CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8753|Reply: 36

Tips Penjagaan Tayar

[Copy link]
Post time 20-8-2007 09:25 AM | Show all posts |Read mode
Tips Penjagaan Tayar

1. Penting sekali memilih tayar yang bersesuaian dengan keupayaan kereta. Jika kereta berenjin 1.3, cukuplah jika menggunakan rim sport bersaiz 14 inci (35 sentimeter). Jika anda menggunakan sport rim bersaiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan yang tepat, memendekkan jangka hayat peralatan penyerap hentak dan meningkatkan penggunaan petrol.

2. Jika sudah memilih saiz tayar yang bersesuaian, perhatikan pula bahagian tepi tayar. Jika diperhatikan betul-betul, terdapat rangkaian nombor yang seperti dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar dikilangkan (minggu dan tahun). Mengikut piawaian tayar antarabangsa, tayar hanya boleh bertahan selama dua tahun selepas dikilang. Justeru, pastikan anda membelek tarikh tayar dikilang.

3. Mengenai saiz tayar, perhatikan pula rangkaian nombor dan huruf yang bercetak timbul pada permukaan tepi tayar. Sebagai contoh, cetakan 205/50 VR 16 membawa maksud tayar itu mempunyai kelebaran 205 milimeter (mm), ketebalan tayar daripada rim ke permukaan jalan adalah 50 peratus dari kelebaran 205 mm dan untuk kegunaan rim berdiameter 16 inci. VR bermaksud tayar sesuai untuk kelajuan sehingga 240 kilometer per jam (km/j) tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar.

4. Mengenai jenis tayar, terdapat pelbagai jenama dan harga ditawarkan di pasaran seperti Michelin, Yokohama dan Falken. Penting untuk pembeli memikirkan pelbagai kebarangkalian dan faktor cuaca serta jangka hayat kereta. Biarpun sesetengah tayar dijual sedikit mahal, amat berbaloi untuk berbelanja lebih jika mengambil kira faktor kualiti dan iklim.

5. Tahukah anda, tayar digalakkan ditukar kedudukannya setiap tiga bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang (sesuai untuk empat tayar bersaiz sama).

6. Perhatikan juga keadaan bunga tayar sekali-sekala. Jika bunga tayar pada bahagian tepi tayar lebih cepat haus (menipis), ini bermakna tekanan udara dalam tayar tidak bersesuaian. Jika bahagian tengah lebih cepat haus, maksudnya tekanan terlalu tinggi dan jika haus pada bahagian luar saja, ini bermakna keselarian tayar perlu diperbetulkan. Jika bunga tayar yang haus tidak sekata (turun naik), maka penyerap hentakan (absorber) perlu diganti.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2007 09:35 AM | Show all posts
terima kasih bg info yg amat berguna
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2007 09:37 AM | Show all posts
enjin 1.6 saiz rim sukan apa yg sesuai ek??
standard 15"... cadang2 nak tukau 16"
ok x??
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2007 09:41 AM | Show all posts
Originally posted by kueng3x at 20-8-2007 09:37 AM
enjin 1.6 saiz rim sukan apa yg sesuai ek??
standard 15"... cadang2 nak tukau 16"
ok x??

cuba try 22"
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2007 10:24 AM | Show all posts
Originally posted by Fast-N-Furious at 20-8-2007 09:41 AM

cuba try 22"

25" better kut?
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2007 10:30 AM | Show all posts

mod..

kalau aku bg source artikel ni..

http://tribalsoulauto.blogspot.com/

dapat kredit tak??


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-8-2007 11:17 AM | Show all posts

Reply #4 Fast-N-Furious's post

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2007 11:20 AM | Show all posts

Reply #6 freekey's post

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2007 11:24 AM | Show all posts

Reply #5 hitamputih's post

kuang3x.. aku ingat nak try tayar lipan kereta kebal..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2007 11:57 AM | Show all posts
Originally posted by kueng3x at 20-8-2007 11:24 AM
kuang3x.. aku ingat nak try tayar lipan kereta kebal..

best wooooo
bleh drift lagi
kecai jalan tar tu!
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2007 02:08 PM | Show all posts

Reply #6 freekey's post

Dapat
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2007 02:09 PM | Show all posts

Reply #8 Syd's post

Dapat jugak
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2007 02:20 PM | Show all posts
nk thn lame lg isi dgn gas nitrogen.. tayar thn lame, jimat minyak
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2007 12:47 AM | Show all posts
Originally posted by assaffah at 20-8-2007 02:08 PM
Dapat

tak dapat pun..

ahahaha..




Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2007 12:48 AM | Show all posts
Originally posted by Syd at 20-8-2007 11:20 AM
kalau yang mcm nih plak;

http://www.bharian.com.my/Misc/I ... 0818142721/Article/


Oooo.. 1 INTO 2 eh??




Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2007 06:03 AM | Show all posts
UTQG pasal performance tyre... Kelik sini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2007 08:10 AM | Show all posts
Originally posted by assaffah at 20-8-2007 02:09 PM
Dapat jugak

dapak jugak...





















errr.. dapat aper nieh??
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2007 08:18 AM | Show all posts
Ko copy and paste lah, kebanyakkan kat sini malas nak bukak link tu pastu nak baca tulisan yg kecik kat dalam tu


Originally posted by freekey at 21-8-2007 12:47 AM

tak dapat pun..

ahahaha..



http://forum.cari.com.my/images/common/sigline.gif
http://planet.time.net.my/CentralMarket/CrazyCoolin/avatar/sign26.gif
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2007 10:55 AM | Show all posts
Periksa tayar setiap minggu


Saya risau kerana terdapat benjolan pada sisi tayar (bukan pada permukaan tayar) . Adakah tayar perlu ditukar segera?


INGIN TAHU,

Pahang.



JAWAPAN

TAYAR yang mempunyai benjolan atau bengkak perlu ditukar segera kerana ia menandakan tayar berkenaan mengalami kerosakan dalaman yang boleh membahayakan.

Tayar yang bengkak mungkin pecah atau meletup sewaktu tunggangan dan boleh membawa kepada kehilangan kawalan motosikal. Selalunya, benjol ini terjadi disebabkan perlanggaran yang agak kuat, terutamanya melanggar atau menaiki tebing atau rubing bersegi dan tajam seperti pembahagi jalan ataupun tebing jalan.

Tayar perlu diperiksa selalu. Amat mudah dilakukan setiap minggu, terutamanya sewaktu mencuci motosikal. Teliti dengan perlahan tahap kehausan tayar anda dan sebarang bendasing yang terlekat pada tayar anda seperti batu kecil atau paku. Batu kecil yang terlekat di celah alur tayar boleh menusuk masuk dan menyebabkan rekahan yang semakin membesar pada tayar.

Kehausan tayar yang tampak beralun atau bertompok pada satu satu bahagian tayar adalah gambaran kerosakan penyerap hentak atau absorber. Tayar akan ketara haus pada satu bahagian diikuti bahagian yang kurang haus dan ini berulang ulang pada keseluruhan tayar. Kehausan tayar juga boleh terjadi kerana kerosakan pada gegalas atau bearing tayar yang haus dan longgar atau galas steering yang terletak pada tengkuk motosikal anda.

Keseimbangan tayar juga perlu diperiksa semula jika didapati masih bergegar. Ini disebabkan keseimbangan atau 'balancing' tayar boleh hilang jika berlaku pelanggaran lopak jalan terutamanya pada tayar yang menggunakan rim lelidi atau spoke.

Rim sport adalah lebih teguh dalam menghadapi keadaan jalan yang kurang memuaskan kerana ia tidak mudah bengkuk. Selain itu, tayar yang sering haus di bahagian tengah menandakan tekanan angin terlalu tinggi, manakala kehausan pada kedua dua sisi pula disebabkan angin tidak cukup.

Penggunaan tayar bersaiz kecil juga akan meningkatkan kehausan tayar kerana saiz permukaannya lebih kecil. Ia juga memberi kesan negatif kepada pemanduan atau kawalan motosikal anda. Selain meningkatkan kehausan tayar berbanding tayar bersaiz standard, kebolehan mengambil selekoh juga akan terjejas walaupun tayar kecil terasa lebih ringan dan laju terutamanya di jalan lurus.

Kuasa membrek juga akan berkurangan dan tahap keselamatan secara keseluruhan akan menurun kerana saiz tayar kecil tidak dapat menampung keperluan motosikal dari segi berat dan saiz motosikal itu sendiri. Oleh itu, penggunaan tayar kecil tidak digalakkan.

Usia tayar juga harus diberi perhatian kerana tayar yang telah berusia akan mengalami proses oksidasi dan menjadi keras, tidak kira sama ada tayar itu telah haus digunakan atau tidak.

Sebagai panduan am, tayar harus ditukar jika usianya melampaui tiga tahun dari tarikh ia dikeluarkan. Awasi usia tayar jika ditawarkan harga murah untuk tayar 'baru', kerana mungkin tayar tersebut sudah menghampiri tamat usia.

Setiap tayar mempunyai kod pembuatan yang sering digambarkan dengan empat angka yang dikurung dengan tanda aterisk sebegini *xxyy*. Angka xx merujuk kepada minggu tayar diperbuat dan angka yy merujuk pada tahun ia diperbuat. Sebagai contoh, kod *1406* akan memberi makna tayar tersebut diperbuat dalam mingu ke-14s dalam tahun 2006.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2007 05:56 PM | Show all posts
Kene ingat jgak...tayar ade rotation direction diaa.....kadang aku ade jumpa jgak yg pasang terbalik...
kedai tayar manalaa yg pasang pun bleh terbalik.....dah tue owner plak bleh buat tak tau jer...

Tayar lani pun dah byk yg ade outside inside.....so kenelaa ikut...takleh main rotate suka hati je....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.073275 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list