CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 28386|Reply: 46

Ketua-ketua Polis Negara Malaysia

[Copy link]
Post time 29-11-2006 04:12 PM | Show all posts |Read mode
Tadi surf kat web PDRM, then klik kat bahagian KPN tuh..
kuarlah senarai2 KPN yang terdahulu hingga kini.

ada dicatatkan profile ttg mereka, secara ringkasnya.

dan rasanya ada banyak sejarah yang berlaku time dorang dulu, tapi tak lah ditulis secara detail kat profile tuh.

so, teringin nak tahu apa sejarah2 penting yang pernah terjadi waktu mereka memegang jawatan KPN ni dulu;

tima kasih kerana berkongsi.


rujukan;

link: http://www.rmp.gov.my/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-11-2006 04:13 PM | Show all posts
Ketua Polis Negara Pertama



TAN SRI SIR CLAUDE FENNER

Tan Sri Sir Claude Fenner dilahirkan pada 6 Januari 1916 di London dan merupakan Ketua Polis Negara yang pertama dan berkhidmat di antara 18 September 1958 hingga 28 Februari 1966. Antara cawangan yang pernah dikhidmati :-

    *      Cawangan Trafik Kuala Lumpur
    *      Ketua Polis Daerah, Teluk Intan, Kinta, Tronoh
    *      ASP Sikh Kontinjen Negeri-Negeri Selat
    *      1945 bertugas dengan Pentadbiran Tentera British (British Military Administration) berpangkat Leftenan Kolonel semasa menumpaskan MPAJA
    *      Ketua Polis Johor tahun 1955
    *      Dipinjamkan ke Jabatan Perdana Menteri sebagai Pemangku Timbalan Setiausaha Keselamatan dan Perisikan pada 1958
    *      2 Jun 1958 dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis
    *      18 September 1958 hingga 1966 sebagai Pesuruhjaya Polis Persekutuan Tanah Melayu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2006 04:15 PM | Show all posts


TUN MOHAMED SALLEH ISMAEL

Tun Mohamed Salleh bin Ismael dilahirkan pada 7 Julai 1917 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Beliau dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang kedua pada 29 Mac 1966. Merupakan anak Melayu pertama menjawat jawatan tertinggi di dalam Pasukan Polis.  Usaha gigih beliau telah melahirkan 'Sistem Salleh', di samping Pasukan Kadet Polis dan Pasukan Sukarelawan Polis. Beliau meninggal dunia pada 31 Januari 1973. Antara jawatan yang pernah disandang :

    *      Menjadi Setiausaha Polis Persekutuan kepada Pesuruhjaya Polis pada 31 Ogos 1957
    *      Timbalan Pesuruhjaya Polis pada 1 April 1961 - 31 Mac 1962
    *      Pengarah Hal Ehwal Polis pada 1 April 1962 - 12 Julai 1962
    *      Pesuruhjaya Polis Persekutuan Tanah Melayu pada 13 Julai 1962 - 8 Februari 1966
    *      Ketua Polis Negara pada 29 Mac 1966 - 31 Januari 1973
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2006 04:16 PM | Show all posts


TAN SRI ABDUL RAHMAN BIN HASHIM

Tan Sri Abdul Rahman bin Hashim dilahirkan pada 17 Julai 1925 di Yan, Kedah. Beliau dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang ketiga pada 1 Februari 1973. Kematian tragisnya angkara anasir subversif pada 7 Jun 1974. Antara jawatan yang pernah disandang :-

    *      Ketua Polis Daerah Baling - Januari 1948
    *      Pegawai Penyiasat Jenayah di Kajang (Insp.) - Mei 1949
    *      Ketua Polis Daerah Kulai, Johor - Januari 1952
    *      Kursus JSJ selama 3 bulan di Mill Mecee Stafford, United Kingdom. Kembali dan bertugas di Cawangan Khas Kuala Lumpur - April 1953
    *      Kursus di Rynston on Dunsmore atau Bramshill Police Colege, United Kingdom - September 1957
    *      Ketua Cawangan Khas Pulau Pinang - 1960
    *      Timbalan Pengarah Cawangan Khas - 1963
    *      Pengarah Cawangan Khas - 1971
    *      Timbalan Ketua Polis Negara - Januari 1972
    *      Ketua Polis Negara pada 1 Februari 1973 sehingga tarikh kematiannya pada 7 Jun 1974


* nak tahu kisah yang tanda bold tuh. TQ
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2006 04:18 PM | Show all posts
Ketua Polis Negara Ke 4


TUN MOHAMMED HANIF BIN OMAR

Tun Mohammed Hanif bin Omar dilahirkan pada 16 Januari 1939 di Teluk Intan, Perak. Dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang keempat pada 8 Jun 1974.  Antara jawatan yang pernah disandang :-

