CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: iansuryani

Berita Hari Ini - 2007

[Copy link]
 Author| Post time 2-2-2007 08:23 AM | Show all posts
Singapura : 2 Februari 2007
Mudah cetak | E-mel
LELAKI DAN ANAK DITUDUH ROGOL ANAK TIRI Budak perempuan 13 tahun sementara ayah tiri 67 tahun Oleh
Khalid Khamis

SEORANG lelaki berumur 67 tahun dan anaknya, 35 tahun, telah dituduh merogol anak tirinya berusia 13 tahun.

Budak perempuan itu adalah anak daripada perkahwinan pertama isteri lelaki tersebut.

Nama kedua-dua tertuduh tidak boleh disiarkan untuk melindungi identiti budak perempuan itu kerana dia masih di bawah umur.

Mahkamah Rendah semalam diberitahu abang tiri budak itu dikatakan merogolnya sekitar Ogos lalu di flatnya di bahagian barat Singapura.

Tertuduh, seorang buruh, adalah ayah dua anak.

Dua bulan kemudian, sekitar 2.30 pagi 31 Oktober, budak itu dikatakan dirogol pula oleh bapa tirinya di rumahnya, juga di kawasan barat.

Abang tiri budak itu kali pertama dihadapkan di mahkamah pada 17 November, manakala bapa tirinya pada 23 November lalu.

Mereka dikenakan satu tuduhan setiap seorang dan kini direman di Penjara Reman Queenstown sementara menunggu perbicaraan.

Ibu budak itu bernikah dengan bapa tirinya sekitar lima hingga enam tahun lalu dan merupakan isteri kedua. Beliau mempunyai tiga anak daripada perkahwinan pertama, termasuk budak itu, yang merupakan anak bongsu.

Kes lelaki dan anaknya itu akan didengar dalam satu sidang sebelum perbicaraan (PTC) Selasa ini di Mahkamah Tinggi. Lelaki itu tidak diwakili peguam sementara anaknya diwakili peguam S. S. Dhillon.

Kes mereka dijangka dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Jika sabit kesalahan mereka masing-masing boleh dihukum penjara antara lapan dengan 20 tahun dan sebat tidak kurang 12 kali.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-2-2007 08:25 AM | Show all posts
Singapura : 2 Februari 2007
Mudah cetak | E-mel
KOMEN MB JOHOR MENGENAI TEKONG TAK BERASAS Kajian teknikal buktikan kerja penambakan laut tidak ada kaitan dengan banjir

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, mendakwa langkah Singapura menambak laut di Pulau Tekong menyumbang kepada banjir teruk di Kota Tinggi baru-baru ini. Namun komennya itu disangkal Singapura. Berikut adalah kenyataan Kementerian Pembangunan Negara (MND) berkaitan isu tersebut.

'KOMEN itu tidak berasas.

Ini disahkan oleh dapatan daripada kajian teknikal yang dilaksanakan secara berasingan oleh kedua-dua pemerintah Singapura dan kerajaan Malaysia sebagai sebahagian daripada langkah-langkah menghurai pertikaian di bawah Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Undang-Undang Laut (Unclos) terhadap isu penambakan laut yang dilakukan Singapura di Pulau Tekong dan Tuas View Extension.

Satu kajian hidraulik perairan yang dilakukan oleh Jabatan Perparitan dan Saliran Malaysia pada 2002 terhadap kesan penambakan laut Singapura mendapati tidak terdapat perubahan nyata terhadap paras air dalam lingkungan kawasan Selat Johor bagi masa pengembalian aliran banjir untuk 1:50 tahun atau 1:100 tahun.

Oleh itu, kajian itu memutuskan bahawa tidak terdapat peningkatan banjir disebabkan kerja-kerja penambakan laut Singapura.

Satu laporan berasingan Penilaian Kesan Sekitaran yang disiapkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia yang diarahkan oleh kerajaan Malaysia juga melaporkan dapatan yang sama.

Kajian teknikal yang diarahkan secara berasingan oleh pemerintah Singapura pada 2003 juga mencapai keputusan serupa.

Malah, berdasarkan dapatan hasil kajian-kajian ini, Kumpulan Pakar (GOE) yang dibentuk oleh kedua-dua pemerintah bagi mengkaji kesan penambakan laut menyarankan bahawa adalah tidak perlu bagi kesan banjir ditaksirkan lagi oleh perundingcara teknikal yang dilantik bagi Kajian Bersama.

