CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 43444|Reply: 75

Arkib Berita Ziana Zain Bersama Utusan Malaysia

 Close [Copy link]
Post time 24-6-2007 09:28 AM | Show all posts |Read mode
Bosan menanti - Ziana tak mampu tunggu Ramli MS

Oleh NOR FADZILAH BAHARUDIN

Source : Utusan Malaysia
Date : 07/05/2007

Rasanya ketika bertemu penyanyi bersuara lantang ini, tiada soalan wajib yang akan ditanya selain soalan mengenai albumnya. Bukan sahaja rakan media dan peminat Ziana Zain sendiri ternanti-nanti malah tuan empunya diri sendiri juga mengakui, sudah bosan menanti kemunculan album terbarunya.

Lantas setelah tertangguh lebih setahun, Ziana akhirnya terpaksa mengambil keputusan mengambil alih tugas selaku penerbit album terbarunya. Sebelum itu, tugasan tersebut diberikan kepada Ramli MS.

揝aya terpaksa mengambil keputusan itu, kerana saya sendiri dah tak sanggup menunggu. Jangan ada yang salah faham kerana antara kami tiada masalah cuma saya perlu bertindak cepat kerana sudah bosan menunggu. Jika sebelum ini saya bertindak selaku penerbit eksekutif, kini saya terpaksa memegang dua tugas.

Saya memang bukan pakar dalam bidang ini jadi yang terbaik, mungkin saya akan upah orang untuk buat proses mastering dan menjaga apa yang perlu ketika rakaman,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-6-2007 09:29 AM | Show all posts
Ziana Zain di Labuan

Source : Utusan Malaysia
Date : 02/05/2007

Penyanyi bersuara lantang, Ziana Zain akan muncul memeriahkan majlis penutupan rasmi Labuan International Sea Challenge 2007 di Labuan pada 6 Mei ini.

Majlis yang diadakan di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan pukul 8 malam itu turut dimeriahkan dengan persembahan Salih Yaacob, Jalil Hamid dan Jeffrydin.

Ziana akan menyampaikan lagu `berhantunya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2007 09:30 AM | Show all posts
Ziana lupa lirik

Source : Utusan Malaysia
Date : 15/04/2007

ANTARA lain yang dikecohkan sepanjang minggu lalu tentunya kisah yang berlangsung dalam persembahan sempena Minggu Setiausaha.

Antara yang paling kecoh, persembahan yang dijayakan oleh penyanyi Ziana Zain di Dewan Perdana Felda beberapa hari lalu. Kecoh bila melihat ketidakupayaan penyanyi itu menyampaikan beberapa lagunya dengan lirik yang betul dan tepat. Ziana sudah mula lupa nampaknya.

Kata rakan-rakan media yang lain, Ziana nampak tak bersedia di atas pentas. Asyik lupa lirik memanjang dan ia mencacatkan persembahan.

Khabarnya ada yang mengeluh sebab bayar beratus, tetapi artis yang menyanyi lupa lirik. Siap boleh tanya pengarah muzik lagi, ``Lepas ni lagu apa ya?拻 Hai, tak datang latihan ke? Tapi, tak apalah tak ingat lirik pun, asalkan baju cantik. Ada kelas jugakan? Akhirnya orang lebih terhibur dengan persembahan AC Mizal yang menjadi artis jemputan sekali gus tukang lawak hari itu.

Sepatutnya tak macam itu, sebabnya Ziana adalah artis utama. Nampaknya memang banyak artis yang mengharapkan kepada pelawak untuk menceriakan persembahan mereka sempena Minggu Setiausaha.

Siti Nurhaliza juga masih lagi memerlukan Saiful Apek untuk persembahannya. Nama-nama seperti Sheila Rusly, Senario dan beberapa pelawak lagi laris di pentas untuk persembahan berkenaan.

Peliknya, mana kekuatan artis kita sewaktu di pentas kalau hendak harapkan pihak lain yang beri kesegaran kepada persembahan mereka? Sudah masanya untuk artis kita sendiri berdikari di pentas dan memberikan hiburan maksimum kepada khalayak yang datang, bukannya buka mulut dan nyanyi sahaja.

Kemudian minta orang lain hangatkan pentas persembahan dengan lawak dan jenaka, pun ada kalanya tak berapa lawak juga.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2007 09:31 AM | Show all posts
Artis di Seremban

Source : Utusan Malaysia
Date : 25/04/2007

TIGA artis popular berpengalaman iaitu Ziana Zain, Hattan dan Ito diundang kerajaan Negeri Sembilan bagi menjayakan Majlis Anugerah Kewartawanan Negeri Sembilan 2007.

Majlis penghargaan dan pengiktirafan sumbangan media terhadap pembangunan dan kemajuan Negeri Sembilan itu diadakan di Hotel Allson Klana, Seremban hari ini (25 April) pukul 8 malam.