    *      Pegawai Penyiasat Melaka Tengah - April 1960
    *      Penolong Ketua Polis Daerah Jasin, Melaka - 20 November 1960
    *      Penolong Pegawai Penjaga Siasatan Jenayah (Selatan) Pahang - 2 Disember 1960
    *      Pegawai Turus Cawangan Khas, Bukit Aman, Kuala Lumpur - 16 Januari 1962
    *      Pegawai Turus Cawangan Khas Selangor - 8 Ogos 1966
    *      Ketua Polis Daerah Ipoh, Perak - 20 Julai 1967
    *      Ketua Pegawai Turus (Polis) Majlis Gerakan Negara - 18 Mei 1969
    *      Ketua Cawangan Khas Selangor - 20 Disember 1969
    *      Ketua Polis Melaka - 7 September 1970
    *      Ketua Polis Selangor - 6 Disember 1971
    *      Pengarah Cawangan Khas  - 31 Januari 1973
    *      Timbalan Ketua Polis Negara - 1 Februari 1973
    *      Ketua Polis Negara - 8 Jun 1974 hingga 15 Januari 1994
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2006 04:19 PM | Show all posts
Ketua Polis Negara Ke 5


TAN SRI ABDUL RAHIM BIN MOHD. NOOR

Tan Sri Abdul Rahim bin Mohd. Noor dilahirkan pada 6 Jun 1943 di Serkam, Melaka. Beliau dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang kelima pada 16 Januari 1994. Antara jawatan yang pernah disandang :-

     *      Pegawai Personel Cawangan Pentadbiran Bukit Aman - 9 Februari 1970
    *      TPP Perkhidmatan Pentadbiran Bukit Aman - 1 Disember 1973
    *      Supt. Perjawatan Pentadbiran Bukit Aman - 1 Oktober 1975
    *      PP Tatatertib Pentadbiran Bukit Aman - 18 April 1977
    *      Ketua Polis Daerah Pentadbiran Melaka Tengah - 28 Disember 1977
    *      Komandan Latihan/Maktab Polis, Kuala Kubu Bharu - 18 Januari 1979
    *      Penolong Pengarah Pentadbiran/Pengurusan - 1 September 1981
    *      Pegawai Turus Cawangan Khas Bukit Aman - 3 Januari 1984
    *      Ketua Polis Negeri Selangor - 21 Julai 1984
    *      Pesuruhjaya Polis Sabah - 27 November 1985
    *      Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman - 20 Januari 1986
    *      Timbalan Ketua Polis Negara - 14 Jun 1989
    *      Ketua Polis Negara - 16 Januari 1994


* he he he yang nih tau...kes apa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-11-2006 04:21 PM | Show all posts
Ketua Polis Negara Ke 6


TAN SRI NORIAN MAI

Tan Sri Norian Mai dilahirkan di Hilir Perak pada 5 November 1946. Mula menceburkan diri dalam pasukan polis sebagai Kadet Penolong Penuasa Polis pada 8 November 1969. Pada 6 Julai 1997, Tan Sri Norian Mai telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara, dan seterusnya menjadi Ketua Polis Negara keenam pada 8 Januari 1999, menggantikan Tan Sri Rahim Noor. Antara jawatan yang pernah disandang :-

    *      Latihan - 8 September 1969
    *      ASP Pencegahan Jenayah - 9 Februari 1970
    *      Pegawai Penyiasat - 2 Januari 1971
    *      Ketua Polis Daerah Jasin - 3 Januari 1972
    *      TPP Latihan Bukit Aman - 16 Februari 1976
    *      Ketua Polis Daerah Brickfields - 11 Oktober 1980
    *      Ketua Polis Daerah Petaling Jaya - 1 Disember 1982
    *      Ketua Polis Terengganu - 31 Disember 1984
    *      Ketua Polis Terengganu - 31 Ogos 1986
    *      PT E2 Cawangan Khas - 14 Januari 1987
    *      Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman - 21 Jun 1990
    *      Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman - 17 Februari 1991
    *      Ketua Polis Selangor - 31 Disember 1992
    *      Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman - 1 Januari 1994
    *      Timbalan Ketua Polis Negara - 6 Mei 1997
    *      Ketua Polis Negara - 8 Januari 1999
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2006 04:22 PM | Show all posts
Ketua Polis Negara Ke 7


Tan Sri Mohd. Bakri Hj. Omar

Tidak ramai yang mengenali beliau sebelum ini, kerana beliau sering dikatakan sebagai 'low profile', walaupun jawatan yang dipegangnya sebelum ini merupakan jawatan-jawatan penting.

Walau bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini, namanya disebut-sebut bukan sahaja di kalangan warga PDRM, malahan di kalangan orang ramai.

Beliau ialah Tan Sri Mohd. Bakri Hj. Omar, Ketua Polis Negara yang menggantikan Tan Sri Norian Mai yang bersara hari ini, 5 November 2003. Beliau dikenali sebagai seorang pegawai kanan polis yang amat tegas dan menitikberatkan disiplin di kalangan pegawai dan anggota bawahannya. Ciri-ciri kepimpinan ini telah mendatangkan rasa gerun dan hormat seluruh warga PDRM terhadapnya; di kalangan ahli masyarakat, mereka melihat beliau secara positif, iaitu sebagai pemimpin pasukan yang mampu berbuat sesuatu, khususnya dalam membimbing PDRM menurut aspirasi masyarakat.

Tan Sri Mohd Bakri dilahirkan pada 10 September 1948 di Manjung, Perak.

