CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cloud_hardcore

SILAT GAYONG

[Copy link]
Post time 7-1-2007 10:50 PM | Show all posts
gelanggang kat kelantan kat ner? pasai saya ni oghe kelate jugak....cumer dah nak masuk 7 tahun bermastautim di Sabah....hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-1-2007 11:34 PM | Show all posts

Reply #41 hairanaz's post

kt kltn byk....
kt p.pth ade...
kt melor der(tu dgn yg dipertua negeri gayong-ayah sor)
kt bachok ade
kt machang ade....kt kok lanas tu bru buke akademi gayong....
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2007 11:36 PM | Show all posts
owh..saya kenal la cikgu mansor tue.....

saya pernah berguru dengan PAk Jab...tu sebelum dia bukak silat dia sendiri..Gayong Tiga Kalimah...

pernah jumpa dgn beberapa anak murid cikgu mansor masa pegi tournament....Siti Khadijah (budak Machang and partner dia....lupe plak namer...hehehe....)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2007 03:47 AM | Show all posts

Reply #43 hairanaz's post

klu xsilap saya...saya knal kot siti khatijah tu....
pak jab pon knal ar gak tp knal gitu2 ar.....
jd chating lak....ff:
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2007 04:39 PM | Show all posts
Originally posted by cloud_hardcore at 8-1-2007 03:47 AM
klu xsilap saya...saya knal kot siti khatijah tu....
pak jab pon knal ar gak tp knal gitu2 ar.....
jd chating lak....ff:



arrghh......! hehehe....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2007 06:27 PM | Show all posts
sape yg tau perkembangan ttg gayong ni post ar erk...
de tournement ke...ape2 ke...
sbb aku skrg ni aktif ble blk kltn je...
tp blk jrg2...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-1-2007 06:31 PM | Show all posts

ASAL USUL SILAT GAYONG

Seni silat adalah sejenis ilmu bela diri yang diakui umum sebagai hak asli kepunyaan bangsa Melayu. Berdasarkan bukti penemuan tinggalan sejarah yang terdapat di Candi Borobudur dan Candi Prambanan di Jawa, dapatlah disimpulkan bahawa sudah wujud sistem bela diri di kawasan kepulauan Melayu pada abad ke-8 Masihi. Bermula dari kepulauan Riau, sistem bela diri ini dikatakan merebak ke Minangkabau, Sumatera. Di Sumatera, sistem bela diri ini diperhalusi lagi dan dikenal sebagai Pencak Silat. Ilmu silat ini pernah digunakan oleh kerajaan Srivijaya(abad ke-7 hingga abad ke-14) untuk memperluaskan empayarnya. Pada zaman kekuasaan Majapahit(abad ke-13 hingga abad ke-16), ilmu silat dikatakan telah mencapai kemuncak kesempurnaannya apabila penggunaan senjata disertakan.
Dari Minangkabau, silat diperkenalkan di Semenanjung Tanah Melayu melalui Melaka. Dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka, hanya golongan yang rapat dengan istana sahaja diberikan peluang untuk mempelajari silat. Seni silat ini akhirnya sampai ke pengetahuan rakyat jelata dan seterusnya menjadi suatu kesenian desa. Laksamana Hang Tuah(Bapa Persilatan Melayu) dikatakan mempelajari seni silat daripada Sang Adi Putera di Gunung Ledang dan Sang Persanta Nala di Pulau Jawa(Majapahit).
Asal-usul Silat Seni Gayong

Silat Seni Gayong dikatakan telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, iaitu sewaktu pemerintahan Sultan Mansor Syah. Selepas kejatuhan Melaka ke tangan Feringgi(Portugis) pada tahun 1511, hulubalang Melaka yang diketuai oleh Tun Biajid(anak Laksamana Hang Tuah) telah berundur ke dalam hutan dan seterusnya melakukan serangan gerila terhadap angkatan Portugis. Ilmu Silat Seni Gayong inilah yang telah digunakan oleh Tun Biajid dan orang-orangnya ketika menentang Portugis. Walaupun terpaksa berundur ke dalam hutan, hulubalang-hulubalang Melaka ini masih mampu menyusun suatu barisan penggempur (boleh disamakan dengan gerakan gerila) yang berpegang kepada tekad iaitu "berimau-rimau, berimba-rimba dan bergayong".