Menurut Ketua Unit Penggalakan Pelancongan Negeri Sembilan selaku penyelaras persembahan, Abdul Rauf Puteh, Ziana akan menyanyikan empat lagu bagi meraikan wartawan pada malam itu. Lagu-lagu itu termasuk Madah Berhelah, Ada Cinta, Kalau Mencari Teman dan Sway. Sementara Hattan dengan lagunya Biso Bonar, Rendang Tak Berbuah dan Dari Kekasih Untuk Kekasih. Ito pula akan tampil dengan lagu Apo Nak Dikato, Mak Siti dan Biarlah Berlalu.

Menurut Abdul Rauf, majlis itu akan turut dihadiri oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2007 09:32 AM | Show all posts
Jangan Pandang Belakang mampukah atasi sejarah Sembilu II?

Source : Utusan Malaysia
Date : 13/04/2007

SETAKAT ini, filem arahan Datuk Yusof Haslam, Sembilu II yang ditayangkan pada tahun 1995 masih memegang takhta sebagai filem box-office dengan kutipan sebanyak RM6.2 juta. Sehingga kini, tiada satu filem pun yang mampu mengekang jumlah kutipan filem lakonan Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain itu.

Cicak-Man arahan Yusry Abdul Halim yang ditayangkan pada tahun lepas juga tidak berjaya memecahkan rekod tersebut walaupun berjaya mendapat kutipan tiket sebanyak RM5.2 juta.

Kini, filem yang dikatakan paling seram pernah diterbitkan di Malaysia iaitu Jangan Pandang Belakang (JPB) arahan Ahmad Idham, disebut-sebut sebagai filem yang mampu mengatasi kutipan filem Sembilu II.

Mengapa? Bayangkan, hari pertama tayangannya pada 5 April lalu, JPB telah memecah rekod yang pernah dicipta oleh Cicak-Man apabila berjaya mencapai kutipan sebanyak RM410, 000 berbanding RM350,000 yang dikutip oleh Cicak-Man pada hari pertama tayangannya.

Dan sehingga kini, JPB telah berjaya mencecah kutipan sebanyak RM3.3 juta dalam tempoh seminggu sahaja menerusi 55 salinan dan ditayangkan di 51 buah lokasi termasuk di Brunei.

Ketika dihubungi, Penerbit JPB, David Teo melahirkan rasa terharu dan lega dengan penerimaan penonton terhadap filem lakonan Pierre Andre, Intan Ladyana, Khatijah Tan dan Rio Elani itu.

揝aya percaya penonton yakin bahawa mereka tidak tertipu dengan apa yang kami canangkan dan hebohkan selama ini. Saya sendiri mendapat maklum balas daripada penonton yang mengatakan mereka amat puas hati dengan keseluruhan jalan cerita JPB yang berjaya membuatkan mereka teruja. Malah, bunyi Dolby Digital Surround yang kami tampilkan berjaya membangkitkan keseraman kepada penonton dan mereka memujinya,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2007 09:33 AM | Show all posts
Ziana pembuka tirai Minggu Setiausaha

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

Source : Utusan Malaysia
Date : 09/04/2007

PENYANYI Ziana Zain merupakan artis pertama membuka tirai persembahan bagi acara tahunan Minggu Setiausaha yang dirai pada setiap bulan April.

Persembahan Ziana yang menampilkan tema serba putih itu merupakan anjuran PNB Darby Park dan telah diadakan di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada 5 April lalu.

Untuk majlis tersebut penonton perlu membayar RM230++ atau RM200++ untuk menikmati hidangan tengah hari sambil menonton persembahan Ziana.

Selain Ziana, AC Mizal turut tampil sebagai pengacara dan di waktu yang sama mendendangkan beberapa lagu.

Ternyata Ziana tidak mahu menghampakan peminat-peminatnya dan justeru itulah dia mengadakan persembahan dengan iringan beberapa pemuzik profesional.

Kata orang, nyanyian dengan menggunakan pemuzik secara langsung berbanding minus one nampak lebih bersemangat dan 慼idup
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-6-2007 09:34 AM | Show all posts
Fungsi syarikat rakaman berubah

Oleh: TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN

Source : Utusan Malaysia
Date : 08/04/2007

Pemilik syarikat rakaman menganggap fenomena artis menerbitkan album sendiri sebagai satu perkembangan positif dan ini telah berlaku dalam industri hiburan di luar negara.

Malah mereka menganggap dengan menerbitkan album sendiri, artis akan lebih menghargai berbanding album yang diterbitkan oleh syarikat rakaman.

Minggu lalu, Mingguan Malaysia mempersoalkan tanggungjawab syarikat rakaman yang kurang menerbitkan album baru artis tempatan. Sebaliknya penerbitan album diusahakan oleh penyanyi sendiri untuk memastikan album mereka berada di pasaran.