Dengan berbekalkan kelulusan Sarjana Sastera, beliau telah memulakan perkhidmatan beliau sebagai Kadet Asisten Superintenden pada 1 Januari 1971, dan seperti kebanyakan pegawai lain, telah menjalani latihan asas kepolisan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL).

Beliau  memegang beberapa jawatan 'command post' yang penting, di antaranya:-

    * Ketua Polis Daerah Mersing (1972 - 1973)
    * Ketua Polis Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang (1974 - 1977)
    * Ketua Polis Daerah Petaling Jaya (1987 - 1988)
    * Timbalan Komandan Maktab Pegawai Kanan Polis, Kuala Kubu Bahru (1984 - 1986)
    * Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur (1988 - 1990)
    * Pesuruhjaya Polis Sabah (1994)
    * Ketua Polis Kedah (1996 - 1997)
    * Ketua Polis Kuala Lumpur (1997-1998)
    * Ketua Pengarah Agensi Dadah Kebangsaan (1998 - 1999)
    * Pengarah Pengurusan (1999 - 2002)
    * Timbalan Ketua Polis Negara (2002 - 2003)

Sebagai seorang pegawai kanan yang berpengalaman, beliau juga memiliki segala ilmu yang mencukupi bagi memikul tugas dan tanggungjawab sebagai Ketua Polis Negara. Beliau telah mengikuti kursus-kursus penting seperti 'Hostage Negotiation Technic', 'Terrorism' dan Airport Security Management.

Seperti kesemua Ketua Polis Negara sebelum ini, beliau juga merupakan lepasan Royal College of Defence Studies, United Kingdom.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-11-2006 04:23 PM | Show all posts

Sekarang....



Tan Sri Musa Bin Dato' Hj. Hassan


YDH Tan Sri Musa dilahirkan pada 13 September 1951 di Kuala Lumpur. YDH Tan Sri Musa Bin Dato' Hj. Hassan telah dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 12 September 2006. Beliau merupakan Ketua Polis Negara yang ke lapan menggantikan Tan Sri Mohd Bakri Bin Hj. Omar yang bersara pada 11 September 2006. Beliau dikenali sebagai seorang pegawai kanan polis yang amat tegas dan menitikberatkan disiplin di kalangan pegawai dan anggota bawahannya dan sangat berterus terang tentang strategi dan stail pengurusannya untuk mencapai matlamat.

Ciri-ciri kepimpinan ini telah mendatangkan rasa gerun dan hormat seluruh warga PDRM terhadapnya; di kalangan ahli masyarakat, mereka melihat beliau secara positif, iaitu sebagai pemimpin pasukan yang mampu berbuat sesuatu, khususnya dalam membimbing PDRM menurut aspirasi masyarakat.

Beliau melihat tugas besar yang harus ditanganinya segera ialah mengurangkan kadar jenayah dan seterusnya mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap soal keselamatan untuk memperkasakan semula pasukan Polis Diraja Malaysia. Amanat beliau " Bekerjalah dengan ikhlas, jujur dan amanah. Buat kerja dengan betul dan bantu saya ".

Rekod Perkhidmatan YDH Tan Sri Musa Bin Dato' Hj. Hassan.

1969    -Insp. Pelatih.
             Di Maktab Polis Kuala Bubu Bahru.
1970    -Insp. Siasatan Khas.
             Di IPD. Melaka Tengah.
1973    -Pegawai Pendakwa.
              Di IPD. Alor Gajah, Melaka.
1975    -PT Rekod / Perangkaan CAD
             JSJ. Bukit Aman.
1981    -PPP Bah. 'A'
             Narkotik, Bukit Aman.
1985    -PPP Pakar Bantuan Teknik CAD.
             JSJ. Bukit Aman.
1986    -PPP Sekolah Undang-Undang.
             Maktab Polis Kuala Kubu Bahru.
1988    -Timbalan Ketua Sekolah Perundangan.
             Maktab Polis Kuala Lubu Bahru.
1991    -Pegawai Latihan B1.
             Cawangan Latihan, Jabatan Pengurusan, Bukit Aman.
1992    -PP Latihan (Peperiksaan).
             Cawangan Latihan, Jabatan Pengurusan, Bukit Aman.
1995    -Penolong Pengarah Pendakwaan / Undang-Undang.
             JSJ. Bukit Aman.
2000    -Timbalan Pengarah II.
              JSJ. Bukit Aman.
2001    -Timbalan Pengarah I.
              JSJ. Bukit Aman.
2003    -Ketua Polis Johor.
2004    -Pengarah JSJ.
              Bukit Aman.
2005    -Timbalan Ketua Polis Negara
2006    -Ketua Polis Negara.


Sebagai seorang pegawai kanan yang berpengalaman, beliau juga memiliki segala ilmu yang mencukupi bagi memikul tugas dan tanggungjawab sebagai Ketua Polis Negara.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2006 04:58 PM | Show all posts
bakri omar mcm tak byk sangat menda2 berlaku zaman die, n sejak zaman die lagi, musa hassan lagi menyerlah.

hanif omar pengerusi maxis ker ape,kan...proxy.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2006 05:22 PM | Show all posts
yang nombor ekor tuh..

er er er

:pmuka:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2006 05:33 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 29-11-2006 04:19 PM
Ketua Polis Negara Ke 5


TAN SRI ABDUL RAHIM BIN MOHD. NOOR

Tan Sri Abdul Rahim bin Mohd. Noor dilahirkan pada 6 Jun 1943 di Se ...




