View: 12434|Reply: 56
|
Vandalism Di Malaysia : A Menace Behaviour
[Copy link]
|
|
Penduduk hilang sabar kejadian baling batu semakin menjadi-jadi
16-12-2006
KLANG: Kejadian membaling batu pada kereta milik penduduk di Taman Sentosa di sini semakin menjadi-jadi dan menyebabkan penduduk hilang sabar.
Terbaru semalam, enam pemilik kereta di kawasan itu menjadi mangsa perbuatan tersebut.
Seorang mangsa, Anthony Dass Joseph ketika ditemui pemberita di sini hari ini berkata kejadian berlaku kira-kira 4 pagi, ketika dia baru hendak tidur.
"Saya terdengar bunyi cermin pecah. Saya dan anak keluar dan dapari cermin kereta saya sudah pecah kena baling dengan batu," katanya.
Katanya dia ternampak seorang lelaki berkulit gelap dan tidak memakai baju, sedang menolak motosikalnya, lalu mengejarnya namun lelaki berkenaan dapat melepaskan diri.
Cermin kereta salah seorang jiran Anthony juga turut pecah dibaling dengan tiga biji batu dalam kejadian itu.
Anthony berkata kejadian tersebut berlaku di kawasan rumahnya sejak lima tahun lepas dan itu bukanlah kali pertama kejadian seumpamanya berlaku pada keretanya.
Beliau percaya bukan seorang sahaja yang terlibat melakukan perbuatan itu.
Katanya penduduk tidak mengetahui motif perbuatan itu kerana mereka tidak mencuri barangan dari kereta yang dipecahkan.
Katanya sekurangkurangnya 40 kejadian seperti itu dilaporkan sejak Februari 2004 di situ dan kawasan sekitarnya dan itu menjadikan penduduk hilang sabar dengan kejadian.
Beliau berkata penduduk akan menulis surat kepada Ketua Polis Negara dengan menyertakan semua laporan polis yang pernah dibuat sebelum ini.
BERNAMA
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
bukan setakat vandalism aje --
kebanyakkan polis kat malaysia ni memang kurang prihatin
tentang masalah2 cam ni ---
macam malas aje --
yang jadi mangsa orang awam juga -
yang kerugian orang awam -
yang terkorban orang awam
[ Last edited by dexa at 29-6-2007 06:42 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
kalau nk suruh polis tu wat keje korang kena hulur skit masa wat report kt balai tu..
baru diorang jalan...pengalaman.....cilakak nye polis..nk suruh wat rondaan pun nk duit ke.. |
|
|
|
|
|
|
EvolutionStorm9 This user has been deleted
|
how about organizing a neighbourhood watch a.k.a. rukun tetangga? if that doesn't work, errrr....then the people would have to renovate the front of their houses to include enough space for three cars.... |
|
|
|
|
|
|
gabanzack This user has been deleted
|
bengkel cina yg hantar org pecahkan cermin.... tak percaya? |
|
|
|
|
|
|
|
Polis skarang nie takder keja sangat pun. Arituh aku pegi diorang nyer HQ daerah, aku tengok mengangkang jer polis kat situ dok berborak2. Kalau kerani tu aku faham lar. Nie aku tengok berpakaian polis semua. Pastu bila aku datang nak inspect bangunan diorang, buat donno jer. Sorang tuding sorang. Bila aku tengah2 inspect, complain macam2. Ini tak bagus lah, nak robohlah, tak selamatlah. Padahal diorang sendiri yg buat bangunan tu jadi camtu. Padahal diorang sendiri tau, apa2 hal teknikal macam nak renovate bangunan milik kerajaan, mesti melalui jabatan teknikal. NIe dgn selamba badaknya buat renovation memanjang kat bangunan tu, pakai brick wall lak atas slab. Alamatnya runtuhlah tak lama lagi tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Biarlah mereka berlatih membaling batu. Mana tau satu masa tenaga mereka diperlukan untuk dihantar ke Palestin untuk berejam batu dengan tentera isreal. Tidak tidak pun mereka dah ada latihan asas. |
|
|
|
|
|
|
|
vandalism ni - dari dulu dulu lagi sebenarnya
dari saya kecik kecik tinggal di KL
