CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5084|Reply: 48

Rawatan Alternatif

[Copy link]
Post time 26-12-2007 03:36 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum..

Kat sini saya nak berdiskusi tentang rawatan alternatif ni menurut Islam.
(Dah search, tp topik ni cuma ada kat Pharmacist & Doctor Online je)

Seperti yang kita tau, biasanya pengamal rawatan alternatif ni claim yang rawatan mereka adalah menggunakan ayat2 Al Quran, Selawat2, zikir, dan doa2 terpilih. Ia juga dikatakan insya Allah dapat mengubat permasalah yang berkaitan spiritual dan juga penyakit2 lain spt kanser dll. Malah rawatan sebegini boleh dibuat dari jauh tanpa bertemu dengan si pengamal.

Kat sini saya nak tanya sejauh mana keyakinan anda terhadap rawatan sebegini. Bagi kes saya, saya lebih nak fokus pada masalah spiritual. Sebab biasanya, kalau dibawa berjumpa dengan pengamal2 rawatan alternatif ni, jawapannya takde lain.."Ada yang mengganggu..Ada yang buat.."

Walaupun kerap disogokkan dgn kata2 macam ni, hati tetap rasa was2. Betul ke? Tak syirik ke kalau percaya benda2 cmni? Lebih2 lagi dgn kehidupan kita sekarang ni. Macam tak percaya orang sekelililng kita yang selama ni pernah mengatakan tak percaya pada benda2 camni, tu lah yang mengamalkannya. (Apa ayat aku ni? )

Ada cerita/pengalaman yg nak di share bersama?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2007 03:44 PM | Show all posts
takde yang syirik selagi berlandaskan ayat Quran
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2007 03:51 PM | Show all posts
Jin dan mahlok halus kan wujud, makhlok ALLAH gak dia org tu kan, cuma di alam yg ghaib. mmg ada di sekeliling kita, tapi peka atau tidak aje. gangguan memang ada, cuma kita tidak yakin bagaimana mereka mengganggu kita. kadang2 kita tak semena-mena menapati ada kesan lebam di kaki atau tangan kita, pada hal x terhantuk pun, tai ada lebam, tak sakit.. siapa boleh explain? dlm badan kita... apa yg menggerakkan sistem kita? kaji asal usul kita, then you will see very clear, sebab saya adalah salah seorang dari pengamal perubatan cara ini. dulu saya kurang arif san hampir x percaya dgn ujudnya makhlok halus ni, tapi bila dah lihat depan mata dan ada sedikit anugerah dari ALLAH TAALA, saya menjadi yakin dan boleh ke mengatasi masalah sperti ini, dengan pertolongan dan keredaan dari NYA. Yakin la, makhlok halus ini ujud.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2007 04:02 PM | Show all posts
ada sesetengah pengamal perubatan alternatif ni membela jin untuk jadi orang suruhan. Contohnya saperti bomoh patang tulang. Kat rumah dia urut lidi, tapi orang yg patah tulang tu meraung2 kesakitan kat hospital. Perkara ni terjadi didepan mata saya semasa kerja disebuah hospital diPantai Timur. Padahal sebelom tu dia relax je berbual dengan saya. Keesokan harinya baru saya tahu yg bapanya meminta pertolongan dari bomoh tulang. Dan biasanya dalam kes macam ni jin yg dipelihara bomoh tu yg datang mengurut pesakit tu. Nak kata tak percaya pada jin pun tak boleh juga sebab arwah atok saya sendiri pun ada bela jin dan pernah dia tawarkan kepada saya untuk dijadikan pesuruh. Tapi tak larat saya nak ambil sebab wiridnya setiap lepas solat fardhu hampir satu jam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2007 04:58 PM | Show all posts

Reply #3 SANKURIANG's post

saya percaya dgn kewujudan makhluk2 seperti ini..
lg pun dlm islam pun ada jin/syaitan etc kan..