Ini diterima oleh kedua-dua pemerintah. Oleh itu, tidak ada asas saintifik terhadap dakwaan bahawa banjir yang berlaku itu disebabkan oleh kerja-kerja penambakan laut Singapura di Pulau Tekong.'

Hamid: Usah buat andaian punca banjir sebelum kajian teknikal, 8
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 08:35 AM | Show all posts
Originally posted by iansuryani at 2-2-2007 08:23 AM
Singapura : 2 Februari 2007http://cyberita.asia1.com.sg/mnt/static/image/ax/print.jpg  Mudah cetak | E-melLELAKI DAN ANAK DITUDUH ROGOL ANAK TIRI Budak perempuan 13 tahun sementara ayah tiri 67 t ...

gerenti melayu

dah tua nak mampos pun tak sedar... habis amalan seumur hidup..

bini ada 2 pun tak cukup nak asah!
Reply

Use magic Report

Makeupfairy This user has been deleted
Post time 2-2-2007 11:02 PM | Show all posts

Reply #176 iansuryani's post

Harap-harap bila dia kat dalam, dia punya turn plaks kena cabul
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 11:07 PM | Show all posts

Reply #184 Makeupfairy's post

amiinnnn

rabak sekali pun takpe
Reply

Use magic Report

Makeupfairy This user has been deleted
Post time 2-2-2007 11:09 PM | Show all posts

Reply #181 iansuryani's post

Eiiiii bingit betul lah dengan kes-kes camni.  Dia orang ni tak mengambil iktibar ker daripada kes-kes rogol yang lepas.  Tak kan tak pernah terbaca kat suratkhabar...unless dua2 buta huruf.  Tapi kat berita, TV ker,  radio ker orang cerita ker....mesti ada dengar kan...Masya-allah buta betul hati diaorang ni...setitik peri-kemanusian pun takde. Apasal lah selalu jadikan budak sasaran....kalau nafsu tak bleh tahan...pegi lah Geylang ker, harap2 dapat AIDS bleh cepat dijemput ke liang lahad sekali daripada menyusahkan hidup orang yang tak bersalah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2007 02:28 AM | Show all posts
yg si tua tu nampak2 mcm mati kat dlm jel jer nanti....
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2007 08:07 AM | Show all posts
Singapura : 3 Februari 2007
Mudah cetak | E-mel
MAYAT ANAK REPUT SEMINGGU DALAM RUMAH

Ibu dan adik kurang cerdas, tidak tahu dapatkan bantuan
Oleh
Khalid Khamis

TIDAK terlintas di fikiran Encik Yazid Bahari bahawa kunjungannya untuk menemui bekas rakan sekolah menjadi satu kejutan apabila beliau terbau bangkai dan rakannya, Allahyarham Saifudin Abdul Motalib, dipercayai sudah seminggu meninggal dunia dan belum disemadikan.

Dan lebih menyayat hati, selama seminggu itu jugalah - ibu dan adik Allahyarham, Encik Hamzah - makan, minum dan tidur dengan mayat yang hampir reput kerana keluarga mereka dikatakan tidak tahu untuk mendapatkan bantuan.

Sebabnya, ibu dua anak yang berusia lewat 50-an tahun itu dikatakan mempunyai kecerdasan akal yang lemah manakala Encik Hamzah, 27 tahun, pula dikatakan mengalami gangguan mental.

Mayat Allahyarham, 29 tahun, ditemui hanya berseluar dalam dan terbujur kaku di depan pintu tandas di flat tiga biliknya di Blok 26 Silat Walk, dekat Kampong Bahru Road.

Secara kebetulan, Encik Yazid yang juga sukarelawan dari Program Dakwah Masjid Al-Amin sedang membuat lawatan dari rumah ke rumah sekitar 6 petang Rabu lalu.

Kali terakhir Encik Yazid bertemu rakan sekolah rendahnya itu sekitar sebulan lalu.
Dihubungi semalam, Encik Yazid berkata: 'Apabila saya tanya khabar Saifudin, ibunya berkata dia sudah meninggal dunia.'

'Saya bertanya sekali lagi dan ibunya berkata, betul dia dah meninggal. Kalau tak percaya masuklah ke dalam tengok. Apabila saya tanya lagi apa yang berlaku, makcik itu kelihatan ketakutan dan segera menutup pintu,' tambah Encik Yazid, 28 tahun.

Encik Yazid lalu memaklumkan perkara itu kepada pihak masjid.