Rahim letak jawatan -- Mengambil tanggungjawab penuh ke atas kecederaan Anwar

ABDUL RAHIM NOOR
--------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR 7 Jan. - Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor hari ini mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa esok sebagai mengambil tanggungjawab penuh terhadap kecederaan yang dialami oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa dalam tahanan polis.

Dalam kenyataan ringkas tiga perenggan yang dikeluarkan oleh Bahagian Perhubungan Awam, Bukit Aman hari ini, Abdul Rahim berkata, beliau membuat keputusan itu berikutan kenyataan akhbar Peguam Negara pada 5 Januari mengenai siasatan polis.

Tan Sri Mohtar Abdullah dalam kenyataannya Selasa lalu, mengesahkan sebahagian daripada kecederaan yang dialami oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditahan di lokap Bukit Aman, 20 September lalu berpunca daripada perbuatan polis.

Abdul Rahim, 56, berkata: ''Saya, sebagai Ketua Polis Negara, Polis Diraja Malaysia mengambil tanggungjawab penuh di atas perkara-perkara yang dirujukkan itu.

''Oleh yang demikian, saya telah mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan saya sebagai Ketua Polis Negara berkuat kuasa esok, 8 Januari 1999.''

Abdul Rahim mengambil alih teraju Polis Diraja Malaysia (PDRM) daripada Tan Sri Haniff Omar (kini Tun) pada 16 Januari 1994.

Beliau yang memulakan kerjaya sebagai Kadet Penolong Penguasa (K/PPP) pada 8 September 1969 sepatutnya bersara sebagai Ketua Polis Negara pada 5 Jun tahun lalu.Bagaimanapun, perkhidmatannya disambung secara kontrak tahunan.

Satu perbarisan perpisahan untuk memberi penghormatan kepada Abdul Rahim akan diadakan di Bukit Aman, pagi esok.

Belum ada pengumuman mengenai siapakah pengganti Abdul Rahim. Bagaimanapun difahamkan, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai dijangka memangku jawatan KPN sebelum pengumuman rasmi mengenainya dibuat.

Peletakan jawatan Abdul Rahim juga dijangka membawa kepada rombakan di peringkat pegawai-pegawai kanan PDRM.

Dalam kenyataan enam halaman yang dikeluarkan oleh Peguam Negara kelmarin, Mohtar membuat kesimpulan berikut: ''Saya berpendapat PDRM adalah bertanggungjawab sepenuhnya di atas kecederaan Anwar semasa beliau ditahan di dalam tahanan sah polis.''

Bagaimanapun, kata Mohtar, siasatan yang dijalankan itu masih belum menyeluruh dan oleh itu ia belum dapat mengenal pasti siapa yang bertanggungjawab di atas kecederaan berkenaan.

Dalam kenyataan itu juga, Mohtar menyebut bahawa pernyataan daripada sembilan pegawai kanan polis termasuk Abdul Rahim diperlukan untuk membantu siasatan.

Fail siasatan polis antara lain mengandungi pernyataan-pernyataan yang dirakamkan di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah daripada 67 orang saksi iaitu Anwar, tiga orang doktor yang telah memeriksa Anwar dan 63 anggota polis yang terlibat dalam operasi penangkapan beliau di rumahnya serta penahanannya di Bukit Aman.

Anwar yang ditahan pada 20 September di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) muncul dengan kesan lebam pada sebelah mata kirinya ketika dihadapkan ke mahkamah, sembilan hari kemudian.

Abdul Rahim anak kelahiran Jasin, Melaka, adalah antara KPN yang paling disenangi oleh anak-anak buahnya kerana sikapnya yang memperjuangkan hak anggota polis terutama dari segi kemudahan seperti perumahan dan kebajikan.

Dalam pimpinannya juga elaun perumahan anggota-anggota polis lain-lain pangkat dinaikkan pada tahun 1994.

Sepanjang perkhidmatannya, Abdul Rahim pernah bertugas sebagai Ketua Polis Melaka Tengah pada 1977, Penolong Pengarah Perjawatan di Jabatan Pengurusan PDRM selama tiga tahun sejak 1981, Ketua Polis Selangor pada 1984 dan Pesuruhjaya Sabah selama dua bulan pada 1985.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas selama 41 bulan sebelum memegang jawatan Timbalan Ketua Polis Negara pada 14 Jun 1989.

Sementara itu, Norian semasa dihubungi enggan mengulas peletakan jawatan Abdul Rahim dan kedudukan beliau sendiri (Norian) sama ada akan dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baru.

Norian, 53, pula adalah anak kelahiran Hilir Perak, Perak.

Beliau adalah rakan pelatih Abdul Rahim yang sama-sama menamatkan latihan Kadet Penolong Penguasa Polis pada 8 Jun 1969.

Berkelulusan Sarjana Muda Sastera dan Diploma Pentadbiran Awam, Norian sebelum ini bertugas sebagai Pengarah Cawangan Khas sebelum dilantik menggantikan Tan Sri Samsuri Arshad yang bersara pada 6 Mei 1997.

