CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24603|Reply: 127

Barcelona, Sepanyol

[Copy link]
Post time 15-9-2006 05:07 PM | Show all posts |Read mode
Barcelona kota hiburan
Oleh Noraini Ismail (Yang melawat Barcelona, Sepanyol baru-baru ini)



UKIRAN semula jadi pada batu di puncak gunung
Montserrat menarik minat pelancong.

Seniman jalanan dalam pelbagai kostum selamba mencuit hati pelancong

KOTA penuh hiburan! Itulah gambaran awal yang dapat diperkatakan apabila menjejakkan kaki di bumi Barcelona, bandaraya yang sinonim dengan sukan Olimpik dan sepak bola. Hiburan di kaki lima oleh seniman jalanan sudah cukup mencuit hati.


MEMANJAT benteng manusia
antara permainan tradisional
yang diadakan setiap
tahun sempena sambutan
Ularia.

Siapa sangka patung berpakaian ala cowboy, badut, perempuan gendut, red India, orang burung, panglima besi dan pelbagai ragam itu adalah seniman jalanan. Mereka sanggup tercegat di tengah-tengah kesesakan orang ramai yang lalu lalang dan hanya mempamerkan gelagat masing-masing apabila syiling dibaling di dalam bekas yang tersedia di depan.

Fenomena ini dapat dilihat di tempat yang menjadi tumpuan ramai. Antara kawasan termasuk di dataran berhampiran gereja Cathedral, di sepanjang La Rambla yang ibarat Petaling Streets atau Chow Kit di Malaysia.

Pemuzik dan penyanyi jalanan juga dilihat menjadikan lorong-lorong pejalan kaki sebagai tempat menunjukkan bakat mereka. Tidak dinafikan ada antara mereka yang betul-betul profesional dalam membuat persembahan untuk menyara hidup.

Suatu yang agak menarik, Barcelona, ibu kota Catalonia yang pernah ditakluk Arab tetapi jatuh semula ke tangan Kristian yang terus menguasainya hingga kini mempunyai kira-kira 1.6 juta penduduk.

Mereka terdiri daripada pekerja di sektor awam, perkilangan dan perniagaan. Kebanyakan pendatang dari Asia yang menguasai bidang perniagaan adalah orang Pakistan, India dan China. Tujuh puluh peratus daripada pendatang ini tinggal di El Raval dan mereka mengusahakan kedai runcit, pasar raya dan penjual daging halal.

La Rambla adalah antara pusat perniagaan mereka. Deretan restoran kebab atau Pita Shop dan kedai menjual cenderamata yang boleh tawar menawar di sepanjang La Rambla melambangkan perniagaan keturunan Asia itu. Mereka berbahasa Sepanyol dalam setiap urusan perniagaan. Bagaimanapun, urusan di kaunter masih dikuasai masyarakat tempatan.

Bangunan antik dengan ukiran menarik sudah mempesonakan pelancong. Antaranya Sagrada Familia dan Casa Museum Gaudi yang berkait rapat dengan arkited terkenal Antoni Gaudi.


PENULIS bersama seniman
jalanan, panglima besi.

Sagrada Familia yang dibina arkitek Martorell dan De Villar pada tahun 1882 tidak siap dan pembinaannya diambil oleh Gaudi pada 1891.

Dia melakukan pengubahsuaian mengikut cita rasanya dan selepas kematiannya pada 1926, bangunan itu terus terbengkalai hingga kini.

Pada asalnya bangunan itu adalah sebuah gereja tetapi kini ia hanya menjadi bangunan bersejarah yang menjadi tarikan pelancong di Barcelona.

Selain bangunan lama yang menggerunkan, pembangunan lain di Barcelona dibuat begitu terancang. Penduduknya bergerak bebas menggunakan pengangkutan awam termasuk bas, teksi dan tube bawah tanah. Penduduknya bebas bermotosikal dan berbasikal.

Tentu dangkal melihat orang ramai berbasikal di Kuala Lumpur tetapi tidak di Barcelona. Peluang itu masih ada di sana dan mereka bebas melakukan riadah itu tanpa gangguan lalu lintas.

Pada hujung minggu ramai berpesta bersama keluarga. Apa yang dapat penulis katakan, hubungan kekeluargaan masyarakat di sini masih utuh. Kita boleh lihat dari segi cara mereka melayan anak. Walaupun mempunyai anak kecil dan cuaca sejuk (7 Celsius) ketika ini, mereka masih berminat bersantai bersama keluarga.

Mungkin satu kebetulan, kunjungan penulis juga telah diserikan dengan pertunjukan tradisional masyarakat Catalonia iaitu perarakan patung dengan pelbagai kostum tradisi yang melambangkan masyarakat bangsawan hinggalah ke petani.

Ularia begitulah perayaan tahunan yang diadakan setiap bulan Februari. Perarakan patung yang digerakkan oleh anggota rombongan dan menari mengikut irama muzik berarak mengelilingi bandar raya itu. Penggerak patung akan bertukar ganti sehinggalah tamat di destinasi yang ditetapkan.