Sumber kewangan utama diterima melalui persembahan pentas dan pelbagai kontrak hiburan lain digunakan bagi menampung kos penerbitan yang memakan belanja antara RM50,000 hingga RM100,000 untuk sebuah album.

Dalam masa yang sama, syarikat rakaman mengambil jalan selamat dengan hanya melahirkan album-album kompilasi. Malah mereka juga nampaknya lebih senang mengimport segala macam produk karya artis luar yang diulang cetak dalam negara tanpa perlu menanggung kos penerbitan yang mencecah ratusan ribu ringgit.

Strategi ini dilihat semakin hebat dilaksanakan semenjak lima tahun lalu terutamanya di kalangan syarikat rakaman antarabangsa.

Naib Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Norman Abdul Halim memberitahu, fungsi syarikat rakaman pada ketika ini memang sudah banyak berubah jika dibandingkan pada tahun 1996.

Walaupun begitu menurut Norman, syarikat rakaman masih berfungsi dan memainkan peranan mereka sebagai pengedar album. Keadaan hari ini sudah berbeza di mana syarikat rakaman terpaksa mempelbagaikan bisnes untuk meneruskan aktiviti dalam industri.

揓usteru itu, kena ada penyesuaian dengan keadaan semasa dilakukan oleh syarikat rakaman dalam meneruskan kesinambungan bisnes mereka,拻 katanya.

Tahun 1996 adalah kemuncak kejayaan industri rakaman dalam negara apabila industri rakaman dikatakan membawa pulangan melebihi RM300 juta setahun. Album artis mencatatkan jualan yang tinggi seperti album Puji-Pujian (kumpulan Raihan) mencatat jualan melebihi 600,000 unit.

Memberangsangkan

Artis lain yang turut berjaya mencatat jualan memberangsangkan pada tempoh berkenaan ialah Ella yang dijual lebih 300,000 unit, Ukay憇 (350,000), KRU (200,000), Ziana Zain (200,000) dan Siti Nurhaliza (200,000).

Bagaimanapun bermula 1997 sehingga kini, industri rakaman mengalami kemurungan apabila industri menjunam dengan drastik. Hari ini, nilai industri rakaman hanya sekitar RM100 juta setahun.

Kekurangan album bukan kerana disebabkan oleh faktor artis tempatan tidak bagus dan syarikat rakaman tidak kreatif. Sebaliknya jualan album yang jatuh mendadak.

Sememangnya keadaan industri rakaman pada ketika ini dibelenggu oleh minat membeli album yang rendah. Ini memaksa syarikat rakaman berfikir panjang lebar tentang segala risiko yang terpaksa ditanggung sebelum menerbitkan album seseorang artis.

Kesan daripada cetak rompak yang menghimpit semenjak berdekad lamanya, keyakinan khalayak kepada kualiti album asli semakin hilang. Natijahnya, mereka tidak melihat album artis sebagai bahan yang ada nilai di pasaran.

Faktor yang menyumbang kepada kejatuhan industri rakaman ini juga adalah didorong oleh kepelbagaian cara hidup moden yang melihat aktiviti hiburan dari sudut yang berbeza berbanding dengan masa lampau.

Kemunculan telefon bimbit, saluran televisyen berbayar, pertumbuhan saluran radio swasta (yang diakses secara percuma) mendorong kepada kemerosotan jualan album.

揝ebab itu hari ini penerbitan album bukan lagi sebagai bisnes utama syarikat rakaman. Bukan kami tidak bertanggungjawab atau tidak bersikap adil kepada artis kita, tetapi keadaan memaksa semua ini berlaku.

揝yarikat rakaman mengalu-alukan mana- mana artis yang mempunyai kemampuan untuk melabur di dalam penerbitan album dan kami memberi bantuan dari sudut berbeza kepada mereka,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2007 09:35 AM | Show all posts
Qabil Khushry Qabil Igam juarai carta minggu lalu

Source : Utusan Malaysia
Date : 17/02/2007

FILEM Qabil Khushry Qabil Igam sudah melepasi kutipan tiket RM1 juta sejak berada di pawagam pada 8 Februari lalu.

Minggu yang penuh kejutan. Apa tidaknya, di celah riuh rendah ramai memperkatakan kehebatan filem antarabangsa Blood & Chocolate, tiba-tiba filem tempatan yang mendapat sokongan peminat filem tanah air.

Filem Qabil Khushry Qabil Igam (QKQI) terus melonjak di tangga pertama Carta Kaki Wayang, walaupun baru berada di pawagam pada 8 Februari lalu.

QKQI menolak juara carta sebelum itu, Blood & Chocolate ke tangga kedua dan naib juara, Death Note 2: The Last Name tersungkur lima anak tangga .

Kejayaan filem terbitan Sonata Films itu membuktikan filem Melayu masih memiliki kekuatan tersendiri walaupun peminat filem terpaksa menanti hampir tiga tahun kemunculan QKQI di panggung.