Pengurus masjid, Haji Mohd Johan Janif, bersama-sama dua pegawai masjid mengunjungi flat itu sekitar 3 petang kelmarin .

Haji Mohd Johan berkata:
'Ibunya menyangka kami dari khairat kematian untuk menguruskan jenazah anaknya. Dia mendakwa anaknya telah meninggal dunia sejak Jumaat lalu. Dia sempat mengucapkan terima kasih dan segera menutup pintu. Kami terpinga-pinga dibuatnya.'

Mereka lalu menghubungi polis dan para pegawai polis yang tiba juga gagal memujuk ibu Allahyarham supaya membuka pintu.

Belum sempat Pasukan Perkhidmatan Awam Singapura (SCDF) memecah masuk, Encik Hamzah lalu membuka pintu sekitar 5 petang.

'Keadaan dalam rumah gelap serta berbau dan mayat Allahyarham sudah reput dan kulitnya kehitaman,' kata Haji Mohd Johan.

Polis mengesahkan insiden itu dan menemui mayat Allahyarham dalam keadaan reput.
Polis menyifatkan kes itu satu kematian luar biasa dan tidak mengesyaki perbuatan khianat.

Ibu dan adik Allahyarham membantu polis menjalankan siasatan atas punca kematiannya.

Menurut Haji Mohd Johan, mayat Allahyarham dijangka dikebumikan minggu depan dan mayat masih menjalani bedah siasat.

Menurutnya lagi, pihaknya akan membantu menguruskan jenazah Allahyarham dan berusaha menumpangkan ibunya di rumah tumpangan dan mendapatkan rawatan untuk Encik Hamzah.

Menurut Encik Yazid lagi, keluarga Allahyarham dikatakan memencilkan diri sejak ayah Allahyarham meninggal dunia hampir 10 tahun lalu.

Ibunya tidak bekerja dan Allahyarham dan adiknya adalah pekerja buruh tetapi secara tidak menentu.



sedih seh cerita gini....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2007 08:16 AM | Show all posts
aries.. ian... v....

BLOG WARTAWAN

HORMATILAH RUANG PERIBADI ORANG

Oleh
Hanim Mohd Saleh

GAMBAR-GAMBAR artis yang dirakam untuk album peribadi sudah sering kali dicerobohi dan disebarkan di alam siber.

Tahun lalu, gambar penyanyi rok Awie bernikah senyap-senyap di Thailand dengan Rozana Misbun, sampai ke e-mel ribuan pengguna Internet.

Apabila kisahnya terdedah, rumah tangga Awie dengan isteri pertama, Arni Nazira, musnah.
Kemudian, ketika Siti Nurhaliza sibuk menghadapi hari perkahwinan dengan Datuk K, gambar seorang anak bujang Datuk K berkepit dengan gadis-gadis seksi dengan minuman (tak tau jenis apa), tersebar. Datuk K mengambil sikap berdiam diri.

Terbaru yang saya terima sampai 20 e-mel yang sama dalam satu minggu ialah gambar-gambar percutian seorang artis tempatan dengan kekasih dan beberapa gengnya.

Melihat gambarnya, memang artis itu nampak cuti sakan! Ada adegan buka seluar tunjuk punggung, ada adegan kucup-kucup si artis dengan kekasihnya.

Yang jelas, ini bukan gambar yang diambil secara sulit, bahkan disengajakan untuk simpanan peribadi.

Yang mengirim, apa lagi... marah dan kecewa.

Sebenarnya saya tak begitu terkejut dengan aksi dan gelagat artis berkenaan atau mana-mana artis yang gambarnya pernah disebarkan.

Saya tak terkejut kerana percaya, setiap daripada kita ada ciri nakal (atau ada yang sampai ke tahap 'jahat') yang tersembunyi dan hanya mahu dibuat atau didedahkan di ruang peribadi sendiri.

Menurut artis itu ketika dihubungi penulis, gambar-gambar itu disimpan dalam blog peribadinya yang hanya boleh dimasuki bloggers yang diiktirafnya. Cakap mudahnya: For members only!

Yang membezakan kita dengan mereka ialah, perbuatan nakal kita orang tak nampak atau tak tahu kerana kita tidak membiarkan ia terdedah kepada pengetahuan sesiapa. Ia juga mungkin berbeza daripada segi keterbatasan hukum halal haramnya.

Sedangkan mereka di'telanjangkan' tanpa disangka.

