CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: prototaip

Mitos mengenai Planet Nibiru

[Copy link]
Post time 9-3-2007 06:34 PM | Show all posts
Originally posted by prototaip at 8-3-2007 05:59 AM
Aku tertarik dengan quote:

"...menyebabkan banjir besar yang serta merta mengakhiri tamadun Sumer..."

Adakah ini merujuk kepada banjir besar di zaman Nabi Nuh?
Jika ini benar, ...


Patut di ingat, seperti apa yang berlaku di kawasan Laut Hitam, kawasan2 Sumeria juga selalu di banjiri terutama sekali apabila pencairan air batu di daerah Khutub2. Orang2 Sumer mempunyai mitos Banjir Besar yg melibatkan seorang Raja yang warak di zaman dedulu bernama Zingiddu atau Ziusudra "life of long days". Ia dikatakan telah mendapat amaran dari tuhan  akan kedatangan banjir besar dan dia bersama ahli keluarga dan beberapa binatang  telah diselamatkan dengan sebuah bahtera. Selepas 7 hari hujan lebatpun berhenti dan mahteranya terkandas. Kemudian diapun membuat korban dengan seekor lembu dan kambing untuk tuhan Enlil diorang. Dalam mitos Babylon dan Assyria yang serupa, hero dia bernama Utnapishtim "he found life". Bagi kaum Harrian ia bernama Naahmuuliel. Namun dalam tradisi Yahudi ia bernama Noah bermakna "comfort" dalam Bahasa Hebrew. Kesan2 banjir besar ini ada dijumpai Ur misalnya. Oleh kerana pergolakan dan perubahan dalam sejarah Meropotamia selepas banjir besar itu mungkin cerita2 ttg insiden2 sebelum banjir besar menjadi berunsur mitos sahaja dan setiap cerita mempunyai sedikit perbezaan.....at least mengikut tafsiran pengkaji2 bahan purba.

[ Last edited by  hamizao at 9-3-2007 06:42 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2007 08:50 PM | Show all posts
planet nibiru ni planet baru ke?


masa blaja alam dan manusia tak de pun nama planet nie
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2007 10:38 AM | Show all posts
Saya berpendapat mungkin betul planet nibiru akan menghentam bumi pada tarikh2 sekian. Tapi bumi tidak akan kiamat, mungkin hentaman itu tersasar atau jika terjadi hentaman mungkin kesannya sama sperti kejadian gempabumi kehancuran pada satu tempat2 tertentu.


TARIKH DAN WAKTU KIAMAT
Saya berpandukan kepada ajaran agama bahawa tidak ada siapa yang mengetahui waktu kejadian kiamat, hanya Allah saja yang mengetahui.


Amerika cuba untuk menembak Planet Nibiru
Melawan takdir atau menghindari sesuatu buruk dengan berusha. Bila saya amati2 tindkan Amerika ini ada juga kebenarannya dan kebaikannya, memang dalam Agama Islam kita diajar supaya berusaha untuk mencegah sesuatu kebuirukan yang akan terjadi kepada diri kita. Saya rasa ada satu golongan didalam islam, dimana golongan ini berserah bulat2 kepada takdir tanpa usaha dan ikhtiar untuk mengubahnya, ini adalah tidak digalakkan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2007 12:48 PM | Show all posts
kiamat?? kenapa kiamat?? Kita bukan bercakap pasal kiamat, tapi pasal kewujudan planet yg sebenarnya telah diketahui sejak zaman tamadun Babylon. Tapi ahli astronomi baru jumpa beberapa tahun ni (apalah astronomi ni)...
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2007 05:26 PM | Show all posts
ni aku nak cerita sket pasal planet nibiru...

sebenarnya, tamadun2 awal percaya ada satu planet misteri yg melintasi bumi, selang beribu-beribu tahun. tamadun sumeria menamai planet ini sebagai planet NIBIRU. tamadun egypt pula memanggilnya dgn nama " PLANET BERJUTA TAHUN". manakala tamadun babylon pula menamakannya sebagai MARDUK, mengikut nama tuhan mereka. sebenarnya tamadun sumeria (3400 BC) sudah mengetahui akan sistem suria yg ada pada kita sekarang, iaitu bumi adalah sebuah objek bulat yg mengelilingi matahari bersama2 dgn 10 bintang yg lain iaitu bulan, utarid, zuharah, marikh, musytari, zuhal, uranus, neptune, pluto dan yg terakhir sekali nibiru.

