
Susunan tingkap kena betul
Oleh Hamidon Abdullah


PEMBUKAAN lebih luas membenarkan lebih banyak angin dan cahaya masuk.


Sebelum dibina kenal pasti tujuan menyediakan tingkap di dalam sesebuah ruang atau bilik

PEMILIHAN jenis tingkap penting untuk alasan yang praktikal. Berdasarkan pemilihan jenis tingkap yang sesuai untuk sesuatu binaan terutama rumah, tingkap akan disusun mengikut keperluan ruang dan disesuaikan juga mengikut panduan prinsip reka bentuk serta fizikal bangunan.

Susunannya juga harus mengikut jenis dan kedudukan terutama pada bahagian hadapan rumah, diikuti sisi dan akhir sekali belakang rumah dan perlu ada penyatuan bagi menghasilkan reka bentuk sekata kerana bentuk tingkap yang dipilih boleh memberi gambaran keseluruhan kediaman.



Perancangan kedudukan tingkap

Peletakan tingkap hendaklah sesuai dari segi fungsi dan kegiatan yang dijalankan di ruang berkenaan. Paras pembukaan tingkap juga hendaklah bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan.

Sebelum dibina, kenal pasti tujuan menyediakan tingkap di dalam sesebuah ruang atau bilik. Perancangan menentukan kedudukan tingkap amat perlu kerana salah satu tujuan pembinaan tingkap adalah memberi pengaliran udara melintang. Oleh itu tingkap yang terletak bertentangan adalah lebih baik kerana pengaliran udara berlaku tanpa halangan.


KEGUNAAN tingkap tinggi untuk untuk laluan udara di atas paras kepala penting untuk menyamankan udara.


Jika tingkap tidak setentang, kelajuan angin akan terjejas dan kesan pengudaraan semula jadi berkurangan dan ruang menjadi tidak selesa.

Proses pengudaraan semula jadi

Sistem pengudaraan yang baik di dalam rumah penting bagi kesihatan selain menimbulkan rasa nyaman apabila berada di ruang berkenaan.

Jenis tingkap juga memberi kesan terhadap pengaliran udara. Tingkap sorong, akan dipengaruhi reka bentuknya. Tingkap gelangsar membenarkan laluan udara 50 peratus pada bahagian terbuka saja.


TINGKAP yang ditutup atau dilindungi langsir akan menghalang laluan udara.
Bagi tingkap casement, pembukaan daun tingkap menentukan saiz dan arah angin yang masuk. Pastikan pembukaan daun tingkap membenarkan angin masuk. Jika daun tingkap merentangi arah kemasukan angin, tiada guna tingkap diwujudkan untuk tujuan pengudaraan semula jadi.

Tingkap ram (louvers) membenarkan angin masuk mengikut arah kecondongan ram kaca atau kayu. Kelebihan tingkap ini ialah membenarkan angin berlalu tetapi tidak membenarkan air hujan masuk.

Ukuran saiz tingkap

Reka bentuk dan ukuran dalaman tingkap dihasilkan bersama bingkai atau kerangka yang sesuai dengan jenis bahan digunakan. Setiap ukuran mesti tepat supaya kerangka atau bingkai yang akan menerima daun tingkap dapat diletakkan pada bukaan dinding.

Tingkap besar akan membenarkan lebih banyak angin lalu dan penerimaan cahaya semula jadi. Tingkap yang ditutup atau dilindungi langsir akan menghalang laluan angin. Justeru, tingkap perlu dibuka dan dibiarkan terdedah untuk mendapatkan udara dan cahaya semula jadi secukupnya.

Paras ketinggian tingkap

Paras tingkap selalunya merujuk ketinggian tubuh orang dewasa. Biasanya bukaan tingkap mengikut paras ketinggian orang dewasa iaitu 2.2 sentimeter dan sehingga paras pinggang iaitu 0.9 sentimeter kaki. Adakalanya paras ketinggian tingkap melebihi dari ketinggian di atas kerana keperluan reka bentuk yang mahukan lebih ketinggian dan bukaan saiz tingkap. Bagi reka bentuk yang menitik beratkan keperluan pengaliran udara dan dalam keadaan tertentu, paras pengaliran udara diperlukan pada paras kaki atau di atas paras kepala.

Paras ketinggian tingkap memainkan peranan dalam menyumbang keselesaan ruang, sebagai contoh bagi ruang tamu, ketinggian yang sesuai bagi pembukaan pintu dan tingkap atau lubang angin adalah melepasi paras kepala sewaktu kita duduk di sofa. Ketinggian pembukaan ini akan lebih berkesan jika ia membenarkan angin lalu di paras posisi duduk.

Di bilik makan, paras duduk di meja makan adalah ukuran lebih berkesan. Ada pemilik rumah sukakan keselesaan dan suasana nyaman dan mereka menyediakan tingkap dari paras lutut ke atas. Dengan cara ini, pengaliran udara akan lebih berkesan disebabkan ketinggian pembukaan tingkap lebih tinggi dari tingkap biasa yang selalunya diletak pada paras meja makan.

Tingkap tinggi juga perlu untuk memberi laluan udara di atas paras kepala dan selalunya bagi tujuan menyamankan udara dalam ruang dan membenarkan lebih banyak cahaya memasuki ruang.

Kategori tingkap

Tingkap dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu tingkap kekal dan tingkap boleh buka atau boleh laras. Kedua-dua kumpulan ini boleh menyediakan cahaya dan pandangan kepada ruang dalaman ke bahagian luar.

Tingkap kekal semestinya tidak boleh dibuka dan sudah tentu tidak boleh membenarkan aliran udara melaluinya sedangkan tingkap boleh buka membenarkan aliran udara keluar dan masuk.

Selalunya reka bentuk dalaman tingkap dihasilkan bersama bingkai atau kerangka yang sesuai dengan jenis bahan yang digunakan. Kayu adalah bahan biasa digunakan sebagai bingkai selain aluminium. Manakala daun tingkap pula selain kayu, aluminium atau gabungan kedua duanya. Ia disesuaikan mengikut gaya dekorasi dan yang penting setiap dekorasi mesti kukuh dan selamat.

Sebelum menentukan jenis tingkap beberapa perkara perlu dikenal pasti. Bagi tingkap kekal ada beberapa perkara perlu diketahui antaranya;

Kerangka dan kaca glazing adalah tetap

Tiada aliran udara

Tidak memerlukan apa jua alatan pengunci

Saiz dan bentuk yang fleksibel bergantung kepada saiz maksimum kaca glazing


Info

Tingkap bukaan sisi (Casement)

Tingkap jenis ini mempunyai ensel pada satu bahagian sisi dan biasanya dibuka keluar secara pusingan keluar. Binaannya sama ada dengan satu daun atau lebih dan boleh digabungkan dengan tingkap casement kekal.

Tingkap bukaan sisi (casement) membenarkan seratus peratus aliran udara.

Tiada perlindungan hujan apabila dibuka dan boleh mengarah aliran udara mengikut bukaan daun tingkap.