Sementara itu, para pemberita berkumpul di luar rumah Abdul Rahim di Taman Tun Dr. Ismail, Damansara dengan harapan untuk mendapatkan kenyataan lanjut daripada beliau.

Beberapa pegawai polis dilihat memasuki rumah itu.

Oleh: MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan AZIAN ABDUL AZIZ

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2006 05:38 PM | Show all posts
yang mati kene tembak komunis kat KL tuh saper

[ Last edited by  HangPC2 at 29-11-2006 05:47 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2006 05:39 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 29-11-2006 04:19 PM
Ketua Polis Negara Ke 5


TAN SRI ABDUL RAHIM BIN MOHD. NOOR

Tan Sri Abdul Rahim bin Mohd. Noor dilahirkan pada 6 Jun 1943 di Se ...


Bila tinguk gambar Rahim Noor ni teringat aku mamak warong roti canai di Serkam Melaka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2006 05:39 PM | Show all posts
sambung skit lagi

Sepanjang perkhidmatannya, Rahim terlibat dalam pelbagai isu penting yang berkaitan dengan keselamatan negara. Banyak isu kontroversi muncul.

Ini termasuklah peletakan senjata oleh Parti Komunis Malaya (PKM), isu pengharaman Al-Arqam, kebanjiran pendatang asing tanpa izin, penyalahgunaan dadah, jenayah kolar putih dan rasuah bola sepak.

Rahim juga dibebani dengan tanggungjawab untuk membersihkan imej polis daripada dakwaan rasuah atau bebiri hitam dan disiplin anggota-anggota polis.

Polis mengamuk dan menembak orang awam serta pelbagai kesalahan yang dilakukan polis terpaksa dihadapi oleh Rahim.

Pada masa yang sama, Rahim juga tidak lupa kepada isu-isu kebajikan anggota polis yang meliputi kenaikan gaji dan masalah perumahan.

Sikap prihatinnya terhadap kebajikan kakitangan bawah terutama dalam penyediaan rumah menyebabkan beliau diterima dengan baik. Ada yang melihatnya mempunyai perwatakan bengis tetapi sebenarnya seorang yang tegas dan masih bersedia mendengar pelbagai masalah kakitangan serta masyarakat seluruhnya.

Beliau juga mengamalkan sikap ''kurangkan bercakap'' dan ''banyakkan bekerja'' dengan mengambil pendekatan ''kurangkan berkokok, banyakkan bertelur''. Salah satu konsep yang diperkenalkan oleh Rahim ialah bekerja dengan Cepat dan Betul, tema perayaan Hari Polis pada 1995 yang masih kekal menjadi pegangan polis sehingga hari ini.

Menyingkap kembali kejayaannya, Rahim semasa menjadi Timbalan Ketua Polis Negara, dan Rashid Maidin adalah dua orang utama yang memainkan peranan penting sehingga membawa kepada peletakan senjata Parti Komunis Malaysia (PKM) yang dipersetujui pada 12 Disember 1989.

Rashid dan Rahim yang sebelum itu selaku Pengarah Cawangan Khas bertemu secara sulit di Phuket pada bulan Februari 1989 diikuti pada Mac, Jun, Oktober dan November sehinggalah rundingan itu berjaya.

Dalam isu rasuah, Rahim tidak menuding jari kepada orang lain. Malahan beliau mencadangkan supaya orang awam sendiri menangkap polis yang menerima rasuah daripada mereka. Beliau juga mencadangkan anggota polis yang menolak sogokan diberikan hadiah.

Tetapi cadangan beliau dikritik hebat kerana ada yang salah faham, kononnya beliau (PDRM) tidak mahu bertindak terhadap anggotanya sendiri.

Berhubung isu ini, Rahim berpendapat rasuah melibatkan dua pihak iaitu pemberi dan penerima. Beliau hanya mampu bertindak terhadap penerima (anggota polis) tetapi bukan pemberi iaitu masyarakat. Walaupun bersedia memerangi rasuah, Rahim mengakui masalah ini tidak dapat dihapuskan sepenuhnya.

Oleh itu salah satu jalan keluar yang diambilnya untuk mengurangkan rasuah ialah memberi perhatian terhadap usaha memperbaiki pendapatan dan gaji anggota polis terutama yang berpendapatan rendah.

Antaranya, anggota berpangkat konstabel dinaikkan ke pangkat lans koperal selepas disahkan jawatan mereka.

Bagi mengurangkan beban anggota polis juga, elaun rumah yang lebih tinggi diberikan iaitu dari RM80 sebulan kepada RM230 sebulan. Lebih membanggakan lagi, projek perumahan polis dipertingkatkan.

''Matlamat kita ialah untuk memastikan satu hari nanti, setiap anggota polis tinggal di rumah-rumah yang disediakan,'' kata Rahim.

Satu lagi kejayaan Rahim ialah dapat membantu melumpuhkan kegiatan Al-Arqam. Rahim bertindak dengan penuh yakin. Bermula dengan penahanan pemimpin pertubuhan itu Asaari Muhammad, Arqam akhirnya berjaya diharamkan. Rahim juga melakukan beberapa pembaharuan dalam pasukan itu yang bertujuan meningkatkan lagi keupayaan pasukan.