tp tentang buatan org..
cth: pengasih, pelaris, pagar
(ada thread ttg pengasih tp lebih byk bincangkan ayat2 nya je)

kes seseorg..
dah lama sgt bercinta, slama ni dia ingatkan CINTA la yg buatkan dia tak boleh lupa kan kekasihnya..walhal diorg ni mmg byk problem..
tp bila pergi 'berubat', org tu cakap dia ni dah 'dibaca' oleh kekasihnya tu..

satu lg kes..
yg ni biasa sgt berlaku pd org2 yg berniaga..
cth: org tak nmpk kedai dia lah, air basi lah dan mcm2 lg kan..

so biasanya, kalau benda2 camni kan
kita akan cari pengamal2 rawatan alternatif ni kan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2007 05:01 PM | Show all posts

Reply #4 zerozone's post

ada satu tempat rawatan alternatif yg saya pergi pun ada menawarkan rawatan menggunakan jin..

kononnya jin tu akan buat 'operation' pd pesakit..
tp 1 good thing kat sini, dia buat kat tmpt terbuka (ruang tamu rumahnya)
kira dia susun tilam macam kat hospital..
so masa rawatan tu ahli keluarga boleh tengok..

sekurang2 nya tak la risau ada perbuatan2 yg tak betul kan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-12-2007 05:03 PM | Show all posts
rawatan unik niii...
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2007 05:22 PM | Show all posts
tred bes... In pun nk kongsi citer gak.....

sat... nk pi msak jap nk mamam ptg... pastu men jap.... mlm karang leh cite.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2007 07:03 PM | Show all posts
Originally posted by tulip.purple at 26-12-2007 03:36 PM
Assalamualaikum..

Kat sini saya nak berdiskusi tentang rawatan alternatif ni menurut Islam.
(Dah search, tp topik ni cuma ada kat Pharmacist & Doctor Online je)

Seperti yang kita tau, biasanya pengamal rawatan alternatif ni claimyang rawatan mereka adalah menggunakan ayat2 Al Quran, Selawat2, zikir,dan doa2 terpilih. Ia juga dikatakan insya Allah dapat mengubatpermasalah yang berkaitan spiritual dan juga penyakit2 lain spt kanserdll. Malah rawatan sebegini boleh dibuat dari jauh tanpa bertemu dengansi pengamal.

Kat sini saya nak tanya sejauh mana keyakinan anda terhadap rawatansebegini. Bagi kes saya, saya lebih nak fokus pada masalah spiritual.Sebab biasanya, kalau dibawa berjumpa dengan pengamal2 rawatanalternatif ni, jawapannya takde lain.."Ada yang mengganggu..Ada yangbuat.."

Walaupun kerap disogokkan dgn kata2 macam ni, hati tetap rasa was2.Betul ke? Tak syirik ke kalau percaya benda2 cmni? Lebih2 lagi dgnkehidupan kita sekarang ni. Macam tak percaya orang sekelililng kitayang selama ni pernah mengatakan tak percaya pada benda2 camni, tu lahyang mengamalkannya. (Apa ayat aku ni? )

Ada cerita/pengalaman yg nak di share bersama?


Kalau soal rawatan dari perawat yang mengamalkan 100% rawatan al-Quran keyakinan saya sedikit pun tidak berbelah bagi.  Kecualilah banyak yang mengaku pengamal rawatan Islam tetapi bercampur aduk dengan ciri ciri rawatan tradisional langsung tidak meyakinkan.

Istilah "spiritual" tu terlalu umum, cuba spesifik sikit apa masalahnya, rawatan Quran selalu dikaitkan dengan masalah "sihir", tidak dinamakan sihir kalau tidak melibatkan makhluk jin, yang tak melibatkan jin tu lebih kurang silap matalah orang kata..  Pengasih, pelaris, pemanis, pelalau tu semua termasuk dalam kategori amalan sihir la tu.  

