CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5672|Reply: 49

Dayang dalam bahaya

[Copy link]
Post time 11-8-2006 10:27 AM | Show all posts |Read mode
Dayang dalam bahaya

Oleh Hartati Hassan Basri
[email protected]

MINGGU lalu sembilan peserta One In A Million (OIAM) berpeluang meneruskan perjuangan merebut hadiah RM1 juta selepas Shahmeen Shah Halim Shah (Ameen) menjadi peserta ketiga disingkirkan penonton.

Penyingkiran Ameen juga bermakna memberi laluan kepada tiga rakannya, Zaihanee Zainal Abidin (Zai), Mohd Lokman Aslam Abdul Mutalib (Lokman) dan Noor Hasliah Abu Hassan (Aliya) meneruskan perjuangan walaupun berada pada tahap bahaya dengan undian rendah.

Malam ini, tepat jam 9.30 malam undian akan ditutup dan seorang lagi peserta akan disingkirkan, menjadikan lapan peserta bakal meneruskan perjuangan menerusi pusingan Top 8.

Adakah Aliya, Lokman dan Zai atau peserta lain seperti Mohd Alif Mohd Satar (Alif), Alif Azfar Ishak (Azfar), Ahmad Faizal Mohd Tahir (Faizal), Farah Asyikin Zulkifli (Farah) atau Low Sook Yee (Suki) akan disingkirkan?

Bagaimanapun Dayang Nurfaizah Awang Dowty (Dayang) yang disebut-sebut bakal menjuarai OIAM, terselamat kerana mendapat imuniti.

Walaupun undian keluar untuk Dayang paling tinggi, penyanyi yang sudah merakamkan empat album ini diselamatkan oleh undi masuk yang paling tinggi.

Dayang layak mendapat imuniti dan tidak boleh disingkirkan minggu ini. Keistimewaan sama diterima Suki minggu lalu tetapi kedudukan Dayang agak bahaya kerana ramai yang menyokongnya dan ramai juga yang tidak menyukainya.

Kalau diukur dari segi persembahan mereka minggu lalu dengan lagu pilihan sendiri untuk lagu pembukaan konsert, kemungkinan besar giliran Aliya mengucapkan selamat tinggal.

Ini berdasarkan kritikan juri tetap OIAM, Syafinaz Selamat dan Paul Moss serta juri undangan, Ali Bakar serta kedudukannya yang berada pada tahap bahaya setiap minggu.

Aliya pernah terselamat dua minggu lalu apabila menjadi tiga peserta paling bawah bersama dua peserta yang disingkirkan, Anny Johanna Mohamad Shariff (Anny) dan Norshammeme Arzeyana Shamsuddin (Mimi) dan sekali lagi minggu lalu.

Malah, Paul Moss pernah meramalkan Aliya tidak akan datang minggu lalu tetapi nasibnya masih baik dan berpeluang meneruskan perjuangan dengan lagu Sway (Michael Buble).

Paul Moss mengatakan lagu pilihannya teruk dan persembahan seperti itu tidak akan membawanya pergi jauh.

Syafinaz pula mengatakan sebutan Aliya tidak jelas malah tidak gembira dengan lagu yang dipilihnya serta mengatakan nasib Aliya seperti kucing yang ada sembilan nyawa. Dia sudah selamat dua kali dan kini tinggal lagi tujuh nyawa.

Ali pula mengatakan lagu cha cha tidak sesuai sebagai lagu pembukaan konsert dan mengatakan Aliya tiada komunikasi dengan penonton manakala pakaiannya tidak nampak seperti artis.

Persembahan peserta lain ialah Faizal yang memilih lagu Are You Gonna Be My Girl (Jets), Azfar (Kasihnya Laila/Jinbara), Zai (Hit Them Up Style/Blu Cantrell), Dayang (Crazy For Love/Beyonce), Suki (Behind These Hazel Eyes/Kelly Clarkson), Lokman (Bad Day/Daniel Powter), Alif (Lonely No More/Rob Thomas) dan Farah (Bilang Saja/Agnes Monica).

Segala kemungkinan boleh berlaku kerana pilihan di tangan penonton menerusi undian SMS. Siapa yang akan menjadi mangsa seterusnya dan akan pulang dengan tangan kosong?

Jawapannya malam ini, jam 9.30 malam menerusi siaran langsung Top 8 di 8TV atau datang ke Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Minggu ini mereka akan menyampaikan lagu yang dipilih sendiri dan hasil daripada cabutan sesama sendiri menerusi format ?Anda pilih, anda nyanyi?. Alif mendapat lagu popular Matchbox 20, Unwell, Aliya (Ada Apa Denganmu/Peter Pan), Faizal (L.O.V.E/Ashlee Simpson), Zai (Incomplete/Backstreet Boys).

Selepas menyanyikan lagu Destiny?s Child dan Beyonce, kali ini Dayang menyanyikan lagu Innuendo, Selamanya, Azfar (Kamu/Nitrus), Lokman (Menanti Sebuah Jawaban/Padi, Suki (Pasangan Tepat/Marshanda) dan Farah (Time After Time/Cyndi Lauper).

Mereka yang diumumkan tersingkir oleh pengacara OIAM, Awal dan Marion pada permulaan program, tidak berpeluang mempersembahkan lagu yang dipilih itu.

Paul Moss dan Syafinaz ditemani Pengarah Urusan Universal Music, Sandy Monteiro sebagai juri undangan untuk menilai persembahan peserta serta cara mereka menyanyikan lagu dengan gaya tersendiri.