Filem arahan Zaili Sulan mengisahkan dua beradik kembar iaitu yang abang Qabil Khushry (dilakonkan oleh Hans Isaac) dan si adik Qabil Igam (Rusdi Ramli) menjalin hubungan cinta dengan dua beradik iaitu kakak, Rani (Ziana Zain) dan adiknya, Karisma (Erra Fazira).

Jalan cerita yang sarat dengan unsur kasih sayang terlerai antara ibu dan anak; antara abang dan adik dan antara kekasih dengan kekasih itu dibantu dengan elemen komedi dan tragis menjadikan faktor kejayaan QKQI.

Selain QKQI, Carta Kaki Wayang minggu ini turut menyaksikan filem baru, Babel dan Deepavali tersenarai dalam carta. Kemasukan tiga filem baru itu menyaksikan tiga filem lain iaitu Syaitan, Blood Diamond dan Pokkiri tersingkir daripada carta.

Nasib filem The Holiday masih selamat apabila masih mengekalkan kedudukannya di tangga ketiga carta.

Filem baru Ahad ini

Sementara itu, filem seram tempatan pertama, Puaka Tebing Biru akan membuka tirai tayangannya mulai Ahad ini (18 Februari).

Filem yang menggandingkan pelakon wanita yang pernah memenangi gelaran pelakon terbaik tanah air seperti Nasha Aziz, Umie Aida dan Sharifah Amani pastinya dinanti-nantikan peminat filem seram tanah air.

Puaka Tebing Biru arahan Osman Ali berkisar tentang kehidupan seorang wanita bernama Ratna yang sering diganggu dua makhluk misteri.

Ratna mengambil keputusan pulang ke kampung halaman yang ditinggalkannya selama tujuh tahun untuk berjumpa ibunya.

Lalu segala misteri seram yang dilaluinya selama ini berjaya dirungkai sepanjang dia berada di kampung. Hero filem ini ditunjangi Fahrin Ahmad sebagai nelayan.

Buat kaki wayang, jangan lupa menyerbu pawagam berdekatan sempena cuti panjang hujung minggu ini. Filem kita, wajah kita.

Semoga terhibur.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-6-2007 09:36 AM | Show all posts
Ramuan daripada melodrama filem Hindi

Source : Utusan Malaysia
Date : 13/02/2007

Bersama: A. WAHAB HAMZAH
Daripada judulnya kita pasti mengingatkan ia sebuah filem Hindi kerana memang terdapat sebuah filem Hindi dengan judul yang hampir sama iaitu Kabhi Khushi Kabhi Gham (Karan Johar, 2001). Kerana itu, filem ini sempat menimbulkan sedikit kontroversi daripada persamaan judul tersebut. Bagaimanapun filem Qabil Khushry Qabil Igam (QKQI) ini tidaklah sama dengan filem Hindi itu, tetapi tidak juga bermakna filem ini tidak lari daripada pengaruh filem melodrama Hindi.

Watak dua adik beradik kembar yang tidak mempunyai perjalanan nasib dan hidup yang sama adalah elemen biasa dalam filem-filem melodrama Hindi selain daripada kisah cinta tiga segi, atau keadaan di mana hubungan kasih bermula daripada persahabatan semasa kecil. Filem QKQI, mengisahkan dua beradik kembar iaitu yang abang Qabil Khushry (dilakonkan oleh Hans Isaac) dan si adik Qabil Igam (Rusdi Ramli) mempunyai hubungan cinta dengan dua beradik iaitu kakak, Rani (Ziana Zain) dan adik, Karisma (Erra Fazira) yang sudah mereka kenali sejak kecil.

Jika dalam filem Hindi watak ibu selalunya cukup dominan, maka dalam filem QKQI watak ibu juga cukup dominan. Filem QKQI memperlihatkan pengaruh genre filem Bollywood 1990-an di mana sebuah melodrama mempunyai kisah romantis yang dipadukan dengan beberapa subplot komik.

Pendekatan plot Bollywood sedemikian ini juga sebenarnya sudah jauh berbeza dengan drama aksi dan balas dendam yang menguasai genre filem Hindi 1970-an dan 80-an. Pada dasarnya filem-filem melodrama Hindi adalah kisah keluarga yang berhadapan dengan tragedi tetapi disulam dengan lagu, tarian dan elemen komikal.

Dalam filem QKQI, naratif filem ini bermula dengan adegan-adegan komikal. Kisah kenakalan zaman persekolahan dan zaman remaja diperlihatkan yang pada masa yang sama merupakan adegan-adegan komik yang bertujuan untuk menimbulkan kelucuan. Adegan-adegan ini memperlihatkan hubungan dua beradik kembar yang cukup rapat. Sebagaimana lazimnya plot dalam genre Bollywood, adegan-adegan penuh kenakalan dan kelucuan di awal-awal naratif merupakan persiapan dan persediaan untuk plot drama yang lebih tragik apabila struktur plot menuju kepenamatnya.

