CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Balai Polis/Penjara/Tukang Gantung / banduan etc

  [Copy link]
Post time 18-5-2008 11:14 PM | Show all posts

Reply #80 kupia's post

Kalau kita pon buat mcm orang kapir buat kat kita (baca:pancung tahanan,sembelih tebusan)..maka we are no better than them..in fact,we are just like them..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2008 09:13 AM | Show all posts
Originally posted by azwandyazizan at 18-5-2008 11:14 PM
Kalau kita pon buat mcm orang kapir buat kat kita (baca:pancung tahanan,sembelih tebusan)..maka we are no better than them..in fact,we are just like them..


ia akhirnya pemerintah Islam jugak yang menangkap orang2 Islam kerana melawan kezaliman sumbat dalam penjara mengikut telunjuk .........
tidak menghairankan bila ini salah satu punca Islam berbunuhan sesaama Islam...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2008 04:54 PM | Show all posts

Reply #82 kupia's post

Macam jadi kat malaysia jer nie...hehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2008 06:51 PM | Show all posts

Reply #3 Syd's post

kite yg hidup mmg susah nak trima kenyataan tu...tp dosa si pesalah dgn tuhan, dgn brtaubat nasuha, insyaAllah diampunkan, dosa pesalah dgn si mati, hanya si mati je yg mampu maafkan. dunia lps, akhirat masih menanti. wallahualam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2009 12:48 PM | Show all posts
tingat dulu
waktu penjara pudu
bukak pada pelawat semua ni laa

aku pung pegi laa
melawat sana sini

ramai giler orang
mcm fun fair pung ye gak...
makan minum segala

then bila petang
balik umah
terus tido
amek ko...
mengingau2 segala ada
then jadik sakit kepala

mmg mimpi mcm ada hantu ke apa tah ikut

tu orang ckp kalau balik dari tempat2 mcm tu kena mandi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2009 01:02 PM | Show all posts
Dulu saya ada baca blog pasal Mona Fendi, tak ingat apa url dia.

Dato Mazlan ni, dia nak jadi politician yang berpengaruh.
Mona Fendi ni ada bagi dia songkok yang ada ilmu kekebalan.
Tapi masa kena penggal kepala...Mazlan tak pakai..
Seblom tuh Dato tuh bagi duit ngan mereka..
Lepas Dato Mazlan kena potong oleh Juraimi, Mona Fendi pi shopping spree guna duit tuh
Pastuh Mona Fendi ada buat facelift kat spital KL.

Seblom dia jadi bomoh,Mona Fendi ni adalah seorg penyanyi.
Tapi tak popular. So dia tukar profession jadi bomoh.

Masa dia kene bawa pi mahkamah..dia happy pasal rasa cam popular so dia tuh pakai baju cantik2 and pakai make up

Ramai org pastuh beli kaset dia...

Warden yang menjaga Mona Fendi nih, mereka cakap..sebelom kena gantong..dia memang tenang macam confident jer tak mati.

Tapi sebelom dia kena gantong ni memang benar dia cakap "Aku takkan Mati"


/- dari bod history.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-5-2009 01:02 PM | Show all posts
Mayat Mona Fandey tiada pelik

KUALA LUMPUR: 揚elbagai cerita tidak masuk akal dan mengerikan timbul mengenai jenazah Mona Fandey selepas dia dijatuhi hukuman gantung sampai mati, malah hingga hari ini cerita menakutkan itu masih kedengaran.

揂da yang mengatakan mayat bomoh itu dalam keadaan menakutkan ketika menghembuskan nafas terakhir dengan tubuh kehitaman, lidah terjelir keluar dan mata terbuka,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2009 01:05 PM | Show all posts
tak seram, tapi sedih (selingan)

[quote]Jumpa ayah di penjara


揝IAPA yang ingin dilahirkan sebagai anak pembunuh? Saya tidak minta dilahirkan sebagai anak Mohd Affandi, tetapi Tuhan sudah menentukan begitu. Saya tidak pernah menyesal dilahirkan ke dunia. Sebagai seorang Islam, saya terima takdir saya.

Yang menyedihkan ialah sikap masyarakat yang tidak faham. Mengapa saya turut dipersalahkan di atas perbuatan ayah dan ibu tiri saya? Adakah semua anak pembunuh turut menjadi pembunuh... penjahat?

