CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Kisah-kisah pembunuhan & tragedi yang menggemparkan Malaysia

     Close [Copy link]
 Author| Post time 17-5-2019 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
gummygummy replied at 17-5-2019 01:25 PM
i ols kembali ke sini lepas baca kisah Nurse, Pakistani, Negro dan Cyberjaya.

sudah pasti mendebarkan kannn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2019 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
apalah yg terjadi sebenarnye kan ......
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2019 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 26-2-2019 01:10 PM
'Bekas CEO Cradle Fund mati akibat cedera di kepala'

News  |  Diterbitkan Hari ini 12:12 tengahar ...

Tringat kes ni jdi masa bulan puasa tahun lps nak dekat raya...Sekejap ja dah setahun......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2019 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
aku_best replied at 26-5-2019 09:01 AM
Tringat kes ni jdi masa bulan puasa tahun lps nak dekat raya...Sekejap ja dah setahun......

kannn.

mcm baru jer
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2019 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by girlphg at 26-5-2019 01:59 PM
putribatrisya replied at 8-7-2008 03:31 PM
syd,

memandangkan hang byk info...aku nk minta tolong hang la...


Kes ni semua tertanya, sapa yg bunuh arwah sebenarnya..  Siapa lelaki selain hanif....
Kondo yg arwah sewa tu x de cctv ke?  
Kalau baca balik kes, macam xde disebut cctv langsung.. Kata kondo mewah..  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2019 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-5-2019 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
dah nak sampai penghujung thread kekdahnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2019 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts


[UPDATE] Lelaki Nigeria didakwa bunuh Siti Kharina

MyMetroUtama

Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my

LELAKI warga Nigeria dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sepang hari ini atas tuduhan membunuh ketua jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin, 40.

Tertuduh, Alowonle Oluwajuwon Gilbert, 36, mengangguk faham atas tuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam Bahasa Inggeris di hadapan Majistret A Akhiruddin@boy Acho.

A Akhiruddin@Boy kemudian menetapkan 31 Julai ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan Asid Deosiribonukleik (DNA), telefon bimbit, kimia dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).


Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Siti Kharina di sebuah unit kondominium di Third Avenue Condominium, Cyberjaya, Selangor antara 12.41 tengah malam pada 9 Mei hingga 2.30 petang pada 15 Mei lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pertuduhan dibacakan Timbalan Pendakwa Raya Nasharina Nazlan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara itu, dua lagi suspek kes sama, wanita warga Nigeria berusia 35 tahun dan seorang lelaki warga Pakistan berusia 38 tahun dibebaskan dengan Bon Mahkamah masing-masing RM10,000 dan RM11,000.

Pada masa sama, A Akhiruddin@Boy Acho mengarahkan pasport kedua-duanya diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Siti Kharina yang dilaporkan hilang sejak 8 Mei lalu ditemui mati dalam sebuah unit kondominium di Cyberjaya, pada 2.30 petang 15 Mei lalu dengan kesan kelar di dada, leher dan kepala.

Mangsa dipercayai meninggal dunia antara empat ke lima hari dan mayatnya dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Siti Kharina dikatakan sudah lima tahun bertugas Hospital Serdang dan tinggal berjauhan dengan suami serta tiga anak perempuannya yang masing-masing berusia antara 10 hingga 14 tahun.

Kehilangan Siti Kharina hanya disedari apabila rakan serumah jururawat itu menghubungi ahli keluarganya bertanya mengenai keadaannya apabila tidak pulang ke rumah dan melapor diri bertugas di tempat kerja.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-6-2019 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Kisah Lelaki Ditelan Ular Sawa Di Segamat Pada 1995

KIRA-KIRA 22 tahun dahulu ketika zaman tidak wujud lagi media sosial seperti Facebook, negara pernah digemparkan dengan tragedi seorang lelaki ditelan seekor ular sawa di pekan Tenang Stesen, Segamat, Johor.

Kejadian hitam pada 4 September itu bukan sahaja telah menggemparkan seluruh negara, bahkan dianggap peritiwa hitam paling tragis dan mencemaskan sepanjang 1995.

Mangsa, E Heng Chuan, 29, ditemui kira-kira pukul 10.30 malam di bangsal berhampiran rumahnya, di mana sebahagian badannya telah ditelan oleh ular sawa yang difahamkan seberat 140 kilogram.

Ular sawa itu hanya berjaya menelan kepala dan sebahagian badan Heng Chuan kerana tersangkut pada bahu mangsa.

Kisah Lelaki Ditelan Ular Sawa Di Segamat Pada 1995

Dilaporkan sebelum kejadian, mangsa dikatakan berjalan menuju ke bangsal berhampiran rumahnya kira-kira jam 8 malam untuk menutup suis generator air kolam.

Bagaimanapun setibanya di sana, reptilia itu menyerang Heng Chuan dengan mengigit dan membelit lelaki itu sebelum bertindak menelannya.

Kemungkinan berlaku pergelutan agak lama sebelum mangsa mati, berdasarkan keadaan bangsal yang semak bertukar menjadi lapang.