Struktur naratif QKQI mula berubah apabila pertunangan antara Qabil Khushry dengan Rani dan Qabil Igam dengan Karisma, dan persiapan perkahwinan mula dirancang. Ia bermula dengan masalah yang berlaku dalam keluarga Khushry dan Igam apabila Igam ditahan polis kerana disyaki mengedar dadah. Majlis perkahwinan Khushry dan Rani diteruskan, tetapi musibah yang berlaku ke atas keluarga mereka berterusan.

Selepas Igam bebas dari penjara dia kemudian disahkan mengidap HIV dan Karisma dipaksa berkahwin dengan lelaki lain (Izi Yahya) yang suka memukulnya dan kemudian Igam yang ketagihan menyebabkan kematian bapanya. Di sini kita melihat perjalanan nasib yang berbeza antara Khushry dan Igam, begitu juga antara Karisma yang harus melalui nasib yang sukar dan getir bersuamikan lelaki yang panas baran, sedangkan Rani melalui kehidupan yang mudah dan bahagia.

Sebagaimana dalam filem Hindi yang mengutamakan watak ibu, dalam QKQI watak ibu yang dimainkan oleh Fauziah Nawi dengan cemerlang sentiasa mendominasi dan sangat dihormati oleh Khushry dan Igam. Dan watak ibu dalam filem ini sentiasa tabah menghadapi permasalahan keluarga dan kemuncak kegetirannya apabila suaminya (Rahim Razali) mati akibat perbuatan Igam dan kemudiannya memaafkan anaknya yang sudah dibuangnya. Karakter ibu sedemikian adalah ciri-ciri ibu yang sentiasa muncul dalam filem-filem Hindi.

Filem QKQI berakhir dengan tragedi sebuah keluarga yang awalnya digambarkan bahagia dan penuh saat-saat kelucuan. Dari segi struktur naratif QKQI sekadar menyalin naratif biasa dalam filem-filem Bollywood sekali gus juga mengekalkan segala elemen dalam filem Bollywood dengan hanya memberikan suasana dan latar budaya tempatan.

Kerana cenderung untuk menampilkan adegan-adegan yang penuh emosi dan mencipta kejutan-kejutan dan adegan-adegan tragis, Azlina Pa扺an (sebelum ini terkenal sebagai penulis skrip drama Miftahul Jamilah) selaku penulis skrip dan penerbit filem ini seakan meminggirkan kewajaran dan logik sesuatu adegan dan perwatakan.

Bagaimana Qabil Igam boleh mengedar dadah dan kemudian menghidap HIV tanpa perlu diberikan sedikit alasan yang wajar? Begitu juga begitu mudah senjata polis digunakan oleh Izi Yahya untuk menembak Igam di akhir cerita? Demikian juga beberapa adegan yang lain.

Sebagaimana filem Hindi yang perlukan kekuatan muzik untuk meningkatkan kesan emosi, kisah melodrama QKQI juga dilengkapkan oleh muzik mendayu yang dihasilkan oleh Mohram. Memang muzik Mohram berjaya membantu filem ini tetapi adegan-adegan tarian di bahagian awal filem ini pada saya cukup merimaskan. Hasilnya QKQI muncul sebagai filem tempatan hanya dari segi latar dan gambaran suasana setempat tetapi mempunyai emosi dan tebal ciri melodrama filem-filem Bollywood.

Filem: QABIL KHUSHRY QABIL IGAM

Arahan: Zaili Sulan

Lakon layar: Zaili Sulan

Pelakon: Hans Isaacs, Rusdi Ramli,

Erra Fazira, Ziana Zain, Rahim Razali, Fauziah Nawi dan Izi Yahya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2007 09:39 AM | Show all posts
Selepas sedekad Ziana, Erra bersatu semula

Source : Utusan Malaysia
Date : 06/02/2007

LEBIH sedekad lalu, mereka pernah bergandingan bersama sebagai kakak dan adik dalam filem box-office, Maria Mariana dan Maria Mariana II.

Tetapi dalam filem arahan penerbit/pengarah bergelar Six Million Dollar Man, Datuk Yusof Haslam itu, Ziana memegang watak sebagai adik manakala Erra pula sebagai kakak.

Watak Maria yang dilakonkan Erra adalah sebagai seorang anak dan kakak yang bijak, mempunyai kedudukan dan sering dilihat kredibilitinya untuk memimpin keluarga selepas kehilangan ketua keluarga.

Sementara Mariana (lakonan Ziana) memegang watak sebagai gadis liar. Adik kepada Maria itu, semenjak alam persekolahan lagi sukar dibentuk, baik oleh ibu bapa mahupun guru sekolahnya.