Bukan sehari dua saya menghadapi tekanan masyarakat, tetapi sejak zaman kanak-kanak hingga sekarang. Saya diberhenti atau diminta berhenti empat pekerjaan dalam tempoh dua tahun lalu.

Malah, hasrat saya untuk bertunang juga tidak kesampaian apabila keluarga kekasih saya menentang hubungan kami apabila mengetahui saya ada hubungan darah dengan Mohd Affandi dan Mona Fandey.

Saya cukup tertekan kerana hubungan dengan kekasih sangat baik, walaupun dia tahu latar belakang keluarga saya.

Namun sebaik saja memaklumkan kepada keluarganya, mereka tidak dapat menerima saya dan meminta hubungan kami diputuskan.

Bayangkan perasaan ibu saya yang sudah membeli cincin dan memaklumkan kepada saudara-mara supaya bersiap sedia kerana akan menghantar rombongan peminangan, tetapi akhirnya terpaksa menebalkan muka memberitahu majlis itu tidak jadi.

Sebelum itu, ketika di kolej saya pernah bercinta dengan dua gadis, tetapi akhirnya terputus selepas mereka mengetahui saya anak Mohd Affandi dan Mona Fandey.

Derita saya bukan hanya dalam percintaan, malah sukan. Saya mewakili Kelantan dan kini Kuala Lumpur dalam acara taekwando. Dalam satu pertandingan, ada peserta mengundurkan diri dan tidak mahu berlawan dengan saya apabila mengetahui saya anak Mohd Affandi kerana bimbang saya membawa ilmu arwah ayah dan ibu tiri saya.

Betapa malu dan rasa terhinanya saya. Adakah mereka menganggap saya tiada kebolehan? Banyak lagi tekanan masyarakat yang cukup mengguris hati, tetapi apalah daya saya. Saya tidak mampu menemui semua orang dan menceritakan kesedihan dan kisah sebenar saya.

Inilah tujuan utama saya mendedahkan diri dan menceritakan kisah saya kepada Metro Ahad. Saya bukan ingin mencari publisiti. Malah, saya bersedia menghadapi 憇erangan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-5-2009 01:08 PM | Show all posts
sambungan kisah sedih lagi skit;

:cry:

[quote]Pertemuan sedih tiga jam


KUALA LUMPUR: Bagi Mohd Hafizi, pertemuan terakhir selama tiga jam sebelum ayahnya, Mohd Affandi Abdul Rahman menjalani hukuman mati adalah sesuatu yang penuh emosi dan tidak akan dilupakannya sehingga akhir hayat.

揚ada hari itu saya lihat ayah cukup tenang, walaupun mengetahui dia hanya ada beberapa jam untuk hidup. Antara lain, arwah melahirkan rasa kesal kerana tidak dapat membesarkan saya dan adik-beradik lain.

揇ia juga menasihatkan saya supaya tabah melalui kehidupan ini. Ia sesuatu yang saya cuba pegang selama ini, tetapi tidak berdaya,
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2009 06:42 PM | Show all posts
syahdu pulak aku baca luahan hati anak2 affendi ni.  betul la tu depa x bersalah tapi..... kalau adik beradik aku atau suku sakat aku ada yang berhajat nak bersuami/beristerikan depa ni serammm gaks aku di buatnya.

no offence but...itulah realitinya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2009 09:54 AM | Show all posts

Reply #90 doubleeleven's post

aku tak rasa dorang
mewarisi hantu hantu mak pak dorang
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2009 09:54 AM | Show all posts
hish insaf aku baca ialah dah tahu bila kita akan mati mesti sedih ooooo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2009 09:55 AM | Show all posts

Reply #92 ninjabee's post

takutnya kan?

ntah macam mana laa agaknya perasaan dorang tu
time tali dah kalung kat leher

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2009 11:30 AM | Show all posts
masyarakat tak patut menghukum anak2 dia mcm tu...

selalu org ckp IMAN TAK BOLEH DIWARISI DARI IBU BAPANYA..

adakah bermaknya KEJAHATAN BOLEH PLAK DI WARISI DARI IBU BAPANYA???
:@ :@ :@ :@ :@ :@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2009 11:33 AM | Show all posts