sampai sekarang dah balik tinggal sini lagi --
masih non stop --
masa dulu public phone, kereta,
tiang traffic light, not to mention barang2
besi dari rumah yang dicabut -- tayar kereta dipecahkan -
habis rosak segala --
sampai sekarang perkara ni tak berhenti sebenarnya --
tengok aje la phone booth kat KL --
banyak yang tinggal rangka aje --
phone ntah ke mana, duit ntah kemana --
tinggal pondok dia aje - tu pun conteng sini
conteng sana -
kalau public toilet tu --
habis dinding2 kat sini kena conteng
dengan perkataan lucah --
siap yang poyo poyo tu - letak number phone
etc --
yang melakukan kerja2 vandalism ni - bukan budak remaja aje
orang dewasa pun ---
ada rukun tetangga pun -- kekadang tak dapat menolong gak --
teringat kisah michael fay - american 19 years old then (1994)
vandalised kat singapore kena sebab 4 rotan kat singapore -
create a huge story - di united state kalau tak silap masa tu --
and singapore just didnt care - u american ka bangla ka -
kalau salah - kaboom....... hukum aje
(nasib baik bukan bayar fine S$100 aje --)
kat malaysia -- apa lak hukuman orang yang memecah mecahkan
harta public dan harta orang awam ni ye -- ;) --
tepuk dada...... well keep tepuk dada -
tak yah tanya selera -- tengok aje ler ---
--------------------------------------------------------------------------------------
Peti surat jadi mangsa vandalisme
Oleh Jaafar Mulup
TAMPIN: Penduduk berhampiran Taman Bahagia di sini, bingung dengan tujuan pihak tidak bertanggungjawab mencabut sebuah peti surat milik Pos Malaysia dan dicampakkan kira-kira dua meter dari tempat asalnya.
Peti surat yang dipasang di persimpangan jalan Taman Bahagia menghala ke Taman Gunung Emas itu ditemui penduduk di pangkal sebatang pokok perhiasan dalam keadaan terbalik.
Beberapa penduduk tidak menolak kemungkinan ia perbuatan vandalisme manakala ada juga menganggap ia perbuatan individu tidak bertanggungjawab yang mahu mencuri surat berdasarkan kedudukan peti surat itu yang terbalik.
Peti surat yang beratnya hampir 30 kilogram itu dipasang di persimpangan jalan itu oleh Pejabat Pos Tampin bagi memudahkan penduduk setempat untuk mengirim surat didapati hilang dari tempat asalnya kira-kira jam 9 pagi semalam.
Seorang penduduk, Chong Ah Kow, 43, berkata dia menyedari peti surat itu lesap ketika menggunakan telefon awam berhampiran.
揚eti surat itu diletakkan di sebelah telefon awam di sini. Kira-kira jam 9 pagi semalam, ketika saya menggunakan telefon saya terperanjat apabila mendapati peti surat itu ghaib.
揝aya kemudian mendapati peti surat itu berada di pangkal pokok tidak jauh daripada tempat asalnya, |
|
|
|
|
|
|
|
50% gadis remaja telah hilang DARA pon kerana perbuatan vandalism jugak |
|
|
|
|
|
|
|
pergh.. cabut dan buang. just for fun? ke dah tak larat nak angkut bawa lari? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kroeGand at 6-3-2007 07:36 PM
pergh.. cabut dan buang. just for fun? ke dah tak larat nak angkut bawa lari?
bukan ada duit pon kat dalam peti surat tu :@ |
|
|
|
|
|
|
|
orang jiwa kacau punye keje la tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 seachNdestroy's post
Vandalism alam semulajadi pun banyak berlaku di darat dan lautan.
Semua kerana hendak membuat keuntungan segera.
Hasilnya nak membina 'Fault line' supaya gempa bumi segera merebak.
Bukan ada makanan segera sahaja, masyarakat 'maju' semuanya mesti segera. Duit segera.Untung banyak segera.
Termasuk maut segera. |
|
|
|
|
|
|
|
Gomen just don care...... :bgrin:
Also..
manusia2 yg melihat pun they just don't care....... coz bukan harta dorang pun.. harta kerajaan..
