CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: andria

Married Men - Kenapa Suka Makan Luar?

  [Copy link]
hurt_06 This user has been deleted
Post time 18-9-2007 11:52 PM | Show all posts
kesimpulan nya....sebab utama adalah GATAL....bagi la isteri secantik, sebaik mana pun...ada peluang menggatal, dia buat. sometimes i just wonderapa lah nilai sebuah perkahwinan tanpa kejujuran...bila dia menggatal, dia suruh kita terima sebagai salah satu kelemahan dia..tapi bab bagi alasan, semua kelemahan kita dia kata tak leh terima..semuanya dijadikan alasan utk menggatal..lelaki ni tak penah nak fikir implication at the end of thing that they are contemplated to do..bagi dia, man got to do what they have to do..buat dulu, kalau terlepas, bonus lah, kalau kantoi than only u deal with it...dengan alasan-alasan kelemahan isteri. yg selama bertahun boleh tolerate dgn kelemahan tersebut, tapi bila dah tersepit, kelemahan kita dijadikan perisai..:@

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2007 12:03 AM | Show all posts
Originally posted by midori88 at 18-9-2007 03:53 PM
hehe hemo..aku cuma memberikan alasan meredakan tekanan mungkin salah satu sebab kenapa seorg lelaki tu ada gf dilluar...bukan membandingkan tekanan seorg isteri lagi teruk dari suami..atau mana  ...



yup, i understand your intention dear....
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2007 12:05 AM | Show all posts
Originally posted by wifeorg at 18-9-2007 04:08 PM



haku yg first dlm Q kot???!



not just you, rasanya emo pun sama ekekekkee.....pernah cakap dengan hb kalo i boleh kawen 4 dah lama dia kena madu -  madu 4 lagik!!!  (nasib baik time bergurau, kalo time bergaduh me cakap cenggitu dah lama kena cabai molot )
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2007 07:40 AM | Show all posts
Utk no 2 - Women jarang observe their hubbyes' needs? Does that mean, semasa sebelum berkahwin, wanita itu tidak begitu mengenali peribadi suaminya? Atau adakah sebelum dan selepas berkahwin, sesi pengenalan diri itu berubah?

this is true. ini bukan andaian yer tuan rumah. orang dah wat study and tulis banyak buku pasal ni. i said observe...women banyak assume they know...so what they know are what their mind assumes lah. bahaya ni...


Utk no 3 - men have too much love to give? Does it mean, women don't possess the same trait?
this means he is too free spreading his love, sedikit indiscriminate, nature is that way...women have a lot of love to give but usually it's exclusive.


Utk no 4 - teropen windows? Bagaimana kalau suami tak mampu berkomunikasi dgn isteri, atau org lain? Dan dia hanya mampu bercerita dgn gf dia? Dan gf dia pula bukan jenis yg nak panjat masuk tingkap rumah org yg terbuka? Adakah kita masih nak salahkan suami tu sdgkan suami tu pun manusia biasa yg perlu mencurahkan masalahnya kpd seseorg yg tidak akan menghakimi dia?

please read Dr. Shirley Glass. she has done a multitude of research on infidelity. it usually starts with the above. in fact there is a name to it-the phase of mencurah2 ni namanya..the slippery slope...ha ha tunggu jatuh jer..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2007 07:46 AM | Show all posts
Originally posted by mrsdsj at 18-9-2007 09:40 PM
En. Zaidi,

Saya memang bahagia dgn pasangan saya. Kami memang loving couple sejak mula kawin sampai sekarang. Bergaduh pun jarang sekali. Kalau kami bertekak dan merajuk pun setakat beberapa j ...

mrsdsj.....................

kalau anda betul bahagia, vote le kat link di bawah ini........................

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=300003&extra=page%3D2
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2007 07:47 AM | Show all posts
Originally posted by arysa at 18-9-2007 06:56 PM
salah topik...

aku nak pancing je........................
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2007 07:54 AM | Show all posts
Originally posted by wifeorg at 18-9-2007 04:08 PM



haku yg first dlm Q kot???!

nanti bila ko mengandung, boleh la kita org reramai teka sape bapa nyer...............................
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2007 08:24 AM | Show all posts
errrr... apa hal nih...??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2007 08:42 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2007 08:55 AM | Show all posts
La apa kes ni...?!

Berbalik pada topik...rasanya sampai kiamat pun takkan dapat jawapan yang betul2 memuaskan hati masing2....NAK n TAK NAK  jer...kalau depa nak buat depa tetap buat ...tak perlu alasan bagai...he he... TITIK!
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2007 09:29 AM | Show all posts
Sy minta budi bicara anda semua hormatilah Bulan yg baik ni dgn menjaga bahasa kita. Tak elok benor utk tatapan pembaca di bulan Ramadhan ni...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2007 09:45 AM | Show all posts
senang cakap, kalau lelaki tu tau halal haram sure
tak makan luar walau camana isterinya pun
lagipun bukankah isteri tu dulu yang dipuja bagai masa bf gf dulu
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2007 09:58 AM | Show all posts

Reply #143 andria's post

Cik Andria ni mewakili GF yang bagus-bagus dari isteri ke??