Daripada warna pakaian anggota, lencana yang tersemat di lengan baju, penggunaan istilah Inggeris bagi pengenalan jawatan anggota pelbagai pangkat hinggalah kepada pemantapan pasukan itu.

Sumbangan besar beliau selain perumahan anggota polis ialah memberi tumpuan kepada bidang latihan. Ketika ini, Maktab Polis Diraja Malaysia yang terletak di Cheras sedang menunggu untuk beroperasi. Maktab ini dapat membantu meningkatkan lagi latihan pengurusan, penyiasatan jenayah dan risikan keselamatan.

Beberapa pusat latihan lain juga diwujudkan dan tidak lagi tertumpu di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur dan Maktab Polis Diraja, Kuala Kubu Bharu.

Kelengkapan dalam bidang latihan ini menurut Rahim adalah untuk menyediakan anggota yang mampu berhadapan dengan penyiasatan yang lebih sofistikated untuk menangani pelbagai bentuk jenayah komersial yang semakin canggih.

Rahim juga tidak memberi muka kepada anggota pasukan yang melanggar tatatertib. Ramai yang hilang pekerjaan kerana tindakan tegas terhadap kesalahan yang dilakukan.

Beliau tidak gentar dengan teguran termasuk dari pihak media. Teguran itu kadang kala menguatkan lagi azam anggota pasukannya. Ada teguran yang dapat diterima dengan baik dan ada pula, beliau lebih bertegas dengan keputusannya. Contohnya penggunaan istilah pangkat dalam bahasa Inggeris.

Walaupun melepaskan jawatan dalam suasana kontroversi, Rahim sudah tentu berpuas hati dengan apa yang telah disumbangkan.



link: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... na&pg=ot_01.htm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2006 07:12 PM | Show all posts

Reply #4 Syd's post

yg ni dia kena tembak jarak dekat dgn 2 orang komunis naik moto...
alkisahnye arwah on the way nak pegi bukit aman dlm kol 8.00 pagi & kereta dia berenti kat traffic light jalan tun perak dekat2 bank negara tu...
arwah duduk belakang, pemandu dia (polis gak), duduk depan...
masa tengah kat traffic light tu, cina 2 orang ni datang & terus tembak arwah..
11 tembakan semuanya, kena peha, rusuk, dada, meninggal time tu jugak...
driver arwah cedera ringan...

kat muzium diraja polis kat jalan perdana ada tunjuk mercedez yg dinaiki arwah...ada kesan2 peluru gakla kat tepi2 tu...time ni kereta ketua polis negara pun takde cermin kalis peluru

start dari tu pas tun haniff naik jadi KPN, terus pasang cermin kalis peluru..kereta yg tun haniff pakai pun ada kat muzium diraja..

setahun pastu ketua polis perak pulak, tak ingat nama dia, tapi cina la...mati kena tembak, modus operandi yg sama jugak...tapi driver mendiang ni melawan, sempat balas2 tembak...mendiang tak mati kat tempat kejadian, tapi mati kat hospital sehari pas kejadian...

berani btol komunis time ni, balai polis dia main serang je, sir henry gurney pun dia main tembak...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2006 07:26 PM | Show all posts

Reply #12 Syd's post

KPN paling munafik...
dengan muka tak malunya 2-3 hari pas anwar kena tangkap (20 september 1998), dia buat statement yg anwar safe & sound, takyah bimbang...

tapi bile bawak ke court awal oktober, dgn mata lebam, orang dah start marah...dia buat bodo jek...suruhanjaya diraja dilantik utk siasat kecederaan anwar dia masih buat bodo macam tak tau ape yg jadik...awal januari 1999 baru letak jawatan

bile laporan suruhanjaya diraja keluar 4 mac 1999, memang sah dia yg bantai anwar...
masa siasatan surahanjaya diraja masih dgn muka tak malu tuduh anwar provok dia sebab anwar panggil dia "bapak anjing", padahal anwar bukan tau pun sape yg datang, dahla dia bergari, mata bertutup, apahal tak pasal2 nak panggil bapak anjing...
suruhanjaya diraja tolak mentah2 defence "bapak anjing" nih...tak masuk akal langsung

selama 4 bulan dia tipu rakyat malaysia, takde ungkapan maaf langsung dia cakap kat rakyat malaysia...sampai suruhanjaya diraja sahkan yg dia pukul anwar 7 bulan pas kejadian tu, dia masih tak mintak maaf...

disebabkan perangai segelintir orang macam dia ni, integriti polis jatuh merudum seteruk2nye pas tahun 1998...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2006 07:28 PM | Show all posts

utusan malaysia 3 mac 1999

'Anwar kata saya bapak anjing'

KUALA LUMPUR 2 Mac - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor hari ini mengaku menampar di kiri dan kanan muka Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa dalam tahanan polis selepas Anwar mengeluarkan kata-kata ''Ni bapak anjing'' terhadapnya.

Kata Rahim, beliau hilang sabar dan pertimbangan apabila Anwar mengeluarkan kata-kata itu ketika beliau dalam proses membuka sapu tangan yang digunakan untuk menutup mata Anwar.