Di penghujung sambutan, satu pertunjukan memanjat benteng manusia diadakan. Pertunjukan ini disertai lelaki dan perempuan. Peserta paling muda antara usia empat dan 10 tahun ditugaskan memanjat benteng hingga ke puncak dan jika berjaya kanak-kanak itu akan mengangkat tangan tanda menang dan meluncur turun dan benteng manusia itu terlerai sedikit demi sedikit. Persembahan ini memerlukan kesepakatan dan perimbangan badan antara pesertanya.

Menurut seorang penduduk yang boleh berbahasa Inggeris, sepanjang pertunjukan ini diadakan, pasukan ambulans bersiap sedia jika menghadapi sebarang kemungkinan kecederaan.

Katanya, pernah berlaku pemanjat tergelincir dan tercedera, bagaimanapun ia tidak mematahkan semangat mereka untuk terus mewarisi permainan ini.

Bagi yang suka mengembara ke pinggir bandar, Montserrat kira-kira 35 kilometer dari Barcelona memberikan pandangan menarik. Puncak gunung berbatu setinggi 1,236 meter dari aras laut seolah-olah diukir manusia membawa anda untuk mendengar desiran angin kencang. Kalau tidak berpaut kuat, anda mungkin boleh diterbangkan. Kerana bimbang keadaan itu, pemandu yang membawa kami ke sana, Alex cepat-cepat meminta kami berlindung di dalam kereta saja.

Selain berkereta, pengunjung boleh menaiki kereta api bukit yang mengenakan bayaran 18 Euro. Pengunjung juga boleh menggunakan kereta kabel untuk meneroka keindahan bumi Barcelona. Gracias Siemens kerana menaja lawatan ke sana.

[ Last edited by  chumpon at 3-12-2006 10:55 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2006 09:26 PM | Show all posts
Semasa pertama kali saya melihat Sagrada Familia saya ingatkan Gaudi menggunakan tengkorak sebagai ilham membinanya. Bangunannya sememangnya nampak agak gothic dan suram.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2006 12:29 AM | Show all posts

PERJALANAN SOLO KE BARCELONA + MADRID.

Aku baru balik dr Barcelona dan Madrid,..sapa2 nak pergi kesana dalam masa terdekat, kalau ada pertanyaan  apa yang boleh aku jawab, aku jawab,..

Kali ni aku pergi secara berseorangan, mmg banyak cabaran yang terpaksa aku tempuhi. Ini adalah kali pertama aku akan jejak kaki ku ke Barcelona dan Madrid. Aku suppose to follow trip company aku ke Scotland dan London dgn wife aku, since aku dah biasa ke sana, aku suruh wife aku join dengan mereka.

Flight aku dr KL ke Singapore guna SIA 9.45pm delay 15 minute. Tambang dalam Rm 3900.Dari Singapore, disebabkan flight delay aku hanya ada 30 minute untuk nak catch flight ke  Barcelona, apa lagi terpaksalah  aku berjogging la kat Changi Airport jam 12 malam..

Perjalanan dr Singapore, Mereka akan stop dan  turunkan penumpang kat Milan dan perjalanan mengambil masa dalam 13 jam..Sampai di Milan pukul 7am (waktu kat sana) kami dikehendaki keluar dr pesawat 30 minute untuk operasi pembersihan flight. Perjalanan dan teruskan ke Barcelona dan ianya mengambil masa dalam  +-1 jam  10 minute.

Sebenarnya aku pergi pon dalam keadaan tergesa, saja nak release tension, jalan sorang sorang. Hotel lansung aku tak buat booking lagi. Sampai aje, terus aku ke station Metro untuk baca transportation SAsystem kat sana. Transportaion system mereka integrated sama macam kat Paris, London, rome dll, so atleast senang aku nak berjalan. Aku beli ticket 5 euro aku boleh pergi unlimited destinasi termasuk bus.

Without proper planning aku tak tahu mana nak pergi. Sambil aku bawak bag aku yang tak berat sangat dgn pakaian  ni , so aku jalan2 dan naik train sampai penat kaki

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2006 08:39 AM | Show all posts
Sagrada Familia yang dibina arkitek Martorell dan De Villar pada tahun 1882 tidak siap dan pembinaannya diambil oleh Gaudi pada 1891.

Dia melakukan pengubahsuaian mengikut cita rasanya dan selepas kematiannya pada 1926, bangunan itu terus terbengkalai hingga kini.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2006 08:41 AM | Show all posts
Sagrada Familia
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2006 08:42 AM | Show all posts
Sagrada Familia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2006 08:43 AM | Show all posts
Sagrada Familia
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2006 08:43 AM | Show all posts
Sagrada Familia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2006 08:44 AM | Show all posts
Sagrada Familia
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2006 08:45 AM | Show all posts
Sagrada Familia
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2006 08:46 AM | Show all posts
Sagrada Familia
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2006 08:47 AM | Show all posts
Sagrada Familia
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2006 08:48 AM | Show all posts
Sagrada Familia
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2006 08:56 AM | Show all posts
Sagrada Familia
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2006 08:57 AM | Show all posts
Sagrada Familia
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2006 08:57 AM | Show all posts
Sagrada Familia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2006 08:59 AM | Show all posts
Sagrada Familia
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2006 09:00 AM | Show all posts
Sagrada Familia
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2006 09:01 AM | Show all posts
Sagrada Familia
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2006 09:03 AM | Show all posts
Sagrada Familia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.070292 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list