Macamana cik Andria boleh kata ada GF yang lebih memahami suami dari isteri kalau tak duduk sebumbung tidur sebantal & makan sepinggan?  Cuba bagi tau sikit...Takkan kenal sebulan dua dah faham hati budi suami orang tadi.Nak kenal hati budi lelaki yang bergelar suami ni makan masa bertahun..cik adik oiii. Kalau setakat mendengar temberang dari mulut suami yang merenyam ni memanglah. Semua yang isteri buat tak kena. Suruh GF teman makanla. Macamla isteri tak masak kat rumah. Macam2la kerenah suami ni kalau nak mencari GF. Yang si GF ni pulak mulala kesian...buat andaian sendiri camnela isteri ni punya layanan kat rumah. Saya tak nafikan memang ada isteri yang teruk. Yang ni kalau suami cari lain memang patutla pun. Tapi tak semestinya yang dicari lagi baik dari isteri. Entah2 dapat lebih kurang jugak. Come on...GF ni belum jadi isteri..memangla semua yg BF laki orang ni buat semua betul, baik. Bila dah jadi isteri barula tau langit tinggi ke rendah. Dah banyak sangat kisah GF yg terjebak jadi isteri no2, 3 atau 4 yang menyesal bila dah berkahwin. Last2 kena tinggal jugak. Yang lebih menyakitkan hati lagi suami tadi pasang GF baru yang LEBIH BAGUS lagi. Si suami masih tetap ngan isteri pertama jugak. Betul la kata cik Andria tu...hidup macam roda..hari ni mungkin kita di atas..esok mungkin kita dibawah...

Saya tak kata saya over-confident. Memang saya beri yang terbaik untuk suami. Saya berfikiran positif. Selebihnya saya berserah pada Allah. Saya takkan kecewala kalau suami saya masih nak mencari orang lain. Kalau dah takdir saya atau jodoh saya tak panjang..apa saya boleh buat?? Takkan saya nak bunuh diri pulak. Hidup atas dunia ni sementara aje. Akhirat tu yang kekal. Saya cuma berusaha mencari pahala sebanyak mungkin utk bekal di sana. Suami saya tu cuma pinjaman dan nikmat atas dunia ni aje. Anak-anak tu jugak amanah yang diberikan atas saya.

Maaf, saya bukan nak menghangatkan suasana. Cuma saya nak suami orang, isteri orang atau GF orang yang berforum di sini berfikirla. Tak payahla kejar keseronokan atas dunia ni. Semuanya sementara aje. Janganla menyakiti hati pasangan pasangan masing2 atau perempuan lain. Dosa sesama manusia ni susah nak dimaafkan kecuali meminta maaf dari tuan punya badan. Fikir jugala...doa anak isteri yang terinaya ni memang makbul. Tuhan akan bayar tunai atas dunia ni...tak payahla tunggu kat akhirat nanti. Kalau kita TERLALU BAGUS atas dunia ni..di akhirat nanti kita sama aje....

Maaf Cik Andria kalau ada kata-kata saya yang menyinggung perasaan awak...No hard feeling ok...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2007 10:15 AM | Show all posts
just nak share...

7 sebab dilarang pilih suami orang:

1. Si dia tidak akan berani membuat sebarang komitmen dengan anda.
Seorang lelaki yang tidak bahagia dengan rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran anda apatah lagi dia merasakan dirinya diberikan perhatian yang mungkin tidak diperolehi daripada isterinya sendiri.Pati saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya di sisi anda. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan anda sahaja.

2. Sanggup menipu isterinya.
Sikapnya yang tidak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk jadikan bukti jelas kepada anda sebenarnya si dia memang tidak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau pekara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba mengatasi masalah tersebut. Tambahan pula, anda adalah punca sebenarnya dia menipu isterinya. Ingat!!!, si dia akan mengulangi sikap menipu ini terhadap anda apabila anda berdua menghadapi masalah dalam perhubungan anda kelak.

3. Hubungan secara sulit
Merahsiakan sesuatu perhunbungan itu sememangnya sesuatu yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam  perhubungan sulit seperti ini  akan membuatkan anda hilang keyakinan diri kerana anda akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Dan anda tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana anda sendiri akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut & bimbang. Takut orang lain terlihat anda berdua-duaan lalu mengadu kepada si isteri si dia masalah besar nanti.

4. Mampukah anda mencintainya?
Persoalannya, apakah anda sanggup meneruksan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak hormat & tidak jujur dengan isterinya sendiri? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan anda sudah jelas menunjukkan bahawa si dia mengganggap perempuan mudah dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar jujur dan menyayangi isterinya sudah pasti dia sangup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukakan hati isterinya bukanlah alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukakan hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!

