CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12328|Reply: 26

Kompleks Islam Sarawak: Sebuah lagi shopping complex di Kuching menjelang 2010!

[Copy link]
Post time 13-11-2007 06:51 PM | Show all posts |Read mode
Kompleks Islam Sarawak mercu tanda baru KuchingOleh Matzidi Dris

Reka bentuk simetri enam segi lambang rukun iman manakala tinggi bangunan simbol 17 rakaat solat waktu sehari semalam

KUCHING: Umat Islam di negeri ini pastinya bangga apabila Kompleks Islam Sarawak (KIS), setinggi 17 tingkat menjadi mercu tanda baru Bandaraya Kuching, akan dibina di Jalan Tan Sri P Ramlee, di sini, tidak lama lagi.

Projek pembinaan Kompleks Islam Sarawak (KIS) yang menelan kos RM100 juta itu, akan bermula April depan, selepas kerja pembersihan tapak bangunan terbabit selesai.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dalam jadual kerja dua hari ke negeri ini, sejak semalam akan meletakkan batu asas pembinaan KIS petang ini.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Puan Sri Laila Taib antara tetamu yang dijangka menghadiri majlis itu yang berlangsung di Medan Letak Kereta Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) di belakang bangunan Mahkamah Syariah Sarawak, di sini.

Selain menepati tuntutan Islam, khususnya aspek fardu kifayah, idea membina KIS yang dicetus Taib melambangkan manifestasi dan keprihatinan beliau terhadap pembangunan ummah seimbang dan senada dengan kemajuan masyarakat lain di seluruh negeri ini.

Bangunan yang mewarisi pelbagai bentuk seni dan tradisi binaan Islam yang dominan pada zaman kegemilangannya, disusun dan disuaitambah bagi menekankan keindahan simetri Islam malah reka bentuk halaman yang dikatakan boleh melembutkan hati dan membangkit rasa tenang lagi ceria.

Pembinaan KIS di kawasan seluas 0.5 hektar akan menjadi mercu tanda kehebatan tamadun Islam yang tentunya boleh mengasaskan kemegahan bersama, menjaga kesatuan jiwa dan membina perpaduan semangat, semuanya berteraskan ajaran Islam yang holistik dan komprehensif.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman, berkata dengan penjelmaan ciri kontemporari dan susunan moden, bangunan itu dibayangkan akan mampu menghidupkan rasa kepunyaan dan keserasian di dalam masyarakat majmuk, lebih-lebih lagi dari aspek kepengggunaannya yang terbuka dan bebas oleh semua kaum dan budaya.

Beliau berkata, bangunan 17 tingkat itu merangkumi 13 tingkat ruang pejabat, dewan serbaguna yang boleh menampung 2,000 orang dan empat podium pusat beli belah, Perbankan Islam, pusat sumber, restoran, medan selera, taman letak kereta, sudut pertemuan kanak-kanak serta jalan berhias (boulevard) Islam.

Katanya, pembinaan KIS selari dengan tuntutan Ketiga Konsep Islam Hadhari: iaitu pembangunan seimbang antara spiritual dan fizikal yang bertujuan mewujudkan pembangunan ummah yang seimbang dan bersepadu.

"KIS akan merangsangkan interaksi kaum dan keharmonian masyarakat majmuk serta mendedahkan Islam dipersada budaya sejagat, sememangnya Islam agama sejagat untuk semua manusia.

"Saya percaya projek mega itu akan berjaya dan mencapai matlamat penubuhannya. Saya mahu masyarakat Islam dan rakyat negeri ini terus bersatu padu dan bekerjasama demi menjayakan rancangan agar ia menjadi realiti," katanya.

Daud yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tupong berkata, reka bentuk bumbung terdiri lima kubah memanifestasikan Rukun Islam, simetri enam segi pula menjelma rukun iman dan 17 tingkat, angka yang sama dengan 17 rakaat solat waktu sehari semalam.

Katanya, ketiga-tiga aspek ini akan berpaksikan satu landasan hidup ukhuwah masyarakat berbilang kaum, budaya dan agama.

"Kewujudan KIS akan mengeratkan lagi keharmonian umat Islam dengan masyarakat majmuk yang sedia ada.

"KIS akan memberi peluang dan ruang kepada mereka yang berminat untuk membabitkan diri dalam pelbagai bidang sosioekonomi pada peringkat dalam negeri dan global," katanya.

Untuk memberi laluan kepada pembinaan KIS, dua bangunan sedia ada iaitu Majlis Islam Sarawak (MIS) dan Rumah Orang Ulu yang kini dijadikan Pejabat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang terletak di belakang bangunan Mahkamah Syariah Sarawak dekat Ibu Pejabat Tabung Baitulmal Sarawak akan diroboh.

Kedua-dua bangunan berkenaan akan dikosongkan tidak lama lagi dan kerja pembinaan akan dimulakan April depan dan dijangka siap sepenuhnya dalam masa 30 bulan.