All in All.... ini menunjukkan betapa sebahagian rakyat marhain kene down brain sydrome.. sadis.. |
|
|
|
|
|
|
|
masalah mentel yg begitu membimbangkan :hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kroeGand at 6-3-2007 07:36 PM
pergh.. cabut dan buang. just for fun? ke dah tak larat nak angkut bawa lari?
kira tak larat nak angkut la tu..berat sgt |
|
|
|
|
|
|
dempol This user has been deleted
|
orang yg sepak n bakar tong sampah tepi jalan kat jalan tuanku tu pun kira vandalisme jugak ke..bebal punya orang yg buat kerja tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan biar penjenayah vandalisme berleluasa
KEJADIAN mencuri klip besi bagi mengikat landasan kereta api di sepanjang laluan Keretapi Tanah Melayu dari utara hingga selatan pada minggu lalu amat merunsingkan pengguna perkhidmatan tren ini yang sejak dahulu memanfaatkan kereta api sebagai salah satu pengangkutan awam yang selamat.
Isu laluan kereta api kita diceroboh, kecurian besi dan perkakasan di landasan bukannya perkara baru.
Namun sejak industri barang lusuh dan kitar semula makin berkembang pesat dengan memberikan pulangan yang lumayan kepada pengumpul barang-barang dengan harga pasaran bagi besi dan keluli yang semakin tinggi, ia kini sudah mencapai tahap membahayakan keselamatan awam.
Asal berjumpa sahaja logam sama ada yang terbiar dan yang tidak, nescaya akan ada orang berminat dan sanggup mendapatkannya secara tidak halal dan membelakangkan kesan dari kecurian tersebut sama ada bakal mengundang bahaya ataupun tidak kepada orang lain.
Begitu juga berlaku kepada projek pengindahan persekitaran menggunakan arca-arca keluli, lampu-lampu jalan berkerawang, penutup longkang, papan tanda dan pelbagai lagi yang diilhamkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di negara ini bakal menguntungkan pengumpul barangan dalam industri ini selagi lesen terus dikeluarkan dan tidak dipantau dengan rapi oleh pihak berkuasa.
Dalam apa jua keadaan selagi ada pembeli kepada barang-barang lusuh atau kitar semula dengan harga menarik, selagi itulah juga industri ini akan melahirkan ramai penjual sama ada melalui cara halal iaitu mengumpul barang terbuang atau secara haram iaitu mengumpul barang-barang curi milik perseorangan atau harta awam milik kerajaan.
Kerugian
Saban tahun contohnya, Tenaga Nasional dan Telekom Malaysia menanggung kerugian berjuta-juta ringgit akibat dari berkembangnya industri barang lusuh dan kitar semula ini.
Kegiatan mencuri barang kemudahan awam untuk dijadikan barang lusuh sudah ke tahap yang membimbangkan sehingga ada yang sanggup menggadai nyawa bagi mendapatkannya.
Tandas-tandas awam milik kerajaan, stesen-stesen minyak dan milik swasta turut mengalami kecurian kepala paip, pam tandas dan pelbagai lagi peralatan yang mempunyai nilai kitar semula.
Barangan dari plastik, aluminium, besi keluli, tembaga dan banyak lagi sememangnya menjadi kegilaan pengumpul barangan ini yang mampu menghasilkan pendapatan yang lumayan.
Yang amat membimbangkan adalah kesediaan syarikat pengumpul yang dilesenkan oleh kerajaan membeli barangan ini tanpa rasa syak wasangka daripada pengumpul-pengumpul yang tidak bermoral ini.
Kegiatan bersekongkol dengan penjenayah vandalisme ini bakal menggalakkan lagi mereka ini membuat kerosakan yang lebih besar lagi dan jika tidak ditangani dengan serius dan tegas, ia bakal merugikan negara. |
|
|
|
|
|
|
|
Vandalism: Tackle this menace together
By : CHUA TECK BOON, Muar
LATE last year, I wrote in to complain about road signs, lamp posts, electrical switch boxes and telephone booths being vandalised in Muar ("Take action against vandals" |
|
|
|
|
|
|
|
Ni Agenda jahat spore gak ni... depa jeles "kemajuan mesia" |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #19 peYno's post
Dah makan ubat belum???? |
|
|
|
|
|
|
| |
|