Reply #94 reena_max's post

tu la
kesian kan?
budak tu ayah dia pung
dekat nak mati baru dia kenal
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2009 11:36 AM | Show all posts

Reply #95 Syd's post

tahnya....kalo dia mmg dibesarkan oleh ayah dia pun..tak semestinya dia jahat...

kdg2 org jahat2 dlm dunia ni..byk yg dtg dr keturunan yg konon2 nya baik2....

aku paling tak suka org yg menilai seseorg berdasarkan mak ayah dorg...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2009 03:13 PM | Show all posts

Balas #95 Syd\ catat

itu laa.kan..masyarakat cpt sgt menghukum padahal yg melakukan jenayah tu  bkn si anak..mcmada sedara aku skrg tgh bela anak banduan...kes terhangat di malaya..dia lyn mcm anak sendiri sbb bapa budak tu dh amanahkan srh bela..tp  perangai hampeh mak dia ada gak tempias kat budak tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2009 07:44 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2009 04:23 PM | Show all posts
Misteri: Terselamat daripada tali gantung
Oleh Hazirah Che Sab
zeehan@bharian.com.my

Pintu perangkap di tempat menggantung pesalah tidak boleh dibuka walaupun percubaan sebelumnya berjaya

BEKAS anggota polis, James Berry, yang bertukar kerjaya menjadi tukang gantung pada 1883 di Yorkshire, England, mendapat mimpi aneh mengenai kerja barunya itu yang kemudian bertukar menjadi kenyataan dan menghantui hidupnya untuk sekian lama.

Dalam mimpi pada malam sebelum hukuman dijalankan, Berry mendapati dia tidak boleh menggantung salah seorang penjenayah di Penjara Carlton, Edinburgh, kerana pintu lubang di bawah tali gantung tidak terbuka.

Pagi berikutnya, segala-galanya berjalan lancar dan dua penjenayah yang dihukum mati dibawa ke tempat penggantungan tanpa sebarang masalah.

Seorang daripada mereka ialah John Lee, 19, yang disabitkan bersalah membunuh bekas ketua dayang yang juga rakan kepada Ratu Victoria, Emma Whitehead Keyse, pada 15 November 1884. Saksi dalam kes itu ialah tukang masak Keyse, Elizabeth Harris, yang juga saudara tiri Lee.

Lee yang mempunyai reputasi sebagai pencuri dan diambil bekerja oleh Keyse kerana simpati mudah dianggap suspek utama pada pandangan polis, di sebalik hakikat Lee cuba memadamkan kebakaran pada malam pembunuhan dan menangis sebaik mendengar Keyse dibunuh.

Polis sebaliknya mendapat gambaran lain dan bukti menunjukkan remaja berkenaan melakukan pembunuhan itu berdasarkan penemuan baju Lee yang mempunyai kesan darah. Lee ditahan dan didakwa membunuh dan ketika perbicaraan, pendakwa menunjukkan cuma dia mempunyai motif melakukan pembunuhan itu kerana sebelum kematiannya, Keyse memotong gaji Lee kerana disyaki mencuri.

Lee membantah tetapi tidak dihiraukan. Juri sebulat suara mendapati dia bersalah dan sejurus sebelum hukuman dijatuhkan, Lee menjerit: “Saya tidak bersalah. Tuhan tidak akan membenarkan saya dihukum bunuh.”

Selepas perbicaraan, khabar angin tersebar menyatakan Elizabeth ditemui melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki di katil Keyse oleh mangsa. Disebabkan panik, Elizabeth menumbuk Keyse yang membawa kepada kematiannya.

Harris dan kekasihnya dikatakan membawa mayat Keyse ke bilik makan dan cuba menyembunyikan pembunuhan dengan memukul tengkorak mangsa untuk menampakkan ia dilakukan seorang pencuri.

Menyedari polis tidak mudah diperbodohkan Elizabeth menyimbah setin minyak tanah ke atas mayat dan membakarnya, dengan harapan kebakaran menjadikan punca kematian Keyse sukar ditentukan.

