CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: MissJauhDiMata

ada sesiapa dari melbourne?

[Copy link]
Post time 30-3-2008 03:17 AM | Show all posts
masih belajar lagi,lepas grad ingat mau berdikari,nak keje biasa je...sekadar nak cari pengalaman dok negara orang...tapi bukan la nak keja professional..jus nak duduk 5 bulan atau lebih dari tu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2008 06:47 PM | Show all posts

Reply #161 sunshine66's post

i tak sure sgt tapi most of my fren applied Temporary Resident after grad...
TR for 2 years then bleh apply PR (permanent resident)
harap2 membantu sedikit...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2008 09:19 AM | Show all posts

Malaysian halls kena komplen Dalam Forum pembaca Berita Harian..3 April 2008

Penghuni Malaysia Hall Melbourne tak mesra


MENJADI tetamu dan menginap untuk tempoh tertentu di Dewan Malaysia (Malaysia Hall) di Melbourne Australia, mungkin sesuatu yang melegakan, namun tidak bagi sebahagian pengunjung dewan berkenaan, sejak kebelakangan ini.

Kebanyakan tetamu yang menginap sementara adalah daripada kalangan pelajar menuntut di sekitar Melbourne yang bujang atau berkeluarga, sebelum mendapat penginapan tetap.

Kesempatan untuk tinggal di Dewan Malaysia yang pada awalnya dianggap sebagai melegakan bertukar menjadi tidak selesa berikutan pengalaman pahit yang diterima ketika menginap di situ.



Pengalaman dua rakan saya ini, mungkin boleh menjelaskan lagi keadaan sebenarnya kehidupan di Dewan Malaysia. Seorang rakan masih bujang, manakala seorang lagi membawa anak dan isteri ke Melbourne untuk melanjutkan pengajian dan menginap sementara di Dewan Malaysia.

Mulanya mereka seronok kerana berkesempatan untuk tinggal bersama-sama orang Malaysia (yang dipanggil Residen Dewan) yang difikirkan sebagai 'sehati dan sejiwa'. Apabila dua tiga hari menginap, baru mereka sedar kedatangan mereka di situ sebenarnya tidak dialu-alukan penginap lain, yang kebanyakannya pelajar yang umurnya jauh lebih muda daripada rakan saya itu.

Rata-rata ahli residen dewan yang boleh dipanggil adik, namun cukup sukar untuk mereka memberi senyuman apatah lagi untuk berbual mesra atau menghulurkan bantuan kepada tetamu

Ada juga seorang dua di antara mereka yang boleh diminta bantuan, diajak berborak-borak dan bertanyakan sesuatu, namun tidak sedap juga hati apabila yang lainnya masam mencuka dan cuba menjauhkan diri. Inilah bangsa Malaysia yang dikatakan kaya dengan adab sopan dan tatasusila. Baru beberapa tahun berada di luar negara, sudah luntur segala pegangan adab resam bangsa sendiri.

Selain itu, sudahlah tetamu tidak dibenarkan memasak di dapur dewan (polisi yang hanya membenarkan residen saja memasak), untuk membawa makanan untuk dimakan anak-beranak di dalam bilik pun mendapat teguran keras daripada ketua aras. Begitu juga dengan penggunaan internet yang penting untuk berhubung dan mendapatkan maklumat. Tetamu tidak boleh mengguna kemudahan internet di Dewan Malaysia, kalau tidak mengemis dan meminta-minta. Anehnya, tetamu juga membayar harga sewa yang sama bahkan lebih tinggi kadarnya berbanding penginap tetap Dewan, tetapi wujud ruang tidak adil dalam penggunaan kemudahan di Dewan Malaysia.

Kemudian, kalau ada program yang berlangsung di Dewan Malaysia, pasti tetamu luar yang hadir akan sedikit sebanyak terasa hati dan bertambah kejengkelannya. Apabila hendak menggunakan tandas misalnya, kami dapat melihat notis ditampal di hadapan pintu tandas. Notis ini mesejnya betul untuk mendidik, tetapi tidak kena dengan tempat, masa dan khalayaknya kerana tetamu adalah orang dewasa dan terpelajar.