tamadun awal percaya planet nibiru mengelilingi matahari mengikut arah jam (berlainan dgn planet2 yg lain yg travel berlawanan arah jam). planet nibiru melintasi bumi melalui asteroid belt, antara jupiter dan mars. planet ini dikatakan kecil sedikit berbanding jupiter, di mana planet itu akan nampak besar semasa ia melintas bumi. tamadun awal percaya tuhan2 mereka sebenarnya datang dari planet nibiru ini. dan tuhan2 mereka adalah "source" kpd ilmu pengetahuan mereka yg maju dari manusia sekarang. kalau kita baca ttg tamadun egypt dan maya, mereka ini sebenarnya hebat dan pakar ttg ilmu2 astronomi dan teknologi. buktinya adalah pembinaan piramid dan juga rekod ttg bintang2 dan sistem suria dalam tulisan2 mereka. (pluto belum dapat dikesan sehingga pada tahun 1865 AD and sebelum 1600's, humanity believed that earth was "flat" dan matahari itu mengelilingi bumi. sebenarnya dalam catatan tamadun sumeria telah dicatit perkara sebenrnya).

catatan tamadun2 awal seperti tamadun sumeria menyatakan tempoh masa planet nibiru melintasi bumi utk mengelilingi matahari adalah pada setiap 3600 tahun, setengah pula adalah 10,500 tahun. agama hindu percaya tuhan2 mereka turun ke bumi dalam tahun keramat iaitu 432,000 BC.

pada awal tahun 2004, NASA mengumumkan kemunculan sebuah planet baru, iaitu planet 搙

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2007 10:50 PM | Show all posts

Reply #27 aizverus's post

um.. biarkan la diorang aiz, mungkin diorang tak perasan thread tu dah ada.

ok, berbalik kpd topik thread ni. jadi maksud aiz adakah dunia akan mengalami kiamat pd tahun 2012? selepas itu manusia akan berada pd zaman di mana tiada wujudnya masa. time zero. (dunia kiamat) mcm tu ke. aku tak berapa jelas dgn explanation kau.

tp mmg ya, sebelum kita diadili manusia akan berada dulu di padang mahsyar, selama 70 tahun kalau tak silap aku. tatkala itu bumi adalah suatu hamparan yg luas dan gersang. tiada apa2 pun. aku ada terbaca satu artikel di mana dua org ni telah merentas masa, bermaksud mereka time travel. mereka ini menuju ke masa hadapan. sbnrnya mereka boleh pergi lagi jauh, ttp akhirnya perjalanan mereka terhenti pada tahun 2012. ini kerana tahun 2012 adalah titik kpd berakhirnya masa. dua org yg smpi pada exact tarikh ini, melihat bumi pada masa itu telah menjadi suatu tanah yg luas dan gersang, sama mcm planet marikh. aku pun tak tahulah artikel tu betul atau tidak.

adakah ini yg aiz maksudkan dgn future phenomenon? hari kamat pada tahun 2012 ye... mcm mana pula dgn watak2 future phenomenon? siapa dan apa peranan mereka ni :hmm:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2007 04:52 PM | Show all posts
interesting topic ....
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2007 07:40 AM | Show all posts
aku pon ader terbaca..saintis kata banjir besar 11000 BC..itu banjir yg menenggelamkan bumi keseluruhannya..aku merujuk nieh pada tamadun atlantis..yg masih tak dpt dibuktikan....tp pasal nabi nuh a.s..lebih kurang 5200 BC ...ada org mengatakan yg banjir tuh bukan seluruh bumi..hanya sebahagian atau separuh daripada bumi jer yg tenggelam..dan belah sini..maksudnyer belah garisan khatulistiwa nieh tak tenggelam...sbb tuh spesies tumbuhan dan haiwan paling banyak/diversity dekat iklim khatulistiwa...berbanding dgn iklim lain..maksudnyer banjir tuh tak sampai.. ke negeri yg beriklim khatulistiwa...tp tak tau ler kebenarannya...