Dan selepas sedekad berlalu, mereka bertemu semula di layar lebar melakonkan watak kakak-adik sekali lagi dalam filem syahdu penuh tragis, Qabil Khushry Qabil Igam (QKQI), nukilan penulis skrip popular Azlina Pa扺an yang diarahkan Zaili Sulan, seorang pengarah iklan berbakat.

Bezanya - kali ini Ziana menjadi seorang kakak bernama Rani yang pada usia remajanya seorang yang manja dan Erra pula adalah adiknya yang bernama Karisma yang lasak dengan perangai seperti tomboy.

Pun begitu, watak dan perwatakan mereka berkembang dan mengalami perubahan demi perubahan ketika menuju ke alam dewasa yang penuh drama dan tragedi.

Menyaksikan prebiunya baru-baru ini, tidak dinafikan, graf lakonan kedua-dua anak seni popular itu meningkat selaras dengan pengalaman mereka dan tentu sahaja kerana disulami dengan skrip dan pengarahan yang bermutu.

Dan pinta mereka kepada peminat filem tempatan, buang apa juga persepsi terhadap lakonan mereka sebelum ini andai melangkah kaki masuk ke panggung menonton filem terbitan Sonata Productions Sdn. Bhd., yang bakal ditayangkan kepada umum pada 8 Februari (Khamis) ini.

Sukar namun memuaskan - Ziana Zain

Memegang watak Rani yang di alam dewasanya menjadi isteri yang setia mendengar keluh kesah dan masalah suaminya, Qabil Khushry serta juga menjadi tempat adiknya, Karisma mengadu nasib setelah kecewa dengan Qabil Igam - Ziana mengakui cara lakonannya berbeza kali ini.

Wataknya berat dan plot penceritaannya cukup memberansangkan. Aksinya tidak banyak tetapi kata Ziana, Rani memerlukannya bermain perasaan dalaman dan emosi.

揑tu yang sukar,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2007 09:39 AM | Show all posts
Selepas sedekad Ziana, Erra bersatu semula (Part 2)

Source : Utusan Malaysia
Date : 06/02/2007


Sinopsis QKQI

SAYANG Ismail dan Tijah kepada kembarnya, Qabil Khushry dan Qabil Igam melimpah ruah. Bagi pasangan tua ini, anak-anak itulah racun dan mereka itu jugalah madu dalam kehidupan rumah tangga mereka.

Sebagai kembar, kasih sayang Qabil Khushry tidak berbelah bahagi terhadap adiknya Qabil Igam dan manja Qabil Igam terhadap abangnya begitu mendalam.

Dipertemukan dengan adik beradik - Rani dan Karisma - semenjak zaman persekolahan, Khushry menyimpan perasaan terhadap Rani.

Karisma pula memuja Igam walaupun pada awalnya membenci sifat nakal pemuda itu.

Ikatan cinta mengikat dua keluarga menjadi satu. Pun begitu kerana satu kesilapan, mereka sekeluarga bagaikan tersepit.

Pelbagai keputusan dan pengorbanan terpaksa dibuat. Harapan mereka cuma satu, semoga cinta kembali bertaut mekar, tetapi sebenarnya ia hanya membuatkan masing-masing semakin terjerut.

Pelakon:

- Datuk Rahim Razali sebagai Ismail
- Fauziah Nawi sebagai Tijah
- Hans Isaac sebagai Qabil Khushry
- Rusdi Ramli sebagai Qabil Igam
- Ziana Zain sebagai Rani
- Erra Fazira sebagai Karisma
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2007 09:41 AM | Show all posts
Setelah tiga tahun akhirnya QKQI temui peminat

Source : Utusan Malaysia
Date : 30/01/2007

TIGA tahun merupakan masa yang terpaksa diambil untuk menyudahkan filem bertajuk ala Bollywood, Qabil Khushry Qabil Igam (QKQI). Ia bermula pada 2005 dan pada tahun itu juga menyaksikan filem tersebut terpaksa 慸irehatkan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2007 09:41 AM | Show all posts
Kisah hidup Ziana Zain di RTM1

Oleh WANDA IDRIS

Source : Utusan Malaysia
Date : 29/12/2006

AHMAD Jais dan Ziana Zain masing-masing hanya mengambil masa kira-kira setengah jam untuk proses memasukkan suara bagi lagu Gelora.

KETIKA menjejakkan kaki ke Utusan Studio Sight & Sound di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini, Datuk Ahmad Jais sedang memasukkan vokalnya manakala Ziana Zain pula sedang disolek dan didandan oleh Najib Ibrahim.

Memilih lagu dendangan popular Tan Sri P. Ramlee dan Puan Sri Saloma, Gelora untuk berpadu suara, kolaborasi itu merupakan julung kalinya buat Ziana dan Ahmad Jais.

Dan kerana masing-masing profesional dan komited terhadap tanggungjawab mereka, proses rakaman suara masing-masing hanya memakan masa selama setengah jam.