Teguran saya ini bukan untuk mencari kesalahan, namun pengurusan Dewan Malaysia serta penginap tetap, perlu melihat konsep keadilan, sopan-santun dan hormat-menghormati.

Janganlah kerana diberi peluang menginap sebegitu lama di Dewan Malaysia itu membuatkan diri sombong dan memiliki kuasa lebih banyak berbanding tetamu yang menginap untuk tempoh pendek.

Sebagai residen, kita perlu sedar Dewan Malaysia memang akan dikunjungi sebegitu ramai tetamu dari semasa ke semasa. Tidak dapat tidak, anda perlu melayan tetamu anda sebaik mungkin, lebih-lebih lagi jika mereka senegara, sebangsa dan seagama dengan anda.

JAUH HATI DEKAT DI MATA,
Melbourne, Australia.

p/s

citer nie sebahagian ajer...byk lagik kisah pilu...

[ Last edited by  itamrazali at 3-4-2008 09:22 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2008 03:18 PM | Show all posts

Reply #163 itamrazali's post

aduh.. sedihnya...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2008 07:49 PM | Show all posts

Satu lagi komplen pasal Msia Hall

Assalamualaikum and Salam Sejahtera,

Maybe topic ni dah basi pada sesetengah pihak tetapi saya rasa setiap semester baru (6 bulan) mesti ada cerita mengenai Hall ni timbul.... hmmmmmmm.... ..saya TERAMATLAH setuju dengan JAUH HATI DEKAT DI MATA dalam suratnya yang dihantar ke Berita Harian, bukan dari sahaja dari cerita2 yang dikongsi bersama2 mereka yang pernah 'menumpang' di Hall tetapi dari pengalaman sendiri menetap 2 minggu di Hall yang telah dialami oleh suami dan saya sendiri.

Betullah apa JHDDM kata dimana salam pun tak terjawab. Pengalaman getir pertama tuh - Assalamualaikum dijawab dengan sunyi sepi. Pelik jugak kami, takkan baru beberapa tahun tinggalkan Malaysia ada yang dah tak tau menjawab salam. Bukan calang2 orang pulak tu, wakil pelajar yang tinggi jawatan dia dekat Hall ketika itu (1 tahun lepas). Nak kata suami saya bagi salam perlahan sangat tak la kan , sebab suara dia ni memang sebatu pun dah boleh dengar.

Pengalaman seterusnya suami saya kena angkat katil sendiri sebab bilik kami dah diberikan kepada orang lain (friends of hall) yang tak booking kononnya saje nak tumpang mase cuti (pelajar lama ni). Buktinya pelajar yang diberi tanggungjawab itu telah dimarahi oleh pihak pengurusan dihadapan kami serta beberapa penghuni lain kerana dikatakan pandai2 sewakan bilik yang dah dibooking oleh pelajar baru yang setahun jagung dan tak tahu ape2 pasal melbourne ni. Itu pun kami dapat bilik bawah depan toilet bawah (lorong masuk bilik Dr.Ali tuh), satu2nya bilik kat situ. Bila tanye ader tak bilik lain yang besar sikit, dijawabnya dengan sinis "nak selesa duduk hotel la", terngiyang-ngiyang kat telinga ni lagi. Lepas itu bermulalah cerita yang mengatakan kami ni nak "Royal Treatment".. ... itulah gelaran kami sepanjang di Hall Melbourne ...... Semua ni berlaku pada hari pertama..... ........ bayangkanlah macam mane 2 minggu seterusnya.