Perbuatan si polan yang terdedah pula tidak semestinya berbau seks atau kelakuan tak senonoh. Ada juga yang menikam kawan daripada belakang atau apa saja yang boleh dianggap ciri jahat seorang.

Saya tidak bertujuan membela artis tersebut, bahkan menentang perbuatannya.

Bagaimanapun, bertolak daripada prinsip 'menghormati ruang peribadi' sesama manusia, saya sebenarnya lebih mempersoalkan orang jenis apakah yang sanggup menggodam 'ruang peribadi' orang lain (biarpun di alam siber), membongkar isinya dan menyebarkannya pula kepada ramai.

Kalau kawan, dia sudah mengkhianati kawan sendiri.

Kalau orang luar, dia adalah penceroboh yang bersikap lempar batu sembunyi tangan. Perbuatannya lebih jijik daripada adegan yang saya lihat dalam gambar tadi.

Sebenarnya saya sudah menghubungi artis berkenaan untuk memberi peluang beliau membuat penjelasan. Namun beliau masih berat hati kerana tidak mahu pendedahan itu sampai ke pengetahuan ibu bapanya.

Kata orang, berani buat berani tanggung.

Dalam hal ini, si mangsa yang kena banyak menanggung bebanan perasaan, tetapi yang menikamnya tersenyum saja tanpa mungkin sedar perbuatan jahatnya.

Hmmmm... kena tanggung sampai akhiratlah jawabnya

semalam baru tengok kau rap dgn othman hamzah

[ Last edited by  Browneyes at 3-2-2007 08:17 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2007 09:30 AM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 3-2-2007 08:16 AM

aries.. ian... v....

BLOG WARTAWAN

HORMATILAH RUANG PERIBADI ORANG
Oleh
Hanim Mohd Saleh

GAMBAR-GAMBAR artis yang dirakam untuk album peribadi sudah sering kali dicerobohi dan di ...


tau pulak tak mau bilang dgn mak bapak....abih kenape buat sey......apa saja :@
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2007 04:28 PM | Show all posts

Reply #190 iansuryani's post

unless parents dia buta & pekak, dorang tak kan tahu...
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2007 04:42 PM | Show all posts

Reply #189 Browneyes's post

opssss
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2007 11:17 PM | Show all posts
credit to vm....



Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2007 12:15 AM | Show all posts
...aku dah banyak kali ketemu ngan lelaki melayu yang berkawin ngan pompan2 dari vietnam...china...pilipin dan even burmese...

...so far ek...cuma sorang jer mamat melayu dan isterinya yang dari burmese yang kira humble dan tak kerek...yang lain2...macam siak....sombong nak mampus...especially the husbands...mereka punyalah sombong...tak bley angkat siot aku...patutlah susah nak dapat awek kat negeri sendiri...huhuhu...

...there was this couple...isteri dia dari china...bleylah tahan rupa...suami orang melayu...tapi...isteri dia rembat makan daging bak pon dia ok jer...pastu...kalau masuk bilik dia nak kena ketuk pintu dulu...tunggu dia cakap ok baru bley masuk...so...kenalah tunggu depan pintu dia until dia muncul...konon2 isteri dia nak rehat...tak bley ganggu...tapi...bila part makan...catering staff lambat sikit serve dah kluar bilik tanya kenapa lambat sebab tuan puteri dia dah kelaparan...ekekekekeke...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2007 09:44 AM | Show all posts
MAN LIES DEAD IN HOUSE FOR A WEEK
MUM AND BROTHER CARRY ON AS USUAL INSIDE SAME HOUSE



FOR almost a week, a man lay dead, face up on the floor in front of the toilet in his home, while his mother and brother went about business as usual.

[size=-2]Her son's body was found here. -- GAVIN FOO
The decomposing body of Mr Saifudin Abdul Motalib, 29, who worked as a restaurant dishwasher, was discovered only after one of his school friends, Mr Yazzid Bahari, visited his three-room flat in Silat Walk.

Mr Saifudin was found clad in his underwear, on 1 Feb. He is believed to have died on 26 Jan.

The police have classified the case as unnatural death and confirmed that his mother and brother are helping with investigations.

The cause of death has yet to be determined.

When The New Paper on Sunday attended the funeral yesterday at Choa Chu Kang Muslim Cemetery, the mother, who gave her name as Siti, 48, seemed completely detached from the proceedings.

Wearing a bright floral print blouse, the housewife smiled and said she was fine when approached by this reporter. <--kesian seh

'I'm not sad. Death is natural. He's gone back to his source,' she said in Malay.