Sementara itu, Presiden Majlis Islam Sarawak (Mais) Datuk Putit Matzen, berkata kewujudan KIS menggambarkan kemampuan ekonomi umat Islam di negeri ini selari dengan sasaran Islam Hadhari, sekali gus membuka mata golongan yang masih keliru dan memandang rendah kemampuan umat Islam.

Beliau berkata, reka bentuk KIS sangat menarik kerana menggabungkan pelbagai seni reka bentuk Islam yang ada di dalam dan luar negara.

Katanya, kewujudan KIS juga menggambarkan Islam sebagai satu agama yang bertolak ansur dan progresif selari dengan keperluan masa kini dan akan datang.

"Ini akan membantu membuka mata orang luar mengenai apa itu Islam sebenarnya dan bukan yang digambarkan oleh ekstremis.

"Intipati Islam ialah keamanan dan masyarakat Islam mestilah yang bertolak ansur, mengamalkan keadilan, kesabaran dan sedia untuk bekerja keras bagi mencapai apa yang dihasratkan," katanya.

FAKTA NOMBOR: Kompleks Islam Sarawak (KIS)

# RM100 juta - Kos pembinaan KIS, 17 tingkat tinggi

# 13 tingkat - Untuk ruang pejabat

# 0.5 hektar - Keluasan tapak

# 30 bulan - Tempoh siap fasa pertama

# 4 podium - Pusat beli belah

dipetik dari Berita Harian (13/11/2007)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2007 07:37 PM | Show all posts
17 tingkat?????
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2007 07:43 PM | Show all posts
Originally posted by Moto BagE bOyaK at 13-11-2007 06:51 PM
Untuk memberi laluan kepada pembinaan KIS, dua bangunan sedia ada iaitu Majlis Islam Sarawak (MIS) dan Rumah Orang Ulu yang kini dijadikan Pejabat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang terletak di belakang bangunan Mahkamah Syariah Sarawak dekat Ibu Pejabat Tabung Baitulmal Sarawak akan diroboh.


ukan bangunan jakim ya bok jak di polah ka..?
xkan bok beroperasi alu nk diroboh..nkkah membazir..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2007 11:57 PM | Show all posts
Bangunan tok kacak benar. Aku dah nangga nya pun design. Very unique. Sik salah aku ada gabungan semua budaya di Sarawak: Melayu, Iban, Bidayuh & Cina.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2007 10:43 AM | Show all posts
sik mek tauk hal tok.....pasal bangunan jakim ya tauk la...but tiba2 ada Kompleks tok? apa2 pun.....ok la ya.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2007 12:20 AM | Show all posts
blkg mahkaman syariah bukan hopoh ka? atau tpt org blajar driving ya?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-11-2007 06:55 PM | Show all posts
nang kacak bangunan tok.
terjejas hopoh kelak... hehehe
gine nak molah, terpkasa juak diruboh sbb nak berik laluan mercu tanda baru kuching tok.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2007 06:56 PM | Show all posts
nang kacak bangunan tok.
terjejas hopoh kelak... hehehe
gine nak molah, terpaksa juak diruboh sbb nak berik laluan mercu tanda baru kuching tok dipolah!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-11-2007 06:57 PM | Show all posts
nang kacak bangunan tok.
terjejas hopoh kelak... hehehe
gine nak molah, terpaksa juak diruboh sbb nak berik laluan mercu tanda baru kuching tok dipolah!
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2007 04:23 PM | Show all posts

Reply #9 Moto BagE bOyaK's post

maksud ktk hopoh akan diruboh? biar betik!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2007 04:43 PM | Show all posts

Reply #10 ladydolph's post

Hopoh sik diruboh. Bangunan nak diruboh ya cuma bangunan Majlis Islam dgn Rumah Org Ulu ya jak.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2007 04:55 PM | Show all posts

Reply #11 Muntz's post

oic...tp kesian juak ngan bangunan majlis islam...cuz bangunan ya dah lamak bah....
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2007 04:55 PM | Show all posts

Reply #11 Muntz's post

oic...tp kesian juak ngan bangunan majlis islam...cuz bangunan ya dah lamak bah....
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2007 07:54 AM | Show all posts


polahlah manyak2 best sikit soping


Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2007 09:47 AM | Show all posts
makin jammed jalan kat sia...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2007 07:45 PM | Show all posts

Reply #15 hantujeraul's post

Auklah. Lebih2 lagik hari sebelum raya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2007 05:08 PM | Show all posts

Reply #15 hantujeraul's post

aok eh!polah la jeraya besar kit!
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2007 08:28 PM | Show all posts

Reply #14 buDak_gaTaL's post

byk tempat shopping nang bagus dipolah....tp mun gaji nait setara ngan pertambahan shopping complex agik la bagus.......hhehehehe....wishful thinking....
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2007 03:33 PM | Show all posts
makin banyak soping kompleks kat kuching tok mok bukak...  nok sedia ada nek tok pun cam sik laku....
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2007 03:46 PM | Show all posts
Originally posted by buDak_gaTaL at 19-11-2007 07:54 AM


polahlah manyak2 best sikit soping


hantu sopping..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.113455 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list