Apa pun alasan yang diberi "Hallians" (gelaran mereka sesama sendiri), mereka sepatutnya menjadi barisan hadapan wakil2 Malaysia di rantauan. Sepatutnya Malaysia Hall menjadi tempat 'bertumpang kasih' kepada kami2 yang bukan 'hallians' ini. Sudah lah baru sampai tak tahu ape, mereka inilah front liners yang sepatutnya beramah mesra agar tetamu2 hall berasa lebih selesa berada di tempat orang sebelum dapat menyesuaikan diri untuk berdikari di tempat orang. Ya memang bayaran yang dikenakan sangat murah dan kononnya mereka ini membalas jasa dengan berbakti dan berkhidmat semula kepada Hall dalam menguruskan program2 dll, tetapi apakah alasan untuk berkelakuan sedemikian. Diamanakah adat2 ketimuran kita? adakah ia hanya diamalkan di Malaysia ataupun kerekter mereka memang sedemikian? Patutkah tetamu yang dipersalahkan, apabila perlakuan mereka sendiri yang telah membuatkan tetamu berasa kurang selesa seterusnya membuat kan tetamu pula bertindak menjadi lebih aggresif untuk self defense seterusya mengeruhkan keadaan.

Saya akui bukanlah semua Hallians demikian, tetapi jika 2? 3? 4? 5? orang antara mereka ini yang bersifat demikian ia pasti akan menjadikan pengalaman tinggal di Hall Melbourne satu pengalaman yang perit. Dr.Ali dan Aunty Aida lah yang banyak menyejukkan semula keadaan..... . terima kasih kepada mereka.... :-) Ada jugak Hallians yang cuba untuk memulihkan keadaan bukan tak ader..... ader...... tapi ada jugak yang nak mengeruhkan lagi........ .

Bahaya jugak kalau kita kritik hallians ni sebab mereka bukan sekadar berkongsi cerita sesama sendiri mereka juga akan menyebarkan lagi cerita2 in kepada "Friends of Hall" (gelaran kepada mereka yang geng dengan Hallians). Bila adanya function di Hall ia akan membuatkan anda berasa tidak selesa apabila ada pandangan2 serta senyuman sinis dari mereka yang tidak dikenali melihat ke arah kita. Tapi do not worry sebab selalunya ia bertahan untuk 6 bulan je. Bila ada ahli baru ader la mangsa baru yang seterusnya. ;-)

Yang peliknya cerita mengenai Hall Melb ni seperti 'a never ending story'........ tanya jelah kepada msians yang pernah tinggal di Hall Melb tak kira pada tahun bila pasti ada cerita 'Menarik' yang ingin dikongsi. 10 years back ke, 5 years back ke,  dalam masa terdekat ke, pasti pengalaman yang dikongsi hampir serupa. Bukan berniat untuk mengkritik tetapi sekadar untuk memberi pendapat dan berkongsi pengalaman. Mungkin inilah masanya untuk kita menilai diri dan sama2 mengambil iktibar dan sedia untuk berubah demi untuk memajukan diri. Saya akui ada kelemahan diri sendiri dalam pengalaman ini, tetapi kalau cerita yang sama timbul setiap 6 bulan, perlu ada perubahan drastik yang diperlukan di Hall Melb. Bukan dari segi pengurusan tetapi mungkin dari segi penghuni tetap yang berada 24 jam di Hall. MALAYSIA HALL MELBOURNE adalah untuk kemudahan semua MALAYSIANS bukan untuk kepentingan individu tertentu yang 3-4 tahun masih menetap disitu. bila kawan2 baru yang datang nak rasa??? (1 or 2 years dah more than enough kot). Saya juga pernah memohon untuk menjadi penghuni tetap, dan telah diluluskan, tetapi saya segan untuk terima setelah melalui pengalaman 2 minggu yang getir dan pergeseran yang telah berlaku. Tawar hati nak pegi hall lg..... hmmmmmm..... ...