pasal kiamat dan planet nibiru plak...bukanker kiamat berlaku apabila smua planet yg ader di angkasa menghempap bumi...kira bintang2 smua jatuh ke bumi...nampak sangatler planet2 tuh dekat ngan bumi dan hilang kawalan dalam paksinyer sendiri...dan aku pikir sebelum kiamat semua manusia dah bleh tgk planet2 nie secara dekat..katakan kekonon ader alien atau makhluk asing di planet2 tersebut...kemungkinan besar ader berlaku interaksi di antara penduduk bumi dan planet2 tersebut..itu pon kalau ader..lagi satu 2012..manusia diupgrade..mcm mana tuh...setahu aku manusia dari nabi adam masih sama sejak dahulu...aderker upgrade tuh maksudnyer pencampuran manusia dengan makluk asing?..tp wujudker makhluk asing nieh..sampai skrg belum ader apa2 bukti..padahal dah 2007...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2007 07:55 AM | Show all posts

Reply #27 aizverus's post

bapak aku penah citer...kiamat hanya akan berlaku apabila bumi dah mati..terlalu gersang..ader satu masa matahari sangat terik...dan tumbuhan tak bleh nak hidup...dan ader ketikanya hujan yang berpanjangan berlaku sehinggakan hampir menenggelamkan bumi...benda bie berlaku sebab bumi dah mereng dang tak berfungsi..tapi manusia masa tuh still ader teknologi untuk hidup...tapi pelikkan manusia yg kedepan nanti adeker tak memerlukan makanan yg kita makan seperti hari ini..benda nie tak mustahil...lagi satu..fenomena berlakunya kematian bumi sedang kita lalui sekarang...sebenarnya bumi ader jantung..jantung yang memastikan kehidupannya..jantung bumi tu ialah teras bumi..yg sentisa dikekalkan dalam suhu kepanasan tertentu untuk membolehkan bumi terus hidup..kalau teras bumi tersebut berhenti dari melakukan aktiviti pemanasan..maka bumi sudah mati..dan tak mustahillah fenomena yg di atas tuh berlaku..sekejap panas kekejap sejuk..tp ketika ini manusia masih hidup di bumi yg mati..dan ketika tuh lah kiamat sudah hampir....kiamat berlaku selepas kematian bumi...bumi dulu mati , baru kiamat tuh datang....aku suspect jika manusia yg diupgrade kan tuh, kalau betul ler..adeler manusia yg tak memerlukan makanan yg banyak untuk hidup..dan manusia yg bleh hidup dengan oksigen yg tipis...yg kompemnyer itu bukan manusia dari kita yg ader skrg...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2007 10:46 AM | Show all posts
http://www.alienshift.com/id177.html

http://www.alienshift.com/id1.html

http://www.alienshift.com/id78.html

http://www.alienshift.com/id79.html

http://www.alienshift.com/id119.html

http://www.alienshift.com/id150.html

http://www.crystalinks.com/ancientastronauts.html

http://www.youtube.com/watch?v=d66uvSMvY-0

http://www.youtube.com/watch?v=1kjTWuo5UB8 lihat juga video utk bahagian 2/4, 3/4 dan 4/4

http://www.youtube.com/watch?v=bPaubLDe9bE

http://www.youtube.com/watch?v=VXSYW-QwM_w (lihat juga video utk bahagian 2/5, 3/5, 4/5 dan 5/5)


remizati, ni link utk bacaan supaya dapat streamline dgn perkara yg navarrus dan aizverus nak kupaskan. Kalu boleh cuba cari dekat google pasal "ancient astronaut". Baca jer link2 tu, jgn ambik bulat2...hanya sebagai rujukan jer..
Pesanan sekali lagi: jgn ambik bulat2 sbb boleh buat iman dan akidah lari....