Tingkap bukaan atas (Awning atau hopper)

Sama seperti casement tetapi diensel atau diikat sama ada pada bahagian atas atau bawah pada bingkai tingkap

Binaannya boleh mengarah aliran udara tetapi terhad pada kedudukan vertikal


Boleh memberi perlindungan hujan kerana bukaan secara vertikal boleh mengelak hujan memasuki ruang.


Bahan untuk bingkai daun tingkap dibuat daripada aluminium atau kayu dengan kaca.

Tingkap bukaan gelangsar (sliding)


Tingkap jenis ini mempunyai dua atau tiga daun atau panel. Dua daun boleh memberi bukaan 50 peratus saja aliran udara dan jika tiga daun, daun di tengah adalah tetap.


Tingkap jenis ini tidak memberi perlindungan hujan dan mudah ditutup atau dibuka kerana tidak perlu menolak keluar atau menarik ke dalam seperti tingkap casement.

Tingkap bukaan gantung berganda (double-hung)


Jenis ini sama seperti tingkap gelangsar tetapi dibina secara menegak atau vertikal. Operasinya dengan menolak panel tingkap sama ada ke atas atau ke bawah.


Boleh memberi 50 peratus aliran udara apabila satu panel dibuka sama ada pada bahagian atas atau bawah.


Oleh kerana binaan terbuka, tiada perlindungan hujan boleh diberikan.


Tingkap bukaan ram (louvers)

Tingkap jenis ini agak istimewa kerana boleh mengarah aliran udara masuk ke dalam melalui kekisi yang dibuat melintang.

Membenarkan aliran udara seratus peratus dan sukar dibersihkan kerana kekisi selalunya mudah mengumpul habuk dan kekotoran.

Sesuai digunakan cuaca panas kerana membenarkan aliran udara di samping boleh menutup atau melindungi ruang kediaman.

Tingkap bukaan paksi (pivot)

Jenis ini banyak digunakan pada kediaman tidak memerlukan aliran udara dan sentiasa menggunakan pendingin udara

Tingkap ini hanya dibuka bila mahu dibersihkan saja dan biasa digunakan pada tingkap bangunan tinggi kerana mudah dikunci dan kuat dari segi ke depan udara.

Bukaan pada paksi ini memberi bukaan seratus peratus bagi aliran udara dan boleh dilaras mengikut kedudukan pusingan paksi tingkap.

Tingkap bukaan atap rumah (skylights)

Tingkap bukaan atap rumah amat popular kediaman di negara empat musim. Ini kerana cuaca yang tidak terlalu panas membenarkan tingkap jenis ini memainkan peranan dalam dalam memberikan cahaya semula jadi dalam ruang. Jenis ini juga digunakan pada ruang tidak dapat cahaya semula jadi pada bukaan dinding.

Ada dua jenis tingkap bukaan atap rumah sama ada jenis kekal atau boleh dibuka. Bagi yang boleh dibuka penyambungan perlu dilakukan berhati-hati untuk mengelak kebocoran. Terutama jika berlaku hujan.

Tingkap jenis ini menyediakan cahaya siang secara terus dari bahagian bumbung tanpa halangan pada dinding

Aliran udara boleh dilakukan dengan menggunakan tingkap jenis bagi mengalir keluar udara paras melalui bumbung.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-3-2008 02:58 PM | Show all posts
Warna ubah suasana, mood


DAMAI biru sesuai untuk kamar mandi.

KUASA warna mampu mengubah rasa. Malah warna juga diakui mempunyai peranan besar dalam membantu membentuk sebuah kediaman. Teliti setiap kelebihan dan kekurangan warna sebelum membuat keputusan mengadunnya dalam kediaman anda kerana warna lambang peribadi diri pemilik.

Merah

Merah adalah warna yang dinamik dan melambangkan keghairahan, cinta dan semangat. Individu yang sukakan merah mempunyai keyakinan, ada gerakan hati dan semangat untuk berjaya.


Warna ini sesuai untuk digunakan pada ruang makan. Bagi mengelakkan suasana terlalu hangat dan berahi sepanjang masa, anda boleh adunkan merah dengan warna harmoni iaitu jingga dan coklat. Bagi menampakkan kelainan, gabungkan warna berahi itu dengan hijau atau warna aqua.

Hijau

Warna yang menggambarkan kesegaran, keselamatan dan kesejahteraan. Warna ini juga dapat mewujudkan suasana tenang, nyaman dan menjadi lambang ciri alam semula jadi.

Hijau sesuai untuk kamar tidur dan ruang tamu. Warna ini juga sepadan dipadukan dengan warna hijau muda (lime), kuning dan biru. Warna kontra adalah merah, coklat dan ungu.

Biru

Warna ini sesuai untuk pemilik kediaman yang cintakan ketenangan dan keselesaan dalam hidup. Jika anda pilih biru, maksudnya anda perlukan kedamaian, hidup yang harmoni dan bebas dari sebarang tekanan.

Warna ini sesuai untuk bilik tidur, kamar mandi dan bilik belajar. Untuk memberikan impak maksimum pada warna ini, gandingkan ia dengan warna aqua, violet dan hijau. Warna kontra dengan biru adalah kuning, jingga dan merah.

Kuning

Warna diraja ini menjadi lambang keseronokan dan kesucian. Ia juga menonjolkan kehangatan, inspirasi dan daya hidup. Kuning juga signifikasi dengan komunikasi, kesedaran dan cahaya.

Kuning sesuai digunakan untuk ruang dapur, ruang makan. Untuk mengadun warna serasi dengan kuning, pilih warna lime, hijau, coklat dan jingga. Manakala biru, ungu dan aqua.

Jingga

Jingga adalah warna musim luruh dan rempah ratus. Warnanya yang terang menggambarkan jiwa yang riang dan muda. Warna ini sesuai untuk digunakan pada ruang tamu dan ruang makan. Gabungkan jingga bersama merah, kuning, coklat atau lime untuk gaya anggun manakala biru dan hijau gelap untuk gaya kontra.

Merah jambu

Emosi dalam karektor tersendiri. Ia juga dekat dengan hati yang sensitif. Warna ini juga melambangkan sifat penyayang dan ambil berat malah merah jambu ini juga menunjukkan kekuatan dalam personaliti diri.

Merah jambu sesuai digunakan pada kamar tidur. Ungu, biru dan kelabu warna harmoni untuk merah jambu manakala gabungan bersama hijau atau coklat mampu menyerlahkan gaya kediaman.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2008 11:41 AM | Show all posts
10 panduan wujud kesan luas di ruang kecil


MENGHIAS ruang kecil menguji kesabaran dan kreativiti. Sebenarnya, ruang kecil boleh menjelma selesa andai kena gaya adunannya. Ikuti sepuluh panduan menghias.

1. Menghias ruang tamu sempit

Ruang tamu paling penting kerana menjadi tempat bersantai, bersembang malah berhibur. Keselesaan amat dialu-alukan menerusi susun atur perabot menepati fungsi.



Buang perhiasan tidak perlu dengan meninggalkan satu dua yang dikira penting meliputi majalah di atas meja, bekas bunga, kusyen hiasan dan sebagainya.

Elak menempatkan stereo, arca dan jambangan bunga di lantai. Kalaupun ingin menjadikannya seri ruang, pastikan ia ditempatkan di rak khusus buatnya. Manfaat ruang sebaiknya, misalnya menempatkan set televisyen di rak pasang siap di penjuru dinding.