Dengan rasa rendah diri saya ingin memohon maaf sekiranya respon ini menghiris hati sesetengah pihak

Petikan dari sebuah egroup - Melbourne

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2008 09:00 PM | Show all posts
tanya sat.. teruk sgt ker keadaan sana tu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2008 07:00 AM | Show all posts
tgk kat photopages 'Hallians' tu semua nampak happy je..hmmm..aku dok sini msk 8 thn tak pernah pi malaysian hall..bila baca tang perangai malays yg reside kat MH tu lagilah aku tak nak pi...sori bukan tak nak campur ngan other malays cuma masa first2 dtg sini kenalan semuanya dari mid east,oz & only one chinese malaysian.sampai la ni..lebih rasa selesa bergaul dgn mereka....
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2008 11:58 AM | Show all posts

Reply #166 lilo_kill's post

Petikan dari egroup-Melbourne

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya pun nak berkongsi pengalaman ler....bukan nak mengutuk atau 'back up' sesapa tapi benda ni berlaku....walaupun pahit, kena ditelan gak oleh sesapa berkenaan... you can take it as a 'constructive comment/critisim' dan motif adalah utk membetulkan keadaan yang sekarang ni....  

Berapa jek kali kami (me and my hubby) pergi Malaysian hall, tu pun terkena gak....boleh kira ler sebelah tangan ....lepas terkena, dia pun tak mau jenguk Malaysian hall lagi...ada event pun x mau pergi, so wife nya pun tumpang sekaki ler malas gak nak gi...

ni berlaku ada makan2 gitu, i.e. buka puasa tak silap....lepas makan2, dorang beratur nak basuk tangan ker gitu...boleh budak2 hall ni, ngan "menunjukkan hall tu ala dia yang punya" tak consider pun orang belakang then saja berborak2 kat sink beberapa minit ler gitu & dengan BERLAGAKNYA cam kita menumpang jek!!!....

..mungkin tak seteruk oranglain tapi BERASAP gak hubby ku gitu masa balik tu....kami pun pernah dengar budak2 hall ni punya comment tentang KAMI (dari clayton--orang kampung kan) datang beramai2 utk event yang dibuat kat malaysian hall....macam "MENYIBUK" jek bunyi nya kami ni datang dari jauh ni...terasa cam HILLBILLY jek masuk pekan....

so, lepas tu, kami pun tak mau datang dah malaysian hall lagi kalau ada event2 per2...bukan nak boikot...rasa cam orang tak mau kita kat situ, kita laks yang lebih2 nak gi sana.....so i rasa kalau esok lusa, cuma muka AJK2 jek yang gi events kat hall  tu, paham2 jek laa...

ini adalah pengalaman kami, kalau orang nak kata kami memburuk2 kan keadaan, lantaklaa.  Saya tak rasa orang yang provide service (sesapa ler) patut marah2 kalau customer complain, sepatutnya dijadikan iktibar supaya benda ni tak berlaku lagi....having said that, manusia ni banyak perangai, tu leh nak kawal but at least kena ada guideline ler kat "common place" ni, i.e. Malaysian hall yang sememangnya kepunyaan semua rakyat malaysia.... .or ye ke???

[ Last edited by  itamrazali at 8-4-2008 12:00 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2008 12:20 PM | Show all posts
camnilah apa kata sesapa yg ada pengalaman buruk kat Melb hall tu, leave a comment kat photopages web derang tu..biar derang tu sedar sikit perangai busuk derang tu dah jadi bualan ramai dah.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2008 02:11 PM | Show all posts
aduhai.... sedih membacanya...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2008 07:17 PM | Show all posts
my fren duk melb hall satu sem, dah jadi tabligh semcm...
ape depa basuh dia wallahualam.
skrg dia dah pindah kuar, alhamdulillah ok dah.
tanya dia, malaysian hall ok tak. dia ok kan ajer. malas nak panjangkan cite kot.  
sape yg merasa jelah yg bleh cite kot   
kecian sape yg kena.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2008 07:59 PM | Show all posts
ekeke mesia hall masa tahun 2000 ok lagi arrrr...best..

tapi yg selepas dari tu, aku malas nak komen, aku pun jarang gi lepas2 tu...tak ramai yg kenal...takde yg baik ngan aku
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2008 01:50 PM | Show all posts
salam all,

nak tanya, i am going to melbourne mid of may ni for one week, stay dkt Rydges Melbourne, Exhibition Street. Since everyday I will be in a meeting except for wednesday, boleh tak sesiapa bagi info where can i go to visit & do some shopping with the limited time i have? Kalau tahu senang sket boleh go straight to the places.