5. Pemusnah rumah tangga org lain
Sebagai wanita, anda seharusnya lebih memahami perasaan & naluri kaum sejenis anda. Dengan menjalinkan hubungan dgn suami wanita lain, menunjukkan anda tidak menghormati hak kaum sejenis anda. Bayangkan pula hak anda diganggu atau cuba dirampas oleh org lain, apa tindakan anda? Sebaliknya anda sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat! jika hari ini anda mengambil hak org lain, tak mustahil org lain akan mengambil hak anda suatu hari nanti. renungkanlah..

6. Si dia akan hilang hormat terhadap anda
Jangan terkejut walaupun dia jatuh cinta pada anda dan menarik minat anda, di dalam hati lelakinya pasti akan memandang rendah terhadap wanita seperti anda yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu pada awalnya dia sekadar nak test market saja. Tak tersangka pula benar-benar terpikat. Lelaki mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan ini selalunya akan timbul soal dipermainkan.

7. Masa itu emas! Dan anda tidak seharusnya mensia-siakannya
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar usia anda semakin meningkat. Apabila sudah tua baru anda tersedar yang anda terjerat dan tidak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun anda tidak tahu apa yang patut anda dilakukan. Barulah terasa begitu lama anda mempersiakan zaman muda anda menjalinkan hubungan TAK BERMAKNA!. Semoga menjadi panduan kita bersama khususnya wanita. Fikir-fikir lah....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2007 10:17 AM | Show all posts
terposting 2 kali.. sowiee...

[ Last edited by  kitty_c@t at 19-9-2007 10:32 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2007 10:38 AM | Show all posts

Reply #155 kitty_c@t's post

Setuju dengan semua kenyataan anda di atas tu. Sebelum berkahwin, saya memang pernah dikejar oleh suami orang yang menagih cinta. Nak pinang jadi isteri pun ada. Tapi semuanya saya tolak dengan baik sbb tak mahu menyakiti hati perempuan lain dan juga tak mahu menyakiti hati sendiri nanti. Suami orang ni kalau kita selalu bertanya pasal family, pasal isteri dan anak2. Cuba sedarkan tanggungjawab dia.Lama2 dia boring dan terasa sendiri. Yela..isteri d ekat rumah tiada kurangnya.

Mana2 perempuan yang terjebak ngan suami orang ni berfikir panjangla. Renung2kan la kenyataan kitty_cat tu.Tapi kalau masih nak cari pasal atau  masalah...go ahead. Sendiri tanggungla lepas tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2007 12:34 PM | Show all posts
Originally posted by mrsdsj at 19-9-2007 09:58 AM
Cik Andria ni mewakili GF yang bagus-bagus dari isteri ke??

Macamana cik Andria boleh kata ada GF yang lebih memahami suami dari isteri kalau tak duduk sebumbung tidur sebantal & makan sepingg ...


mgkn cik andria nie x penah n belum jadi isteri lagi.. mgkn bila dah sendiri alami baru tau rasanya..

cik andria..
saya sendiri sedang melaluinya.. tuhan ajer yang tau perasaan saya..
saya pun penah single.. penah jadik anak dara..
penah jugak dingurat oleh suami org..
tapi saya mmg dari awal dah bertegas..
xkan langsung terlibat dgn hak org..
atas alasan aper pun..
saya xnak mengecewakan hati org lain..
saya takut nanti saya juga akan dikecewakan..
but ALLAH menduga kita kan...

my husband ader gf apatah lagi dlm suasana kami ada konflik..
can u imagine.. aper yang saya rasa..
dan edisi yang paling best...
that girl boleh bagitau saya the whole story.. sikap saya yang my hubby bagitau kat dia..
plus nasihatkan saya lagi..
but saya accept.. saya dengar..
walaupun yang keluar dari mulut dia x sepenunhya benar..
saya biarkan dia bercakap aper dia nak..
sebab saya tau.. dia belum duduk di tempat saya..
satu hari nanti kata2 dia
akan makan diri sendiri..
balasan tuhan x lama..
jgn anggap kita paham..
walhal kita belum melaluinya...

p/s: maaf kalau ader tersinggung...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2007 03:49 PM | Show all posts
nape perkara ini terjadi?

manusia tak pernah puas dgn ape yg ada
di tambah pula  masalah @ konflik dalam rumah tangga.....

rase tak selesa
rase tak bebas
rase tertekan
rase bosan
rase tak gembira dengan pasangan.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2007 04:45 PM | Show all posts

Reply #157 bakawali_04's post

berani nya gf husband u
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2007 04:51 PM | Show all posts
Originally posted by elinny at 19-9-2007 04:45 PM
berani nya gf husband u


bersangka baiklah ekk.. mgkn niat dia nak nasihat.. nak tegur saya...
tapi dia mmg berani.. sbb kami satu tempat keje...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 07:53 PM GMT+8 , Processed in 0.363670 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list