2. Kelengkapan bilik tidur kecil

Hadkan bilangan perabot. Fungsi bilik tidur sebagai tempat melelapkan mata sekali gus katil ukuran besar patut dijadikan pilihan utama.

3. Ruang keluarga bersuasana lapang

Zahirkan suasana lapang menerusi susun atur santai ruang duduk. Tempatkan kerusi beg kacang untuk keselesaan duduk. Kerusi berkenaan boleh dialih jika anda perlu melapangkan ruang. Di pasaran, ada pelbagai pilihan warna dan bentuk kerusi beg kacang mengikut kesesuaian gaya kediaman.

4. Ilham untuk ruang makan terhad keluasan

Pilih meja berukuran kecil atau jenis boleh dilipat. Meja lipat boleh dikecilkan jika anda ingin menggunakan ruang untuk tujuan tertentu misalnya ketika meraikan tetamu dan menganjurkan majlis istimewa.

Kabinet hiasan penjuru selain mempamerkan himpunan peralatan menghidang peribadi juga membantu menjimat ruang.

5. Menangani ruang dapur sempit

Permukaan kaunter meja warna cerah secara tidak langsung menitipkan persekitaran lapang. Selain itu, anda digalakkan membina kabinet siap dipasang unit dasar dan gantung.

6. Bilik air kecil bertukar luas

Suntik keserian kamar mandi menerusi latar warna sejuk yang memantulkan cahaya, tona putih, pastel dan warna semula jadi. Himpunan warna ini mampu membuatkan ruang sekali ganda luas.

Tonjolkan corak jalur menegak di dinding yang menampakkan siling lebih tinggi. Pilihan langsir sheers membenarkan kemasukan cahaya semula jadi sekali gus menjadikan ruang lebih luas dan terbuka.

Binaan ruang penyimpanan, rak dan para menjamin kekemasan susun atur kelengkapan bilik mandi.

7. Perabot pangsapuri sempit

Kunjungi pangsapuri contoh yang di tata hias bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai ukuran dan jenis perabot patut dipilih. Kebanyakan perabot yang ditonjolkan menawarkan ukuran serasi ruang, direka bentuk menghiasi penjuru dinding dan sesetengahnya dilengkapi ruang penyimpanan pintar iaitu barang ditempatkan di laci atau rak simpanan tersembunyi.

8. Cermin dinding

Cermin hiasan berupaya mewujudkan kesan luas secara ilusi. Gantung di tempat strategik terutama dinding bertentangan jendela bagi mendapatkan pantulan panorama luar, di dinding menghadap pintu dan di ruang yang memuatkan himpunan karya seni.

9. Dinding berwarna

Menggunakan tema warna sama bagi dua ruang berbeza mampu menghapuskan sempadan ruang. Namun, cara ini hanya boleh dicuba di bilik berkembar. Hindari penggunaan warna gelap dan kertas dinding bercorak sarat jika tidak mahu ruang kecil tambah terhimpit.

10. Teknik terbaik menjimat ruang

Kabinet buku siap dibina berkembar rak penyimpanan di bawahnya antara kaedah terbaik menjimat ruang. Kalau boleh bina sekali rak tambahan yang boleh menempatkan set televisyen dan stereo.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2008 03:29 PM | Show all posts
tq .. syd :flower:

lenguh mengopy dan mengpaste.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2008 05:12 PM | Show all posts
Tingkap penentu fesyen langsir
Bersama Hamidon Abdullah (Ketua Jabatan Reka Bentuk dan Seni Bina Dalaman UiTM Shah Alam)


LANGSIR sedondon mewujudkan keseimbangan suasana.



Pilihan kain hendaklah selaras bentuk tingkap supaya berpadanan dengan jendela

LANGSIR selalunya ditukar apabila sudah lama digunakan, ingin menukar skima atau mod kediaman kepada suasana baru atau menjelang hari kebesaran terutama Aidilfitri dan ingin memasuki rumah baru. Reka bentuk langsir beraneka dan corak yang sentiasa bertukar menarik perhatian suri rumah untuk menggantikan langsir lama. Ada baiknya jika pilihan langsir bersesuaian perabot dan hiasan dalaman rumah, kalaupun tidak secorak dan sewarna tetapi sekurang-kurangnya mewujudkan keseimbangan yang menawan.

Paling penting, kain pilihan hendaklah selaras bentuk tingkap supaya langsir dan jendela saling berpadanan. Bagi setiap individu perlu mengetahui bentuk tingkap mereka sebelum memilih rekaan langsir tertentu.



Bentuk Tingkap

Bentuk tingkap memainkan peranan penting dalam menentukan pilihan langsir. Tingkap pada kediaman berbeza mengikut gaya senibina. Bentuk tingkap yang lazim dipasang adalah seperti tingkap casement (boleh dibuka ke luar atau ke dalam), tingkap sorong dan tingkap bay (tingkap bersegi yang dibina secara mengunjur keluar).

Bagi tingkap casement, dinasihatkan memasang langsir yang dijahit ringkas tanpa ropol atau kedutan. Pilihan rekaan langsir lebih mudah bagi tingkap sorong kerana ruang bukaan luas dan lebar. Pemasangan pelmet (papan yang melindungi besi dan pencangkuk langsir) dan birai hias boleh dilakukan jika tingkap sorong mempunyai lebihan ruang di bahagian atas. Manakala bagi tingkap bay pula memberi peluang penghuni menghiasinya secara keseluruhan dan untuk menambah kemasan tingkap, pasangkan pelmet mengikut bentuk tingkap.


FESYEN langsir berkedut dan beropol di tepi yang menonjolkan gabungan fabrik.


Jenis Langsir

Pilihan rekaan langsir turut berkembang seperti perkembangan fesyen pakaian dan berubah mengikut peredaran masa. Ada beberapa rekaan langsir yang menjadi pilihan bagi kebanyakan pemilik kediaman antaranya langsir potongan lurus, potongan berbiku, potongan berombak, potongan berkedut dan potongan menyerong. Ketika ini fesyen langsir yang menjadi pilihan ramai bagi kebanyakan rumah kediaman adalah fesyen langsir berkedut dan beropol di tepi yang menggabungkan kain bercorak serta polos.

Selain itu rekaan langsir yang menjadi tarikan ialah potongan secara tie scarlet iaitu kain langsir yang berkedut di atas dan bawahnya berbentuk seperti tali leher dan disempurnakan dengan gaya klasik, gaya ini juga boleh digayakan lagi dengan hiasan berkedut di atas tetapi diserikan dengan renda. Sebagai tambahan rekaan ini boleh di sediakan dengan rekaan scallop classic, pencil plite dan scallop pencil plite. Bagi pilihan langsir yang menggunakan potongan scallop ini, adalah amat sesuai menggunakan kain jenis satin.

Rekaan langsir berbentuk scallop sama ada dalam bentuk rekaan classic ataupun tie amat sesuai bagi kediaman besar atau banglo. Ini kerana rekaan seperti ini kelihatan agak formal dan bergaya.


TINGKAP casement sesuai dihiasi langsir ringkas.

