CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: Syd

Books compilation by Syd

[Copy link]
 Author| Post time 7-1-2008 11:12 AM | Show all posts
Sheikh Muszaphar terbit dua buku
05-01-2008 03:51:00 PM  

PULAU PINANG: Angkasawan pertama negara Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dijangka menerbitkan dua buku yang mengandungi catatan, pengalaman serta kehidupannya, masing-masing pada bulan Februari dan Julai ini.

Beliau berkata buku pertama merupakan hasil nukilan adiknya, Allahyarham Sheikh Mustapha Shukor AlMasrie, 32, yang menceritakan tentang usaha dan cita-cita Dr Sheikh Muszaphar untuk merealisasikan impian menjadi seorang angkasawan.

"Buku itu dilancarkan lebih awal berbanding buku mengenai pengalaman saya, sebagai penghargaan kepada adik saya, dan ia hanya menunggu masa untuk diterbitkan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Detik Manis Bersama Angkawasan Negara di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini Ahad.

Adiknya yang lebih dikenali dengan panggilan Ajil, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) seminggu selepas berada dalam keadaan koma akibat kecederaan di kepala kerana terhantuk tiang ketika memasuki sebuah restoran di Jalan Klang Lama di sini.

Pada majlis itu Dr Sheikh Muszaphar turut mengadakan sesi penerangan dan soal jawab bersama pelajar USM, dimana ramai pengunjung majlis itu dilihat berminat untuk mengetahui aktivitinya sepanjang tempoh semasa beliau berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISs), sehingga beliau kembali ke Bumi. Program itu dihadiri lebih 3,000 orang, termasuk pelajar sekolah.

Dr Sheikh Muszaphar berkata buku kedua yang mengandungi pelbagai pengalaman beliau ketika menjalani latihan serta berada di ISS itu pula kini di peringkat suntingan.

"Buku bertajuk "My Journey To Space" mengandungi setiap detik pengalaman dan nasihat itu nanti mungkin boleh dijadikan panduan untuk orang ramai. Seperti yang saya janjikan sebelum ini, setiap pengalaman yang saya lalui itu akan saya kongsi bersama semua orang," katanya.

Beliau berkata buku itu diharap dapat membakar semangat golongan muda untuk menyertai program angkasa pada masa depan selain meningkatkan usaha pelajar mendalami subjek Sains dan Matematik di peringkat sekolah.

Ditanya mengenai rancangan tahun ini, katanya beliau akan menjelajah serta berkongsi ilmu mengenai angkasa lepas bersamasama pelajar sekolah menengah sama ada di bandar atau di luar bandar, bagi membolehkan generasi muda mengetahui dengan lebih mendalam pengalaman serta penyelidikan yang dijalankannya.

Dr Sheikh Muszaphar yang menyertai program angkasawan menerusi perjanjian Malaysia bersama Rusia, berlepas ke angkasa pada 10 Okt lepas dengan menaiki Soyuz TMA11 yang dilancarkan ke ISS.

Beliau yang kembali ke bumi 11 hari kemudian iaitu pada 21 Okt selepas menjalankan pelbagai penyelidikan sains termasuk mengenai bakteria dan penghabluran protein. BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-3-2008 09:40 AM | Show all posts
Buku perjalanan Sheikh Muszaphar mula dijual

KUALA LUMPUR 12 Mac - Buku mengenai perjalanan Angkasawan Negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor ke angkasa lepas yang ditulis oleh adiknya, Allahyarham Sheikh Mustapha mulai dijual dalam pasaran hari ini.

Muszaphar berkata, buku bertajuk Reaching For The Stars (Mencapai Bintang-Bintang) itu mengisahkan tentang perjalanannya sebelum dan sehingga menjadi angkasawan dan diterbitkan MPH Distributors Sdn. Bhd.

Menurutnya, catatan perjalanan itu yang ditulis oleh Sheikh Mustapha telah diserahkan kepadanya oleh isteri Allahyarham, Haryati Mohammad Redza sebaik pulang ke Malaysia pada 28 Oktober 2007.

"Saya membukukan hasil karya Sheikh Mustapha itu sebagai hadiah istimewa dan penghormatan kepadanya yang memberi semangat, dorongan dan sokongan padu sehingga saya berjaya menjadi angkasawan.

"Beliau memainkan peranan penting dalam hidup saya kerana kami sama-sama bekerja keras dan banyak berbincang mengenai bidang astronomi," jelasnya.

Dalam pada itu, Muszaphar yang sangat rapat dengan Allahyarham adiknya, mengharapkan buku yang dijual RM20 senaskhah itu boleh menjadi inspirasi kepada pelajar untuk mempelajari, menyukai dan berjaya dalam bidang sains.

"Sebenarnya Allahyarham hendak memberikan karyanya itu kepada saya sebagai satu kejutan apabila saya pulang ke Malaysia tetapi hajatnya itu tidak kesampaian apabila dia meninggal dunia," kata Muszaphar yang ditemui di MPH Distributors di One Utama, Damansara dekat sini hari ini.

Muszaphar memberitahu, buku itu turut mengandungi gambar-gambar eksklusif yang tidak pernah didedahkan kepada orang ramai di samping catatan daripada anggota keluarga mengenai adiknya.

Buku itu yang ditulis dalam bahasa dan gaya mudah, katanya, sesuai untuk bacaan semua lapisan masyarakat termasuk pelajar.

"Oleh kerana saya telah berjanji dengan Allahyarham untuk saling bantu-membantu dalam hidup, maka bayaran royalti daripada penjualan buku ini akan dimasukkan ke dalam dana keluarga Allahyarham," katanya.

Menurutnya, dana itu adalah untuk membiayai pendidikan dua anaknya iaitu Aiman, 3, dan Balkish yang berusia setahun, sehingga mereka dewasa

[ Last edited by  Syd at 13-3-2008 09:42 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2008 03:59 PM | Show all posts
Filem-filem P.Ramlee banyak dicedok dari luar?
01-05-2008 12:50:35 PM
oleh ARIFFUDDIN ISHAK

揂pa bakar encik kabar?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2008 05:56 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 27-8-2007 02:29 PM
Ilmu kehidupan dari 'Life Is An Open Secret'
25-08-2007 01:48:35 AM
Oleh DALILAH IBRAHIM http://www.mstar.com.my/cms/stor ... -16cbc180-7fad68c4/ ...


cam menarik buku nih.. leh tambah lam koleksi
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2008 02:56 PM | Show all posts

Reply #63 Syd's post

menunjukkan P Ramlee telah membuat research sblm buat penerbitan filem2 dia.
suke sgt filem2 P Ramlee sbb dia pandai selitkan euphemism dlm karya2 dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.057072 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list