Hakikat itu memang logik kerana kejadian hanya disedari abang mangsa, E Seng Guan, 32, yang keluar mencarinya adiknya apabila tidak pulang ke rumah, kira-kira 30 minit selepas keluar untuk menutup suis generator terbabit.

Seng Guan mencari adiknya di kawasan itu pada pukul 8.30 malam tetapi gagal menemuinya.

Ketika sampai ke situ pada kali kedua, Seng Guan menemui seekor ular sawa sedang membelit dan cuba menelan adiknya dari bahagian kepala tetapi tidak mampu berbuat apa-apa kerana terlalu terkejut.

Dia kemudian bergegas pulang ke rumah untuk memberitahu ibunya, Lim See Mek, 51. Mereka kemudian melaporkan kejadian itu ke pondok polis pekan Tenang Stesen untuk meminta bantuan.

Polis menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 11 malam, tetapi pada masa itu tidak mempunyai sebarang gambaran mengenai kemungkinan yang bakal dihadapi.

Polis pada mulanya beranggapan ia hanya kejadian ular sawa membelit mangsa dan tidak begitu yakin sebahagian badannya ditelan walaupun sudah dimaklumkan abang mangsa.

Dalam kegelapan malam itu, sepasukan lima anggota polis bersama Seng Guan dan seorang penduduk kampung pergi ke tempat kejadian. Mereka menggunakan lampu picit dan bersenjatakan M16.

Seorang anggota polis melepaskan empat das tembakan untuk membunuh ular itu bagi menyelamatkan mangsa, bagaimanapun Heng Chuan didapati meninggal dunia di tempat kejadian akibat terlalu lama dijerut dengan kuat.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Segamat untuk dibedah siasat manakala bangkai ular sawa besar itu dibawa ke pondok polis Tenang Stesen.

ulang tayang buat bacaan semua.

cc @noraidil_06

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2019 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
gambar yang takkan luput dari ingatan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2019 09:58 AM | Show all posts
Syd replied at 2-6-2019 11:22 AM
gambar yang takkan luput dari ingatan

tengok ular kecik melintas jalan pon i ols seram ni kan besor begini Syd!
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2019 05:55 PM | Show all posts
i ingat cerita ulaq sawa ni. sampai skrg tak minat p hutan dan semak. Euwww
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2019 01:45 PM | Show all posts
Syd replied at 2-6-2019 11:22 AM
gambar yang takkan luput dari ingatan

berlaku di Tenang Segamat tp rupanya tempat tu tenang jdnya dan x segah namanya
ular sawa pun bijak kan
xde plk dia nak telan mat pet kt area sg klang tu
terigt dlm tahun 2000 something ada ular sawa yg kekenyangan tgh terjuntai kt satu pokok besar belakang Federal Court

xtaw apa dia telan tp mmg tgh tido ms tu
yg pasti bkn manusia


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2019 01:52 PM | Show all posts
None68 replied at 12-2-2019 12:24 PM
So datuk mokhtar hasyim ni dah lepas tahun berapa? Ingatkan dah gantung sampai mati.

hukuman dia bkn gantung smp mati tp penjara seumur hidup
klu x silap x smp 7 tahun dok dlm penjara sbb kelakuan baik dan tolak cuti dia dah pun bebas
tp x sure dia kat mana lps tu


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2019 01:19 AM From the mobile phone | Show all posts
takayama replied at 11-6-2019 01:52 PM
hukuman dia bkn gantung smp mati tp penjara seumur hidup
klu x silap x smp 7 tahun dok dlm penjar ...

Oic...tp smpi skrg x percaya dia membunuh..entahlah kan..
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2019 05:05 AM From the mobile phone | Show all posts
None68 replied at 14-6-2019 01:19 AM
Oic...tp smpi skrg x percaya dia membunuh..entahlah kan..

Hanya sbb kuasa blh buat org hilang akal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2019 09:40 AM | Show all posts
Syd replied at 2-6-2019 11:21 AM
Kisah Lelaki Ditelan Ular Sawa Di Segamat Pada 1995

KIRA-KIRA 22 tahun dahulu ketika zaman tidak  ...

Tenang Stesen dulu x membangun lg, mmg kwsn hutan...tp mmg sgt 2 tenang, damai
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
iceage replied at 19-6-2019 09:40 AM
Tenang Stesen dulu x membangun lg, mmg kwsn hutan...tp mmg sgt 2 tenang, damai

Balik kg mmg lalu Tenang Stesen tp x pernah stop kat sini pun
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2019 10:23 AM | Show all posts
None68 replied at 19-6-2019 10:47 PM
Balik kg mmg lalu Tenang Stesen tp x pernah stop kat sini pun

Dulu ade sedara kat sane, klu raye mmg singgah tenang stesen. skarang da xde sape2 kat area tu, banyak area kampung tenang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2019 01:13 PM | Show all posts
so, thread yang berusia ini akan menghampiri page yang penghujungnya.

so, nak tambah sikit lagi kisah sebelum kita berpindah ke rumah baru,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.081144 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list