Bagaimanapun, usaha itu tidak berjaya kerana Lee terhidu bau asap dan berlari ke tempat kebakaran dengan sebaldi air untuk memadamkan api. Ketika Lee sibuk memadamkan kebakaran, Elizabeth dan kekasihnya meletakkan tin minyak tanah di tempat kerja Lee.

Pada malam hukuman ke atasnya bakal dijalankan, Lee tidur dengan nyenyak tetapi bermimpi sesuatu yang aneh. Lee bermimpi dia berdiri di tempat gantung dengan talinya sudah berada di lehernya tetapi pintu di bawah tempat dia berdiri tidak terbuka. Lee terjaga daripada tidur dan berasa Tuhan memberi jaminan kepadanya supaya tidak bimbang kerana dia tidak akan mati di tali gantung.

Pada pagi Isnin, 23 Februari 1885, Berry membawa Lee ke tengah tempat gantung, dan mengikat kedua-dua kaki Lee di bawah lutut, sebelum mengetatkan tali di lehernya. Berry turut menyarungkan kain putih di kepala Lee.

Kematian cuma sedetik daripada Lee tetapi apa yang mengejutkan orang ramai ialah pintu di bawah tempat Lee berdiri tidak terbuka. Mimpi Berry dan Lee menjadi kenyataan ketika itu.

Berry gementar. Dia menanggalkan sarung kepala dan tali gantung daripada Lee dan menguji pintu perangkap itu dengan beg pasir seberat berat badan Lee. Ia terbuka dan beg pasir itu terhumban ke tanah. Lee ditempatkan di atas pintu perangkap itu sekali lagi dan kali ini semua saksi pasti hukuman berjaya dilaksanakan.

Sekali lagi keadaan mengejutkan orang ramai apabila pintu perangkap itu tidak terbuka. Berry berbincang dengan jurutera penjara dan seorang tukang kayu untuk memperbetulkan pintu perangkap itu. Ujian menggunakan beg pasir sekali lagi berjaya.

Lee diletakkan di atas perangkap itu untuk kali ketiga. Berry menarik nafas panjang dan menarik tuil sekuat mungkin tetapi sekali lagi Lee berdiri tenang di atas pintu perangkap yang enggan terbuka. Paderi yang menyaksikan kejadian itu pengsan.

Ketika itu diputuskan mesej perlu dihantar ke London untuk memberitahu Setiausaha Dalam Negara mengenai apa yang berlaku. Sembilan jam kemudian, penghantar utusan tiba dari London untuk memberitahu hukuman Lee diringankan kepada penjara seumur hidup. Lee dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara selama 20 tahun.

Dia dibebaskan pada 1905 dan mengahwini kekasihnya yang setia menunggu. Mereka berpindah ke Amerika Syarikat dan menetap di negara itu sehingga kematiannya pada 1993. Lee, lelaki yang tidak boleh digantung, bersumpah dia bukan pembunuh.

Setiap kali ditanya apa yang difikirkan terselamat daripada tali gantung sebanyak tiga kali, Lee berkata, ia bukan kerana nasib atau kegagalan mekanikal sebaliknya campur tangan sesuatu yang suci.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2010 02:09 PM | Show all posts
Misteri: Penunggu Alcatraz
Oleh Hazirah Che Sab
zeehan@bharian.com.my
2010/03/28



Penjara paling berhantu di dunia sentiasa menyeramkan pengunjung

HANTU ada di mana-mana di Alcatraz. Jika satu ketika dulu, pulau yang menempatkan banduan ini tidak boleh dihampiri, kini ia ‘membuka pintu’ kepada pelancong yang berminat untuk mengetahui rahsia penghidupan di dalam penjara.
Sebagai pulau terpencil, Alcatraz, penjara yang menempatkan ramai pembunuh kejam dan penjenayah licik, kini menjadi antara tempat pelancongan yang perlu dilawati sekiranya berkunjung ke California, Amerika Syarikat. Juga dikenali sebagai The Rock, Alcatraz, tidak hanya menyimpan kenangan banduan yang pernah menghuni tempat diberi jolokan Penjara Paling Berhantu Di Dunia’ itu, sebaliknya turut diselubungi 1,001 misteri dan kisah menyeramkan.

Ia diakui sendiri oleh seorang pengawal malam penjara terkenal itu, Gregory Johnson, yang mengaku tidak dapat membayangkan harus berada di situ tanpa senjata.