Bagi ruang dapur pula memerlukan kain langsir yang tebal dan tahan. Oleh itu dicadangkan guna kain langsir jenis scotchguard. Langsir di ruang dapur biasanya lebih ringkas dan tidak terlalu 'mewah' dengan kedutan sesuai dengan tumpuan kepada aktiviti memasak. Kebanyakan suri rumah lebih suka potongan atau hiasan langsir berbentuk bidai.

Rekaan langsir harus disesuaikan dengan jenis ruang kediaman, sebagai contoh ruang dapur dan bilik tidur, bentuk potongannya perlu dibezakan dengan langsir di ruang tamu. Di bilik tidur kanak-kanak sebagai contoh sesuai dipasangkan atau dihias menarik, hiasan tambahan boleh dibuat dengan diikatkan riben pada langsir berkenaan.

Bagi bilik tidur utama, potongan langsir yang ringkas menggunakan warna lembut sangat sesuai kerana dapat menimbulkan suasana romantik dan damai.

Bagi rumah kecil, langsir berpotongan ringkas membolehkan ruang yang sempit kelihatan selesa dan luas. Mereka harus menyesuaikan keadaan dan jangan terikut-ikut hiasan langsir yang berlebihan seperti kediaman besar hingga menyebabkan keadaan rumah kelihatan semak dan sesak. Bagi yang kurang berkemampuan, mereka boleh memperbaharui langsir lama dengan menambahkan hiasan riben atau renda. Kaedah ini menjimatkan kerana mereka tidak perlu membeli keseluruhan fabrik untuk langsir.

Jenis Fabrik

Pemilihan fabrik yang sesuai amat penting sebagai pelengkap kepada hiasan langsir. Pemilihan fabrik biasanya dilakukan seiringan dengan corak dan warna kain langsir yang dipilih. Walaupun suri rumah kurang pengetahuan mengenai fabrik tetapi mereka boleh meminta penjelasan daripada jurujual atau meminta jaminan mutu daripada fabrik yang dipilih.

Lazimnya, fabrik yang menjadi pilihan utama ialah 100 peratus kapas atau campuran kapas dan polyster. Kain renda atau satin yang mempunyai bidang besar juga menjadi pilihan utama kerana mudah dijahit, senang dijaga dan tahan lama. Kini ramai suri rumah gemar menggunakan fabrik scotchguard yang diselaputi bahan kalis air kerana tahan lasak.

INFO: Panduan Memilih Langsir



Sekiranya membeli langsir siap diguna, sebaiknya pilih ukuran yang mencecah sehingga ke lantai.


Mereka yang gemar penampilan moden, ringkas atau ketika boleh menggunakan langsir tidak berjahit dan digantungkan pada batang besi atau kayu.


Ketinggian tingkap dapat ditonjolkan dengan memasang pelmet dan anda boleh menggunakan langsir siap diguna.


Padankan fabrik dan kertas dinding bagi mengatasi pemandangan kurang menarik di sesuatu ruang, selain dapat menonjolkan seri tingkap.


Jika anda memerlukan kemasukan cahaya semula jadi, tetapi pada masa sama inginkan suasana bersendirian, pilih rekaan langsir kedai kopi (langsir separuh terbuka) yang tidak perlu dibuka atau ditutup kerana ia tidak menutup keseluruhan tingkap.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2008 01:15 PM | Show all posts
Mengubahsuai rumah adakah ia menguntungkan?
05-05-2008 11:35:12 AM  

KUALA LUMPUR: Jika anda bercadang mengubahsuai kediaman anda, adalah wajar untuk mengetahui jenis pengubahsuaian yang akan meningkatkan nilai harta anda.

Rumah yang naik nilainya adalah penting kerana ia akan membantu mendapatkan balik wang yang anda telah labur bagi kerja-kerja penambahbaikan apabila tiba masa untuk menjualnya.

Menurut Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA), ada beberapa perkara yang anda perlu pertimbangkan sebagaimana yang digariskan dalam buku panduannnya mengenai Kewangan Individu.

Jika anda bercadang menjadikannya kediaman tetap bagi keluarga anda, maka mengubahsuai untuk menambah keluasan adalah alasan munasabah.

Menambah bilik air, pendingin hawa dan mengubahsuai dapur adalah antara penambahbaikan yang boleh menyebabkan harta anda naik nilai.

Bagaimanapun, jika anda berhasrat untuk tinggal di kediaman itu untuk seketika dan kemudian menjualnya maka anda tidak hanya boleh menimbangkan keselesaan malah nilai kediaman anda dalam tempoh itu.

Sebagai contoh, anda membelanjakan RM10,000 mengubahsuai sebuah bilik tetapi harga pasaran kediaman anda hanya meningkat kurang daripada RM5,000 semasa anda mahu menjualnya. Maka anda akan mengalami kerugian.
   
Menghitung kos pengubahsuaian

Jika anda bercadang menjual kediaman itu dan mahu mengubahsuainya supaya  nilainya naik, adalah baik untuk mendapatkan pandangan ejen hartanah, kontraktor dan profesional industri sama ada anda boleh mendapatkan balik apa yang anda telah melabur bagi kerja pengubahsuaian itu.  

Walau apa pun, sebelum memulakan kerja dapatkan tawaran harga daripada beberapa orang kontraktor.

Sementara kontraktor yang dilantik akan menguruskan kesemua kerjakerja pengubahsuaian, mungkin timbul kemusykilan kerana kawalan sepenuhnya terhadap kerja-kerja telah diamanahkan kepada pihak yang mungkin tidak mempunyai wawasan yang sama seperti anda.

Jika anda masih mahu mengekalkan sedikit kawalan terhadap kerjakerja pengubahsuaian itu, anda boleh meminta kontraktor menguruskan aliran dan tenaga kerja sementara anda membeli bahanbahan yang diperlukan.

Ini pada waktu yang sama akan membolehkan anda menjimatkan antara 30 dan 40 peratus daripada jumlah kos.

Dapatkannya dalam hitam putih

Tidak kira cara mana anda mahu melakukannya, yang penting ialah menyediakan kontrak bertulis antara anda dan kontraktor. Kontrak ini boleh mencegah salah faham dan menggariskan kos dan tempoh siap sesuatu projek.

Ia juga sedikit sebanyak memberikan perlindungan jika kontraktor itu gagal menyiapkan kerja mengikut terma-terma yang dipersetujui, yang jika tidak boleh menyebabkan kerugian besar.

Selepas anda mengenalpasti kos pengubahsuaian, ambil langkah seterusnya  cari pembiayaan.

Sumber pembiayaan


Sekarang, bagaimana anda mahu membiayai kerja-kerja pengubahsuaian ini? Cara terbaik, sudah pasti, melalui simpanan anda.

Bagaimanapun, anda boleh juga membiayainya menerusi pinjaman bank atau kad kredit.

Setiap satu kaedah mempunyai kelebihan dan kelemahannya, yang perlu dipertimbangkan dengan teliti dengan mengambil kira tambahan komitmen kewangan jika anda memilih untuk membiayai pengubahsuaian menerusi pinjaman ataupun kredit.