SUMBER : HARIAN METRO 11/08/2006
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-8-2006 10:49 AM | Show all posts
ini lagu yang akan dayang nyanyikan malam ni.

Innuendo - Selamanya

Pabila kudengar
Suaramu nun dikalbu
Inginku menanti
Senyuman manismu

Kupasti dirimu
Terkenangkan suaraku
Usahlah kau menafikan
Cinta yang terpendam sesama kita

Kumendoakan
Demi keikhlasanmu
Kubersyukur pada Yang Maha Esa
Hilanglah kesepian kita

Dikau takhta di hatiku
Bersama kita bina istana cinta
Kurela bersamamu
Di angkasa bergema mekar dan rela
Hingga akhir hayatku
Pastinya bersama
Kasihmu yang kurindui
Selamanya

Betapa sukarnya
Kumemahami dirimu
Namun hatiku membara
Tiada apa yang dapat dilakukan

Sekiranya perasaanmu berduka
Kusesali segalanya
Kerna kaulah segalanya bagiku

[ Last edited by  bintang^hati at 11-8-2006 10:50 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2006 10:51 AM | Show all posts
Pernah ke dengar lagu ni? Aku tak pernah lagipun aku bukan peminat innuendo.

Format ni teruklah..ada ke org laki kena nyanyi lagu Ashlee Simpson love tu..lawak lah...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2006 10:52 AM | Show all posts
Mcm lagu slow aje.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2006 10:52 AM | Show all posts
aku tgh carik mp3 lagu ni. sapa ada??? pleaseee....pm aku.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2006 10:53 AM | Show all posts
Originally posted by Munc at 11-8-2006 10:51 AM
Pernah ke dengar lagu ni? Aku tak pernah lagipun aku bukan peminat innuendo.

Format ni teruklah..ada ke org laki kena nyanyi lagu Ashlee Simpson love tu..lawak lah...


kalau nak ingat lagu ni, cuba nyanyi part yang ini

Dikau takhta di hatiku
Bersama kita bina istana cinta
Kurela bersamamu
Di angkasa bergema mekar dan rela
Hingga akhir hayatku
Pastinya bersama
Kasihmu yang kurindui
Selamanya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2006 10:54 AM | Show all posts
oh..baru aku perasan. peserta favurit tu kena nyanyi lagu melayu...nak kena tengok ni..hehehhe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2006 11:07 AM | Show all posts
Originally posted by Munc at 11-8-2006 10:54 AM
oh..baru aku perasan. peserta favurit tu kena nyanyi lagu melayu...nak kena tengok ni..hehehhe



sama2 kita tunggu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2006 11:20 AM | Show all posts
rasa macam pernah dengar lagu ni..kene refresh balik...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2006 11:21 AM | Show all posts

Reply #3 Munc's post

x sabar nak dengar Faizal nyanyi "Do u hear me say L.O.L.O.L.O.V.E."...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2006 11:29 AM | Show all posts
sedap ke lagu inuendo ni? RnB ke?

lagu inuendo yg aku ingat lagu belaian jiwa aje itu pun sbb lagu tu mmg lagu lama d beri nafas baru..kalau tak, mmg tak tau pun psl dia org ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2006 11:32 AM | Show all posts
Originally posted by Munc at 11-8-2006 11:29 AM
sedap ke lagu inuendo ni? RnB ke?

lagu inuendo yg aku ingat lagu belaian jiwa aje itu pun sbb lagu tu mmg lagu lama d beri nafas baru..kalau tak, mmg tak tau pun psl dia org ni



bley ar. best gak. ko nak?? nanti, aku send kat ko, by email ek. tunggu jap.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2006 12:27 PM | Show all posts
mmm...aku minat innuendo nih...tp....xtau la lahu selamanya nih..yg mana satu arr..yg video klip dia tiru cite p.ramlee tu ke?
lagu2 innuendo nih mesti slow kan..tp mmg r&b la..
Reply

Use magic Report

whoababy This user has been deleted
Post time 11-8-2006 01:42 PM | Show all posts
Originally posted by orang_kampong at 11-8-2006 12:27 PM
mmm...aku minat innuendo nih...tp....xtau la lahu selamanya nih..yg mana satu arr..yg video klip dia tiru cite p.ramlee tu ke?
lagu2 innuendo nih mesti slow kan..tp mmg r&b la..


Bukan... lagu yg cam cite P Ramlee tu lagu Nanti... dari second album (brandnuendo).

Selamanya ni lagu dari album pertama... kalau tak silap lagu ni menang lagu Terbaik utk AIM 1998. Lagu Melayu selain dari Belaian Jiwa.. lagu lain in English.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2006 02:02 PM | Show all posts
sama2 kita doakan dayang dapat buat yang terbaik malam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2006 07:58 PM | Show all posts
Originally posted by bintang^hati at 11-8-2006 10:52 AM
aku tgh carik mp3 lagu ni. sapa ada??? pleaseee....pm aku.




Aku ada... nak ke ?
Ke dah dapat ?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2006 10:53 PM | Show all posts
arrhh!!!!bahaya!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2006 09:49 PM | Show all posts
Originally posted by puteri-jelmaan at 12-8-2006 10:53 PM
arrhh!!!!bahaya!!


bahaya? kenape????
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2006 10:35 PM | Show all posts
bahaya la kalau kata dayang bwk lagu tu tk best
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2006 10:39 AM | Show all posts
Originally posted by houdini at 12-8-2006 07:58 PM




Aku ada... nak ke ?
Ke dah dapat ?




dah dapat dah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.568631 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list