Pada masa yang sama, kedua-dua penyanyi itu turut menjalani rakaman klip video lagu tersebut yang akan dipaparkan sebagai sebahagian segmen dalam program biografi Dia... Ziana Zain yang akan ditayangkan pada Hari Raya Haji ini.

Program Dia... Ziana Zain merupakan sebuah rancangan biografi yang memaparkan rentetan kehidupan Ziana sejak zaman kanak-kanak hingga sekarang.

Selain menyiarkan klip video popularnya, turut mewarnai rancangan itu ialah penampilan istimewa idolanya iaitu Ahmad Jais.

揝aya memang sangat berbangga apabila Datuk sudi muncul dalam rancangan ini apalagi beliau merupakan idola bukan saja saya tetapi seluruh keluarga saya,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2007 09:42 AM | Show all posts
Persembahan Batik di The Weld

Source : Utusan Malaysia
Date : 25/09/2006

BERMULA dari 19 hingga 29 September ini, pengunjung pusat membeli-belah The Weld, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur berpeluang melihat Persembahan Batik 2006 (Batik Showcase 2006) rekaan beberapa pereka fesyen terkenal tanah air.

Objektif utama Persembahan Batik 2006 yang dianjurkan oleh The Weld itu adalah untuk memberi ruang kepada pereka fesyen tempatan mempamerkan hasil kerja seni mereka.

Sepanjang tempoh Persembahan Batik 2006 berlangsung, orang ramai berpeluang melihat keindahan gaun, kebaya, baju kurung bermotif batik yang dihasilkan oleh 11 pereka fesyen terpilih.

Antara pereka fesyen yang menyertai Persembahan Batik 2006 ialah Amir Luqman, Barakaff, Bill Keith, Calvin Thoo, Ikarrtini, Innai, Khadani, Khalid, Khoon Hooi, Margaret McCallum, Masrina, Michael Shu, Nazleen Noor, Ridzuan Bohari, Von Jolly dan Zizi Design.

Sementara itu lebih 50 selebriti memeriahkan majlis pelancaran Persembahan Batik 2006 yang berlangsung baru-baru ini.

Antara selebriti yang mengambil bahagian ialah Ziana Zain, Ning Baizura, Fauziah Latiff, Diana Rafar, Linda Rafar, Sazzy Falak, Fahrin, Fazura, Nurul, Eja serta pemain-pemain bola sepak tempatan seperti Akmal Rizal (Kedah), Chan Wing Hong (MPPJ), Nazrul Erwan (Selangor) dan Zaquan Adha (pemain pasukan Malaysia bawah 20 tahun).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2007 09:43 AM | Show all posts
Pasangan belanja RM3.5juta langsung perkahwinan

Source : Utusan Malaysia
Date : 09/09/2006

KUANTAN 8 Sept.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2007 09:44 AM | Show all posts
Selamat Hari Kemerdekaan Ke-49

Oleh MOHAMMAD ARIF NIZAM ABDULLAH

Source : Utusan Malaysia
Date : 31/08/2006

Hari ini negara menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-49 dengan tema Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) Memakmurkan Rakyat selain tema pokoknya Keranamu Malaysia.

Namun berapa ramai rakyat negara ini khususnya golongan muda yang benar-benar menghayati erti kemerdekaan ataupun meraikan hari yang penuh bersejarah itu.

Apakah Hari Kemerdekaan diraikan hanya kerana semua orang meraikannya?

Barangkali ada antara kita yang bangun tidur lewat sebagai mengambil peluang cuti umum hari ini.

Selain nelayan, petani, golongan pekerja, peniaga dan tokoh korporat, artis-artis di negara ini juga berasa syukur dan berbangga dapat menyambut Hari Kemerdekaan dalam suasana aman damai.

Dalam menghayati Hari Kemerdekaan, setiap orang mempunyai definisi tersendiri mengenai kemerdekaan. Apa kata artis-artis Malaysia mengenai kemerdekaan?

ZIANA ZAIN

揝AYANGILAH negara kita. Walaupun kita tidak lagi dijajah melalui cara ketenteraan, namun kita masih dijajah dari segi minda. Hari ini kita boleh lihat pengaruh teknologi maklumat seperti Internet yang jika tidak dikawal akan merosakkan pemikiran anak muda. Generasi baru akan berdepan dengan pelbagai cabaran yang menakutkan pada masa depan.