Kita boleh bincang seterusnya terutama dari segi pandangan syariat, bagus jugak topic ni.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2007 10:01 PM | Show all posts
Originally posted by orangdalam at 26-12-2007 03:44 PM
takde yang syirik selagi berlandaskan ayat Quran

kalau makan ubat dan kita menyatakan ubat itu menyebabkan kita menjadik sihat hukum syirik yugak klo nak tahu....
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2007 08:23 AM | Show all posts
kepercayaan umat islam terhadap rawatan alternatif sebenarnya masih menebal bukan saja di kg2 malah di bandar2 juga.... bomoh2 pun skrg leh wat temujanji di hotel... ada bomoh yg nak pengeras dulu, pun ttp dipercayai pelanggan....

masa In menuntut di kelantan, pada satu hr cuti sekolah tu terpaksa menumpang umah kwn sbb baba datang ambik lewat. mak kwn In bgtahu mlm nnti lepas maghrib ada bomoh yg nk datang berubat neneknya... neneknya sakit strok masa tu. mak kwn In ckp nk tengok kot2 nenek ni ada 'pakaian' so, nk suruh bomoh td buangkan sbb nenek ni kuat asyik menguap memanjang n mkn lak xpernah menolak.

lps maghrib, waktu yg dijanjikan pun tiba.... In lak selesai solat terus bwirid n lanjutkan wirid dlm hati ke ruang tamu utk menyaksikan sama acara pembomohan yg akan dilakukan.... tetiba In terlintas utk melihat kebenaran, berdoa agar perolehi petunjuk... In mulakan dgn alfatihah, 3 qul dan ayat kursi dgn pengulangan 7kali ayat akhir....

bomoh tadi mengeluarkan 7 batu dr satu bungkusan kain kecil.... dia mula mmbaca sesuatu dengan menlambung2 kecil ketujuh2 batu tersebut.... sib bek 7, kalo 5 batu tu dh In kata dia duk main batu seremban....

beberapakali dia duk wat cmtu, pastu dia mengeluh kecil...... katanya xdpt. 'wali'nya xmo turun sebab ada pengacau.... ayah kwn In menyangka 'sesuatu' kt dalam badan nenek tu yg menyebabkan 'wali' bomoh td xmo datang....

lama kemudian bomoh tu tanya bapa kwn In... ada org asing ke dlm umah ni.... bapa kwn In tdk fhm n menafikan.... tp bomoh td kata dia nmpak muka perempuan. perempuan tu lah yg menyebabkan 'wali'nya xmo turun.... bomoh tu pun mnyilau2 di antara kami dan tertengok In yg duk menyelit di antara yg ada... (adalah hampir 10 org dlm umah tu).

bomoh tu tanya bapa kwn In, siapa budak tu... (masa tu In baru berusia 16 th). sebab yg dia nmpk adalah In..... huhuu

akhirnya bomoh tu pulang cmtu je.... apapun bapa kwn In ttp menghulurkan wang rm20 itupun bkali2 ditolak bomoh tu, namun akhirnya bomoh tu ambik gak bila bapa kwn In beriya2 mnghulurnya.....

lps tu semua pakat tanya In, In ada jin ke.... adeehhh.....

In pun citer apa yg In lakukan.... dan kata bapa kwn In, mereka telah silap mmilih bomoh.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2007 09:14 AM | Show all posts

Reply #9 kupia's post

tapi kita biasa dengar kan..
memula org2 camni mmg claim 100% ayat quran..
tp sbnr2 nya ada jugak dimasukkan dgn cara2 tradisional..
tak kurang jugak byk yg amek kesempatan je..
duit abis tp penyakit tak jugak ilang..

kes seseorg (samb. yg kat atas) tu katanya terkena pengasih,
si 'pengubat' ni kata mula asalnya, ayat yg dibacakan tu untuk tujuan baik..lg pun dua2 mmg suka sama suka
tp bila tiba2 dtg masalah besar smpi putus
si perempuan ni la yg teruk..
tp perempuan ni pulak mcm jenis degil taknak percaya yg kekasih hatinya sanggup buat dia camtu..
ye la, da kata kalau ikut logiknya, diorg dah lama bersama
so hati mmg dah dkat lelaki tu..
tp dah family dok suh berubat..
dia pun ikut je lah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2007 09:20 AM | Show all posts

Reply #11 indah1285's post

erm mcm ni jugak yg terjadik pd famili saya dulu..