Pembiayaan semula juga merupakan pilihan baik untuk mendapatkan tunai cepat dengan mencairkan ekuiti harta. Bagaimanapun, pembiayaan semula hanya sesuai dalam dua keadaan:

Pengubahsuaian jangka panjang, yang memerlukan bayaran muka dalam jumlah besar
Jika anda bercadang untuk tinggal di kediaman itu untuk tempoh cukup lama untuk menjadikan pembiayaan semula berkesan daripada segi kos.

Satu lagi pilihan ialah pinjaman peribadi. Apa yang menarik dengan pinjaman peribadi ini ialah ia dapat digunakan untuk membayar apa sahaja yang anda idamkan, yang termasuk pengubahsuaian rumah. Kelemahannya, bagaimanapun, adalah seperti berikut:

Ia tidak fleksibel, anda tidak boleh terlewat dalam membuat bayaran balik atau mengurangkan ansuran bulanan dan jika anda membayar balik pinjaman lebih awal, anda mungkin dikenakan denda.

Hakikatnya, dapatkan nasihat profesional dan hitung dengan teliti punca kewangan yang anda boleh perolehi sebelum memulakan kerjakerja pengubahsuaian. BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2008 10:41 AM | Show all posts
Ketegori binaan ruang penyimpanan

Ruang penyimpanan boleh dibahagi kepada dua kategori binaan iaitu ruang penyimpanan secara bina kekal dan mudah alih.

Ruang penyimpanan kekal dibuat secara kekal pada struktur dan dinding bangunan. Ruang penyimpanan ini tidak boleh dialih atau digerakkan dari satu tempat ke tempat lain. Ruang penyimpan seperti ini boleh menempatkan apa juga barangan tidak kira jenis ringan atau berat. Ketinggian dan lebar ruang penyimpanan pula perlu disesuaikan dengan kehendak dan reka bentuk diperlukan.

Ruang penyimpanan mudah alih adalah rak perabot yang dibina bagi meletak barangan sama ada secara terbuka atau tertutup. Ia dibuat secara terbuka atau tertutup bersesuaian dengan barangan yang hendak disimpan. Ruang penyimpanan seperti ini agak terhad kerana hanya sesuai meletak dan menyimpan barangan yang bersesuaian dengan bentuk serta saiz perabot saja. Reka bentuknya yang pelbagai boleh diperoleh dari kedai perabot dan boleh disesuaikan dengan kegunaan pada pelbagai jenis ruang.

Apakah ruang penyimpanan yang sempurna

Ruang penyimpanan boleh direka dalam pelbagai bentuk dan saiz. Apa yang penting adalah apakah barangan yang hendak disimpan dan bagaimana perlu disimpan dan paling penting mesti ada perseimbangan antara keperluan dan kesempurnaan untuk tujuan pindah alih.

Pastikan ukuran asas barangan yang hendak disimpan dapat memenuhi ruang penyimpanan bagi mengelak ruang berkenaan tidak dapat menampung saiz barangan.

Selain itu, ruang penyimpanan mestilah mudah digunakan. Ketinggian rak mesti sesuai dengan ketinggian standard manusia supaya barangan mudah dicapai dan dilihat. Ketinggian rak melebihi paras ketinggian penghuni kediaman sesuai untuk barang yang ringan dan jarang digunakan.

Saiz rak yang besar dan dalam tidak efisien jika ketinggian melebihi paras pandangan mata. Ini kerana sukar bagi pengguna untuk melihat barangan yang disimpan. Cara terbaik adalah dengan meletakkan label pada setiap rak berkenaan.

Barangan yang berat seharusnya diletakkan pada ketinggian paras pinggang untuk mengelak kesukaran mengalih. Elakkan meletak barangan yang berat di bahagian atas atau melebihi ketinggian pengguna kerana ia akan merbahaya dan bimbang jikalau barangan itu jatuh.

Cara bukaan pintu atau penutup ruang penyimpanan juga perlu diambil kira kerana ada pelbagai cara bukaan yang memudahkan ruang penyimpanan berfungsi. Pintu berlipat, pintu pusing, pintu gelangsar adalah antara pintu yang biasa digunakan. Pintu gelangsar boleh menjimatkan penggunaan ruang berbanding pintu pusing.

Bijak memaksimumkan penggunaan

# Dapatkan perabot yang menyediakan lebih daripada satu kegunaan seperti meja kopi atau meja sisi dengan binaan laci bagi menyimpan barangan koleksi.

# Bangku ottoman atau bangku rendah yang menyediakan ruang penyimpanan boleh digunakan untuk menyimpan majalah dan barangan lain selain boleh dibuat tempat duduk atau untuk merehatkan kaki.

# Kabinet hiburan boleh juga digunakan untuk menyimpan peralatan elektrik seperti televisyen dan pemain cakera. Manakala bahagian atasnya boleh digunakan untuk meletakkan barangan lain.

# Katil dengan ruang penyimpanan tersorok sangat berguna untuk bilik tidur tetamu atau bilik tidur kanak-kanak kerana laci di sisi katil boleh dijadikan ruang penyimpanan.

Simpan di dalam ruang penyimpanan atau almari (closet)

Stor kecil seperti almari atau closet adalah antara ruang penyimpanan yang dibina khusus untuk menyediakan keperluan penyimpanan barangan terutama pakaian seperti baju, seluar, pakaian dalam dan beg. Ruang ini biasanya dibina berdekatan dengan ruang tidur dan bilik air utama.

# Memaksimumkan penggunaan ruang penyimpanan dengan mereka rak penyimpanan sehingga ke paras siling. Simpan beg pakaian, baju sejuk dan barangan yang jarang digunakan di bahagian paling atas. Bagi memastikan bilangan barang yang tidak digunakan bertambah, pertimbangkan untuk membuang barangan yang tidak digunakan jika usianya melebihi dua tahun.

# Gunakan alat penyangkut dan letakkan pada pintu untuk menyangkut tali pinggang, tali leher atau beg supaya ruang bilik tidak menjadi sesak.

# Gunakan self organizers atau pembahagi rak dengan label supaya barangan lebih teratur dan mudah dicari.

# Letakkan tambahan laci plastik atau kertas yang murah untuk menambah ruang simpanan jika laci yang ada tidak mencukupi.

# Sangkut baju mengikut warna dua jenis dan usah teragak-agak untuk menyedekahkan baju yang sudah lama tidak tersarung (dua tahun) supaya closet tidak dipenuhi baju yang tidak anda gunakan lagi.

# Adalah baik memasang rod untuk menyangkut seluar kerana ia menjimatkan ruang dan seluar juga mudah dilihat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2008 06:26 PM | Show all posts
Penyimpanan barang, hiasan kena bersistem
Oleh Hamidon Abdullah

RUANG simpan yang tersusun boleh dijadikan perhiasan ruang.

Masalah akan berlaku dengan ruang kediaman yang penuh dengan almari tetapi tetap kelihatan tidak bersih dan tersusun

KEDIAMAN tidak sempurna hiasannya jika ruang tidak tersusun rapi terutama membabitkan barangan dan perhiasan. Barangan dan hiasan perlu dibezakan kerana ada barangan keperluan yang boleh dijadikan perhiasan. Bagi mendapatkan ruang yang kemas dan tersusun, setiap penghuni perlu mengetahui keperluan menyimpan barangan mereka.

