View: 2590|Reply: 6
|
Jac derita ketika kecil
[Copy link]
|
|
Jac derita ketika kecil
Oleh Rudy Imran Shamsudin
[email protected]
KEJAYAAN demi kejayaan yang dicapai bintang Malaysian Idol musim pertama, Jaclyn Victor, 29 atau Jac tidak pernah membuatkan diri penyanyi berasal dari Kepong, Selangor itu lupa diri atau bersikap kacang lupakan kulit.
Bagi Jac, segala kejayaan dicapai hari ini dianggap satu rezeki selepas bertahun-tahun menghadapi pelbagai dugaan dan kegetiran hidup.
Jaclyn bagaimanapun secara jujur menjelaskan, dia tidak pernah menyesali apa yang berlaku, sebaliknya berkata, kepayahan hidup dilalui menjadikan dia kini insan yang cukup cekal dan kuat.
揂pa yang saya ceritakan ini bukan untuk meraih simpati tetapi ia bagi menjelaskan kedudukan sebenar mengapa saya katakan lagu yang dimuatkan dalam album kedua Satu Harapan punya persamaan dengan perjalanan hidup pernah saya lalui.
揝ejak kecil saya tidak pernah merasai kesenangan hidup seperti anak-anak lain. Ayah meninggal sewaktu saya berusia 10 tahun. Sementara tiga lagi adik saya masih kecil iaitu Justin, 8; Jerad, 7 dan Julian, 5 tahun memerlukan perhatian.
揂yah pergi secara tiba-tiba, membuatkan ibu yang amat bergantung kepadanya seperti hilang arah hidup.
揃ayangkan dalam orang sibuk melawat mendiang ayah, ibu seperti orang kebingungan. Dia tidak makan, tidur dan duduk saja di sebelah keranda, sehinggalah jiran tetangga memanggil doktor memberi suntikan agar keadaannya kembali terkawal.
揚ada peringkat awal kami meneruskan hidup dengan duit yang didermakan orang keliling yang datang melawat mendiang ayah.
揚un begitu demi anak-anak, ibu berubah sikap dan kembali bangkit, hidup berdikari dengan melakukan dua atau tiga kerja dalam sehari bagi membesarkan anak-anak, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sedeynye.... |
|
|
|
|
|
|
|
wah x sangker... |
|
|
|
|
|
|
|
ina sedey.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 jac2006's post
jezi?
aktif kembali? |
|
|
|
|
|
|
|
Tak lupa diri
Oleh Farihad Shalla Mahmud
Kesusahan masa lampau buat Jac sentiasa beringat
RUPA-rupanya perjalanan hidup penyanyi bervokal mantap, Jaclyn Victor tidaklah seindah yang disangka. Sebelum mengecapi kejayaan seperti yang dinikmatinya hari ini, banyak duri dan ranjau yang terpaksa diharungi wanita berusia 29 tahun ini.
Namun pengalaman itulah yang banyak mengajarnya untuk lebih berdikari dalam hidup. Kesusahan yang pernah menimpanya sekeluarga suatu masa dulu menjadikan penyanyi yang cukup akrab disapa Jac ini cukup sedar di mana bumi di pijak, di situ langit dijunjung.
Lantaran itu, berkat kesabarannya bertahun-tahun mengharungi kepayahan hidup, Jac kini sudah mampu tersenyum bangga apabila rezekinya dalam bidang seni semakin melimpah ruah. Selepas dinobatkan sebagai bintang Malaysian Idol musim pertama, tuah penyanyi ini semakin menyerlah dengan pelbagai anugerah hebat diterimanya termasuk anugerah Persembahan Vokal Wanita Terbaik Wanita AIM ke-14.
Dan kini, nama Jac turut berdiri sebaris dengan selebriti popular tanah air seperti Datuk Siti Nurhaliza, Ziana Zain dan Maya Karin apabila tersenarai sebagai duta produk syampu terkenal Rejoice. Dan pada sidang media pengumumannya sebagai jurucakap kepada produk pencuci rambut terkenal itu baru-baru ini, Jac menyifatkan tawaran yang diterimanya itu ibarat bulan jatuh ke riba.
揝ejak dulu lagi saya menggunakan produk ini dan pernah menyimpan angan-angan untuk menjadi jurucakapnya. Apabila dimaklumkan pihak pengurusan bahawa saya terpilih untuk menjadi duta pertama Rejoice, memang gembira sangat kerana tak sangka impian akhirnya menjadi kenyataan, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|