CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1729|Reply: 3

Ulul Albab: Sifat tercela musuh utama manusia

[Copy link]
Post time 9-12-2007 09:07 PM | Show all posts |Read mode
Hasutan   berterusan syaitan punca  pelbagai masalah di dunia, jejas perpaduan

JIKA kita tanya manusia tidak kira bangsa dan agamanya siapakahmusuh bersama mereka, maka jawapan yang diberikan akan berbeza mengikutlatar belakang mereka. Ada yang menjawab musuh mereka ialah si polan,bangsa, etnik, kelompok, agama, negara dan lain-lain. Ada pula menjawabmusuh bersama mereka adalah kemiskinan, kebodohan, kedaifan, malas,harta dan pelbagai lagi.

Contoh jawapan di atas ada benarnya tetapi apakah ia suatujawapan komprehensif yang boleh memberi kesedaran kepada manusia untukmencari penyelesaian daripada akar umbi? Mereka boleh saja menghapuskanmusuh berkenaan tetapi jika masih ada tertanam dalam jiwa mereka sifattercela seperti lupa diri, tamak, marah, dengki, hasad dan rakus makamusuh lain akan muncul. Ia bermakna sebenarnya sifat permusuhanbukanlah disebabkan oleh kerana si polan, bangsa, etnik, kelompok,agama, negara, benda, kemiskinan, kebodohan dan seterusnya, tetapi iadisebabkan adanya sifat tercela pada diri manusia.        
     Di sinilah umat manusia mesti sedar siapa dirimereka sebenarnya. Mereka adalah hanya satu kategori makhluk yangdicipta Allah SWT. Ia bererti Allah mengetahui benar apa yangdiperlukan oleh yang dicipta. Ini bererti lagi al-Khaliq mengetahuikelemahan al-makhluk. Kemudian ia akan menghasilkan satu natijah dimana si makhluk memerlukan panduan daripada al-Khaliq.

Dalam masalah ini apa yang ditegaskan-Nya dalam firman yangbermaksud: "Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagi kamu, makaperlakukanlah dia sebagai musuh. Bahawasanya dia mengajak golongannyauntuk menjadi penghuni neraka Sa'ir." - (Surah Fathir: 6). Jadi,syaitan adalah musuh sebenar umat manusia.

Sifat tercela yang berhasil ditanamkan dalam diri umat manusia olehmusuh mereka iaitu syaitan inilah yang mencipta dan menumbuhsuburkanpermusuhan sesama mereka. Mereka selalu dihasut oleh musuh sebenarmereka untuk membuat musuh palsu yang menipu daya mereka. Dengan itu,musuh sebenar mereka berharap bahawa mereka bebas dan terselamatdaripada aduan umat manusia pada hari kiamat. Al-Khaliq berfirmanmaksudnya: "Syaitan itu hendak menimbulkan di antara kamu permusuhandan berbencian dalam hal minuman keras dan bermain judi, danmenghalangi kamu daripada mengingati Allah dan mengerjakan solat,apakah masih kamu tidak mahu berhenti?" - (Surah al-Maidah: 91)



Ayat di atas dengan jelas menyebut bahawa mencipta permusuhandan berbenci-bencian di antara sesama manusia adalah satu matlamatutama syaitan. Maka yang wajib atas orang yang berakal waras menjagadiri daripada musuh yang menyatakan permusuhannya sejak zaman Nabi AdamAS. Musuh ini menghabiskan usia dan tipu muslihatnya dalam halmerosakkan semua urusan anak Adam. Allah Taala juga memerintah BaniAdam supaya berhati-hati daripada hasutan syaitan seperti dalamfirman-Nya yang bermaksud: "Awas, jangan kamu mengikut langkah syaitan,sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu.Sesungguhnya syaitan itu menyuruh kamu berbuat buruk dan keji (zina),dan supaya kamu mengatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu sendiritiada mengetahui." (Surah al-Baqarah: 168-169)