To a passerby who asked who had died, she replied: 'A relative.'

[size=-2]Mum keeps a distance at the funeral.
She stood more 30m away from where her son's body was lowered into the ground.

Although repeatedly asked to come closer for one last look at him, she firmly declined.

Mr Yazzid, 28, a systems engineer, told us that the family had become withdrawn after Madam Siti's husband died suddenly about six years ago.

He said: 'Saifudin was close to his father - they worked together as cleaners. He was at his father's hospital deathbed.

'It was a big shock for the family - they didn't know what he (the father) died of.'

The dead man's younger brother, Hamzah, would walk around in a business jacket and pretend to be going to work although he was jobless, added Mr Yazzid.

He and the deceased, whom he called 'Din', were quite close last year.

'Din liked to keep things to himself but he opened up to me about his problems with his family.
'I wanted to help him but I didn't know where to start, so I just brought him food about once a week,' said Mr Yazzid.

SOMETHING AMISS

He was visiting the flat last Wednesday with some packed food when he found something amiss.

He said: 'After I passed the food to Saifudin's mother through the gate, I asked her where he was.

'With a smile she said he's dead.'

Mr Yazzid found it hard to believe so he asked staff members at Al-Amin Mosque to look into the matter.

Mr Saifudin had volunteered with their outreach group last year.

Mosque manager Haji Mohd Johan Janif and members of the mosque staff were present when police and the Singapore Civil Defence Force officers came to the flat the next day.

Mr Mohd Johan said: 'The brother was hostile and refused to let people in for two hours. It was only after the SCDF personnel arrived to force the metal gate open that he gave in.

'When I went into the dark and stuffy flat, I felt I was Brad Pitt in the movie Seven.'

Windows were covered with cloth, cutting off light and the stench was unbearable.

He added: 'We could see the corpse from the living room. We had expected him to be on a bed but he was on the floor.

'Even before the mother switched on the lights, it was obvious that the body was rotting because the skin had turned black in some parts.'

Mr Saifudin's eyes were closed and there was no sign of blood or foam, added Mr Mohd Johan.
Our team visited the flat yesterday with Mr Yazzid.

Almost everything in the unkempt flat was covered with a layer of dust and grime, except a red-and-white music player.

In it was a CD entitled, 'Sudden Death'.

Mr Yazzid said: 'I feel terrible. The last time I saw him two months ago, he was okay. Then I got busy with work so I didn't visit. I would get home late and be too tired, so I told myself, 'I'll go tomorrow'.

'Now I've no more chance.'
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2007 10:23 PM | Show all posts
Fire engulfs flat, causes 50 residents in the block to evacuate

SINGAPORE: Three separate cases of fire broke out within hours of one another on Sunday afternoon.
Two were caused by unattended cooking in the kitchens and happened just a few blocks from each other in Jurong West St 52. No casualties were reported in those two fires. But a third fire engulfed an entire flat in Bedok Reservoir Road and resulted in the evacuation of nearly all residents in the entire block. Mobile phone footage taken by an eyewitness showed that smoke from the fire rose as high as 11 storeys. Some witnesses told Channel NewsAsia that they even heard a loud explosion in the flat's kitchen at the peak of the fire. "The fire started suddenly. I was alone, along my flat's corridor, burning incense. Someone then said 'Fire!' I ran into my flat, saw lots of smoke and ran out," said 74-year-old Lam Chin Ying, the owner of the four-room flat. Firefighters took about 10 minutes to put out the flames and evacuated about 50 residents from the third to eighth floors. Nazlene Abd Ghani said: "We were told to evacuate due to the massive smoke. I called along my neighbour, an old lady. Someone then offered to help her down the stairs. But the ground was wet. And they slipped. The old lady injured her back." SCDF officers said three persons were sent to hospital, two for inhaling excessive smoke from the fire. They said the blaze started in the kitchen and then spread to the living room and bedrooms. Evacuated residents returned to their homes about an hour later. - CNA/ir
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2007 10:41 PM | Show all posts
Letter bomb explodes at London office, injuring female worker