Menurutnya, tindakan menampar Anwar itu selain disebabkan oleh kata-kata yang menyakitkan hati juga mungkin kesan tekanan selepas beliau dan pegawai-pegawai kanannya berbincang mengenai keadaan di ibu kota yang begitu tegang pada hari tersebut.

''Mungkin kerana perkataan yang menyakitkan hati itu dan tertekan dengan ketegangan di Kuala Lumpur menyebabkan saya hilang sabar dan menampar Anwar di kiri dan kanan mukanya sehingga beliau jatuh di atas pangkin batu di dalam bilik lokap.

''Tindakan saya (memukul Anwar) tidak dibantu, diarah, dinasihatkan oleh sesiapa pun walaupun pegawai polis yang membantu saya atau Perdana Menteri,'' katanya ketika memberi keterangan di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kecederaan Anwar semasa dalam tahanan polis 20 September lalu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2006 07:32 PM | Show all posts

utusan malaysia 5 mac 1999

Abu Talib: Tiada unsur provokasi

KUALA LUMPUR 4 Mac - Serangan-serangan yang dilakukan oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa dalam tahanan polis adalah terancang, kata Ketua Penyiasat Suruhanjaya Siasatan Diraja, Tan Sri Abu Talib Othman.

Abu Talib yang menggulung hujahnya bagi pihak penyiasat turut menolak kewujudan unsur provokasi seperti yang didakwa oleh Rahim dalam keterangannya kelmarin.

Kata bekas Peguam Negara itu: ''Provokasi mesti berlaku secara tiba-tiba.''

Dalam hujah penutupnya itu, Abu Talib menambah, adalah tidak munasabah bagi Anwar mengeluarkan kata-kata ''Ni bapak anjing'' kepada Rahim yang ketika itu dalam proses membuka ikatan sapu tangan yang menutup matanya.

''Adakah munasabah bagi seseorang yang berniat baik untuk membuka ikatan yang menutup mata seseorang lain dibalas dengan kata-kata seumpama itu,'' katanya di hadapan panel suruhanjaya.

Mengenai bentuk hukuman yang boleh dikenakan ke atas individu yang didapati bersalah mencederakan Anwar semasa dalam tahanan polis, Abu Talib menyerahkan perkara tersebut kepada panel sepenuhnya.

Bagaimanapun, beliau berkata, setiap hukuman yang dicadangkan oleh suruhanjaya perlu bergantung kepada tahap kecederaan yang dialami oleh Anwar berdasarkan laporan-laporan perubatan yang telah diserahkan kepada panel.

Suruhanjaya itu dianggotai oleh bekas Hakim Mahkamah Besar Malaya, Tan Sri Anuar Zainal Abidin selaku Pengerusi; bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mahadev Shankar dan pakar bedah ortopedik, Datuk Dr. Yeoh Poh Hong.

Pada peringkat itu, Shankar mencelah dan berkata, jika Rahim benar-benar berniat untuk berjumpa Anwar sebagai sahabat lama, beliau pasti berkata sesuatu kepada Anwar semasa masuk ke bilik lokap tersebut.

''Tetapi bukti menunjukkan Rahim tidak berkata apa-apa, malah menunjukkan isyarat supaya semua yang berada di situ diam,'' katanya.


Menyambung hujahnya, Abu Talib berkata, Anwar tidak menunjukkan sebarang bantahan semasa ditangkap kecuali ketika dimaklumkan oleh Komander Pasukan Gerak Khas, Datuk Meor Chek Hussien Mahayuddin bahawa beliau ingin menangkapnya.

''Kita mempunyai bukti oleh pegawai-pegawai polis yang bertindak menangkap Anwar dan mengiringi beliau ke Bukit Aman. Jelas, Anwar tidak menunjukkan sebarang bantahan ketika matanya ditutup dan digari.


''Oleh itu saya meminta ahli-ahli panel supaya menolak keterangan yang dikemukakan oleh Rahim bahawa Anwar telah memprovokasinya menyebabkan beliau hilang sabar dan bertindak menyerangnya,'' katanya.

Kata beliau lagi, Rahim telah turun dari Tingkat 30 Ibu Pejabat Polis seorang diri untuk ke kawasan lokap dan ketika bertemu dengan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Yaacob Mohd. Amin, beliau tidak berkata apa-apa.

Beliau berkata, sebaik saja melepasi pintu jeriji dan menuju ke bilik lokap Anwar, Rahim telah menunjukkan isyarat-isyarat tangan yang difahami oleh pegawai-pegawai polis yang berada di situ supaya menutup mata dan menggari Anwar.

Kata beliau, selepas melakukan isyarat-isyarat tersebut, barulah Rahim masuk ke dalam bilik lokap Anwar dan dengan sekelip mata Yaacob dan Timbalannya, Datuk Ramli Mohd. Yusof meluru ke dalam bilik lokap itu kerana mendengar bunyi, ''adui'', ''jangan pukul saya'' dan ''Allahuakbar''.

Dalam hujahnya itu, Abu Talib berkata, dakwaan wujudnya unsur provokasi juga tidak boleh diterima kerana Anwar yang ketika itu berada dalam keadaan tangan bergari dan mata ditutup tidak mampu berbuat apa-apa walaupun beliau tahu ada orang masuk ke dalam bilik lokapnya.