Jika kita merujuk kitab rujukan manusia sejagat, iaitual-Quran, kita banyak mendapati ayat yang menjelaskan hakikat syaitansebagai musuh bersama umat manusia keturunan Adam dan Hawa AS. Dalamsatu ayatnya disebutkan maksudnya: "Sesungguhnya syaitan itu adalahmusuh yang menyesatkan lagi terang." (Al-Qashash: 15). Di tempat yanglain pula disebutkan maksudnya: "Bukankah Aku sudah mengingatkan kamuwahai anak Adam, supaya kamu jangan memuja syaitan, kerana sesungguhnyasyaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu?" (Surah Yasin: 60)
   
                            Tipu daya syaitan dalam membinasakan manusia mempunyai pelbagaipendekatan dan semuanya mempunyai matlamat yang sama yakni sepertifirman Allah bermaksud: "Syaitan itu mahu menyesatkan merekasejauh-jauh kesesatan," (Surah al-Nisa': 60). "Syaitan itu sentiasamenjanjikan kamu kemiskinan dan menyuruh kamu melakukan kekejian!,"(Surah al-Baqarah: 268) serta "Jangan sampai dia (syaitan) dapat menipukamu terhadap Allah dengan suatu penipuan." (Surah Luqman: 33)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-12-2007 09:08 PM | Show all posts
Rasulullah SAW pernah bersabda maksudnya: "Sesungguhnya iblis putus asagagal menarik manusia untuk menyembahnya, dan dia kini berusaha untukmenimbulkan sikap permusuhan dengki dan fitnah di antara mereka." �(Hadis riwayat Bukhari). Sebuah hadis lain yang bermaksud:"Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsananya di atas air, kemudian diamemanggil pengiringnya, dan yang paling dekat kepadanya ialah yangpaling berat fitnah yang dicubainya.

Maka datanglah setiap satu daripada mereka seraya berkata:Aku telah melakukan begini dan begitu. Maka berkata iblis kepadanya:Engkau masih belum lakukan apa-apa pun! Kemudian datang yang lainmengatakan: Aku tidak berpisah dengan orang itu melainkan setelah akuberjaya menceraikan antaranya dengan isterinya. Lalu iblis punmendekatkan pengiringnya yang ini, dan didudukkannya di sisinya serayamengatakan kepadanya: Benar, engkau sudah membuat sesuatu! (Hadisriwayat Muslim).

Ibn al-Qayyim mengisahkan: "Apabila Nabi Nuh AS naik ke ataskapalnya, dilihatnya di atas kapal itu seorang tua yang tiadadikenalinya. Lalu Baginda bertanya: Apa yang menyebabkan engkau naikkapal ini? Jawabnya: Aku naik kapal ini untuk memerangkap hatisahabatmu, supaya hati mereka dengan aku, dan tubuh mereka denganmu.Baginda berkata lagi: Turunlah daripada kapal ini, wahai musuh Allah!Maka berkata iblis lagi: Ada lima perkara yang akan aku binasakanmanusia dengannya. Aku akan memberitahu tiga daripadanya, dan aku akansimpan yang dua lagi.

Maka ketika Allah Taala mewahyukan kepada Nabi Nuh AS supayamemberitahu iblis yang dia tidak perlu lagi kepada yang tiga itu.Suruhlah dia memberitahumu yang dua saja.

Maka berkata Iblis: Dengan dua perkara itu aku dapatmembinasakan manusia, dan kedua-dua itu tidak pernah lari daripadamatlamatnya, iaitu dengki dan pergantungan harapan (amal). Dengandengki aku dilaknati dan dijadikan syaitan yang terkutuk, dan denganpergantungan harapan Adam dibenarkan duduk di dalam syurga danmenikmati segala kebahagiaannya, manakala aku telah mencapai hajatkudaripada Adam dan aku terkeluar dari syurga."