alkisahnya, seorg ahli keluarga terkena 'sampuk'
dek suka sgt mandi air terjun, maka ada 'benda' ikut balik lah kononnya..
so panggil la org kg yg boleh mengubat ni..
tp dia kata 'kwn' nya tak boleh nak masuk n tolong sbb ada sesuatu kat umah..
lps berusaha bersusah payah baru la boleh masuk..
lps tu pakcik tu kata, atuk saya ada sbb tu 'kwn' dia susah nak masuk..
(atuk saya ada ilmu gak sikit2 tp dia lg snang panggil org lain je)
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2007 11:26 AM | Show all posts

Reply #11 indah1285's post

Salam in..

kekadang memang mcm tuuu.. kebiasaannya ramai bomoh-bomoh menggunakan khidmat khadamnya (jin). Kekadang tu, khadam bomoh tu tak dapat "turun" sebabnya, ada jin yg lebih hebat dalam badan pesakit tu..khadam bomoh tu kiranya berpangkat sarjan ler, nak berdepan dengan Kernel. huhuhu....

entah-entah... dalam badan In ada jin berpangkat Kernel kot....huhuhu...
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2007 11:53 AM | Show all posts
Originally posted by tulip.purple at 27-12-2007 09:14 AM
tapi kita biasa dengar kan..
memula org2 camni mmg claim 100% ayat quran..
tp sbnr2 nya ada jugak dimasukkan dgn cara2 tradisional..
tak kurang jugak byk yg amek kesempatan je..
duit abis tp penyakit tak jugak ilang..

kes seseorg (samb. yg kat atas) tu katanya terkena pengasih,
si 'pengubat' ni kata mula asalnya, ayat yg dibacakan tu untuk tujuan baik..lg pun dua2 mmg suka sama suka
tp bila tiba2 dtg masalah besar smpi putus
si perempuan ni la yg teruk..
tp perempuan ni pulak mcm jenis degil taknak percaya yg kekasih hatinya sanggup buat dia camtu..
ye la, da kata kalau ikut logiknya, diorg dah lama bersama
so hati mmg dah dkat lelaki tu..
tp dah family dok suh berubat..
dia pun ikut je lah..


Sihir pengasih ni memang bahaya, emosi dan perasaan mangsa di bawah kawalan jin yg dihantar masuk dalam badan, hampir kesemua mangsa tak mengaku terkena sihir jenis ini.  Sihir jenis ni tak merasuk tak histeria macam lain2 kes sihir, saya dah banyak tengok rawatan Islam ni.  Sama apa yg orang panggil sihir guna-guna atau penunduk, mangsa boleh jadi dungu, bodoh sampai kesudah sentiasa mengikut kehendak orang berkenaan.  Ada tanda2 tertentu orang yang kena sihir jenis ni.

Ini bukan khurafat, nanti ada orang mintak dalil dah kena cerita panjang lebar pulak.

Contoh rawatan yang betul2 Islamik...  Pesakit akan baring tutup aurat, semua kena ambik wuduk, perawat akan baca beberapa petikan ayat2 Quran (Ruqyah syari'i) dengan jelas dan terang semua orang yg hadir boleh dengar, dia akan bagi tau apa ayat2 yang dibaca. Tak merawat berdua duaan dalam bilik, mesti ada yang lain hadir.  Dia mintak turunkan gambar2 makhluk, keluarkan semua tangkal2 azimat dalam rumah kalau ada dimusnahkan.  Lepas baca Quran  jin dalam badan mangsa tak  tahan lagi, terus  merasuk  pesakit dan  becakap guna  suara pesakit,  kadang hairan  suara lain.  Perawat akan  berdialog dengan jin  ini  jelas  dan  semua orang yang hadir boleh dengar.   Selalaunya  perawat yang mahir akan  berjaya  mengajar jin  tersebut dan memujuk dia masuk ugama Islam dan  keluar dari  badan pesakit  (panjang ceritanya kalau nak  huraikan).

