CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4741|Reply: 76

DEBAT MnCm : Episod 1

 Close [Copy link]
Post time 22-5-2007 08:00 PM | Show all posts |Read mode
SELAMAT DATANG KE EPISOD PERTAMA

DEBAT MnCm

rancangan ini bakal di adakan sebanyak 13 episod.. setiap episod satu tajuk akan terpilih dr senarai2 cadangan....

kredit akan diberikan kpd komen-komen yang bernas...



utk minggu ni, episod 1

di ucapkan tahniah kepada :
colbyraikonen a.k.a coco

dengan tajuknya :
"
Pertandingan Nyanyian/Bakat Baru - Sejauh Manakah Kualti Artis Yang Dilahirkan?"

kerana terpilih utk memulakan program ini...



mulakan...........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2007 08:17 PM | Show all posts
Matlamat utama pertandingan  nyanyian asalnya adalah utk melahirkan artis yg berkualiti. Sejarah membuktikan kbykn penyanyi2 berkualiti tanahair lahir dari pertandingan nyanyian spt sudirman, jamal abdillah, melah ram, CT , JAC dll Namun ada jugak artis yg menyerlah tanpa join mana mana pertanding yg gelemer2..cam ella..shima...Aishah..ZZ. Tp dulu kita mencari bakat berdasarkan kualiti semata2 bilamana pertandingan tersebut diadili sepenuhnya oleh juri profesional.

Di alaf baru ini semuanya berubah. Sejak kemunculan rancangan berbyr astro, kita mula mencari bakat baru yg bukan shj berkualiti tp disukai ramai.  Kununnya lah tu tp disebaliknya keuntungan itu yg lebih utama. Jelas w/pun tidak dijelaskan.  Sudah tentu ia tidak melahirkan bintang2 yg betul2 berwibawa. Hanya JAC yg paling mantap. Yg lain..populariti mengatasi segala2nya.

Kerana duit adalah segala2nya dlm bisnes..maka pelbagai rancangan realiti muncul sehingga bintang RTM yg dulunya high standard dianggap sbg rancangan picisan dan melahirkan artis2 yg hodoh saja . Kesian kan...nasibla..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2007 08:24 PM | Show all posts
mostly la kan,bebdk yg masuk pertandingan nyanyian/bakat baru nih diorg gunekn tuh sbg platform utk menceburi dunia glamor...x semestinya dlm nyanyian..cth nye tgk linda...even though die masuk af2,tp as a singer die agak kureeeeng menyerlah as compared to farah...tgk je lah,kalo tgk lagu2 die pon x byk yg meletup...tp,as an actress die agak menyerlah laaa...i suke tgk die belakon kt citer gila2 pengantin popular...

pd pndgn i la...she's not into singing very much...one more thing,faizal af4...die champion...tp,knape smpi skrg kureeeeng menyerlah?n farhan plak...die ade suare yg best,tp x meletup sgt....ade pro n cons kt situ...

one more thing...i rase la kn format pertandingan nyanyian yg gune sms tu cume melahirkn penyanyi yg popular...tp xde kualiti...kalo kite tgk...voters kt luar tuh mengundi sbb diorg suke kt peserta tuh...bkn kt suare seseor peserta tuh...so..bende nih somehow menghakis kualiti dlm pertandingan tu sendiri...

cube tgk camne ngan pertandingan nyanyian sblm nih...bintang rtm...x guna sms pon,tp penyanyi2 yg kuar drp rancangan tuh kebykn nye meletup2...can u see it..?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2007 08:37 PM | Show all posts
pertandingan nyanyian mmg merupakan pusat mencungkil bakat bakat besar, namun semakin mengikut peredaran zaman, corak pertandingan bertukar dan peserta semakin fake.

salah satu cara untuk mencungkil bakat berdasarkan bakat ialah dengan mengadakan pertandingan yg tidak mendapat publisiti yg terlalu meluas dan berdasarkan penjurian 100%.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2007 08:43 PM | Show all posts
Aku rasa, klu nk berhujah.. baek bgtau pncadang ke pmbangkang... klu pilih pncadang, sokong jerk la tajuk tuie.. klu pilih pmbangkang plak, bangkang abis2an la..

emmm.. 1 agi, klu ikut bahas ala parlimen yg aku join kt skool , tiap2 kali start 1 isu, kene bg tau definisi.. so, aku tulih dlu utk kemudahan korang faham tajuk ok?