-bersambung-
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2007 06:31 PM | Show all posts
Disebabkan kedudukan Portugis terlalu kuat ketika itu, Tun Biajid dan orang-orangnya terpaksa berundur hinggalah ke negeri Pahang, untuk mencari perlindungan. Di Pahang, ilmu Silat Seni Gayong ini terus hidup diwarisi oleh generasi demi generasi sehinggalah sampai ke tangan Tuan Syed Zainal Al-Attas, iaitu seorang hulubalang Pahang yang hidup sezaman dengan Dato' Bahaman dan Mat Kilau.
Ada suatu kisah yang menceritakan bahawa pada zaman pemerintahan Portugis di Melaka, telah diadakan majlis keramaian tiap-tiap tahun yang dihadiri oleh segenap lapisan masyarakat. Pemerintah Portugis telah mengadakan suatu pertandingan seni persembahan budaya masyarakat setempat dan memberikan ganjaran yang besar kepada pemenangnya. Dalam kategori persembahan silat, pesilat yang menunjukkan persembahan yang dianggap membahayakan telah dikumpulkan setempat dan diasingkan daripada pesilat yang mempersembahkan silat pulut yang diiringi oleh bunyi-bunyian seperti gendang. Pesilat-pesilat yang membawakan silat yang berbahaya ini telah ditangkap secara sulit lalu dirantai dan dibawa ke tengah laut dengan perahu untuk dibunuh, kerana pemerintah Portugis bimbang bahawa mereka boleh mengancam kedudukan Portugis di bumi Melaka. Ketika berada di tengah laut, dengan izin Allah dan berkat ilmu Silat Seni Gayong, rantai yang mengikat hulubalang-hulubalang Melaka itu telah berjaya diputuskan, dan hulubalang-hulubalang Melaka ini telah melawan dan berjaya menumpaskan pengawal Portugis yang mengawal mereka. Oleh kerana bimbangkan keselamatan diri mereka ekoran daripada peristiwa itu, hulubalang Melaka ini telah mengambil keputusan untuk belayar ke merata-rata gugusan kepulauan Melayu untuk mencari perlindungan. Sesetengah daripada hulubalang Melaka ini telah mendarat di Makasar lalu menetap di situ. Di Makasar ini, ilmu Silat Seni Gayong telah berkembang dengan meluas, terutamanya di kalangan bangsawan Bugis. Orang-orang Bugis inilah yang bertanggungjawab menghidupkan semula kesenian lama ini di Tanah Melayu.

-bersambung-
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-1-2007 06:32 PM | Show all posts
Ada suatu riwayat yang masyhur berkenaan tujuh orang anak raja tanah Bugis yang sangat-sangat ditakuti dan dihormati di seluruh Makasar, Riau, Siak dan juga pulau-pulau yang berhampiran, kerana kegagahan dan keperkasaan mereka yang tiada tolok bandingnya ketika itu. Mereka telah belayar meninggalkan tanah Bugis dan menjelajah ke serata kepulauan Melayu untuk mencari kawasan penempatan yang baru. Salah seorang dari putera Bugis itu ialah Almarhum Daeng Kuning atau lebih dikenali sebagai Panglima Hitam. Daeng Kuning ialah moyang kepada Dato' Meor Abdul Rahman, Mahaguru Silat Seni Gayong. Syed Zainal mempelajari ilmu Silat Seni Gayong daripada Daeng Ambok Solok, seorang pahlawan berketurunan Bugis dan mempunyai tali persaudaraan dengan Daeng Kuning.