Dalam kisah Nabi Musa AS yang menolong iblis untukmendapatkan ampunan Allah tetapi kerana sifat kesombongan Iblis makaiblis kekal dilaknati Ilahi diberitakan bahawa Iblis telah memberiBaginda nasihat berikut: "Hai Musa! Aku berhutang budi kepadamu, keranaengkau mensyafaatku kepada Tuhanmu, maka ingatlah aku pada tiga perkarayang berikut ini, aku tidak akan membinasakanmu ketika itu: ingatlahaku ketika engkau lagi marah, kerana aku penuh kuasa dalam hatimu,mataku tepat pada matamu, dan aku mengalir di dalam tubuhmu sepertimengalirnya darah dalam tubuh badan; ingatlah aku ketika sedangpertempuran sengit dalam peperangan, sebab aku datang kepada anak-anakAdam ketika pertempuran yang sangat kuat, lalu aku mengingatkannya anakisterinya dan kaum keluarganya, sehingga akhirnya mereka akan lari darimedan perang; dan awas kamu daripada berdua-duaan dengan wanita yangbukan mahram, kerana aku ketika itu menjadi perangsangnya kepadamu, danmenjadi sekali gus perangsangmu kepadanya.

Jika umat manusia menyedari bahawa syaitan adalah musuhbersama mereka dan dengan itu mereka mengambil langkah sesuai dan wajarmengikuti panduan Ilahi dalam menghadapinya maka sudah tentu ketegangandi antara mereka akan lebih sempit lagi dan mereka boleh kekalmenikmati kehidupan yang harmoni.

Antara langkah sesuai dan wajar adalah apa yang disebut dalamajaran Islam sebagai al-ta'awwuz yakni memohon perlindungan Allahdaripada godaan syaitan yang terkutuk.

Ibn al-Qayyim memberitakan daripada sesetengah kaum salaf,bahawa seorang di antara mereka pernah menanyakan muridnya: Apa yangakan engkau buat, jika syaitan membisik kepadamu untuk melakukan dosadan maksiat?

Jawab sang murid: Aku akan menentangnya. Tanya sang gurulagi: Jika dia kembali membisikkan lagi? Jawab murid itu: Aku tetapmenentangnya juga. Tanya guru itu lagi: Kalau dia kembali lagi? Sangmurid tetap menjawab: Aku terus menentangnya.

Guru itu berkata: Cara begini tentulah tidak akan habis danberpanjangan. Kemudian guru itu membuat perumpamaan kepada muridnyaini, katanya, kalau engkau berlalu di hadapan sekumpulan kambing, laluberdepan anjing gembala atau menghalangmu daripada melintas, apa yangmesti engkau buat?

Jawab murid: Aku cuba mengelakkannya dan menghalaunya sekuat tenaga.

Maka guru berkata: Cara begini akan mengambil masa yangpanjang. Mengapa engkau tidak memohon bantuan tuan punya kambing yangada di situ, supaya dia yang menghalang anjing itu daripadamu.

Akhir kata, sudah jelas pada kita bahawa syaitan adalah musuhbersama umat manusia yang menginginkan bermerajalelanya permusuhan,ketegangan dan ketidakharmonian.

Bagaimanapun, dengan mengenali musuh bersama manusia itu danbeberapa cara menghadapinya seperti digariskan ajaran Islam maka umatmanusia boleh memperkukuh perpaduan, menyebarkan keamanan,menseimbangkan kemakmuran dan menyeluruhkan kesejahteraan di kalanganmereka. A'uzu billahi minassyaitanirrajim.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2007 02:12 PM | Show all posts
salam

baik sekali tulisan saudara
tentang makhluk yg tak nampak
yg terkutuk dan terlaknat

walaupun tidak kelihatan
tetapi mereka ini dapat merupakan diri mereka
dalam diri manusia
dgn ciri-ciri dan sifat-sifat yg sama
bahkan LEBIH DAHSYAT LAGI!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2007 05:48 PM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 11-12-2007 02:12 PM
salam

baik sekali tulisan saudara
tentang makhluk yg tak nampak
yg terkutuk dan terlaknat

walaupun tidak kelihatan
tetapi mereka ini dapat merupakan diri mereka
dalam diri manusia
dgn ...




ada pulak aku tulis.. aku copy dan paste je, untuk kongsi bersama..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 01:13 AM GMT+8 , Processed in 0.042028 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list