Mengikut kamus dewan edisi ke4 :
Pertandingan - 1. perihal bertanding, perlawanan (bola dll), perlumbaan (berlari, berenang, dll), peraduan: satu ~ menembak dgn menggunakan pistol akan diadakan di Jalan Padang Tembak; 2. perihal bersaing, perlumbaan (utk mencapai kejayaan dll), persaingan; 3. perbandingan.


Nyanyian - nyanyi

Bakat - 1. kebolehan semula jadi: ia memang mempunyai ~ seniman; ~ terpendam bakat atau kebolehan (dlm bidang seni, penulisan dll) yg belum diketahui atau diperlihatkan kpd orang umum; 2. orang yg mempunyai kebolehan semula jadi: baik pengarang lama mahupun ~-~ baru tidak pernah menulis tentang konfrontasi; 3. bekas, tanda-tanda, kesan (bekas luka dll): luka itu meninggalkan ~; 4. alamat, tanda bakal terjadi sesuatu: awan hitam di langit ~ hujan;  

Baru - . belum (tidak) ada sebelumnya, (yg) belum lama wujud

Sejauh - jauhnya, jaraknya: ia berjalan kaki ~ dua batu; ~ mana had mana, hingga mana; ~-jauh hingga jauhnya; ~ mata memandang dlm jarak yg dapat dipandang oleh mata;

Manakah - yang mana

Kualiti - darjah kecemerlangan yang tinggi

Artis - penghibur (spt penyanyi, penari, dll).

TQ.

Yang Dilahirkan -

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2007 08:47 PM | Show all posts

Reply #5 AyieBoyZ's post

tapi tajuk episode 1 ni tak de pembangkang kan, just bincangkan sejauh mana kualiti
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-5-2007 08:53 PM | Show all posts
ha aa tajuk ni general....bukan perlukan pembangkang dan pencadang...
Lainlah kalu tajuk "ERTANDINGAN NYANYIAN MELAHIRKAN BAKAT YG BERKUALITI. BINCANGKAN" yg ni kalu...aku nak cari pencadang la...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2007 09:01 PM | Show all posts
Originally posted by harisbee at 22-5-2007 08:53 PM
ha aa tajuk ni general....bukan perlukan pembangkang dan pencadang...
Lainlah kalu tajuk "ERTANDINGAN NYANYIAN MELAHIRKAN BAKAT YG BERKUALITI. BINCANGKAN" yg ni kalu...aku nak cari pe ...


dah roper soalan spm kertas 2 je.. hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2007 09:07 PM | Show all posts
tidak dinafikan banyak artis yang dilahirkan menerusi pertandingan nyanyian/bakat baru hari ini mempunyai kulaiti tersendiri, ini boleh dibuktikan dengan:

1. pencapaian mereka di dalam bidang nyanyian itu sendiri, sebagai contoh, Jaclyn Victor, Dina dan Nikki, yang memenangi anugerah terbaik di dalam dan luar negara, (bukan populariti atau sms), ini sedikit sebanyak sudah cukup untuk membuktikan mereka ini berkualiti.... kerana mereka bukan sahaja bertanding dengan artis dalam negara.. malah dapat juga menewaskan calon2 luar negara yang adakalanya lebih lama berkecimpung dalam dunia seni seperti Rossa, Kris Dayanti dan Audi... itu belum termasuk kat shanghai tu...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2007 09:11 PM | Show all posts
yang membuatkan masyarakat dan industri sendiri mempertikaikan kualiti artis2 baru yg lahir dari pertandingan nyanyian ini...ialah bakat2 lain yang tidak/kurang berkualiti menjadi sanjungan ramai...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2007 10:52 PM | Show all posts
pandangan aku pulak..
setiap program yang dibuat tu, sekurang2nya ada 1 atau 2 peserta yang betul2 berkualiti. tapi masalahnya sekarang, disebabkan semua program tu cuma mementingkan keuntungan pihak diorang aje, makanya yang terlahir tu kurang berkualiti berbanding yang tersingkir.
contoh
pertandingan paling koman dimalaysia - audition - yang menang.. aku pun tak tau nama depa.. tapi yang tersingkir awal - shanor - dalam reramai tu dia aje yang memiliki vokal yang bagus. program yang ni pun tak terbungkus sbb pihak produksi sendiri tak pandai nak pilih bakat. tutup kes