Sebaik bot pelancong terakhir berlepas, Johnson, bersendirian di situ berdepan segala fenomena Alcatraz yang tidak boleh dijelaskan dan menghabiskan semalaman berperang dengan keberanian dan bayangan, meronda tempat yang pernah dikenali sebagai Pulau Kejahatan itu, sehingga bot pertama pula tiba keesokan hari.

Sejak menjadi Penjara Persekutuan pada 1934 hingga penutupannya pada 21 Mac 1963, Alcatraz adalah perhentian terakhir bagi 1,576 penjenayah termasuk pembunuh dan kumpulan samseng. Antara yang pernah tinggal di Alcatraz ialah Al Capone, samseng keturunan Itali yang menguasai Chicago dengan darah dan senjata.
“Saya tidak percaya ada hantu. Namun di Alcatraz, suasananya sungguh berbeza. Pada satu malam saya mendengar bunyi gelas berlaga seolah-olah ada parti sedang berlangsung. Tempat ini amat menyeramkan sebaik gelap. Bulu roma sentiasa meremang,” katanya.

Seorang lagi pengawal yang pernah bekerja syif malam mengawal penjara itu selama 10 tahun, Erik Novencido, turut mengalami pengalaman menyeramkan.
Dia pernah mengambil gambar bilik terapi kejutan elektrik pada waktu malam untuk ditunjukkan pada seorang rakan.

“Apabila filem itu selesai diproses, gambar menunjukkan satu muka dalam bilik itu merenung saya. Saya tidak tahu ia apa. Kadang-kadang saya diselubungi ketakutan yang keterlaluan,” katanya.

Mary McClure, 52, bekas anggota paramedik yang bekerja di situ selama 12 tahun, pernah berasa punggungnya dipicit.

“Ia berlaku agak kerap. Saya tiada penjelasan mengenai perkara itu dan tidak pernah bercerita kepada orang lain kerana ia tidak masuk akal,” katanya.

Menurut cerita, sel 14D dipercayai antara bilik kurungan yang paling menyeramkan. Pelawat dan pekerja dilaporkan berasa seram sejuk sebaik tiba di sel berkenaan.

Kejadian berlaku pada 1940-an apabila seorang banduan yang dikurung di sel 14D menjerit sepanjang malam mengenai satu makhluk dengan mata terbeliak cuba membunuhnya. Keesokan hari, pengawal menemui lelaki itu mati dicekik di dalam sel itu.

Tiada siapa mengaku bertanggungjawab di atas kematian itu. Bagaimanapun, apabila dikira pada keesokan hari, bilangan banduan terlalu ramai, malah sebahagian pengawal mendakwa melihat banduan yang mati itu di celah tahanan lain, sebelum ia lesap dalam sekelip mata.

Sementara itu, Al Capone yang menghabiskan sisa usianya di Alcatraz dengan kesihatan merosot disebabkan penyakit sifilis, suka bermain banjo, sejenis alat muzik bertali seperti gitar, dengan kumpulan pancaragam penjara.

Bimbang dibunuh jika berada di luar sel, Capone diberi kebenaran menghabiskan masa lapang berlatih bermain banjo dalam bilik air.

Menariknya, ia tidak terhenti dengan kematian Capone, sebaliknya seorang renjer mendakwa mendengar muzik banjo dimainkan dalam bilik air.

Tidak biasa dengan sejarah Alcatraz, renjer berkenaan tidak mengetahui punca bunyi itu dan mendokumentasikan kejadian aneh berkenaan. Pelawat dan pekerja juga melaporkan pernah mendengar bunyi banjo dimainkan.

Perkara pelik lain yang dialami pelawat dan pekerja penjara itu, termasuk terbau asap tetapi tidak menemui api, bunyi tangisan dan mengerang, berasa seram sejuk di bahagian tertentu, malah ada mendakwa ternampak hantu banduan atau anggota tentera.

Mungkin ada yang berkata ia cuma mainan perasaan apabila menjejakkan kaki di tempat paling menyeramkan tetapi rasionalnya tetap ada, apatah lagi dengan fizikal Alcatraz itu sendiri yang menyimpan pelbagai kisah duka.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:37 AM GMT+8 , Processed in 0.101347 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list