Selain itu, Abu Talib turut menolak dakwaan Anwar telah mencederakan dirinya sendiri berdasarkan laporan perubatan oleh lima pegawai perubatan yang telah memeriksa Anwar selepas empat hari beliau dicederakan.

Katanya, semua kecederaan yang dialami oleh Anwar telah disahkan oleh pegawai perubatan sebagai serius dan bukannya kecederaan kecil.

Malah menurut mereka, kecederaan itu telah disebabkan oleh hentakan kuat objek tumpul.

''Laporan perubatan telah menunjukkan kecederaan yang dialami oleh Anwar disebabkan oleh tamparan, tumbukan dan pukulan oleh Rahim. Keterangan Dr. Ab. Halim Mansar menunjukkan pukulan tersebut boleh membawa maut,'' katanya.

Sehubungan itu, kata beliau, Rahim harus dipertanggungjawabkan sepenuhnya di atas kecederaan Anwar semasa dalam tahanan polis tanpa melibatkan lain-lain pegawai polis yang bertugas mengawal Anwar sepanjang beliau ditahan di lokap Bukit Aman.

Katanya, pegawai-pegawai tersebut tidak boleh dipersalahkan kerana mereka hanya menjalankan arahan Ketua Polis Negara walaupun kecederaan itu menjadi lebih parah apabila Anwar dipindahkan dari bilik lokap ke pusat tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Oleh kerana suruhanjaya telah membuat keputusan supaya perkataan ''kecederaan'' meliputi kecederaan mental dan reputasi, Abu Talib berkata, Rahim juga perlu dipertanggungjawabkan atas kelewatan merawat kecederaan Anwar sehingga empat hari selepas dicederakan.

Menurut beliau, sebagai Ketua Polis Negara, Rahim sepatutnya segera membenarkan rawatan perubatan diberi kepada Anwar apabila dimaklumkan oleh Yaacob dan Ramli mengenai permintaan Anwar supaya beliau dirawat.

Beliau berkata, tindakan Rahim mahu merujuk perkara itu kepada Cawangan Khas terlebih dahulu hanya kerana Anwar telah ditahan di bawah ISA tidak boleh diterima kerana beliau sebagai Ketua Polis Negara berkuasa untuk memberi arahan.

Mengenai arahan penangkapan Anwar di bawah ISA, Abu Talib berkata, bukti menunjukkan Yaacob dan Asisten Komisioner, Koh Hung Sun diarah menangkap Anwar di bawah Seksyen 377B, Kanun Keseksaan.

Kata beliau, tiada siapa yang dapat memberi keterangan sama ada keputusan menangkap Anwar di bawah ISA dibuat selepas atau sebelum Rahim menyerang Anwar di dalam bilik lokapnya.

Katanya lagi, selepas Meor menahan Anwar di rumahnya beliau telah kembali ke Bukit Aman dan memberi taklimat kepada pegawai-pegawai kanan polis yang berada di Tingkat 30 termasuk Rahim mengenai penangkapan Anwar di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

''Koh turut mengesahkan yang Anwar telah ditahan di bawah Seksyen 377B. Rahim dalam keterangannya pula mendakwa beliau dan tiga pegawai kanan polis lain memutuskan untuk menangkap Anwar di bawah ISA pada pukul 8 malam,'' katanya.

Abu Talib kemudian meminta anggota panel suruhanjaya menolak keterangan-keterangan Rahim dan menerima keterangan semua pegawai polis yang dipanggil menjadi saksi terutamanya Yaacob dan Ramli.

Ditanya oleh Shankar sama ada panel boleh merujuk aspek undang-undang ketika mencadangkan bentuk hukuman, katanya:

''Panel tidak dihalang untuk merujuk kepada undang-undang yang sedia ada tetapi ia harus bergantung pada sejauhmana kecederaan yang dialami oleh Anwar.''

Shankar turut merujuk Kaedah-kaedah Lokap yang digubal bagi memastikan tahanan berada dalam keadaan selamat dan memastikan tahanan diberi rawatan perubatan secara segera apabila mereka mendapat kecederaan.

Menurut Abu Talib, jika persoalan itu berkaitan dengan kesalahan jenayah, panel boleh merujuk kepada undang-undang berkaitan.

Tetapi jika sebaliknya, kata Abu Talib tindakan pentadbiran boleh dikenakan terhadap Rahim.

''Tetapi Rahim tidak lagi dalam perkhidmatan. Oleh itu, tindakan disiplin tidak boleh dikenakan terhadap beliau,'' kata beliau lagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2006 07:32 PM | Show all posts

Reply #16 iscol_klang's post

yg ni dia kena tembak jarak dekat dgn 2 orang komunis naik moto...
alkisahnye arwah on the way nak pegi bukit aman dlm kol 8.00 pagi & kereta dia berenti kat traffic light jalan tun perak dekat2 bank negara tu...

Lokasi di mana IGP kena tembak ialah persimpangan akhir jalan Raja Chulan bertemu dengan Jalan Tun Perak. Lorong sempat di belakang Menara MayBank sekarng.:hmm::hmm:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 06:09 PM GMT+8 , Processed in 0.419327 second(s), 59 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list