LONDON (AP) -- A letter bomb exploded Monday at a London company that controls the city's traffic congestion charge, fire officials said. One female worker suffered minor hand injuries. The letter exploded at the Capita Commercial Services, a company that controls the daily charge meant to cut down on traffic in central London and also collects television licensing fees. It also handles mediation and insurance for the Criminal Records Bureau, and work for the Department of Trade and Industry and the Department of Work and Pensions.
"We didn't hear a bomb, but there were a lot of ambulances -- maybe three or four -- and the fire brigade," said a woman who works at a nearby hair salon who asked not to be named. She said the injured woman was crying, had a bandage on her arm and another on her midriff. The office was near Scotland Yard police headquarters and several other government offices but police said the target was a business. Capita was formed in 1984 and has more than 26,000 staff in the U.K., the Channel Islands, Ireland and India. A company spokeswoman said she could not immediately comment on the incident. The Irish Republican Army pioneered the use of letter bombs as a terror tactic in the early 1970s as part of its campaign to oust Northern Ireland from the United Kingdom. The outlawed group targeted the offices of British government officials, security force personnel, Downing Street, and the London Stock Exchange, among others. The tactic maimed dozens of people in the 1970s -- most commonly secretaries or security guards who opened the packages -- but killed nobody. The Royal Mail sought to prevent larger explosive devices from entering the post by erecting barriers on letter boxes, which reduced the size of the slits so that only thin envelopes could be inserted. In larger packages, the major Royal Mail sorting offices since the 1980s have deployed X-ray scanners to detect suspicious battery-powered objects before they could reach their intended target. The major sorting center in Belfast, for example, has intercepted scores of such homemade devices using the technology. Letter bombs sent by the IRA -- and also by Protestant extremists, usually to the offices or homes of Catholic politicians -- were usually caught in the system. Also the crude homemade devices failed to detonate fully.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2007 11:48 PM | Show all posts
Originally posted by SQ154 at 5-2-2007 10:41 PM
Letter bomb explodes at London office, injuring female worker

LONDON (AP) -- A letter bomb exploded Monday at a London company that controls the city's traffic congestion charge, fire offici ...

nanti blom pape, org islam jugak yg dorang syaki.......
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2007 07:25 AM | Show all posts
Mudah cetak | E-mel
MAHU KES CABUL AMAH DIBICARA Oleh
Khalid Khamis

SEORANG Staf Sarjan polis, Muhammad Idris Basiran, 46 tahun, yang dituduh mencabul amahnya mahu kesnya dibicara.

Perbicaraannya bermula semalam dan dijangka berjalan tiga hari.

Secara keseluruhan, tertuduh yang bertugas sebagai pegawai di Pasukan Operasi Khas (SOC) menghadapi empat tuduhan mencabul kehormatan amahnya.

Namun, dia mahu tiga tuduhan itu dibicarakan manakala satu lagi tuduhan telah ditarik balik.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di flatnya di Jurong pada Februari tahun lalu.
Menurut kenyataan pertuduhan, kali pertama Muhammad Idris dituduh mencabul amah nya berusia 23 tahun dengan mencium pipi kanannya.

Dia dikatakan bertindak lebih berani dan mengusap lengan amahnya dengan romantis.

Pada akhir bulan yang sama, tertuduh dituduh bertindak dengan memegang bahu amahnya lalu cuba menciumnya.

Di Mahkamah Rendah semalam, amahnya merupakan orang pertama dan satu-satunya saksi yang memberi keterangan.

Timbalan Pendakwa Raya, Encik Jayendren Jeyapal, dijangka memanggil sekitar enam saksi untuk disoal.

Ketika dihubungi, pihak polis mengesahkan Muhammad Idris kini telah digantung daripada tugasannya disebabkan kes tersebut.

Seorang kakitangan awam akan dipecat hanya jika mahkamah mendapatinya bersalah.
Ayah tiga anak itu kini dibebaskan dengan ikat jamin $10,000.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau didenda atau dirotan atau dua daripada hukuman itu bagi setiap tuduhan.

Perbicaraan bersambung hari ini.

mungkin ya mungkin tidak.. indon ni bukan boleh percaya sangat
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2007 09:12 AM | Show all posts
KEPUTUSAN GCE 'O' JUMAAT INI

KEPUTUSAN peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) Peringkat 'O' akan diumumkan Jumaat ini. Pelajar boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing mulai 2.30 petang.
Calon privet pula akan menerima keputusan mereka melalui pos atau menerusi laman web www.seab.gov.sg.
Pendaftaran Kemasukan Bersama (JAE) ke institusi posmenengah boleh dilakukan menerusi laman di alamat www.moe.gov.sg mulai 3 petang Jumaat ini hingga 4 petang pada 14 Februari.
Pelajar juga boleh mendaftar melalui Pendaftaran Kemasukan Bersama Khas (Politeknik).
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.189024 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list