-tamat-
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2007 05:40 PM | Show all posts
Persilat yakin silat dipertanding di Guangzhou
Oleh Hussain Said

PERSEKUTUAN Pencak Silat Antarabangsa (Persilat) yakin sukan seni mempertahankan diri yang sudah merentasi dunia itu mampu membuat kemunculan sulung sebagai antara acara yang dipertandingkan dalam Sukan Asia Guangzhou pada 2010.


Timbalan Presiden Persilat, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata sebanyak sembilan pingat emas dicadangkan bagi ditawarkan dalam acara itu sekiranya silat diterima untuk dipertandingkan oleh tuan rumah, China dan Majlis Olimpik Asia (OCA).

Mohamad berkata, silat sepatutnya sudah dipertandingkan buat julung kali pada Sukan Asia Doha, bulan lalu tetapi masalah teknikal menyebabkan hasrat itu tidak kesampaian.

"Tuan rumah, Doha sebenarnya sudah bersetuju untuk menjadikan silat sebagai antara acara yang dipertandingkan tetapi kesilapan kami mendaftarkan Persekutuan Silat Asia menyebabkan ia ditolak oleh OCA.

"Jadi, kami melihat kesilapan itu sebagai satu pengajaran dan akan memastikan ia dipertandingkan buat julung kali di Sukan Asia Guangzhou nanti," katanya.

Mohamad yang juga Presiden Pesaka berkata, Persilat sudah merangka bagi melobi tuan rumah, China dan OCA bagi memastikan hasrat itu tercapai.

Katanya, pendekatan itu termasuk membantu menubuhkan persekutuan dan memperkembangkan silat di China dengan menghantar pegawai, jurulatih dan pesilat.

"Keanggotaan Persilat yang sudah dianggotai 31 negara termasuk Jepun, Korea Selatan diyakini mampu membantu kami mempengaruhi OCA supaya silat diterima buat pertama kali dalam Sukan Asia.

"Apa lagi, silat sudah dipertandingkan di peringkat Sukan Sea dan lebih berkembang berbanding kabbadi dan catur yang sudah dipertandingkan dalam temasya empat tahun sekali itu," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2007 07:11 AM | Show all posts
ASM.
..."Kaji Sejarah Gayong Baru tau ia Pusaka...kenal masa kan tak cinta, tahu masa kan tak pelihara...Pusaka adalah hak kita...rekaan hanya sementara..."
DMAR.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2007 12:17 AM | Show all posts

Reply #51 sikomeng's post

anak gayong?
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2007 02:33 AM | Show all posts
ASM.
aku nih tak ada apa-apa dalam Gayong ni Cloud, sapa lah hamba. Elok betul hang tulis pasal Gayong di sini, ramai orang boleh tau sejarah dan latar belakangnya, lebih-lebih lagi peranan Gayong dalam sejarah Tanah Melayu dari dulu sampai sekarang.

salam!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2007 02:43 AM | Show all posts

Reply #53 sikomeng's post

time kaseh sikomeng....
isyaallah warisan melayu akan berterusan....
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2007 05:56 PM | Show all posts
Baru upload demo yang baru dapat di
http://www.youtube.com/watch?v=nymv1CE4hCw
http://www.youtube.com/watch?v=ILbcTnvSD8I

dan sesaper nak beli vcd silat pegi sini

http://vcdsilat.blogspot.com/

Sekian Terima Kasih

[ Last edited by  tdpp2006 at 19-1-2007 06:00 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2007 08:26 PM | Show all posts

Reply #55 tdpp2006's post

trime kaseh tdpp....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-1-2007 12:58 PM | Show all posts