Masalah akan timbul apabila perancangan tidak buat dengan sempurna dan penghuni ruang tidak mengikuti peraturan asas dalam menyimpan barang, akhirnya apa yang berlaku nanti ada ruang kediaman yang penuh dengan almari tetapi tetap kelihatan tidak bersih dan tersusun.

Beberapa perkara perlu diambil kira apabila merancang dan mengatur barangan di dalam rumah. Ini termasuk kekerapan penggunaan barang, berat sesuatu barangan yang disimpan serta ukuran dan saiz sesuatu barang yang mahu disimpan. Selain itu, kedudukan tempat barang yang hendak disimpan serta kesesuaian cara ruang simpanan yang disediakan juga perlu dititikberat.

Kekerapan penggunaan barang

Kekerapan penggunaan barang menjelaskan kepentingan dan kekerapan barangan digunakan. Ruang simpanan menyimpan pinggan mangkuk dan barangan dapur adalah barangan yang selalu digunakan. Oleh itu, kedudukannya adalah di rak atas manakala peralatan yang sering digunakan boleh memenuhi rak tengah dan yang berat serta jarang digunakan pula disimpan di rak bahagian bawah.

Sebaiknya apabila menyimpan barang, jangan diletakkan terus pada aras lantai bagi memastikan lantai mudah dibersihkan manakala barang tidak perlu dialih selalu. Barang juga hendaklah disimpan di tempat berhampiran kawasan digunakan bagi memudahkan pengambilan dan penyimpanan semula barangan. Lebih senang menyimpan barang yang sering digunakan pada paras pinggang ke atas. Rak dan ruang almari yang rendah serta tinggi pula boleh digunakan untuk menyimpan barang yang jarang digunakan.

Selalunya, barang yang ringan disimpan di paras tinggi dan yang berat disimpan di bawah untuk memudahkan penyimpanan. Pinggan mangkuk dan gelas yang lebih ringan serta jarang digunakan bolehlah disimpan di para atas kerana tidak mudah mencapai barang yang tinggi dan berat di tempat yang tinggi. Elakkan menindih barang dengan banyak kerana ini menyukarkan pengambilan barang di bawahnya. Jika barang di atas terlalu berat, ia juga boleh merosakkan barang yang tertindih.

Ukuran saiz sesuatu barang

Ukuran rak hendaklah dirancang dengan betul mengikut ukuran saiz sesuatu barang dan keperluan kegunaannya. Pastikan barang mudah dicapai dan disimpan. Sekiranya rak simpanan terlalu ke dalam, barang di hadapan terpaksa dikeluarkan dulu sebelum barangan di belakang dapat dikeluarkan. Jadi, simpanlah barang yang jarang digunakan di bahagian belakang.

Ketinggian ruang rak atau jarak antara satu rak dengan yang lain hendaklah mengambil kira ukuran barang yang disimpan di dalamnya. Bagi rak pinggan mangkuk, jaraknya tidak perlu terlalu jauh sebab lebih ringan mengangkat susunan enam pinggan bertindih daripada mengalih susunan 12 pinggan.

Kedudukan ruang simpanan

Kedudukan ruang simpanan dari segi ketinggian ruang amat penting bagi memastikan ruang simpanan dapat berfungsi dengan baik. Buku yang diambil tidak diletakkan di tempat asalnya berkemungkinan disebabkan rak itu terlalu tinggi untuk dicapai. Ada pula sesetengah barangan tidak dimasukkan ke dalam ruang simpanan disebabkan terpaksa mengalihkan barang lain terlebih dulu.

Untuk rak buku, jarak antara rak bergantung kepada ketinggian buku. Buku seharusnya disimpan mengikut ketinggiannya untuk memaksimumkan ruang simpanan. Jarakkan ruang sekurang-kurangnya antara 25 hingga 30 sentimeter (sm) ruang simpanan pada bahagian sisi dan atas buku bagi memudahkan pengambilannya.

Berat sesuatu barang

Berat barang yang disimpan perlu diberi perhatian kerana kekuatan rak kena menampung berat barangan itu. Rak perlu kuat dari segi struktur dan binaan. Rak yang terlalu panjang atau bahan rak yang terlalu nipis boleh menyebabkan rak melendut apabila diletakkan barang berat. Cara pemasangan rak turut menentukan kestabilan ruang simpanan.

Adalah mudah dan selamat sekiranya barangan yang berat berada di bahagian bawah. Ia mudah diangkat dan sekiranya jatuh, kebarangkalian untuk barangan itu rosak adalah kecil berbanding jika ia berada di bahagian atas.

Kemas dan selamat

Ruang penyimpanan akan lebih berfungsi sekiranya barangan yang disimpan berada dalam keadaan kemas dan selamat. Kemas bermaksud barangan yang disimpan dalam keadaan teratur dan mudah dikeluarkan apabila mahu digunakan dan mudah dimasukkan apabila barangan itu tidak digunakan. Kemas juga bermaksud barangan mestilah disusun rapi mengikut kumpulan dan jenisnya.

Barangan milik kita semestinya memerlukan penjagaan yang baik dan selamat. Maksud selamat adalah barangan tidak rosak dan sentiasa berada di dalam keadaan asal pada satu jangkamasa yang lama. Maksud selamat juga merangkumi keselamatan dari hilang dan kerosakan.

Jika barangan yang disimpan itu berharga, kita memerlukan ruang penyimpanan yang berkunci dan kukuh. Barangan yang boleh mendatangkan kecederaan seperti ubat-ubatan atau barangan beracun elok diletakkan di tempat tinggi yang tidak mudah dicapai kanak-kanak dan adalah lebih baik setiap barangan berkenaan dilabelkan.

Kesesuaian ruang simpanan

Selain itu, kesesuaian ruang simpanan dari segi fungsinya seperti keperluan laluan udara perlu ditentukan. Ada sesetengah barangan yang memerlukan ruang pengudaraan bagi mengelak berlakunya kesan kelembapan. Almari yang menyimpan pakaian harian (airing cupboard) memerlukan laluan udara secukupnya. Almari menyimpan selimut dan cadar pula ada kalanya memerlukan pengudaraan tapi tidak boleh menerima panahan matahari secara terus kerana boleh melunturkan warnanya.

Barangan kecil seperti kunci pula boleh digantung. Di ruang dapur, penyangkut cawan boleh digabungkan dengan rak pinggan. Cara ini bukan saja menjimatkan ruang, malah boleh menjadi sebahagian daripada hiasan.

Mempunyai ruang simpanan yang banyak tidak bermakna semua barang mesti disimpan. Rumah tanpa hiasan dan barangan tidak kelihatan kadang kala menjadikan ruang tidak mesra. Rumah yang berkonsep minimal popular pada ketika ini menekankan ruang tanpa hiasan dan barangan yang perlu pada fungsinya saja.