Tak ada barangan yang diminta kecuali air yang boleh dimimum, kalau mintak barang2 lain yang bukan bukan itu bukan rawatan isalam sebenarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2007 12:00 PM | Show all posts

Reply #15 kupia's post

kupia... ya.. betul tue...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-12-2007 01:08 PM | Show all posts

Reply #15 kupia's post

mcm mana pulak kalau yg mintak gambar tu ye..
ada kes yg kalau nak berubat..
(cth nak cepatkan jodoh/ nak pisahkan pasangan, kan biasanya satu pihak je yg pergi..so si 'perawat' ni mintak gambar si polan)

saya bila dah jadik mcm ni rasa mcm was2 pulak..
mmg la org tu claim dia guna kaedah islamik..
tp kita yg kurg pengetahuan ni mana la nak tau hakikat sebenar kan..
kot jadik benda lain..kan ke naya je..

**kupia,
suka baca pos u kat thread pengasih/pemanis kat bod mystery,paranormal ngan supernatural tu..
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2007 02:09 PM | Show all posts
Rawatan Islam tak mintak gambar, sah gambar tu untuk tujuan sihir pengasih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2007 02:30 PM | Show all posts

Reply #18 kupia's post

kan kan..
ni yg buat tak best nih..
tp dah familinya suh gak buat
maka diikutkan jugak..

kes dia ni bukan nak mintak pengasih..
tp nak mintak spy lelaki tu x 'memuja' dia lagi
kononnya sbb kata laki tu dok puja semangat dia..
tu yg x kira camna pun, dia mmg takleh lupa lgsg tu
smpi menjejaskan hidup tau..

dia kata, dia dah buat istikharah, nmpk laki tu jugak..
then the perawat tu kata, kalau semangat dah dipuja,
tmbh pulak hati dok ingat lelaki tu je..
tak mustahillah nmpk lelaki tu..

tp slalu mcm tu kan..
org2 kita ni walaupun hidup dlm zaman serba moden ni..
masih lagi nak pergi pd benda2 camni..
walhal tak tau sbnr nya kesahihan dan kaedah2 sbnr yg diamalkan perawat tu..
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2007 02:54 PM | Show all posts
Originally posted by kupia at 27-12-2007 02:09 PM
Rawatan Islam tak mintak gambar, sah gambar tu untuk tujuan sihir pengasih...

Hmm.. tang ni, aku tak setuju. Huhu.

kekadang memang ada yang mintak gambar. tetapi TAK semua yang ke arah sihir pengasih. hanya SEGELINTIR yg betul-betul ada niat baik.

sebabnya? kerana ada sorang dua pengamal perubatan memerlukan gambar bagi memberikan :
i. memberi keyakinan kepada pesakit. ada pesakit yg tak percaye kalau Perawat tu hanya meminta nama. ;)
ii. memberikan keyakinan kepada perawat tu sendiri. mungkin perawat nie baru newbie. huhuhu.
iii. memberikan kosentrasi ketika memohon kepada Allah SWT; agar doa itu betul-betul ditujukan kepada orang tersebut. bukannya waham (hayalan).

tapi.. tak ramai perawat yg minta gambar tu, mempunyai niat baik...huhuhu.. hati2 yer...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54264 Replies : 2
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54157 Replies : 11
Nek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1 juta!
PrickfordNek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1
Views : 27063 Replies : 495
Notis bankrap ke atas Kiah Pekasam, anak oleh MARA {EDISI DUNIA TIPU-TIPU}
maklukpenggodaNotis bankrap ke atas Kiah Pekasam, anak
Views : 6692 Replies : 14
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 45778 Replies : 589
Air Selangor tambah baik aplikasi, laman web jadi lebih mesra pengguna
ultra78Air Selangor tambah baik aplikasi, laman
Views : 48066 Replies : 2
Kes Batu Puteh: Wan Azizah, Mat Sabu dan Anthony Loke sangkal tuduhan Tun M
AbahmungKes Batu Puteh: Wan Azizah, Mat Sabu dan
Views : 20057 Replies : 12
Cikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohingya tidak sekolah akan bawa “social backlash" yang membebankan negara
YgBenarCikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohin
Views : 36716 Replies : 36
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 277470 Replies : 8102
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 97214 Replies : 996

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 02:36 AM GMT+8 , Processed in 0.182683 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list