揝ebagai anak seni, saya rasa para artis tidak merdeka lagi sepenuhnya. Banyak sangat sekatan kalau artis ingin membuat persembahan di luar negara. Artis kita terpaksa mematuhi banyak peraturan ketat negara luar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-6-2007 09:46 AM | Show all posts
Ziana dedah rahsia kebahagiaan rumah tangga

Oleh IRMAN HASHIM

Source : Utusan Malaysia
Date : 20/07/2006

揇ENGAN memaklumkan kepadanya (suami) ke mana dan tujuan saya ke sesuatu tempat itu, suami akan lebih yakin dan tahu di mana saya berada.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2007 09:46 AM | Show all posts
Demi sahabat Ziana, Anuar buat persembahan percuma

Oleh Nor Fadzilah Baharudin

Source : Utusan Malaysia
Date : 29/06/2006

Benarlah kata orang jika mencari sahabat biarlah yang sanggup susah dan senang bersama. Anuar dan Ziana Zain mungkin boleh dikategorikan sebagai sahabat yang baik apabila penyanyi dua beradik ini membuktikan keprihatinan terhadap kesusahan yang ditanggung oleh seorang kawan lama, Shareen Banu Ahmad Ali.

Ziana dan Anuar dengan rela hati telah membuat persembahan tanpa sebarang bayaran untuk mengumpul dana membiayai perubatan Shareen yang mengalami masalah obesiti, sendi lutut (osteoarthritis) dan pernafasan (sleep apnea syndrome).

Persembahan yang diadakan pada majlis makan malam amal itu dianjurkan bersama oleh bekas pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam (SEMESSAAS) dan

Sekolah Menengah Shah Alam (SMSA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2007 09:47 AM | Show all posts
Erra Fazira tidak boleh komen lebih-lebih

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

Source : Utusan Malaysia
Date : 29/06/2006

Erra Fazira sering menjadi buruan pihak media. Apalagi selepas mengalami keruntuhan rumah tangganya baru-baru ini. Ramai yang ingin tahu bagaimana Erra melayari kehidupan tanpa orang tersayang.

Namun si penyanyi dan pelakon cantik ini bijak menjawab setiap soalan yang diajukan.

揝aya okey. Saya tidak ada apa nak komen. Kalau mahu cerita lebih lanjut, tunggu Yusry ada, baru boleh (komen). Setakat ini saya okey dan keluarga pun okey. Hanya itu yang saya boleh kata.

揂nda semua hanya melihat luaran, dalaman hanya saya yang tahu dan merasainya. Apa yang tersirat dalam hati, orang lain tidak perlu tahu. Jadi saya harap semua pihak faham dengan keadaan saya.拻

Begitulah jawapan Erra kepada beberapa wakil media yang bertanyakan tentang kehidupan terbarunya pada majlis pelancaran cawangan baru SlimWorld di Putrajaya baru-baru ini.

Sebagai seorang artis, kata Erra, dia berharap media lebih banyak menyiarkan perkembangan kerjayanya berbanding cerita peribadi.

揝aya minta maaf terpaksa menghampakan anda semua. Saya sudah berbincang dengan pihak tertentu dan sebab itu saya tidak boleh komen lebih-lebih.

揝elama ini saya sering beri kerjasama tapi kali ini tidak boleh, jadi saya minta maaf,拻 kata Erra.

Duta SlimWorld

Erra telah dilantik sebagai duta produk SlimWorld selama setahun sejak Januari lalu selepas Ziana Zain dan Amy Mastura. Biarpun nampak langsing namun, kata Erra, ada bahagian-bahagian tertentu pada badannya yang perlu diperbaiki.

揗asalah itu boleh diatasi kalau rajin bersenam. Tapi Erra tak ada masa. Sebab itu Erra ke SlimWorld. Tapi tawaran jadi duta produk ini Erra tidak terima dengan begitu mudah. Erra cuba dulu. Selepas betul-betul yakin, baru Erra bersedia jadi dutanya,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2007 09:48 AM | Show all posts
Azlan Abu Hassan tinggalkan kerjaya di bank

Oleh: MUZLINA ABU BAKAR

Source : Utusan Malaysia
Date : 27/06/2006

PEPATAH Melayu ada mengatakan alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Berpegang kepada kata-kata itulah akhirnya Azlan Abu Hassan, 35, yang mempunyai diploma dalam bidang perakaunan sanggup meninggalkan kerjaya di bank kerana minatnya dalam bidang seni.

Elergi Sepi, lagu nyanyian Azharina, bukan sahaja telah menambah populariti penyanyi tersebut, malah secara tidak langsung turut mempopularkan penciptanya, Azlan Abu Hassan.

Populariti yang diraih oleh penyanyi dan lagu itu memberi keyakinan kepada Azlan untuk terus mencipta lagu. Lalu dia meletakkan jawatannya sebagai pegawai perakaunan di sebuah bank di Kuala Lumpur.

揈lergi Sepi bukanlah lagu pertama ciptaan saya. Sebenarnya sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang perakaunan pada tahun 1990, saya pernah mencipta lagu yang dinyanyikan Juliza Adlizan pada awal 1980-an.

揔emudian pada tahun 1983 lagu ciptaan saya, Pengorbanan, dirakamkan oleh Liza Aziz. Kini lagu itu dirakamkan semula oleh Adibah Nor,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.073729 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list