Bagaimanapun, terpulang pada pemilik rumah dan konsep kediaman mereka, cara mereka mengatur barangan dan keperluan ruang penyimpanan dan yang pasti terlampau banyak barang akan menghalang sebarang kegiatan, malah terpaksa pula mengalih barangan terlebih dulu bagi membolehkan sebarang aktiviti dilakukan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2008 03:54 PM | Show all posts
Teknik dan panduan pencahayaan taman




# SEMBUNYIKAN sumber cahaya, sama ada menerusi kawalan kilauan cahayanya atau dengan menempatkannya di sebalik pokok renek, dahan besar, dinding atau batu. Secara prinsipnya, anda tidak akan mampu melihat dari mana datang punca cahaya.

# Elak memasang lampu taman di semak pokok renek dan kawasan berumput tinggi. Lampu sorot harus ditempatkan di laluan terbuka daripada lekapan ke titik tumpu jadi tidak bintik gangguan yang disebabkan pantulan cahaya (melainkan anda memang mahu tonjolkan kesan bayang. Jika ini yang diingini pastikan lampu dipasang di sudut tersembunyi)

# Cahaya taman tidak sepatutnya melimpah ruah. Sebaiknya, sederhana dalam memasang lampu. Pencahayaan yang terlalu terang menukar suasana taman bagai pentas teater selain mengakibatkan silau. Sebab itu anda dicadangkan memasang kepala lampu besar dan terang untuk keselamatan dan penggunaan komersiol.

# Teroka pencahayaan belakang. Pokok yang disinar cahaya dan berlatar belakangkan hutan mencipta bayang latar depan. Begitu juga jika lampu pencahayaan ke atas di tempatkan di belakang pokok dan tumbuhan renek.

# Cipta kelainan menerusi kepelbagaian lampu taman. Ini kerana pemandangan pada waktu malam lebih dramatik berbanding pada siang hari. Namun, pastikan lampu dipasang di lokasi strategik bukan di segenap ceruk taman supaya mampu mencuri tumpuan.

# Gunakan kelebihan struktur taman seperti alur, kawasan semak dan berbukit untuk diselitkan lampu taman. Menerusinya, ragam suasana dapat dipelbagaikan.




# Guna bahan dan kelengkapan berkualiti tinggi yang dipercayai tahan lama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-6-2008 11:08 AM | Show all posts
Ruang penyimpanan jadikan dapur kemas


RUANG untuk menyimpan pinggan mangkuk antara keperluan utama di dapur.

Reka bentuk peti sejuk kini diberi tumpuan supaya dapat menyimpan lebih banyak barang

APAKAH ciri yang diperlukan untuk menjadikan ruang dapur dapat berfungsi dengan baik. Selain susun atur dan peralatan, ruang penyimpanan yang baik dan sistematik akan menjadikan ruang dapur kemas dan selamat.

Ruang penyimpanan amat penting untuk menyimpan segala perkakas pinggan mangkuk dan bahan memasak di suatu tempat atau ruang yang sempurna dan tersusun.

Berikutan itu, ruang dapur yang baik perlu dirancang, dibina dan diselenggara sebaik mungkin bagi memenuhi fungsi sebenar. Pengendaliannya memerlukan kepakaran, kreativiti dan kebijaksanaan kerana ia membabitkan belanja yang bukan sedikit. Kejayaan membentuk dan menguruskannya akan memudahkan tugas di dapur, di samping memberi kepuasan secukupnya, terutama mereka yang banyak menghabiskan waktu di sini terutama kepada suri rumah.

Bermula daripada soal pinggan mangkuk, perkakas dan peralatan kepada soal ruang penyimpanan, semuanya memerlukan perhatian rapi, bukan boleh dipandang ringan. Mereka yang cerewet akan memastikan perkakasan dapur yang dipilih sesuai dapat disimpan dalam ruang penyimpanan yang sempurna dan reka bentuknya mesti disesuaikan dengan pemilihan kabinet. Hanya ruang dapur saja yang akan menempatkan semua perkakas dapur dan dengan itu suri rumah akan menghargai ruang dapur sebagai mana ruang lain di dalam rumah, yang perlu kelihatan menarik dan bersih.

Antara ruang penyimpanan yang diperlukan di ruang dapur adalah rak pinggan mangkuk, rak barang keperluan dapur dan peti sejuk yang sangat mustahak disediakan dalam merancang pembentukan ruang dapur. Kini tidak ramai menggunakan almari penyimpan lauk yang berasingan, sebaliknya ruang penyimpanan disediakan berserta kabinet siap dipasang terutama mereka yang mempunyai kawasan sempit.
REKAAN peti sejuk yang menyediakan ruang simpanan lebih luas jadi pilihan suri rumah.

Lagi pun, cara begini lebih kemas dan teratur. Oleh itu kebanyakan kediaman, sama ada sederhana dan mewah turut melengkapkan ruang dapur dengan kabinet siap dipasang secara kekal. Cara ini lebih menjimatkan dan lebih penting dapat memaksimumkan penggunaan ruang terutama pada rumah kediaman sederhana.

Ada beberapa soalan perlu dikenal pasti sebelum mengambil keputusan memasang kabinet dapur, antara soalan adalah seperti berikut:

    * Jumlah penghuni rumah?
    * Kekerapan memasak dalam sehari?
    * Jenis perkakas dapur yang digunakan?
    * Jenis masakan yang sering disediakan?
    * Jumlah peralatan memasak yang dimiliki?
    * Adakah makan di ruang dapur, selain ruang makan.



Persoalan di atas memerlukan jawapan yang tepat bagi memudahkan kita merancang dan mengenal pasti beberapa keperluan dalam mereka bentuk dan membuat ukuran kabinet bagi ruang penyimpanan yang dikehendaki. Selepas dikenal pasti keperluan yang dikehendaki, barulah kita boleh membuat anggaran peruntukan kos. Jika usaha yang dilakukan terlalu sukar untuk diselesaikan dan tidak dapat membuat keputusan yang tepat, mintalah bantuan pakar. Yang pasti anda tahu apakah keperluan dan ukuran asas dapur dan ruang penyimpanan yang anda perlukan.

Rak Penyimpanan

Rak penyimpanan adalah satu kemestian yang perlu ada pada setiap kabinet dapur. Rak penyimpanan boleh dikategorikan kepada dua iaitu:

    * Rak penyimpanan kekal
    * Rak penyimpanan sementara



Rak penyimpanan kekal digunakan bagi menyimpan segala perkakas dapur pada satu tempat yang kekal. Perkakas ini akan disimpan kembali apabila sudah digunakan berbanding rak penyimpanan sementara di mana pinggan atau perkakas yang sudah dicuci biasanya disusun di sini bagi mengeringkannya, sebelum disimpan di dalam ruang penyimpanan. Ada juga menjadikannya tempat tetap untuk menyusun peralatan menghidang yang digunakan setiap hari. Ia hendaklah diletakkan di tempat selamat, jauh daripada jangkauan kanak-kanak, terdedah kepada cahaya semula jadi untuk mendapatkan kesan haba dan mudah dicapai apabila memerlukan.

Adalah praktikal rak penyimpanan sementara, diletakkannya berdekatan dengan sink supaya mudah menyusun pinggan mangkuk yang sudah dicuci dan untuk mengambilnya apabila diperlukan. Seeloknya dibuatkan berasingan, iaitu satu untuk mengeringkan pinggan mangkuk, yang terletak di luar dan satu lagi untuk penyimpanan kekal, biasanya diletakkan di dalam kabinet.