Salasilah

Darah yang mengalir di dalam batang tubuh Meor Abdul Rahman adalah darah Bugis yang diwarisi daripada Daing Kuning, seorang pendekar terbilang pada penghujung abad ke-18. Daing Kuning atau lebih dikenali dengan gelaran Panglima Hitam adalah salah seorang daripada tujuh beradik anak raja Bugis berasal dari Makasar, Sulawesi, yang sangat-sangat ditakuti dan dihormati di seluruh Makasar, Riau, Siak dan juga pulau-pulau Melayu yang berhampiran, kerana kegagahan dan keperkasaan mereka yang tiada tolok bandingnya ketika itu. Ketujuh-tujuh beradik ini, Daing Jalak, Daing Celak, Daing Merawak, Daing Mempawah, Daing Telani, Daing Pelangi dan Daing Kuning telah belayar meninggalkan tanah Bugis untuk mencari tapak penghidupan baru. Mereka telah menjelajah ke serata kepulauan Melayu bagi mencari kawasan penempatan yang sesuai menurut firasat masing-masing. Dalam tahun 1813, anak-anak Raja Bugis ini telah mendarat di Kuala Larut. Tempat persinggahan mereka dikenali sebagai Pangkalan Alur atau Relur Tujuh(kini dikenali sebagai Ayer Kuning). Hanya Daing Kuning yang terus menetap di Relur Tujuh dan bertapa di situ(gua tempat pertapaan Daing Kuning masih lagi wujud dan terletak di Bukit Larut). Saudara-saudara Daing Kuning yang lain telah meneruskan pelayaran dan berpecah ke seluruh Tanah Melayu, mengikut firasat masing-masing. Daing Kuning terkenal dengan kemahirannya bermain senjata sundang lipas. Kedatangan orang-orang Bugis ke Tanah Melayu ini telah memperkuatkan struktur kesultanan Melayu. Melalui bantuan kuasa Bugis, ketuanan raja-raja Melayu telah dapat dinobatkan kembali.
Hasil perkongsian hidup Daing Kuning dengan seorang puteri Raja Pattani, beliau telah dikurniakan seorang putera yang kemudiannya dikenali dengan panggilan Penghulu Che
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2007 12:48 AM | Show all posts

Reply #57 cloud_hardcore's post

hi
Mengenai Daeng Kuning. Dia pernah digelar Panglima Hitam sila baca buku Sejarah Perak ada sikit pasal ni. Dia pernah berlawan dengan Daeng Sedili Pajung Luwuk (sebab tak kenal memulanya). Setelah berkenalan (kata member sebab keris keduanya dari Bugis dan dapati sebenarnya mereka sepupu). Daeng Sedili / Selili dilantik Sultan Perak menjadi mufti pertama Perak dengan gelaran Pancung Tidak Bertanya. Makam ada di Kampung Padang Changkat belakang Istana Iskandariah.

Silat dibawa oleh Daeng Sedili dipanggil Silat Seni Cula Si iManjakini sempena pedang Cura Si Manjakini warisan dari kerajaan Melaka.

[ Last edited by  tdpp2006 at 21-1-2007 12:50 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2007 06:05 PM | Show all posts