Thank you
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2008 08:15 PM | Show all posts

Reply #173 duchessofkent's post

free satu hari je ke..ok lah tu..nak beli souvenirs berlambak kedai kat melbourne tu..takpun kamu pi QVM queen victoria market, segala mak nenek barang ada disitu..

nak senang cerita kamu belilah map, sbb ada map ni senang sikit nak jalan2...beli samada kat 7eleven (corner of exhibition st & lonsdale st) tak jauh sgt dari hotel tu..takpun tanya kat reception staff tu kat mana boleh dapatkan map..wokeh mcm mana nak pi QVM..hmm naik tram (tiket boleh dibeli di7eleven,newsagent yg ada logo METCARD) di bourke street which is situated on the left side of your hotel..mu belilah 1 day ticket punye..naik tram menuju ke spencer st station tapi kamu turun kat Elizabeth St.(tram will pass Russel & Swanston st dan will stop at each tram stop)..dun worry..jgn takut bertanya..org2 sini peramah dan tak makan org punye..depa will show you the way to QVM samada kamu nak jalan atau naik tram lah..ikut suka kamu...

dulu masa saya keja kat exhibtion st tu selalu pi vic market tapi jalan kakilah biasanya..tak suka sgt naik tram sbb kalau duduk sure terbabas punye (kes kuat tidur samada dlm tram atau train).. ..betul, pantang duduk je mata mesti nak terpejam punye..
nak makanan halal berlambak kat melbourne tapi yg selalu pi 2 tmpt je. .es teller & nelayan rest di swanston st.ada satu kedai nasi lemak singapore kat la trobe st (in between elizabeth & swanston st) harap2 still there lah..

apa lagi ye..kala rasa mcm susah nak pi market tu hah naik tram kat bourke st tu berenti je swanston st..jalan2 kat bourke street mall..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2008 06:28 AM | Show all posts

Reply #173 duchessofkent's post

DoK,

wahhh .. nak pi melbourne plak .. kirim belikan henbeg oroton boleh??
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2008 05:03 PM | Show all posts

Reply #173 duchessofkent's post

i setuju dgn nour nyer post.

Queen Vic Market is the best place to get cheapo souveniers...
makan pun 2 tempat yg disebut tuh. kalo nak beli asian groceries, pegi ke Laguna kat QV. at least merasa makan maggi mesia. snackies ke....
kat melbourne CBD senang nak jalan. pastu ada free tourist bus tour. bus sign dia warne turqoise. tak silap name dia 'Free Tourist Shuttle'.
kalo nak shopping sakan ada Direct Factory Outlet (DFO) kat Spencer St so takla jauh sgt.
insya allah u takkan sesatnyer   

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2008 08:42 PM | Show all posts
akak akak sekalian,

bukan ke hari rabu queen vic market tutup ke?
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 06:37 AM | Show all posts

Reply #177 erstes1's post

oh a'la..yelah wednesday memang tutup...tak perasanlah pulak...thanks erstes..
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 08:10 PM | Show all posts

Reply #167 nour2001's post

Ohh Malaysian yang you jumpe tak ok ke?  Tempat I tinggal, ada Malaysian Melayu and Chinese, Mid East and other Asian countries.  Semuanya ok belaka. Suka tolong dan selalu lepak sesama.  Kat campus memang takde Malaysians, but most of them are nice to me.  So conclusionnye dapat bergaul dengan macam2 bangsa, but still able to mix with Malaysians, so takde lah rindu sangat kat kampung halaman .
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 11:28 PM | Show all posts
duchessofkent,

since u free hari rabu aje, i am sorry to say that queen vic mart tutup daa hari tu..so u have to shop somewhere else...kalu souvenir tu, kat dandenong market ada (kekadang murah lagi dr QVM) tapi jauh la pulak dari CBD.

anyway, apa specific yang nak dibeli nye yer? buleh cadangkan tempat kalu tau apa barang yang nak dibeli
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 11:00 AM GMT+8 , Processed in 0.070519 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list