Ada pelbagai jenis dan ukuran rak pinggan. Ada yang diperbuat daripada kayu, logam dan plastik bertekanan tinggi. Malah, ia boleh didapati dalam pelbagai warna untuk disesuaikan dengan warna ruang dapur.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2008 11:09 AM | Show all posts
Ruang Penyimpanan Dapur

Kalau zaman dulu, almari lauk dan para memainkan fungsi penting sebagai ruang penyimpanan, kini ia sudah diambil alih oleh kabinet dapur. Daripada makanan dalam tin kepada perkakas memasak, sudu garpu, rempah ratus, tuala tangan dan pengesat serta pinggan mangkuk, semuanya tersembunyi di dalam kabinet yang menyediakan aneka ruang untuk kemudahan penyimpanan.

Pendek kata, keperluan dapur masa kini 揾ilang dari pandangan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2008 12:31 PM | Show all posts
INFO: Pemasangan jeriji yang sesuai

# Jeriji tanpa kunci yang mudah dibuka dari dalam premis ketika kebakaran

# Sistem kunci yang mempunyai ciri - mudah dibuka orang dewasa, orang tua, kanak-kanak dan orang kurang upaya (cacat) termasuk yang berkerusi roda, tidak berkarat, tahan lama dan tidak memerlukan penyelenggaraan rumit.

# Sistem kunci jeriji besi juga tidak mengandungi sebarang komponen yang memerlukan penyelenggaraan rapi

# Pemasangan jeriji tingkat kecemasan sesuai di bilik tidur, ruang tamu atau tempat yang dikenal pasti Jabatan Bomba dan Penyelamat sebagai laluan kecemasan ketika kebakaran.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2008 10:50 AM | Show all posts
6 ciri sofa
Bersama Hamidon Abdullah (Ketua Jabatan Reka Bentuk dan Seni Bina Dalaman UiTM, Shah Alam)


Pelbagai faktor mesti diambil kira sebelum membeli seti

PILIHAN perabot yang sesuai bagi ruang tamu adalah sofa. Sebagai perabot asas yang menyerikan rumah, penghuni tentu mahukan sofa yang dapat memenuhi kepuasan, sedap mata memandang, selesa kepada tetamu dan sepadan dengan konsep reka bentuk ruang dalaman.

Bukan mudah menentukan sofa yang terbaik, apatah lagi dengan pelbagai reka bentuk dan gaya yang ditawarkan di pasaran masa kini. Kebuntuan itu boleh diatasi dengan mengenal pasti beberapa keperluan asas dalam memilih sofa ideal.

# Kekuatan Bahan

Selain sofa fabrik, kediaman juga boleh dihiasi dengan sofa kayu dalam pelbagai kemasan sama ada warna hitam, coklat kemerahan, coklat kehitaman atau coklat. Ada juga sofa rotan dengan gaya semula jadi yang boleh digabung dengan kusyen fabrik.

Bagi menampilkan imej moden dan minimal, pilihan sofa daripada bahan kemasan kulit atau PVC sangat sesuai, namun sukar dijaga, terutama bagi yang mempunyai anak sedang membesar dan lasak kerana mudah terkoyak terutama jika bahan kemasan itu bukan bahan asli yang mempunyai jaminan. Ketika ini sofa yang dihasilkan daripada gabungan bahan tertentu, misalnya kayu dan anyaman rotan menjadi pilihan bagi kediaman yang berkonsepkan nusantara dan tropika.

# Kelebihan Reka bentuk

Pelbagai reka bentuk sofa di pasaran, daripada gaya klasik, tradisi atau nusantara sehinggalah moden dan kontemporari yang mempunyai kelebihan tersendiri.

Reka bentuk sofa yang hendak dipilih perlu disesuaikan dengan tema dan konsep ruang kediaman supaya tidak nampak asing. Jika tidak berkenan pengguna boleh menempah mengikut cita rasa.

Satu lagi bentuk sofa popular sekarang ialah yang boleh diubah suai menjadi katil. Penggunaannya praktikal, terutama di kediaman yang mempunyai ruang terhad. Ia juga mencerminkan gaya hidup moden, di samping mengehadkan penggunaan perabot.

# Kesesuaian Ukuran

Pastikan sofa tidak terlalu besar sehingga menyempitkan ruang yang memang sudah kecil atau sofa terlalu kecil di ruang yang luas sehingga mewujudkan banyak ruang lopong.

Paling penting, ukuran sofa mestilah tidak mengganggu pergerakan penghuni. Sebaiknya guna sofa berukuran sederhana dan mudah alih. Sofa rotan atau kayu adalah pilihan paling ideal berbanding sofa lain yang umumnya berukuran satu setengah kali lebih besar. Bagaimanapun, ada juga sofa kayu berukir yang besar ukurannya dan hanya sesuai untuk ruang luas.

Bagi ruang sederhana luas letakkan sofa dua dan tiga tempat duduk manakala ruang sempit, memadai sofa dua tempat duduk dan sepasang sofa satu tempat duduk.

# Pemilihan Warna dan Corak

Kombinasi warna sofa memberi kesan kepada suasana ruang. Warna perlu lebih menonjol daripada warna langsir atau bahan kemasan lain di ruang berkenaan. Oleh itu anda perlu kreatif dalam mempelbagaikan corak fabrik supaya sesuai dengan konsep hiasan yang mahu diterapkan.

Pilihan fabrik bercorak klasik dikatakan paling sesuai jika mahu mewujudkan ruang bergaya eksklusif atau kedesaan. Reka bentuk corak berjalur, geometri dan bintik adalah pilihan yang sesuai bagi mereka yang mahu menghasilkan suasana ringkas atau berkonsep kontemporari.

Jika ruang terhad elak guna fabrik corak bunga besar kerana ruang akan kelihatan sempit sebaliknya guna fabrik berjalur supaya ruang nampak lebih luas, tinggi dan selesa.

# Perbandingan Harga

Jenama, jaminan mutu, keistimewaan bahan yang digunakan dan reka bentuk terkini akan mempengaruhi harga. Pengguna digalakkan membuat perbandingan harga kerana barang mahal belum tentu bermutu tinggi, begitu juga yang mempunyai reka bentuk unik tidak semestinya tahan lama.

Nilai perabot terletak pada mutu dan keaslian bahan. Jangan tergesa-gesa membeli perabot kerana penggunaannya bukan untuk setahun dua tetapi melebihi jangkaan masa 10 tahun.

# Aspek Penjagaan

Aspek ini kurang diberi perhatian sedangkan penting bagi memelihara jangka hayat sofa. Misalnya sofa fabrik daripada bahan kapas lebih mahal dan memerlukan penjagaan rapi manakala sofa PVC dan kulit mudah dijaga. Bagaimanapun, penggunaannya lebih praktikal di ruang berhawa dingin kerana jika keadaan ruang terlalu panas, sofa jenis ini meninggalkan kesan melekit dan berdaki.

Penjagaan sofa daripada bahan kayu dan rotan adalah terbaik kerana tidak banyak menimbulkan masalah. Apa yang perlu dijaga adalah sarung kusyen. Inilah konsep jimat dan praktikal.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:00 AM GMT+8 , Processed in 0.079441 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list