Zaman Kanak-kanak

Sewaktu bonda beliau melahirkannya, ada benda yang seakan-akan cacing tetapi panjang(ular?)keluar mengiringi kelahirannya. Ayahanda beliau mengambil cacing tadi lalu menyimpannya di dalam tempurung kelapa. Pada malamnya, bonda beliau telah bermimpi diberitahu oleh suara ghaib supaya melepaskan cacing(ular?) tersebut ke laut melalui Teluk Kertang dekat Matang. Seminggu kemudian bonda beliau bermimpi lagi, kali ini suara ghaib menasihati beliau agar janganlah risau tentang cacing tersebut. Cacing itu adalah kembar anakanda Meor Abdul Rahman. Ia sebenarnya adalah naga "di lautan sana bercula tujuh, di lautan sini bercula se(satu)". Mengikut kata bondanya juga, itu adalah tanda yang Meor Abdul Rahman akan menjadi seorang pendekar besar pada suatu masa kelak.
Semasa kecilnya, Meor Abdul Rahman memang seorang anak yang nakal dan tahan lasak. Kenakalan beliau ini menyebabkan beliau sering menjadi mangsa rotan ayahandanya. Ayahandanya memang seorang yang garang dan bengis. Kerana kenakalannya inilah menyebabkan beliau lebih menonjol daripada adik-beradiknya yang lain. Beliau juga lebih rapat dengan bondanya kerana bondanyalah yang sering mempertahankan tindakan Meor Abdul Rahman apabila ayahandanya ingin menghukum kenakalannya. Pernah suatu ketika, Meor Abdul Rahman telah melarikan diri kerana dikejar oleh ayahandanya Daing Uda Mohd.Hashim. Meor Abdul Rahman telah menyorok di dalam tong dram berisi air dan berpenutup. Dari dalam tong dram tersebut beliau telah memasang telinga mencuri-curi dengar perbualan di antara ayahanda dan bondanya. Setelah puas mencari Meor Abdul Rahman di serata kawasan rumahnya, Uda Mohd.Hashim lalu dimarahi oleh Sharifah Aluyah kerana bertindak terlalu garang terhadap Meor Abdul Rahman sehingga menyebabkan Meor Abdul Rahman "hilang" dari rumah. Uda Mohd.Hashim lalu berkata,"Saya bukannya tidak sayangkan Man tu. Siapa yang tidak sayangkan anak? Cuma Man tu degil sedikit berbanding anak-anak yang lain. Sebab itulah saya terpaksa merotannya untuk mengajar(mendisiplinkan) dia..." Sebaik sahaja mendengar penjelasan ayahandanya tersebut, Meor Abdul Rahman pun bingkas keluar dari tempat persembunyiannya di dalam tong air dan berlari mendapatkan ayahandanya. "Man di sini ayah! Man di sini ayah!..." jerit Meor Abdul Rahman. Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, sebaik sahaja kelibat Meor Abdul Rahman dilihat oleh Uda Mohd.Hashim, Uda Mohd.Hashim lalu merotan Meor Abdul Rahman, sebagai usaha untuk mendisiplinkan anakandanya tersebut.
Kenakalan Meor Abdul Rahman diperhatikan setiap masa oleh datuknya Engku Syed Zainal Al-Attas. (Meor Abdul Rahman bersekolah di Sekolah Melayu Taiping dan di English School Kamunting di Taiping, sehingga ke peringkat Junior Malay Class. Di sekolah menengah, Meor Abdul Rahman aktif dalam persatuan berpakaian seragam, iaitu pengakap. Beliau sering mengikuti jambori pengakap yang diadakan di negeri Perak. Selepas tamat Junior Malay Class, Meor Abdul Rahman kemudian menyambung persekolahannya di Government Trade School di Ipoh). Syed Zainal dapat melihat secara firasat bahawa suatu masa nanti Meor Abdul Rahman akan mewarisi ilmu kependekaran yang ada padanya.
Walaupun beliau dilahirkan di tengah-tengah keluarga berdarah pendekar, ini tidak bermakna beliau sudah mempunyai kekuatan luar biasa serta ilmu persilatan yang tinggi. Disebabkan "darah pendekar" yang diwarisinya itu beliau kerap menjadi mangsa buli rakan-rakannya di sekolah, yang sengaja mahu menguji tahap keilmuannya dalam dunia persilatan. Setiap hari beliau akan dibuli, diherdik, diugut dan kadangkala dibelasah kerana kawan-kawannya menyangka beliau kebal seperti datuknya yang terkenal sebagai pendekar terbilang.
Beliau pernah dibelasah oleh 7-8 orang rakan-rakannya. Walaupun beliau belum mempelajari silat lagi pada ketika itu, beliau sering menang dalam setiap perkelahian yang dicetuskan oleh rakan-rakannya tersebut. Walaupun demikian, kerana sering sahaja dibuli, Meor Abdul Rahman seolah-olah patah semangat untuk meneruskan persekolahannya akibat tindak tanduk rakan-rakannya itu. Beliau mengadu kepada bondanya, Sharifah Aluyah mengenai sikap rakan-rakannya itu serta niatnya untuk berhenti sekolah jika hasratnya untuk mempelajari silat tidak ditunaikan. Walaupun datuknya, Syed Zainal itu seorang pendekar terbilang, malah saban hari ramai yang datang berguru, namun Meor Abdul Rahman tidak pernah diberi peluang untuk sama-sama belajar. Beliau terpaksa menyorok di bawah rumah mengintai datuknya bercerita tentang silat kepada anak-anak muridnya. Ibunya bersetuju untuk menyampaikan permintaan Meor Abdul Rahman kepada datuknya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2007 01:00 AM | Show all posts