bintang rtm.. dulu kalau sebut aje bintang rtm.. semua teruja. bintang2 yang dilahirkan memang stok bintang. tapi sejak berduyun2 stesen buat pertandingan pencarian bakat yang berpandukan undian sms, depa pun nak tiru.. akhirnya, bintang rtm pun dah tenggelam entah kemana.. pegi ke pertandingan suara emas yang berkarat aje.

sekarang ni, yang betul2 berjaya cuma akademi fantasia. malaysian idol bukan tak berjaya tapi lepas jac dilahirkan - MI pun dah tergolong dalam kategori pertandingan ala-ala Audition dan terus sepi.

*nanti aku sambung. byk pulak gangguan kat sini

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2007 11:17 PM | Show all posts
bestnye :clap: anon jgn segan2 kasi kredit
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2007 11:20 PM | Show all posts

Reply #12 jac_diehard_fan's post

huhu

kasi le aku sama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2007 11:26 PM | Show all posts

Reply #13 MsAnonymous's post

harus.. kasila ikut kesedapan ko..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2007 11:28 PM | Show all posts
Korang..tayah la series sgt.. bincang je ape2 ala2 santai...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2007 11:34 PM | Show all posts
Originally posted by MsAnonymous at 22-5-2007 10:52 PM
pandangan aku pulak..
setiap program yang dibuat tu, sekurang2nya ada 1 atau 2 peserta yang betul2 berkualiti. tapi masalahnya sekarang, disebabkan semua program tu cuma mementingkan keuntungan  ...

amboi.. ingat lagi ko shanor?   ke mana dia sekarang ek?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2007 11:48 PM | Show all posts

Reply #15 jac_diehard_fan's post

aku rasa bebudak af byk yg fake

santai tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2007 11:53 PM | Show all posts

Reply #17 calmille's post

santai sagt ;)
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2007 12:02 AM | Show all posts
pendapat aku plak..

semestinye tujuan pertandingan nyanyian atau bakat baru itu bertujuan untuk melahirkan artis yg berkualiti.. yg berbakat besar, punye karisma tersendiri.. sebagi contoh AF, kalau tidak utk melahirkan artis berkualiti masakan perlu ada kelas latihan vokal, seni persembahan, motivasi dan segalanya.

namun segalanya turut bergantung kepada mekanisme pembawaan sesuatu pertandingan itu.. jika ia hanya bersandarkan kepada penilaian sms peminat semata2 pastinye cenderung untuk populariti itu melangkaui bakat dan kualiti kerana kebanyakannya memilih personaliti.. pastinya juga pemancingan undi itu ibarat medan utk meraih populariti..jadi dlm hal ini, barang kali ada benarnya kata2 DCT `yg terbaik tidak semestinya jadi juara'..

tapi tidaklah bermaksud pertandingan2 nyanyian berdasarkan sms itu secara totalnya tidak akan melahirkan penyanyi yg berkualiti.. JAC telah membuktikannya dlm MI bahkan dia juga berjaya menggondol anugerah terbaik dlm dan luar negara.. in fact DCT juga dicungkil bakatnya melalui pertandingan nyanyian..tetapi dipilih melalui juri.

kesimpulannya, pertandingan nyanyian/ bakat baru mmg boleh melahirkan artis yg berkualiti namun bilangan yg benar2 berkualiti itu boleh dikira dengan jari.. selebihnya ibarat mee segera yg cepat dimasak.. cepat dimakan.. cepat popular dan akhirnya entah ke mana..

[ Last edited by  eddysheddy at 23-5-2007 12:04 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2007 10:04 AM | Show all posts
up sket
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 01:07 PM GMT+8 , Processed in 0.073081 second(s), 42 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list