Harap2 kita dapat maintainkan cara 'beyond the level of thinking' dlm thread ni mcm nav dan aiz...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2007 02:34 PM | Show all posts
nibiru hanya merupakan satu mitos. menarik untuk dibaca tetapi terlalu payah untuk diterima.

satu kisah mengenai sebuah planet yang akan melintasi orbit bumi setiap 3600 tahun bumi. planet ini juga didakwa bertanggungjawab mewujudkan bulan selepas pelanggarannya dengan bumi sekitar berbillion tahun dulu.

planet ini juga didakwa bertanggungjawab menyebabkan kehadiran manusia dan tamadun di bumi. samada dari pembinaan genatik mahkluk asing atau apa saja alasannya.

persoalan yang boleh kita cuba rungkaikan mengenai mitos ini:

sebuah planet yang akan melintasi orbit bumi setiap 3600 tahun bumi dan juga mempunyai rekod bertembung dengan bumi sehingga mewujudkan bulan beberapa billion tahun yang lalu. mengikut perkiraan pakar sains bumi sudah wujud mungkin sejak 4.5 billion tahun. berapa pula usia planet nibiru?

kita ambil sebagai satu kesamaan mengikut kejadian sistem suria. katakan planet nibiru juga wujud dalam tempoh yang sama atau mungkin lebih lama. katakan yang nibiru sudah mempunyai orbit seperti yang didakwa dan sebelum pembentukan bumi laluan nibiru tidak pernah bertembung dengan mana-mana planet lain dalam sistem suria. dan kemudian bila pembentukan bumi yang secara kebetulan berada pada kedudukan laluan nibiru maka berlaku pertembungan sehingga sebahagian planet bumi berkecai dan membentuk bulan. dan juga menjadi penyebab mengapa bumi berputar pada paksi yang sedikit condong. dan itu semua berlaku berbillion tahun lalu.

kembali kepada teori yang mengatakan nibiru akan melintasi orbit bumi setiap 3600 tahun. mengikut perkiraan adakah pertembungan hanya berlaku sekali saja semasa permulaan pembentukan bumi dan bulan dan kemudian tidak lagi berlaku setiap 3600 tahun bumi ketika nibiru melintasi orbit bumi?

hasil bahagi setiap 1 juta tahun bumi nibiru sudah melintasi orbit bumi sebanyak 277 kali. adalah dalam 277 kali dalam kiraan 1 juta tahun bumi tiada lagi perlanggaran berlaku dan mengapa?

dan diandaikan jika setiap 3600 tahun nibiru melintasi orbit bumi dan berlanggar dengan bumi adakah mungkin bumi masih mampu untuk terus kekal berapa pada orbitnya sekarang memandangkan perlanggaran pertama dengan nibiru dulu saja sudah menyebabkan bumi berganjak dari garis orbit asalnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2007 02:20 PM | Show all posts
Originally posted by cipOt_cedOt at 27-5-2007 02:34 PM
dan diandaikan jika setiap 3600 tahun nibiru melintasi orbit bumi danberlanggar dengan bumi adakah mungkin bumi masih mampu untuk teruskekal berapa pada orbitnya sekarang memandangkan perlanggaran pertamadengan nibiru dulu saja sudah menyebabkan bumi berganjak dari garisorbit asalnya.


mungkin juga...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2007 02:21 PM | Show all posts
aku tak paham ler...dah byk kali lah...asal aku quote org lain nye statement, lepas submit, mesti reply aku ada atas statement org yg aku quote tu...camno ek???? time zone aku silap ke? rasa time zone dah betul....
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2007 03:03 PM | Show all posts
rasanya ada salah faham skit ni. Pertembungan antara Bumi ngan Nibiru ni bukanlah bermaksud berlanggar, tapi 'penghampiran planet Nibiru ngan Bumi...

ada ke berlanggar...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2007 05:52 PM | Show all posts
Originally posted by johnconan at 27-5-2007 03:03 PM
rasanya ada salah faham skit ni. Pertembungan antara Bumi ngan Nibiru ni bukanlah bermaksud berlanggar, tapi 'penghampiran planet Nibiru ngan Bumi...

ada ke berlanggar...


berapa saiz planet ni berbanding bumi?

ada yang mengatakan planet ini 2 kali ganda lebih besar berbanding bumi. berdasarkan saiz ia pasti mempunyai jirim yang lebih besar dan kemungkinan mempunyai medan megnatik yang juga begitu besar. bulan yang suku saiznya dari bumi juga mampu untuk mempengaruhi keadaan pasang surut air laut inikan pula sebuah planet yang mempunyai saiz yang lebih besar dari bumi.