Berguru dengan Syed Zainal Al-Attas

Ketika umur Meor Abdul Rahman dua belas tahun barulah beliau berpeluang berguru dengan datuknya iaitu Syed Zainal yang ketika itu sudah menjangkau ke usia 100 tahun lebih.
Segala ilmu dan petua Silat Seni Gayong diperturunkan satu persatu oleh Syed Zainal Al-Attas. Hari berganti minggu, bulan berganti tahun. Silat Seni Gayong semakin sebati dalam diri Meor Abdul Rahman. Segala sepak tendang orang bersilat ditempuhi dengan hati yang tabah.
Meor Abdul Rahman belajar Silat Seni Gayong bersama-sama 40 orang rakannya di Kampung Pokok Assam, Taiping. Keluarga beliau berpindah ke Kampung Pokok Assam ketika usia beliau kira-kira sepuluh tahun.(Menurut Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman, kekandanya Meor Abdul Aziz tidak ikut sama mempelajari silat kerana beliau lebih gemarkan aktiviti bermotosikal - memiliki tiga buah motosikal).
Setelah tiga tahun berguru dengan Syed Zainal,kesemua rakan-rakannya kecuali beliau seorang telah dikhatamkan oleh Syed Zainal. Meor Abdul Rahman begitu kecewa dengan sikap datuknya yang tidak mengkhatamkan dirinya seperti rakan-rakannya yang lain. Beliau telah menjadi mangsa ejekan rakan-rakannya, sehingga digelar "buah yang tidak masak". Beliau tidak tahu sampai bilakah datuknya akan "menggantungnya secara tidak bertali". Beliau lantas mengadu kepada bondanya. Kerana rasa kasih terhadap anakandanya tersebut, Sharifah Aluyah lalu bersemuka dengan ayahandanya Syed Zainal dan bertanyakan ayahandanya itu mengapa Meor Abdul Rahman tidak dikhatamkan sebagaimana rakan-rakannya yang lain. Sharifah Aluyah sanggup menawarkan seekor kambing untuk disembelih sebagai syarat untuk Meor Abdul Rahman dikhatamkan. Walau bagaimanapun, permintaan Sharifah Aluyah tidak dapat dipenuhi oleh Syed Zainal. Menurut Syed Zainal, beliau tidak boleh mengkhatamkan cucunya tersebut kerana masanya belum tiba lagi. Apabila masanya tiba kelak, Meor Abdul Rahman pasti akan dikhatamkan walaupun bukan oleh beliau,datuknya. Menurut firasat Syed Zainal, cucunya Meor Abdul Rahman akan dikhatamkan oleh orang ghaib di suatu tempat yang terletak di sempadan Siam - Tanah Melayu. Syed Zainal menyuruh Sharifah Aluyah menasihatkan Meor Abdul Rahman supaya menunggu sahaja ketibaan masa pengkhataman tersebut.
Penjelasan bondanya tersebut sedikit-sebanyak telah melegakan hati Meor Abdul Rahman, namun dia terus menanti-nanti masa yang disebutkan oleh datuknya itu. Ketika usianya sembilan belas tahun, beliau sudah pun mahir dalam segala aspek ilmu persilatan dan adat istiadat Silat Seni Gayong ini. Sebagai seorang anak muda yang sedang naik, Meor Abdul Rahman sering sahaja terlibat dalam peristiwa beradu tenaga dan sentiasa pula dapat menewaskan lawannya tersebut.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 02:10 PM GMT+8 , Processed in 0.092952 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list