satu perkara yang menarik untuk difikirkan samada planet ini benar-benar wujud ialah mengenai dakwaan bahawa kerana planet ini menghampiri bumi maka bumi berlaku beberapa perubahan cuaca yang merubah ekosistemnya. dikaitkan juga dengan banjir besar dan pemecahan glasier yang menyebabkan kawasan tanah rendah dibanjiri oleh air laut.

andai planet ini mampu untuk mempengaruhi bumi apakah ia tidak mampu untuk mempengaruhi bulan. kita selalu lupa menyebut tentang bulan bila memberi pandangan mengenai planet ini terhadap bumi sedangkan jarak bulan dan bumi sangat dekat. bagaimana sebuah planet yang besar dan mempunyai tarikan graviti yang kuat hanya memberi kesan kepada bumi tetapi bulan langsung tidak terjejas langsung?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2007 06:39 PM | Show all posts
nak sentuh skit ttg ancient astronaut (AA). sebenarnya bab AA ni, bagi yg kurang jelas mungkin nampak takde link dgn planet nibiru dan 2012, tapi kalo kita geledah lagi article2 yg ada di internet, mmg akan nampak kaitan AA dgn thread ni...

ok, pasal AA ni, dlm board ni ada juga dibincangkan pasal nabi adam a.s. Ada juga yg bagi pendapat yg ada ni ada 'pelbagai adam', hanya satu jenis adam dsbnya. Hari ni lepas aku surf ke website islam.gov.my, ade nampak terjemahan surah Thaahaa (20), ayat 115:

"Dan sesungguhnya, Kami telah berpesankepada Adam pada masa yang lalu, tetapi ia lupa; dan Kami tidakmendapatinya mempunyai keazaman."

Yg aku boldkan tu, ade sapa2 leh huraikan tak? Nampak seolah2 tamadun yg dikatakan advance dari tamadun skrg ini iaitu atlantis dan lemuria, dari adam yg dahulu (lalu)? dan dimusnahkan kerana melakukan kerosakan? Apakah maksud "tidak mendapatinya mempunyai keazaman"? Keazaman tersebut ialah beramal kpd Allah (Pencipta) tapi mereka2 tersebut (mereka2 yg hidup di zaman adam yg dahulu) lalai dan leka serta lupa akan pencipta?

ok now ttg kaitan atlantis, lemuria dan nibiru: tamadun mereka dikatakan berada di titik masa di mana fenomena seperti 2012 (pole shifting) telah berlaku dan meruntuhkan hasil usaha tamadun yg mereka bina sekian lama (termasuk teknologi yg lebih hebat drpd skrg ni).

p/s: aku rasa ramai (termasuk aku sendiri) yg sebelum ni fikir yg setiap perawalan tamadun berada di bawah graf kemajuan manusia (graf perkembangan teknologi vs tahun). tapi bila dirisik2 balik, menonjolkan yg tamadun mereka lebih maju.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2007 03:51 PM | Show all posts
Originally posted by Navarrus at 24-5-2007 05:26 PM
ni aku nak cerita sket pasal planet nibiru...

sebenarnya, tamadun2 awal percaya ada satu planet misteri yg melintasi bumi, selang beribu-beribu tahun. tamadun sumeria menamai planet ini sebaga ...


aku bace dlm wikipedia pasal mayan long calendar die bukan cakap 22/12/2012.. tapi 21 december 2012..

[ Last edited by  LimpBizkutMerri at 29-5-2007 03:52 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2007 09:24 PM | Show all posts
planet nibiru??hairan.....ada plak planet macam nih......

hari kiamat...??

tanda2 yang disebutkan oleh al quran rasanya lagik benar...
kiamat ker tidak..kita tunggu akan kedatangan planet nibiru nih...
entah ujud entah tak...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2007 09:33 PM | Show all posts
tunggu je aaa.. bukan lame lagi punn.. 5 tahun jerr.. ..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2007 10:21 PM | Show all posts
time tuh mesti aku belum kawin lagik...ekekekekek...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:38 AM GMT+8 , Processed in 0.447723 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list